...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, October 15, 2017

The Candy Walkathon 2017

Al salam alaykum

Mahal perjalanan 4km ni. RM 45.00. Aku masuk sbb nak teman Kak Roza. Tapi Kak Roza tak dapat nak teruskan, balik kampung, ayah sakit. Maka, aku dan Aizah je la berdua. Sayang juga kalau tak pergi. 

Kami mula jam 7.30 pagi, dan aku sampai di garisan penamat pada 8.30 pagi. Sejam untuk 4 km. keliling tasik malas, percuma je ekeekeke. 

OK, sbb nama pun The Candy Walkathon maka terbayang la dapat Candy berwarna warni kan? Tapi dapat bergambar dgn replika Candy je laa. 

Di garisan permulaan. 

Bertempat di Main Place, USJ 21. 

Selepas 15 minit. 

Coklat-coklat bergelimpangan

Salah letak ni. Pihak penganjur sepatutnya meletakkannya di sebelah kiri jalan sbb seberang sana bukan laluan walkathon.  Membahayakan peserta sebab ramai yg melintas utk bergambar. 

Jauh juga kami kena buat pusingan-U

Kalau bukan kerana acara ni, nak berjalan kaki di sini?

Sekejap je dah 3750. Comel adik ni!

Yay! 5000 langkah utk 4 km!

Kemudian beratur utk mendapatkan medal dan air. 

Ok tamat!

Hadiah kemenangan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, July 21, 2017

Vamos Framing the World by Bijan

Al salam alaykum

Rupanya pameran ni dah berlangsung lama, mula dari 1 Julai lagi di Matic. Tapi aku baru dapat tahu beberapa hari lepas. Tapi baru semalam aku dapat pergi tengok. Tambang Uber RM 1.73, maka, tahu la kan dekat je dgn ofis aku ni.

Aku mengikuti perkembangan kembara Bijan dan Kim ni di FB. Aku suka catatan mereka ketika mengembara di Sungai Amazon.

 
 
33 Negara selama 2 tahun
Macam lukisan... Lukisan alam

Memori

 

Mereka mengembara dgn motosikal juga.

 
Tapi, keterujaan nak menyelusuri momen pengembaraan mereka ni terbantut sikit. Pameran sepatutnya tamat 20/7/2017 @ 7.00 petang, tapi dah ada dah pekerja-pekerja menyusun atur bahan pameran lain yg dijadualkan bermula pada hari ni. Malam-malam takleh buat ke?
 
 
Masih ramai lagi yg datang nak menyaksikan pameran ini.
 
Tapi, Bijan pun takde kat pameran ni juga semalam.
 
 
Lepas tengok pameran, moh kita berangan lagi.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, April 24, 2017

Berkelah... selepas 7 tahun

Al salam alaykum

Hari Khamis Fidah wasap ajak naik Berkelah Ahad ni. Aku ok je. Lama tak jumpa Fidah pun ye juga bila balik Kuantan ni. Kena daftar dan bayar permit RM 10.00 kalau nak naik atas dari tingkat 2. 

 

 Kami berkumpul kat rumah Kak Jehan Explorace, sarapan pagi. Dan bergerak ke Berkelah, Maran dgn 2 buah kereta. 

 

Mula treking dari jam 10.00 pagi. Tujuan utk sampai ke Tingkat 7. Aku tak ingat dulu aku sampai tingkat berapa. 


 
Tingkat satu

 
Tingkat 2 tak silap


Nak lemang periuk kera?

Jam 12.00 tengahari matahari pacak atas kepala kami sampai ke tingkat 6. Sbb pergi dgn Fidah, maka mmg lengkaplah semua ada. Dapur, maggi, air kopi. Aku bawah roti sambal sardin dan mestin. 

 
Tingkat Empat

 
Sikit lagi nak sampai. 

 
Chef de mission memulakan tugas hakiki. Dia ni dari zaman sekolah sampai sekarang mmg minat bab pengurusan dapur ni. 

 
Dah kenyang, terjun tiruk la kejap. Ni tingkat 6.

 
Baru ada gambar beramai-ramai

Tapi, tak sempat nak naik ke Tingkat 7, hujan pula di tengahari. Lepas solat Zohor, kami bergegas turun. 

 
Nak balik dah sob sob sob

Cuaca baik kembali, kami berhenti kat Tingkat 5, masak maggi lagi. 

 
Puteri air. 

 
Selipar aku dah terkopak. Jumpa tali, ikatan buku sila la kita. 

 
Harap sempat sampai ke bawah. 

 
Terserempak dgn geng Infamous Outdoor dan geng Bagak, datang Berkelah kutip sampah. Alhamdulillah. Aku hanya mampu bawak turun sampah sendiri je. 

 
Subhanallah

 
Cik Fidah dgn beg doraemonnyaaa


 
Cabaran si lereng batuan. 

 

Fidah pun buat kerja amal juga, kutip sampah. 


Hasilnya lumayan juga. Berdiri: Shima, Nina, Hanis, Doktor Rosdi, Husna, Kak Jehan. Duduk: Fidah, Hilman. 

Nanti nak kena pergi lagi. Tak sampai lagi ke Tingkat 8 Air Terjun Berkelah. Hari ni tiada rezeki kami. InsyaAllah lenkali ada lagi. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, December 10, 2016

#FreeMarketKualaWoh - Liputan Media

Al salam alaykum

Aktiviti #FreeMarketKualaWoh mendapat liputan dari pihak Media Prima. Bersiaran di Berita TV9 jam 12.00 tengahari td, dan kemudian di Buletin Utama TV3. 

Tahniah utk penaung Friends of Kuala Woh, Raja Fernaliz Raja Harris utk kejayaan program ini. 

Harap aku ada kudrat lagi di masa akan datang utk menyertai program sebegini. 

 
Sedutan Berita TV9

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, December 05, 2016

BBC 2.0

Al salam alaykum

Aku tengok gambar ni pastu cakap "eh kulit aku macam dah ok skit".

Tetiba member sebelah ni potong, dia cakap dia dah set kamera dia kepada mode Beauty. Sila jangan perasan hahaha

Nak kata kulit aku kesat lagi la tu...

Sbb tu aku suka kamera telefon aku, mmg kompem tak tipu, takde pun set-set mode Beauty and the Beast ke apa ke... Huawei P9 Leica ni tipu je sob sob sob

 
Gorpro takde, monopod takde, tanganpod je la


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, November 29, 2016

#FreeMarketKualaWoh - Video

Al salam alaykum

Ada video! Jom layan



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 28, 2016

#FreeMarketKualaWoh

Al salam alaykum

Sekitar Freemarket Kuala Woh 3.0 pada 26/11/2016, di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

Tahniah kepada pihak penganjur Friends of Kuala Woh.

Tak banyak gambar sbb khemah penuh diserbu mereka.

Alhamdulillah, semoga usaha yg sedikit ini diberkati.


Lagu tema: Ya Rabbi Ya, Inteam & Viral

Penuh bonet dan bahagian penumpang belakang, mujur Aizah kecik orangnya, boleh selit hehehe


Jam 8.00 pagi, berkumpul di Tol Tapah, menghala utara

Yang berusaha, YM Raja Fernaliz Raja Harris


TV3 ada, masuk tv la kita, kih kih kih

setup gerai dan booth masing-masing

 
Tak siap lagi. Sumber foto: Whatsapp

Dah ramai datang usha barang keperluan yg mereka kehendaki

Dalam masa 15 minit nak kena siapkan gerai, makanya, perancangan awal dilupakan. Gantung je mana yg perlu, campak je mana yg ada.

9.15 pagi, mereka semua dah boleh datang utk mengambil barang idaman

Lepas tu aku tak tau dah ke mana telefon aku, sibuk melayan orang asal Kuala Woh dan juga penduduk-penduduk sekitar, dan pelajar-pelajar tahfiz.

Alhamdulillah, dalam masa 1/2 jam kebanyakan barangan yg kami bawa habis.

Antara yg kami bawa, alat keperluan sekolah yg baru, handbag dan kasut terpakai, pakaian terpakai, dan pinggan mangkuk.

Alat keperluan sekolah sudah tentulah kanak-kanak yg habiskan dahulu. Handbag dan kasut pula anak-anak dara. Pinggan mangkuk dan sewaktu dengannya, aku mmg tak pasti siapa yg ambil, tengok-tengok dah habis. Alhamdulillah. Pakaian yg cepat habis, t-shirt, kemeja, blouse dan skirt. Kemudian barulah baju kurung dan tudung mengambil tempat.

Aku tak sempat nak jenguk ke gerai lain, sbb melayan karenah dan keletah penduduk setempat. Tambahan pula, terpaksa menugaskan seorang menjaga barang-barang peribadi kami. Mereka dok usha luggage bag, ramai datang bertanya utk mengambil luggage bag tu. Kami tak sempat nak simpan semula dalam kereta. Hehehe... 

Bila dah tengok keadaan reda skit dan kurang pelanggan, aku tinggalkan gerai menjenguk gerai orang lain. Mereka juga serupa, dah relax-relax sbb kebanyakan barang dah habis. Ada juga freemarketeers bercerita mereka bawak segala barang mereka ke hujung padang, sbb masih ramai lagi yg malu-malu dan segan utk turut serta bersama penduduk yg lain.

Kak Lin, HR SBM dan Intan pun ada. Sempat tanya bila SBM nak bukak iklan jawatan kosong semula hehehe


Freemarketeers lain yg baru sampai, bersama pengusaha pondok tahfiz

OK, kedai kami dah tutup

Ambil je!

Kedai pun dah tutup, maka kami pun berjalan-jalan untuk menyertai aktiviti lain yg disediakan.


Tok Batin berpakaian tradisi Orang Asal



Kawan sekelas Kak Fern, awet muda sungguh mereka itu

Beratur utk aiskrim, 800 scoop utk hari itu

Zumba bersama orang asal. Hai Kak Fern!

Layan

Tarian sewang


video

Jurugambar TV3 sedang bertugas

Gunting rambut percuma tajaan Lahmak Pomade

Ada juga pemeriksaan mata dan kesihatan percuma utk penduduk setempat oleh MyHarapan dan DHL, pembahagian barangan asas makanan, dan juga demonstrasi menyumpit.

Sis cuba, kena pokok je hhaha


Juara tahunan

Makan tengahari, lauk sedap, alhamdulillah

Kegembiraan di wajah mereka, foto oleh Puan Pi Bani (https://m.facebook.com/pi.bani?__tn__=R)



Pemberita sedang menghafal skrip, 5-6 kali jugak tak jadi hehehe


Keluarga besar Friends of Kuala Woh

Kemudian, kami dibawa melawat ke perkampungan orang asal. Pada pemerhatian aku, kampung mereka juga dah moden.

Rumah asal

Ada tangki bekalan air bersih

Rumah pun dah beratap zink

Permai


Dan kemudian, kami nak ke sungai utk berendam. Tapi hasrah tidak kesampaian. Usai solat zohor, hujan lebat mencurah-curah. Kami nak tunggu hujan teduh, tapi nampak gayanya takda tanda-tanda nak serik, maka kami pulang menuju ke Kuala Lumpur.

Terima kasih Kak Roza sbb terbuka hati utk menyertai sebagai freemarketeer, walaupun di saat akhir terpaksa menarik diri, penyumbang tenaga, Aizah dan Husna dan penyumbang-penyumbang barangan utk Freemarket ini. Seribu tahniah utk pihak penganjur, YM Raja Fernaliz dan keluarganya. Semoga ada lagi Vol 4.0 pula.



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::