...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, July 27, 2017

Dhuyufurrahman 1

Al salam alaykum

Semalam selepas kerja aku ke Kelana Jaya, nak berjumpa Herny sekeluarga sebelum dia bertolak ke Madinah.

Oleh sebab flight dia malam, tapi flight dari Kuantan pagi, maka dia menyewa rumah tetamu di Perumahan Kastam. Dekat je dengan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya tu.

Tak lama pun jumpa, selepas maghrib mereka sekeluarga terus ke Tabung Haji utk urusan pendaftaran jam 9.30 malam.

Semoga Dhuyufurrahman ini diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan di sana, dan mendapat ganjaran haji yg mabrur.
 
Kami bersahabat sejak 1994.

Bergerak ke Tabung Haji selepas maghrib

Salas, adik Herny. Satu sekolah juga dgn kami. Lama tak jumpa dia ni, masa kenduri Herny, dia tak balik, pergi beraya rumah dia, dia beraya rumah mertua.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: