...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, August 07, 2017

Panjat dinding gua la pulak

Al salam alaykum
 
GSH nak ke Gunung Raung bulan depan. Maka, mereka dikehendaki menjalani latihan memanjat dinding gua dan juga turun dengan tali (abseiling).

Maka, aku sebagai penyibuk, aku pun turut serta bersama mereka walaupun tak pergi ke Raung. Raung tu salah satu impian aku juga. Tapi apakan daya, hajat hati nak peluk gunung, tapi duit tak berapa nak ada tangan tak sampai.


Kami berkumpul di Gua Damai Extreme Park jam 8.30 pagi. Menunggu ketibaan staf Karat Adventure dan juga Uncle yg baru pulang dari Lombok.
 
Aku dan Amy je tak ke Raung.


Mereka sedang menyediakan peralatan
 
 
Latihan memanjat dinding gua ini dikelolakan oleh pihak Karat Adventure dengan bayaran RM 70.00 utk sewa peralatan, bayaran utk belayer, dan juga sewa kasut.
 
Sesi taklimat bagaimana nak memanjat dinding gua, menuruni dinding dan juga langkah-langkah keselamatan. Ada tiga command yg digunakan iaitu:
 
 
1. climbing: utk memanjat ke atas
2. take: utk berehat
3. lowering: utk turun ke bawah
 
 
Ini adalah command biasa dalam aktiviti ini, tapi kita cakap ikut suka kita pun boleh. Yg penting, komunikasi antara kita dengan belayer di bawah, saling memahami utk mengelakkan sebarang insiden yg tidak diingini terjadi.

 
Selepas sesi taklimat, maka mari kita bermula. OK, masa ni aku mmg dah takut. Ye, aku ni penakut sebenarnya. Tapi sbb ada semangat enkuiri yg tinggi tu, maka suka la juga nak mencuba.
 
Bai bermula dulu.
 
 
Selepas Bai mencuba, dan selamat turun, tolak menolak la antara kami. Kasut takde saiz la. Gajah kaki betul kaki kamu!
 
 
Bai, Nurul, aku dan Amy mencuba laluan yg paling senang kata Uncle. Tapi, sengsara. Pertama kali panjat, rasa susah sangat. Kasut pulak kena pakai kasut sempit dari saiz asal, supaya jari kaki tu membengok sikit. Lagipun, masih mencari rentak pertama. Sebenarnya, kena gunakan kaki berbanding tangan. Tapi, sbb bila tak jumpa tempat utk berpaut yg dirasakan selamat, maka ragu-ragu tu sama banyak. Pastu tak yakin dgn belayer lagi. Hahaha. Belayer puas jerit, " jangan takut kak, tali ada!" Kalau tali putus? Uwwaaaaa

Sampai jua aku kat gua kecik tu. Tapi sebenarnya tak habis lagi.
 
Dik, akak nak turun. Alaaa, sikit lagi kak! Nak turun jugak! Rugi kak! Nak turun!!!!
 
Turun, rehat kejap. Pastu cuba laluan lain pula. Jumlah aku panjat 3 kali la. Nak buat ni kena awal pagi, sebab nanti matahari menacar, perit juga muka tu.



Dan, akhirnya sebagai penutup, Uncle menyampaikan taklimat ekspedisi ke Gunung Raung. Seronok mendengarnya. Tapi, tak apa la, mungkin ada rezeki lain kali, insyaAllah.
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

tiga lalat said...

jeliter nyer uoolss., ;p

Kay said...

Yeahhhh we olssss meme jelita