...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, May 09, 2017

Adik angkat baharu hahaaha

Al salam alaykum
 
Akhirnya, ada juga kesempatan nak jumpa FattahC ni. Dengan Ummi dia sekali la. Last jumpa ummi dia 3-4 tahun sudah kot, p makan kat Restoran Cina yg dah pun tutup kat Wangsa Maju tu. Lama sungguh tak jumpa.
 
Si FattahC ni plak, punya la lama menengok dia dalam IG Kak Suzilawa tu, dari Kak Su mengandung sampai FattahC dah lahir dan dah pun berat 8kg. Kattang sungguh! Masa Kak Su mengandung pun Kak Su kata anak dia lelaki ke perempuan ke, nak letak jugak nama Fattah. Minat Fattah Amin ye? Hehehe


 
Susah betul awak nak senyum ye!


 
Cubaan utk membuatkan FattahC senyum mencapai keputusan 50%. Awek dia, Kak Anash agah baru dia senyum sikit.


 
yakin je tayang muka sebesar pinggan kat blog
 
Selain dari tu sebenarnya nak jumpa kakak blogger terkenal disukai ramai, Kak Anash tu. Sambil-sambil Kak Anash bercerita kisah dia, yg menjadi santapan motivasi aku di pagi hari. Terima kasih Kak Anash berkongsi cerita dengan saya. Kisah kita mungkin berbeza, tapi ada juga persamaannya.
 
Terima kasih utk Kak Anash yg belanja nasi lemak mahal pagi tadi dan kata-kata motivasi yg bermakna, terima kasih Kak Su datang bawa FattahC yg tak sihat pastu amik Julie kat ofis, dan Julie juga yg sentiasa juga mendoakan kebaikan utk aku dan kami semua.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

4 comments:

Julie Shahril said...

kena jumpa fattah slalu baru dia kasi senyummmm menawan

Kay said...

InsyaAllah nanti2 ada rezeki jumpa Fattah selalu. Silap2 kang dia dah 5 tahun baru jumpa plak. Heheehe

Nour Adieb said...

Cantiknya mata Fattah 👀😍

Kay said...

Nour: Ha ah, mmg cantik mata dia. Dia tak mewarisi lesung pipit umi dia je. Tapi senyum dia mmg menawan.