...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, July 04, 2017

Kecik Ati

Al salam alaykum

Aku sebenarnya kecik ati. Aku pikir-pikir tak sepatutnya kecik ati. Tapi nak jugak kecik ati. 

Aku terasa. Sepertinya apabila aku susah, org tinggalkan aku. 

Bukan pasal apa pun. Pasal berjalan-jalan. 

Yg pertama, dia pergi Singapore. Sepatah pun tak cakap. Aku boleh syak apabila seorang memuatnaik gambar murtabak Singapore, dan sorang lagi bergambar di bangunan ikonik Singapore. 

Yg kedua, pergi Koh Lipe. Pun sama. Aku macam menghidu sesuatu dari cakap-cakap mereka di dalam FB. Tapi aku takde la pikir sgt. Tapi bila seorang lagi hanya memuatnaik gambar dia seorang, mmg musykil. Pergi dgn sapa?

Akhirnya, terpecah sudah. Bila aku lihat status update di Whatsapp. Gambar mereka bercuti di Singapore dan Koh Lipe. Status dan gambar dimuatnaik oleh sepupunya. Muka-muka di dalam gambar mmg dikenali. Semuanya tahan hati ye tak muat naik gambar di FB kecuali seorang di instagram. 

Kenapa aku nak kecik ati? Mmg ko susah pun, ko sendiri cakap tak ke mana-mana tahun ni. Mungkin sbb dia tahu aku dalam susah, maka takde la mengajak. Tapi bagi aku, mengajak lain. Beritahu lain.

Tak ajak, aku tak kisah. Tak beritahu, kemudian berahsia. Memang aku kisah. Kalau nak rahsia, beritahu semua ahli rombongan supaya jangan muatnaik sekeping gambar pun di mana-mana laman sosial. 

Aku tak dengki. Aku tahu kemampuan aku. Tapi jangan rahsia. Bila aku tanya, jawapan standard "takde ke mana pun". 

Kecih ati tau tak? Sampai sekarang aku kecik ati. Bulan 8, aku ada tiket ke Tawau. Bersama dgn mereka. Ikut kecik ati, mmg tak nak pergi. Budget pun mmg takde. Tapi, ikut ati, nak pergi sbb mmg dah lama simpan teringin ke Tawau tu. 

Tapi tak tau la. Payah jugak nak pura-pura lupakan semua dan tak tahu apa-apa. Sebab perasaan terkilan itu masih ada sampai sekarang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

tiga lalat said...

salam kay,lama bebienor x komen2 blog ko yg hebat nih.,

psl entri nih, tetibe wak teringat wayang 'Hati Bukan Kristal' lakonan Erma Fatima dulu2 laa., kawan makan kawan.. last2 kawan serumah pon leh berendut tido dgn lelaki yg sama., huhu2 tu citer wayang lama, skrg erma fatima kan dh bermadu,. hahar2

ps. kecik ati dgn saket ati tu x samer erk? #waktanyeje

Kay said...

Baru jumpa blog lettewww.

Sakit hati = marah
Kecik ati = sedih

Pastu takde kaitan dgn drama atau filem tempatan.