...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, June 14, 2017

Menjelang 10 malam terakhir

Al salam alaykum

Diam tak diam, dah nak masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat sungguh. Inilah fasa terakhir utk Ramadhan kali ini.

Bersediakah kita? apakah pengakhiran Ramadhan kita?

Mudah-mudahan, kita beroleh Taqwa seperti yg Allah telah janjikan utk umatNya, seterusnya terus ke Syurga, kejayaan sebenarnya utk insan hamba Allah ni.

Antara tips-tips yg dikongsikan utk amalan bersama:

Banyakkan doa:

Image result for doa 10 malam terakhir ramadhan


 
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..
1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...

Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.

 




Tahun ni, aku tak banyak coretan di majlis-majlis ilmu di TV, sebab utama, aku takde TV. TV ada, tapi volume rosak, dah sampai max, maka, sama la macam takde TV kan? Sumber ilmu aku skrg hanyalah Whatsapp, FB, dan internet. Radio IKIM.fm pun ye juga. Cuma, pada waktu aku buka radio, masa tu ialah waktu mengaji baik petang dan sahur, dan juga waktu solat teraweh.

Sungguh kurangnya aku rasa Ramadhan aku kali ni.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: