...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, July 16, 2017

Sarapan di 14, minum petang di 10

Al salam alaykum

Kenyang makan semalam kat open house Eagy membawa ke pagi ni. Maka, aku tak sarapan pagi sbb rasa sebu sgt perut. Aku brunch terus di rumah Athirah. Menu nasi lemak yg mmg sedap zaman berzaman. Ikan bilis dia tu sedap. Mungkin sbb penggunaan ikan bilis tu sendiri. 


GGK (Huz) dan GSH tanpa Eein dan Cikgu


Mereka bertanya cemana aku kenal Intan ni, aku kenal di masjid Muadz bin Jabal. Kami sama-sama ikut Athirah ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Dan kebetulan pula, Intan ni kawan dgn Fida dan Kak Zack, geng proton aku. Dunia kecik je. 

Dan petangnya, aku ke Subang Bestari, menjamu mee kari di rumah Kak Emi. Memang akan bercerita tentang bos lama kami. Hanya doa mampu dititipkan. 


Freestylezzzz

Ada lagi raya? Raya sehari je, tapi Syawal itu sebulan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

tiga lalat said...

kata beraya, mana gmbr makanannye., hehe2

Kay said...

beraya tak semestinya berkaitan dgn makanan je