...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru

Al salam alaykum
 
Soalan dan pernyataan yg selalu aku dapat:
 
1. Tak mintak jadi cikgu?
- Mintak, tak dapat. OK tipu. Pernah dapat. Lepas SPM 1998, semua jenis borang utk lepasan SPM aku isi dan mohon. Dapat temuduga utk Diploma Perguruan. Masa tu, pihak kementerian panggil calon lelaki lagi ramai dari calon perempuan. Semasa temuduga penyampaian berkumpulan, penemuduga kata, suara aku yg paling lantang berbanding calon lelaki yg lain. Macam positif je kan? Aku dapat tawaran utk sambung dalam Diploma Perguruan, kena pergi Institut Perguruan di Kedah. Tapi aku tolak, sbb aku macam suka je kehidupan dan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Terengganu. Nak amik medic kekononnya kat USM. Nak jadi doctor kang? Bukan nak jadi cikgu! Tapi ko amik Matrikulasi Kimia-Fizik.  Sekarang satu apa pun takde hahaha
 
2. Awak sesuai jadi Cikgu
- Ni Mudir Akademi Alif yg cakap, Ustaz Zubir. Semasa aku jadi Muallimah, mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain sementara menunggu keputusan SPM kat tempat dia. Dia suruh aku pertimbangkan kursus perguruan, sbb aku ada bakat katanya. Bakat marah orang ada lah Ustaz. Hehehe.. Sekarang nak mengajar budak mengaji pun aku masih was-was.
 
3. Kenapa tak mintak KPLI?
- Mintak, tak pernah dapat. Banyak kali mintak, setiap tahun selepas tamat tahun akhir, semua gagal. Samada gagal semasa ujian, ataupun semasa temuduga. Semasa temuduga tu, tahun 2007, aku ada meeting tak silap, aku pakai jubah seluar, pastu terus pergi temuduga. Punca kegagalan aku, sebab pakaian aku. Hahahaha. Penemuduga kata, aku takde etika pemakaian seorang guru.
 
Sejak dari hari itu, aku pun mula berhenti utk memasuki kerjaya perguruan. Sambung Master, sbb aku nak sambung PHD/DBA. Tak dapat jadi Doktor Bedah, dapat PHD/DBA pun jadilah. Tapi, sampai sekarang tak terbuka hati nak sambung. Sbb utama malas. Sebab kedua, takde cita-cita nak jadi pensyarah. Takde cita-cita nak mendidik secara formal. Kalau secara informal, ok, boleh je. Nak cari tempat nak mengajar Al-Quran pun tak dapat lagi ni. Sebbek di bucu meja.
 
Ada satu kisah, kisah kita-kita juga. Aku berjumpa dgn sahabat aku yg bergelar guru. Dia kata, "kerja aku tak best, tak glamer, kerja guru sbb takde kerja lain, korang best, jadi lecturer, jadi engineer, aku jadi guru je."
 
Hey sahabat, aku pun tidak bergelar jurutera, bukan pensyarah juga. Tapi, aku berjaya dalam peperiksaan, kerana hebatnya seorang guru. Berbanggalah, panjang usiamu, mereka tetap memanggilmu Cikgu. Mulia hingga ke hujung usia.
 
Kata Imam Al-Ghazali: 
“Hak GURU lebih agung daripada hak ibubapa, sebab orang tua (ibubapa) penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara GURU penyebab hidup yang KEKAL. Kalaulah tidak ada GURU, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua (ibubapa) akan celaka selamanya.”

Selamat hari Guru utk semua warga pendidik... :)
 
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: