...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, July 12, 2017

Sakit di kaki siapa yg tahu

Al salam alaykum

Dah banyak bulan kaki kanan ni sakit. Tak tahu punca. Sbb aku tak pergi jumpa doctor pun. Tapi aku mmg lama tak hiking. Dulu kaki aku seliuh tahun 2012 dulu kaki kiri. Jadi bukan sbb sakit lama la.

Kenapa tak jumpa doctor? Aku takut. Sbb takut kena bedah. Ngek kan? Tak tahu sakit apa, dah pikir sampai kena bedah.

Sbb tak tahan sangat, terpaksa la mencari dalam kotak-kotak barang hiking aku di mana letaknya ankle guard aku. Mujur jumpa satu.


 
 
Alhamdulillah, rasa yakin sikit melangkah. Perasaan ngilu pun takde. Berjalan pun laju. Alhamdulillah.
 
 
Hari ni aku plan nak ke OGA. Pagi2 lagi aku kejar bas 6.50 am. Nak masuk ofis 7.30 am jadinya dapat la aku kuar ofis awal.
 
 
Tapi, housemate aku tepon cakap dia terkunci dalam rumah. Sbb tertinggal kunci rumah dalam bilik. Kunci spare plak ada dalam bilik aku. Jadi aku turun di bus-stop Jusco AU2 dan berjalan kaki balik ke rumah. Kesian dia kalau tak dapat pergi keja. Jadinya, aku naik semula bas 7.30 am la. Nanti nak kena pikir nak simpan kunci spare kat mana pulak selain dari dalam bilik. Rumah kecik, senang je kot org jumpa kot?
 
 
Nampaknya, takde la rezeki nak ke OGA tahun ni. Tunggu la lagi 2 tahun pula. Esok, hari terakhir OGA, habis jam 5.00 pm. Memang tak dapat la pergi.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: