...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, August 01, 2017

Pengalaman temuduga masing-masing

Al salam alaykum
 
Kalau dulu, selalu makan berdua atau sorang je, sbb tak ramai officemate Melayu, tapi sekarang, bertambah la sorg dua lagi officemate Melayu dan suka mencari tempat makan. Tapi diorg mmg kakak-kakak la. Kagum weh dh masuk usia 50an masih bekerja, ada yg PJJ dgn suami di Melaka, ada yg PJJ suaminya di Johor.
 
Kami bercerita pengalaman temuduga.
 
Kakak yg suaminya di Melaka, bercerita tentang ex-bosnya yg suka mengasingkan resume yg berwajah cantik/hensem dgn yg tidak. Dan, yg berwajah cantik/hensem saja dipanggil temuduga. Maka, mulai saat itu, dia mohon pekerjaan tanpa gambar di resume. Aku up status ni di FB, ada sorg kawan aku komen, kalau utk international job application, mmg tidak digalakkan utk meletakkan gambar pada resume kita.
 
Aku pun ada je pengalaman pasal gambar di resume. Nak buat cemana, aku kat fotogenik, berulang kali interviewer tengok aku, tengok gambar aku, dan akhirnya, "dalam gambar cantik!" Adoi, kalau dalam gambar cantik, kat luar pun cantik la jugak! Ekekeekeke...
 
Ada juga kakak HR yg bercerita, markah utk keterampilan diri hanyalah 10, biasanya interviewer akan bagi markah paling tinggi 7, paling tidak pun 5. Aku harap aku dapat la 5 tu, bukannya 1 ataupun 0.
 
Dan ada kakak perekabentuk perpaipan pula bercerita, dia selalu dapat soalan, "Jika dia diterima bekerja, bagaimana dgn pengurusan anak-anak?" Dan dia mengomel, takkan la ini pun nak tahu, pandai-pandai la dia uruskan. Sbb, bukannya baru mula hendak bekerja, dah berpuluh tahun bergelumang dalam alam pekerjaan. Nak tergelak je aku.
 
Dan, kakak PA pula berkongsi pengalaman dia, dia dapat soalan, kalau diajak ke hotel, ikut tak? Peliknya soalan. Dia jawab, dah kalau kerja sebagai PA/Setiausaha, dan bos kena meeting di hotel, memang akan ikut la, sbb meeting, bukan sebab lain kan?
 
Setakat ni, aku takde la dapat soalan-soalan macam di atas ni, kecuali semuanya tentang functional dan structural interview. Tapi, paling menyampah, structural interview. Sbb dia kata, tiada jawapan betul atau salah. Tapi bila aku bagi jawapan, dia menidakkan jawapan aku setidak-tidaknya. Aku bukanlah suka berbahas sangat wehhh! Sbb tu la tak dapat lagi kerja kat Menara Jagung tu kan? Hahahahaa...
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: