...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, July 26, 2017

Bila mak tanya, dah pergi interview mana dah?

Al salam alaykum
 
Sahabat aku di AMB dulu tiba-tiba msg aku nak tgk resume aku. Ada la tu nak p minta kerja baru la plak tu. Rupanya skrg dia pun dah bertukar department, sama mcm aku. Cuma dia dah jadi manager la, aku tak pun.
 
Maka, bertukar-tukar la pengalaman kami menghadapi interview dan bagaimana nak menjawab soalan interview yg tak pernah aku sangka akan disoal.
 
Dan ada yg dia cadangkan, gunakan pengalaman kita dulu di AMB. Kita kan dikenali sbg batch yg degil. Ada je perkara yg kita lawan DSS, sehinggalah DSS memperkenalkan sistem utk kita patuhi dan menjadikan siapa kita pada hari ini.
 
Baiklah. Maka, berbekalkan semanngat itu, aku menghadiri satu video interview, iaitu siri bercakap sengsorang. Soalan satu je senang, boleh jawab. Soalan kedua, aku blank, nervous, terus tak dapat jawab. Soalan ketiga, pun terus bisu. Terus aku tinggalkan video interview itu.
 
Kemudian, mak aku tepon, dia  cakap ada rombongan KRT nak ke sebuah pulau bulan 10 nanti. Dia ajak aku pergi sama. Aku jawab, aku nak ke Tawau, boleh tak? Harga package RM 600.00 plus plus. Mak aku cakap tak payah la, sambil menyambung, ada interview tak? Ni dah bulan 8 ni... Huhuhuhu...
 
Terus teringt, video interview yg aku tak siapkan tengahari td. Due sampai 11.59 pm. Aku gerun.
 
Tipis harapan nak ke Tawau nampak gayanya.
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

tiga lalat said...

takkan la company skrg ni x sambung contract ko setahun lagi? aminn

Kay said...

Aamiin... mudah-mudahan makbul doa Wak tu...

baca balik post ni baru teringt saya lupa semalam nak habiskan video interview tu alahaiiii