...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, August 10, 2017

Masih tak boleh nak move on

Al salam alaykum

Semalam aku membuat perkara yg dah lama aku tak buat. Pergi kejar artis. Hahaahaha. Kali ni artis Korea. So Ji Sub punya pasal, tak kisah la Fidot dgn Syah tanak pergi pun, aku nak je pergi sorang. 

Tapi serius ramai sungguh manusia. Janji dgn Syah dan Fidot, lepas habis acara baru jumpa. Berdiri je la kita di mana yg boleh. Memang susah dah nak masuk mencelah. 

Kagum!

Rombongan The Battleship Island muncul dalam jam 7.15 pm, semua menjerit. 10.000 manusia memenuhi Pavilion KL. Pada mulanya aku nampak pentas tu jelas, tiba-tiba hilang nampak kepala je. Frust sungguh! Maka, tengok skrin besar je la. Yang penting, aku tahu aku sedang berpijak di Pavilion sama dgn So Ji Sub. Hahaahahaa

Oppa! Coachenim! Saranghaee kah kah kah 

Ini je la mampu. Terima kasih kat kenalan baru aku di situ mengambilkan gambar aku dgn Ji Sub!

Kemudian, nampak kelibat macam dikenali! Oit Fidot! Cepat bergambo sama ekeekeke. Tepon Syah skrg!

Sorry Fidot, kitorg minat Ji Sub je so takde gambo dgn Joong Ki!

Nak sepentas dgn Ji Sub tak dapat sob sob sob!

Sebenarnya, aku ada masuk peraduan utk memenangi tiket Gala Premiere bersama dgn aktor The Battleship Island, tapi takde rezeki nak menang. Fidot pulak lupa nak masuk. Tak apa la, mungkin nanti ada rezeki lain pula. 

Sampai sekarang aku sengeh lagi. Takleh move on. Padahal dapat tgk skrin je pun. Tak dapat tgk depan mata nak bertentang mata. Tapi mungkin sbb pada usia sebegini sanggup lg buat keja ngokngek camni. Apa ada hal, ada auntie datang nak tgk Joong Ki kot! 

Okes, sambung sengeh lagi! Semoga kita jumpa lagi So Ji Sub Oppa!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

3 comments:

tiga lalat said...

gigih nyer ., ;p

Kay said...

Mestilah nak jumpa kesukaan. Wak pun sama kan gigihnya?

tiga lalat said...

gigih dgn tangungjwb lain ye., hahar2