...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, May 07, 2017

Ajar anak aku mengaji, Kay!

Al salam alaykum

Siang tadi, Eagy minta aku ajarkan anak-anaknya mengaji. Jauh sangat tu nak pergi Shah Alam. Pastu plak nanti kang kuor tv aku dera budak. Hahaahaha. 

 
Anak Eagy sibuk nak main baling selipar dalam dewan SACC. Budak kampung katanya. 

Anak sedara aku pun tanak mengaji dgn aku. Nak baca berapa kali pun suka hati dia je. Paling-paling pun kang kuor ayat, "Tak nak kawan Ciklong, Ciklong garang, suka marah. Tanak sayang Ciklong"

Sejak dapat tauliah mengajar, aku masih belum dapat lagi tempat utk mengajar. Ada halangan je sokmo. Contohnya, nak kena pergi temuduga di Bangi waktu malam, sedangkan nak mengajar nanti di Ampang Jaya. 

Kemudian pernah jumpa seorang ustazah ni masa bawak Uber, dia cakap nak bukak tempat mengaji di Setiawangsa, tapi mungkin sbb aku dah bekerja, dia bimbang aku tak dapat bagi komitmen pula. 

Aku tak berani nak buka kelas sendiri, sbb aku kurang pasti silibus mengajar sekarang. Untuk permulaan, biarlah dengan mana-mana akademi/kelas Al-Quran yg telah wujud lama. Masih mencari-cari, semoga akan berjumpa yg bersesuaian. 

Dah lama sgt habis kelas, bimbang juga diri sendiri yg lupa. Belajar utk mengajar, mengajar utk belajar. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: