...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, July 29, 2017

Dhuyufurrahman 2

Al salam alaykum

Petang semalam sebelum pulang ke Kuantan, aku berjumpa dgn Sumih pula. Sumih dan suami bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 31/7/2017 ni. 

Saja bertanya khabar persiapan mereka. Lagi penin nak mem-packing kelengkapan katanya. 

Sumih pergi kursus haji sama dgn aku. 

Tergambar juga kerisauan hati bagaimana utk menghadapi ujian dan dugaan nanti di Tanah Suci. 

Betul, aku yg setakat ni 3 tahun pergi berkursus, masih ada juga salah faham dalam tatacara menunaikan rukun Islam ke-5. 

Di saat-saat akhir ada pula banyak pendapat, pening mana satu hendak diraikan mengikut lunas syariah. 



Dan, cuaca jua yg diramalkan akan mencecah sehingga 51 deg C. 

Bagaimanapun, didoakan semoga mereka semua menjadi tetamu Allah yg paling istimewa. Dipermudahkan segala urusan. Diberikan kesihatan yg baik. Dan mendapat ganjaran haji mabrur. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: