...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

.

Wednesday, July 18, 2018

Hilang jangan tidak berjejak

Al salam alaykum
 
 
Tiba-tiba dirundung duka.
 
Aku berdoa aku tak jadi macam ni.
 
Aku harap ada keluarga dan sahabat yg gegar aku apabila lama tak kelihatan kelibat aku di mana-mana.
 
Sekarang jauh dari keluarga, seminggu sekali aku pastikan aku call family. Setiap hari, pagi hari apabila aku dapat tazkirah dari grup wasap lain, aku forward kat family aku. Pernah sekali aku lambat forward sebab aku sibuk keja part time masa tu, mak aku cari aku kat mana, Alhamdulillah.
 
Kalau aku tengok ada sahabat aku yg diam seminggu sebulan dari grup, dari FB, dari twitter, oh ini yg mana mmg aku tahu tabiat dia riuh di social media dan medium perhubungan lain la, aku cuba tanya khabar juga. Kalau yg memang sejak azali pendiam dari segala media social dan medium perhubungan lain, setahun sekali dua semasa hari raya dan birthday dia aku akan bagi ucapan.
 
Semasa aku "menghilangkan diri" dulu, tapi aku tetap menulis blog, sbb blog seakan satu terapi utk aku, dia baca blog aku, dan dia whatsap aku, aku hargai sangat! Terima kasih beb! Mungkin kita tak selamanya ditakdirkan rapat, tapi aku hargai momen indah bersama.
 
Ah, mengingati mati, memang mengundang duka. Walau bagaimana sekalipun kita membuat persediaan utk menghadapi kematian, persediaan utk selepas kematian, persediaan utk mereka yg akan kita tinggalkan apabila kita tiada, tetap la rasa semuanya tak bersedia!
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 17, 2018

Pretty Sister Who Buys Me Food

Al salam alaykum
 
Ini adalah drama Korea. Drama romantik. Tajuk tak romantic langsung ek? Hahaha... Tajuk Bahasa Inggerisnya ialah Something In The Rain.
 
Tapi kalau tayang kat Malaysia kena letak 18SX, ataupun banyak adegan kena potong... sangat banyak laa...
 
OST pun lagu bahasa Inggeris, takde bahasa Korea.
 
Omputih sgt cerita ni...
 
Drama ni bercerita tentang:
1. Seorang wanita bernama Jin Ah, usianya 35 tahun yg bercinta dengan adik sahabat baik dia, Joon Hee, dan ditentang oleh familinya, terutamanya mak dia, sbb mak Jin Ah nak dia kawin dgn org yg ternama.
2. Sexual Harassment di tempat kerja. Jin Ah cuba melaporkan ke pihak atasan, tapi ramai yg tidak menyebelahinya. Akhirnya, kena tindakan disiplin, dinaikkan pangkat dan ditukarkan tempat kerja.
3. Jin Ah sebagai anak yg cuba utk taat dlm family, tapi tipu jugak mak dia, dalam usaha nak menjaga silaturrahim dgn sahabat baik dia.
 
 
Tu je kot hahahaaha...
 
Drama ni bosan la jugak sebenarnya, konflik dua ni je tapi tak berkembang sangat. Pusing-pusing tang tu jugak.
 
Berjumpa, berkawan, jatuh cinta, gaduh sikit, putus, pastu akhirnya baik semula.
 
Tak bestnya review aku hahaahahaha!
 
Ada yg Tanya dalam FB kenapa tajuk Inggeris dan tajuk Korea jauh sangat larinya?
 
Tajuk Inggeris "Something in the rain" sbb kalau tengok drama ni, mmg setiap detik momen yg bermakna tu berlaku dalam hujan. Mungkin sbb tu la tajuk Inggerisnya ada "Rain".
 
Tajuk Korea pula, sbb si Joon Hee ni minta kakak cantik ni belanja dia makan, dan semasa dia bergaduh pun ada sebut ayat mengungkit lebih kurang mcm ni, "apa Noona ingt Noona ni pada saya yg saya minta utk belanja makan je ke?" begitulah lebih kurang Joon Hee cakap kat Jin Ah.
 
Sapa yg tak tengok lg, takyah la tengok. Ekekeeke

Aku bertahan sampai episode akhir pun sbb Jung Hae In je.
 
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 15, 2018

1998 vs 2018

Al salam alaykum

Walaupun kami berada di negeri yang sama, payah juga nak terserempak. Alhamdulillah, dapat jua berkumpul walaupun hanya beberapa orang je. 

Moga ada kesempatan lagi nanti, insyaAllah. Semoga perjumpaan kecilan ni menjadi besaran utk kami pula selepas ini. 

Cubaan nak susun kedudukan seperti 20 tahun lepas. 

Bersama keluarga masing-masing. Yang bujang sila kekiri hahaha

Macam-macam la kami borak, tapi kerjaya doktor (Kak Su dan Kak Lia) tetap menarik utk didengar. 

Kak Su: Ko la mengada pergi amik matrik fizik-kimia dah kenapa?

Aku: Kat USM matrik fizik-kimia boleh je jadi doktor. Lecturer matrik ckp kalau bahasa inggeris B tak payah la sibuk nak apply doktor. 

Hahaahahaha


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, July 13, 2018

Yakinkan aku Tuhan dia bukan milikku

Al salam alaykum

Busking Selasa itu hari, semua lagu Pop Indo.

Dan hari ini, terngiang-ngiang lagi Hapus Aku - Nidji.

Kutuliskan kesedihan Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku Tuhan Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu Hapus aku…
Sebenarnya, aku kena lepaskan dia... Kena lepaskan dia... Barulah aku tak rasa sedih apabila melihat dia dengan mereka yg lain...

Lepaskan dia sepenuh hati...

Mungkin aku kata aku dah lepaskan dia, tapi mungkin belum sepenuh hati...

Lepaskan sepenuh hati, supaya aku tak terguris lagi.

"Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong"

"Pinggan tak retak nasi tak dingin"




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 08, 2018

Kehilangan anak

Al salam alaykum
 
Pagi Sabtu, Najwa message kat FB cakap Shahir kat hospital tak sedarkan diri, kena stroke dan doctor tak bagi harapan langsung.
 
Tekanan darah sehingga 260! Masa kami melawat petang Sabtu tu, dah turun 178. Tapi dalam masa setengah jam kami kat wad tu, meningkat sampai 198.
 
Pagi Ahad, Najwa cakap Shahir dah meninggal jam 11.30 pagi. Akan kebumi selepas asar. Maka kami pergi dalam jam 3.30 ptg.
 
Wa cite, lepas kami balik, tekanan darah dia meningkat lg sampai 200 lebih. Dan Alhamdulillah dah turun jadi 160 malam tu sebelum Wa dan kak Nora balik.
 
Pagi Ahad, dalam jam 10.00 pagi, tekanan darah makin rendah mendadak, dan jantung pun terhenti. Dalam setengah jam doctor cuba dengan defriblator, tetapi gagal. Shahir disahkan meninggal jam 11.30 pagi.
 
Shahir, Najwa, Adik Wan, dan Jiah, serta kak Nora dan Abg Firdaus, bukan keluarga yg asing utk kami.
 
Semasa Shahir bersunat sekali dgn adik aku, mak ayah aku yg jaga dia. Mak aku pernah mengasuh Najwa. Arwah Che Ngah mengasuh Adik Wan. Jiah je kadang-kadang aku jaga masa aku kerja kat kedai Kak Nora dulu.
 
Shahir pergi pada usia 32 tahun. Muda kan? Sebab musabab kena darah tinggi dan stroke memang tak diketahui punca.
 
Tapi, pedih hati melihat Kak Nora yg meratap hiba kehilangan anak. Kehilangan yg tak disangka.
 
Semoga Shahir diampunkan dosa-dosanya dan diletakkan di kalangan org yg beriman.
 
Dalam bulan Syawal ni, aku menyaksikan dua ibu kehilangan anak. Haritu Pokli anak Toksu meninggal tiba-tiba sbb lelah. Arwah pergi klinik sendirian, dua kali, kemudian ada org datang kat rumah bagitahu arwah nazak kat klinik. Bila Toksu sampai klinik, arwah dah takde.
 
Sedih sungguh.



 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 05, 2018

BG: Shinpen Keigonin

Al salam alaykum

BG: Personal Bodyguard.

Dah lama tak layan JDorama!

Oleh sbb rindu kat hero masa silam, tapi skrg pun masih hero lagi, maka aku pun cari drama ni!

Rindu terubat! Ecehhhh...

Kosa nash! (No error)
p/s: mana satu tangan Kimutaku?
 

Terasa nak layan drama lama Takuya pulak ni

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 04, 2018

Program Penukaran Bateri?

Al salam alaykum

Officemate aku dapat tukar iPhone6 dia secara percuma! Dia pergi Machines nak tukar bateri je, sekali dapat iPhone baru. 

Aku pun buat appointment dgn Machines jgk nak tukar bateri. Sebab sehari aku kena caj bateri 3 kali!

Jadinya hari Isnin hari temujanji. 

Sebelum tu kena backup dulu di iCloud atau iTunes. Aku copy gambar je masuk dalam hard disk aku. Yang lain-lain aku malas. 

Mula-mula dia tanya iPhone aku ada problem hang ke tak? Atau ada tak boleh nak taip etc etc. Memang aku ada problem macam tu pun. Aku assumed sbb memori penuh dan juga mungkin sbb bateri. Kot. 

Tapi bukan! Selepas didiagnos, iPhone aku ada masalah iaitu multi touch disease. Masalah ni hanya terjadi kepada iPhone 6 Plus je katanya. 

Maka, Apple menawarkan penukaran telefon sama spek dgn harga RM 749.00. Aku macam krik krik krik. Sebab kalau ada problem macam tu ganti je la baru, kenapa aku nak kena bayar? Hahahaaha. Warranty aku dah habis. 

Masalah multi touch ni dikesan seawal tahun 2016. Serius aku tak pernah tahu. Sebab takde pengumuman besar-besaran pun kecuali Apple ada mengumumkan program pertukaran bateri tahun lepas. Email dari Apple pun takde sebut masalah ni. 

Kalau tak tukar iPhone sbb multi touch tu takpe kan?

Ooo tak boleh kak. Nanti kalau ada problem yg sama kalau kak tukar bateri je, Apple takleh nak jamin apa-apa dah kak. Better akak tukar. 

Aku tak rasa berbaloi kot. Aku beli iPhone ni tahun 2015 dulu dgn Maxis, warranti 2 tahun. Kemudian, kalau aku beli set baru RM 749.00, iPhone aku sekarang akan di-dispose-kan. Rugi la aku kan? Hahahaaha

Dia bagi aku masa utk berfikir. Stress aku! Aku nak tukar bateri je dik! Hahaha

Program penukaran iPhone ni ada tiga:
1. Jika bateri tiada masalah kembung: kena bayar RM 121.00 - dapat selepas 4 jam, tiada warranty utk screen protector
2. Jika bateri mengembung (bloated battery): dapat set iPhone baru sama spesifikasi - dapat set baru dalam masa 7 hari
3. Multi touch problem - jika warranti masih ada, dapat set baru tanpa bayaran. Jika tidak, bayaran RM 749.00 ditawarkan. Juga akan dapat dalam masa 7 hari. 

Maka, aku pulang dan fikir. Dan mencari pusat servis Apple yg lain, tapi tak banyak di KL dan jauh juga. Aku telefon customer service, dia cakap boleh je tukar bateri je tapi kalau masalah masih berlaku, tetap kena tukar iPhone. 

Jadi tadi, aku pergi lagi sekali, nekad utk tukar bateri je. Kemudian diagnosis lagi sekali. Performance bateri aku 86%, masih baik katanya! Jadi tak perlu pun tukar bateri lagi. 

Aku pun tanya, “Habis tu, program pertukaran bateri tu program apa sebenarnya? Minta kami tukar bateri sbb kata beri kesan kepada iPhone kami, tapi tiba-tiba cakap bateri masih ok, tak perlu tukar lagi”

Sengeh je Service Adviser ni. 

Jadinya, aku pun takde la tukar bateri, apatah lagi dapat iPhone percuma kan?

Kalau korang nak cek performance bateri korang, sila pergi Setting > Battery > Battery Health (beta). Kalau performance lebih 80%, bateri ok lagi tu. Tapi kalau saja nak cuba tengok masalah telefon korang tu, boleh set temujanji dgn pihak Machines ataupun The Switch. 

Bulan 12 nanti aku pergi Machines lg, nak tukar bateri pada harga RM 121.00, insyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::