...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, July 09, 2017

Rawatan lagi

Al salam alaykum

P cerita rumah dia ada masalah lagi. Dia takut utk tinggal seorang dalam rumah. Maka, dia panggil Ustaz utk cek rumah.

Aku dan E pun turut sama. Sbb kami pun ada masalah masing-masing. Aku berharap ini adalah terakhir aku jumpa Ustaz utk tujuan ruqyah.
Seperti biasa, aku memang berdebar.

 Selepas sesi bacaan ruqyah, alhamdulillah gangguan yg kami terima tidaklah ketara sekarang ni. Ustaz kata, kami kuat, mungkin juga sbb selalu baca Quran. Malu juga mendengarnya. Kena betul rajin dan isitiqamah.
Ustaz minta selalu amalkan bacaan al-Baqarah. Sebelum masuk ke dalam rumah, sebelum memberi salam sentiasa baca A’uzubillah, dan ludah ke kiri. Aku selalu amalkan “Assalamualaina wa ‘ala ‘ibadillahissolihin” apabila aku tahu tiada orang di dalam rumah. Ustaz kata, amalan yg bagus juga.

 Maka, teruskan dengan amalan-amalan baik. Senantiasa dengan bacaan Al-Quran. Kalau beramal dgn ruqyah, mesti istiqamah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Aku berdoa, moga inilah yg terakhir aku berjumpa dgn ustaz dan berubat berkaitan dgn gangguan-gangguan ini. Dan, aku kuat iman, mental dan rohani utk menghadapi gangguan-gangguan dan seterusnya bebas sebebas-bebasnya.

 ::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: