...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, August 02, 2017

Ke manakah dan bagaimanakah masa kita dihabiskan?

Al salam alaykum
 
Bertambah usia lagi setahun. Nampak sikit sangat. Bertambah usia lg 12 bulan. Sikit?
Bertambah lagi usia 365 hari. OK, banyak sikit. Berapa banyak dosa pahala yg dapat setiap hari yg dibilang tu?
 
Sayyidina Ali r.a berkata:
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada amal."


It's me!

Aku baru perasan tarikh itu... hahaha, wajib la masuk blog utk kenangan masa hadapan.
 
 
Terima kasih utk segala ucapan selamat hari lahir yg ke tiga puluh enam pada hari ini. Terima kasih utk ingatan tulus ikhlas semua, Pa, Ma, Kakngah, Abang dan Iman. Nisa takde, dia kat asrama. Terima kasih juga utk semua pak sedara dan mak sedara, dan sepupu sepapat semua. Dan juga utk semua sahabat yg mengirimkan ucapan hari lahir menerusi Whatsapp, Telegram dan juga FB walaupun dah off notification, korang masih mengingati diri ini.
 


Ucapan dari ex-boss hahahaaha, lepas meninggalkan SBM inilah pulak dapat ucapan hari lahir dari beliau. Maklumlah, hari kelahiran yg sama dgn anaknya.
 
 
 

Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Ke manakah dan bagaimanakah umur (masa) kita dihabiskan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

mygoldpen said...

Happy belated birthday kak kay..semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah, berjaya dunia dan akhirat..kite gang ogos! Ehehe..

Kay said...

Aamin... terima kasih Izza... :-)