...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, July 10, 2017

GGK Beraya yeay!

Al salam alaykum

Kata persetujuan telah dicapai, kami beraya tahun ni.

Tapi, dua ahli GGK lain tidak turut serta, iaitu Yat dan Intan.

Aku amik Athirah dulu, kami ke rumah Amy utk minum Teh O dari Beijing.

 
 
Sambil-sambil menjenguk rumah Amy yg dah diubahsuai dengan cantiknya. Amy dah lama tak join memanjat, sbb dia cakap sekarang dah bertukar hobi deko-deko rumah.
 
 
 
Kemudian, kami ke rumah Huz. Rumah wajib, tempat wajib amik gambo pun atas sofa tu. Hidangan mee kicap dan nasi goreng. Serius la mee kicap tu sedap sangat! Aku dan Huz ni suka cuba buat resipi yg org lain tak berapa nak buat. 
 
 
 
 
Nir pun dah sampai, maka kami gerak ke rumah Nurul pula.
 
 


Yeay Hanaan ada sekali!
 


Tahun ni Nurul menyediakan juadah baru, iaitu soto di samping rending negeri similan dia, dan menu kegemaran aku, Shepherd pie dan juga spaghetti. Memang kebudakan sungguh. Tapi, paling yg aku suka ialah Choc Chip Cookies. Tiap-tiap tahun cari.

GSH tanpa Cikgu Bungolale dan Pwincess.
 
Sebelum kami bergerak ke rumah terakhir.
 
 
 
Selepas solat Zohor, kami bergerak ke rumah Mak Hayam... tahun lepas kami tak sampai. Rumah dia jauhhhhh di Lenggeng sana.

 

 

Bergossip dan bercerita kisah lama, dipenuhi gelak ketawa.
 
 
 
Nir ada tanya, kenapa lama sangat duduk kat sesebuah rumah? Cemana nak jawab ni? Hahahaha...
 
 
Memang begitulah sokmo-sokmonya pun. Diakui sendiri oleh family Nurul. Kami beraya memang lama. 
 
GGK sudah 7 tahun

Geng Gunung Ke? - Amy, Kay, Huz, Julie, Nurul, Bai, Fadd, Adeq, Ezza, Athirah dan Miza. Semoga ukhwah kita terus bersemi membunga mengharum selamanya.
 
 
Semoga perjumpaan raya seterusnya, semua ada, termasuklah Yat dan Intan Masayu ahli GGK, dan juga Cikgu Bungolale dan juga Pwincess yg jauh di Nusajaya sana.
 
 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

tiga lalat said...

meriahnyer uoolss., ;p

Kay said...

mestilah.... kenapa delete komen kat lagi dua entry? baru nak balas