...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, June 19, 2017

Lepas orang tolong, kena cakap apa?

Al salam alaykum
 
Pagi tadi, dalam tren, ada OKU berkerusi roda, beralih tempat sedikit, dan bagi aku ruang utk berdiri di dalam tren yg penuh tu.
 
Aku senyum dan angguk, dan terus melayan halwa telinga.
 
Tiba-tiba, aku tengok dia pandang aku, dan berkata sesuatu, "Lepas orang tolong kita kena cakap apa kak?" Dua kali dia ulang, aku tanggalkan headphone, dan tanya semula (sbb aku rasa nikmat pendengaran aku ni mcm dah berkurang). Dia ulang lagi sekali.
 
Maka, aku senyum dan jawab, "Terima kasih."
 
Terima kasih. Pernah aku ulas di blog aku ni, aku mmg susah nak ucap terima kasih. Ada pernah sahabat aku menegur, dia kurang mendengar ucapan terima kasih dari aku. Aku bukan ego, tapi aku mengucapkan terima kasih banyak dgn cara lain. Mungkin, cara aku tidak difahami. Dalam kes pagi ni, aku angguk dan senyum.
 
Tapi, mungkin ucapan terima kasih itu lebih enak didengar.
 
Baiklah, aku akan cuba lagi utk mengucapkan kalimah "terima kasih."
 
 
Terima kasih adik OKU tadi yg menyedarkan aku tentang "Terima Kasih"
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: