...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

.

Showing posts with label Baca. Show all posts
Showing posts with label Baca. Show all posts

Monday, June 04, 2018

Imaen - Pergi tak kembali

Al salam alaykum

Salah seorang penulis kegemaran aku di Jemari Seni, telah meninggalkan dunia yg fana ini petang semalam.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau, dan meletakkan beliau di kalangan orang yg beriman. Aamiin.



 



 

 



Karya terakhir beliau
 
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, May 07, 2018

Pink Purple on 6th - Kami Sayang Jemari Seni

Al salam alaykum
 
AKu dah lama tak jejak kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
 
Sebab, ia akan membuatkan poket aku rabak.
 
Macam semalam, rabak poket aku, walaupun aku hanya pergi Jemari Seni dan Kasi Terbit je.
 
Belum lagi singgah reruai lain.
 
 
Aku ke PBAKL juga sbb meraikan Jemari Seni utk terakhir kalinya. Selepas ni Jemari Seni dah takde. Sedih kan?
 
Kebanyakan novel JS aku ada, sbb aku memang suka baca JS, maka sikit je la aku beli. Mujur lagi aku beli awal-awal, sebab banyak dah sold out, maka takde la rasa kecewa. Huhuhu
 
 
Kita ke Jemari Seni dulu.
 
 

Bersama Ika Madera dan Rodier.
 
 
Rodier penulis baru Jemari Seni. Tapi banyak dah novel dia. Novel terakhir, Fir & Anne. AKu dapat beli tahun lepas, tapi Sumih tak dapat. Dan novel FIr & Anne telah kehabisan stok.
 
 
Kak Ika Madera, dulu dia ada dalam friendlist aku, pastu tiba-tiba takde, kena removed sob sob sob. AKu suka baca novel Jet dan Jonah, juga Dapur Wawa.
 
 
Memang wow la diorang ni.

Novel aku sebakul je, yang lain Sumih.

Untuk Asmiza, dia kirim kat aku.

Kak Su akan pulang ke Kedah selepas ini.
 
 
Kak Su, atau namanya Noor Suraya Adnan Sallehuddin, memang aku minat dari Creative Enterprise lagi. Novel Kak Su memang bersahsiah tinggi. Kak Su bercerita dalam novelnya, dan kita sendiri akan merasa yang kita berada di situasi itu. Memang hanyut sama-sama kalau baca novel Kak Su ni. 

Ramai sangat orang!

Warga Jemari Seni

Kak Khairyn Othman
 
 
Aku mengenali kak Khairyn Othman, sebab aku baca Zahrah De Tigris. Terus semua novelnya aku ada. Sebab memang best dan terbaik.
 
 
Kak Wan Amalyn

Aku pinjam beg tarik kak Roza. Tu pun tak muat rupanya.
 

Kami beredar dari Jemari Seni, sebab makin lama makin ramai. Memang ramai yg nak berjumpa dengan mereka.

Besar harapan aku, agar semua penulis JS dapat terus berkarya walaupun dgn terbitan lain.
 
Kemudian, aku ajak Sumih naik ke Hall 4, mana tahu berjumpa dgn ET.

Rezeki dapat jumpa ET @ Siti Noridah Ab Rahaman.
 
 
 
Seronok borak dengan ET. Sebaya dengan aku, bujang, dan dia seorang traveler! Aku tanya juga macamana dia survive dan dapat travel jauh-jauh kan? Apa pandangan keluarganya dan macam-macam. Dan, ET berkongsi dgn kami macam-macam. Seronoknyaa!

Bersama Normi Nas.
 
 
Di reruai yg sama, ada juga penulis dan traveler tak kurang hebatnya, Normi Nas. Semangatnya sekuat waja!
 
 

Buku aku

Buku Sumih. Nanti aku pinjam yg Sumih pula utk dibaca.
 
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Thursday, April 19, 2018

Berita Sedih

Al salam alaykum
 
Bagi aku sedih la.
 
Pertama, Jemari Seni dan JS Adiwarna akan menghentikan penjualan novel. Berair juga mata aku ni bila baca status FB kak Noor Suraya.
 
PBAKL kali ni adalah yg terakhir utk Jemari Seni dan JS Adiwarna.
 
Aku mendoakan penulis-penulis JS yang aku hormati, yg aku gemari dapat terus menulis menerusi terbitan lain. Melalui Anti Graviti, misalannya kan?
 
Dan berita kedua, KRU bakal dibubarkan selepas Konsert Gergasi KRU 25! Aduhai! Dah la tak dapat beli tiket konsert yg mahal sangat tak mampu nak beli walaupun dah menabung tapi tak sempat nak beli sebab dah habis, selepas ni takde konsert dah.
 
Harap pihak KRU akan men-DVD-kan konsert terakhir mereka ini sebagai kenangan utk peminat mereka!
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 27, 2018

Tiada Arah Jodoh Kita - episod akhir tak best

Al salam alaykum

Aku tengok drama ni awal, tengah dan akhir.

Awal-awal, tengok satu dua episod, kemudian mcm tak best, aku pergi Popular baca blurb belakang buku, macam takde arah langsung cerita ni, terus aku tinggalkan sekejap. Apatah lagi, babak demi babak macam berterabur takde kesinambungan antara satu sama lain.

Akhir tu seminggu akhir la aku tengok. Masih boleh catch up walaupun banyak juga tinggal. Ada pulak kengkawan yg turut mengomen sama pasal drama ni, so takde masalah.

Seminggu tu dah best dah, mungkin sbb nak habis dah.

Tapi bila episod akhir, macam tu je dia habiskan, nak cakap yg Along tu sebenarnya sakit, babak yg tak sampai 10 minit, rasa macam adoi laaaa... apa cite ni? Kesian kat Along, watak dia cam tu je.

Dah la selalu kena tengking, kena marah dgn semua. Kalau Along tu sakit, tak sepatutnya semua orang layan macam tu kat dia. Ini semua ahli keluarga dok marah-marah kat Along. Along tu yg sakit, Along tu yg murung, tapi Piya jgk yg dibela. Last-last baru la baik dgn Along, tu pun sebab si Piya kesayangan tu tercedera. Kalau tak, sampai ke sudah buat musuh kat Along.

Tapi dalam drama ni, yg paling takde arah ialah Fayyad. Hahahaha...

Aku mencari novel ni semula di Popular, tapi dah takde. Frust sungguh. AKu masih lagi bersangka baik yg pengakhiran dalam novel adalah lebih baik dari dalam drama. Aku harap tak kecewa la.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 10, 2018

Seperti Sakura

Al salam alaykum

Novelet Seperti Sakura, di dalam 10, terbitan Jemari Seni. 

Aku pernah menghantar mesej kepada penulis ini di Facebooknya, bertanyakan tentang Jepun sebelum kami menjejaki Jepun pada musim bunga 2016. 

Dalam noveletnya ada satu tempat yg pertama kali aku baca dan tahu, Gumuk Pasir Tottori (Tottori Sand Dunes). Cemerlang rasa mata aku. Macam menarik je kan?

Maka berkobar mahu terbang ke Jepun lagi. 

“Sakura yang cantik. Keindahan yang memukau. Tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah sifat fana bunga yang indah ini. Sakura berkembang. Tetapi hanya untuk beberapa minggu, ah... untuk beberapa hari sahaja, sebelum gugur ke bumi, bersatu dengan alam. Kembali semula ke dalam tanah. Lalu hilang daripada pandangan. Hilang daripada memori. Seperti kita. Suatu hari nanti...”

Sakura adalah kita. Dan kita adalah sakura. - Hanako

Kita Seperti Sakura


Sakura di Gion, Kyoto. Lewat musim bunga 2016. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, November 19, 2017

Juita, Satu Dalam Sejuta

Al salam alaykum

Walaupun ada kesilapan-kesilapan kecil yg boleh aku tangkap dgn mata, novel ini memang best! 

Rasa nak terkancing gigi. Mungkin sbb perasan mcm kisah sendiri. 

Membaca novel, di dalam novel!

“Sunyi itu rupa-rupanya bukanlah apabila dia keseorangan. Sunyi itu adalah apabila perlahan-lahan dia mulai tidak dipedulikan.”

Dan, seperti kata penulis, mesti kita ada seseorang yg kita anggap satu dalam sejuta. Dan, mungkin kita juga dianggap satu dalam sejuta tanpa kita sedari. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Tuesday, November 07, 2017

Cari Perhentian Di Mana Nak Berhenti

Al salam alaykum
 
Tajuk buku ni macam ada dalam lirik lagu Perhentian, Wings.
 
Semasa mula aku beli, aku fikir tentang falsafah mungkin.
 
Tapi, tentang falsafah dan pengalaman hidup anak muda di Pulau Perhentian.
 
Tulisan yg santai, dan kadang-kadang buat aku macam kembali ke negeri kelahiran aku walaupun aku tak pernah sampai Pulau Perhentian.


Sampai sekarang aku panggil gula-gula tu cekelat.
 
Untuk bacaan santai-santai, boleh dapatkan senaskhah di Studio Anai-Anai.
 
p/s: sekarang mcm otak berkarat sikit nak review buku, tapi sebab masuk blog ni, maka best la sebenarnya.
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, October 10, 2017

Bukan Travelog Haji di Bumi Anbia

Al salam alaykum

Buku ke berapa ye tahun ni aku habis baca. 



Bukan Travelog Haji di Bumi Anbia. Biasanya kita akan berjumpa buku travelog ke sana bercerita tentang pengalaman menunaikan ibadah haji dan umrah. Kali ini, tentang kehidupan seorang rakyat Malaysia yg bekerja di sana. 

Paling aku rasa macam wahhhh, baru sampai di Jeddah, telah dijemput utk menunaikan umrah dan dan tu jgk. Jika kita dari Malaysia, mungkin ada yg mengadakan kenduri doa selamat, juga solat-solat sunat taubat sbg penyucian jiwa sebelum menjejak kaki ke Baitullah. 

Patut cinta membuat cukup,
Bukan cukup barulah cinta,
Patut harta mudahkan hidup,
Bukan hidup bertuan harta. 

Seronok membaca pengalamannya. Pengalaman yg jujur dari kacamata penulis tentang bangsa Arab dari segenap sisi, baik gelap ataupun cerah. Seperti yg kita tahu, bangsa Arab adalah bangsa yg kasar. Jauh beza dgn akhlak Rasulullah nabi junjungan yg dikasihi. Catatannya bersahaja, ibarat menulis diari. Tetapi seronok utk dibaca, dan mmg ada yg buat aku tergelak. 

Dan, penulis juga seorang ahli klimatologi, maka banyak cerita tentang sains dan geografi, terutama cuaca yg mmg menjadi subjek kegemaran aku selama ni. 

Catatan kembara ini diakhiri dgn dua rangkap pantun yg dekat dgn hati:

Sauh tidak membuat besi,
tapi besi membuat sauh,
Jauh tidak membuat benci,
tapi benci membuat jauh.

Tingkat tidak membina kota,
tapi kota membina tingkat,
Dekat tidak membawa cinta,
tapi cinta membawa dekat.

Dan, paling akhir membuat aku tersentuh:

Ketika mengembara, bukan semua kenangan perlu dibawa pulang. Sometimes we must be strong enough to leave behind certain things, where they should be. Yang mesti dibawa pulang seluruhnya adalah ingatan pada sahabat. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, October 04, 2017

Saat jatuh hati

Al salam alaykum

Aku mula jatuh hati dgn Jemari Seni, sejak membaca novel bertajuk Zahrah de Tigris. Mmg lain dari novel lain yg berada di pasaran ketika itu. Ada pengisian, tidak kosong. Rasa puas. Rasa seronok. Semua dapat. Ilmu pengetahuan. 

Maka, sejak dari itu, terus aku memborong semua novel keluaran Jemari Seni. 


Semua tajuk 2006-2008 aku ada. Semua mmg menarik dan segar dibaca. Semua aku suka, dan terus aku sentiasa mencari. Aku mula kenal dgn penulis baru seperti Syud. Hlovate, Pingu Toha dan lain-lain. Penulis seperti kak Noor Suraya, John Norafizan mmg aku baca novel mereka sejak di  Creative Enterprise lagi. 


Novel umum 2009 pun sama. Paling aku suka, tentulah Jaja & Din. Dan, sahabat aku, En. Khairi Mohamad bergelar penulis dgn nama Xarine. 


Terus aku melangkah tanpa kesal, memborong lagi novel Umum 2010. Sentiasa habis, sbb menjadi bekalan sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja. Aku baca dalam komuter la tentunya. Dan adakalanya, saja melepaskan beberapa komuter lama-lama utk membaca novel. Masa ni semua genre menarik perhatian, terutama sekali kisah ala-ala penyiasatan, Nama Atas Kertas. Tapi, 26 Episod Gossip pun best juga.

Semua la best! Best lagi masa ni...


Tahun 2011, pun aku ada semua. Paling suka baca tentulah nukilan Syud dan juga Hlovate. Tak lupa juga Nirrosette, novel yg bertajuk Ikhlas, A.K! A.K tu ialah Adam Khalis. 

Aku namakan anak saudara aku Khalis Adam. Dan, macam tergantung, ayah aku tambah dgn Faiz. Khalis Adam Faiz. Memang aku suka sangat watak Adam Khalis tu ekekeeke. Harap Khalis Adam Faiz pun menjadi seperti Adam Khalis.

Sebab masih teringat Zahrah de Tigris, maka aku juga membaca Nuansa Kota Merah. Terasa mengembara bersama.


Tahun 2012, aku menjadi selektif sbb ada novel yg tak memenuhi citarasa. Ada yg aku rasa macam pernah baca jalan cerita pada novel lama la, ada tajuk je macam best tapi cerita macam drama jam 7.00 malam. 

Tapi bila tengok semua tajuk 2012 ni, macam ada pulak di rak buku aku di Kuantan. Tahun 2012, aku jatuh hati dgn Shark dalam novel Lazuardi. Nyoyeng novel tu, aku saja dah berapa kali khatam. Kawan-kawan yg pinjam lagi la. 


Minat aku utk membaca novel semakin berkurang. Utk tahun 2013, tak semua novel aku ada. Dan yg ada pun, masih dalam balutan plastik di rak buku rumah sewa aku ni. Akrilik di Atas Kanvas tu aku baca, menarik juga. Aku beli novel tajuk Warna Hati Nurul, sbb sahabat GSH bernama Nurul Hafizah, tu pun tak baca lagi. 



Tahun 2014, ada beberapa novel yg aku ada, dan tak baca pun. Beberapa kali menyelak helaian Hatiku Tertinggal di Manchester, tapi bab 1 je tak bergerak lagi.


Tahun 2015, semua yg aku bulatkan tu, semua takde. Roh membaca novel Jemari Seni pudar sedikit demi sedikit. Aku takut, kalau novelnya sama saja macam novel terbitan lain. 


Masuk tahun 2016, bukan saja semangat membaca merudum, tapi ekonomi pun sama. Yg aku lorekkan hijau, semua aku beli, tapi belum habis baca lagi. Aku hanya habis baca Vignette, sebab Syud dan juga Mahadewi. Dalam bulatan merah, yg aku belum beli lagi dan berniat utk beli. 


Untuk tahun 2017, sudah ada Dewi dan Aitrees, tetapi, masih belum menyelak helaian pertama pun. Dan, aku berkira-kira nak beli novel Juita. Penulis sama utk Gerabak Merah Jambu. 

Oktober 2017, ulang tahun ke 11 Jemari Seni. 

Ada promosi, beli 11 buah mana-mana novel umum, dapat harga RM 111.00. Tapinya, aku banyak lagi novel tak baca!

Konon nak beli hadiah utk diri sendiri sempena hari lahir yg lepas itu. 

Tapi, ada lagi suara lain berbisik. Novel lain yg dalam plastik lagi tu bila nak baca? Kalau beli lagi, nak letak mana? Tak muat dah rak buku tu. 

Adakah sekarang hobi bertukar daripada membaca kepada membeli novel semata? Penyakit orang ada-ada duit boleh la. Ko tu tak berduit mana, habis cemana?

Buntu kepala. Promosi berakhir pada 7/10/2017. 

Ada sesiapa nak tolong bagi buah fikiran? Terima kasih. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, July 05, 2017

Salah Faham

Al salam alaykum

Pagi tadi aku lambat. Bangun sahur minum air pun mcm minum dlm mimpi. Tapi aku tgk jam masa tu 5.30 pagi. Tapi tido semula. Sedar tak sedar jam 6.30 pagi. Kelam kabut la pagi ni. 

Nak naik uber guna promo RM 7.00, tambang ke LRT saja cecah RM 11.00. Grab plak masih RM 4.00, tapi takde promo. Alhamdulillah berkat kesabaran bas pun tiba jam 7.30 pagi. 

Sampai LRT mmg tahu la mesti penuh manusia mesti kena naik tren selepas 2-3 tren berlalu. 

Isi masa dengan membaca suratkhabar edisi seminggu. 



Berjaya gelak sengsorang melupakan masalah aku yg lewat pagi ni. 

Firuz, aku teringt kat ko baca kisah lampu ade idak ade idak tu hahaahaha

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, May 12, 2017

15 Syaaban 1438

Al salam alaykum

Lagi dua minggu Pesta Ibadah akan bermula. Adakah kita bersedia? Carilah momentum itu, supaya masa yg berlalu tidak dipersiakan. 

Lagi 2 minggu juga Kak Ina akan balik kampung. Dah banyak novel dia masuk kotak. Aku ternampak sebuah novel yg memang menjadi koleksi aku pun. 

 
Bila entah nak baca. Dalam bas aku pening kepala. 

Sibuk la ni nak baca novel lama. Bukannya ko takde novel tu. Kembang kena air banjir pun sama. Bukan tak tahu jalan cerita. Tapi sbb obses dgn watak Ilham, mari kita cuba baca lagi sebelum Kak Ina masukkan dalam kotak. Mana tahu, ada anjakan paradigma, bencikan watak Ilham tu pula. 

 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, May 04, 2017

Wawa - Bau

Al salam alaykum

Selalu sangat nama Wawa disebut seharian ni, buat aku teringat lagu kegemaran aku satu ketika dulu.


Lagu takde kaitan dgn Wawa yg disebut-sebut selalu hari ini. 

Tiba-tiba teringat lagu Warkah - Bau, kemudian selongkar entry lama, sekitar tahun lagu tu popular di corong radio, sebab perasan hati telah teguh, seteguh karang, lepas tu rupanya hati tak kuat mana. Nak masuk 10 tahun, masih mencari apa definisinya mungkin. 

Kecewa dengan pengakhiran drama Ms. Perfect dan novel Diari Mat Despatch - Sudah Bekerja. Tapi ada sesuatu nak aku ulas dari Diari Mat Despatch. Mmg kena sgt dgn apa yg aku nak karang haritu. Dok dalam draft tak berusik lagi. 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, April 07, 2017

Dewi

Al salam alaykum

Bahan bacaan baru. 

Mendalam. 

Biarlah masa yang menentukan. 

 

Masa ialah penyembuh duka. 

Terima kasih Kak Su. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, July 31, 2016

Krabi dan Seoul - Pernah la jejak kaki jugak :-)

Al salam alaykum

Dua buah buku travel yg berjaya aku habiskan seharian, pada hari Sabtu semalam, tulisan Normi Ahmad Shafie. Memang terer ah, beliau ke Seoul dan Krabi dalam masa lima hari je, tapi boleh tulis buku sebanyak 150 - 200 mukasurat. Aku nak bercerita dalam blog pun malas, kisah Jepun dan Kota Kinabalu tak bersambung-sambung lagi.

Yang pertama, Seoul dengan RM 1,400 je? Memang hebat la.

Jom baca apa beliau cerita.

Dia pergi Hongdae wehhh!

Tempat yg aku mmg nak pergi sangat lepas tengok cerita Marry Me, Mary! dulu. Mana tau kot jumpa kembar Jang Geun Suk! Hahaha

Lepas berangan nak pi Hongdae, dapat pi Korea lengkap pergi Jeju-Do. Alhamdulillah. 


Maka, kalau sampai kali kedua, aku nak pergi Hongdae jgk. 

Turut disertakan dalam travelog ni contoh itinerari bg 7 hari di Korea. Maka, ada dalam senarai aku utk pergi ke semua istana lama Korea, ke Sokcho lagi, dan jugak universiti-universiti yg sering dipaparkan dalam rancangan variety diorang. 

Normi berjaya bercerita dgn gaya yg santai. Buat aku ada sama di sana.

Yang kedua, Krabi, Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren


Bila membaca yg ini plak, terasa aura negatifnya. Di akhir kisah, betul rupanya, Normi kena gangguan. Kita ke tempat orang, kena berhati-hati, tak boleh aci redah je. 

Aku ada pengalaman membeli tiket keretapi ke Hatyai, alhamdulillah, dapat beli tempat tidur. Kami beli secara online. Pengalaman kami berbeza.

Aku takde komen apa-apa tentang kedua-dua buku ni, masing-masing ada pengalaman masing-masing. Tapi aku suka, sbb gaya penceritaan yg santai dan buat aku rasa aku pun berada di sana. Mungkin sbb aku boleh imbau semula pengalaman aku di Seoul dan jugak Krabi.

Tambahan plak, beliau meletakkan kos yg telah dibelanjakan, dan jugak memberikan cadangan itinerari bersesuaian utk kami yg bercuti secara bajet ciput. Walaupun mungkin harga dan kos yg dipaparkan tidak relevan di masa hadapan, tapi kita dah boleh dapat membuat anggaran kasar belanjawan kita kan?

Seoul, tunggulah aku datang kembali :-)

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, July 25, 2016

Travelog - Ceri Bundarberg

Al salam alaykum

Goji Bundy la.

Aku tatau cemana buku ni ada dengan aku. Samada aku beli, atau pinjam. Tapi Sumih kata dia tak pernah beli, maka aku la yg beli. 


Dan tak rugi. 

Buku yg kurang gambar. Tapi perincian yg masih dapat dibayangkan. 

Kisah seorang lelaki yg putus tunang mencari erti hidup di Australia. 

Memang bukan sebuah travel makan angin. 

Menarik kan?

Orang kata, nak kaya duit, pergilah kerja kat Australia. Tapi bagi penulis ni, dia kaya dengan pengalaman, dewasa dengan kehidupan.

Setiap kisah ada lagu tersendiri. Memang ada dinyatakan kalau boleh dengarkan lagu yg diberikan utk menghayati kisah ini. Tapi, aku takde senarai lagu tu dalam playlist aku, dan internet di rumah aku kan tak berapa nak sedap, jadinya aku baca dengan jiwa yang tenang semata.

Yang tersurat dalam buku ni:

Antara insan dan pengalaman, mana yg kita perlukan di masa depan?


Selama ini, kita ini siapa?

Bahagia itu, kita yang rasa

tetap berikan yg terbaik

Ikhlas kunci utama

Sila jalan terus!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, June 25, 2016

Namastee India

Al salam alaykum

Buku kedua tulisan ET. 

Buku pertamanya, aku baca macam baca diari. Pengalaman dia menarik. Tapi mungkin olahannya biasa saja, ataupun aku baca mengisi masa senggang dalam bas udara, dan aku berasa macam baca diari, dan tak terbuka hati nak pergi Afghanistan. 

Tapi, hati aku mmg nak pergi Afghanistan lepas baca novel Cintaku Luruh di Oxford suatu masa dulu. Dan jugak baca Jaja & Din. 


Travelog Namastee India ni, aku pinjam dari Sumih. Sbb aku tanak jadi kecewa.  Lepas je baca mukaddimah, tak boleh berenti. Sambung sampai habis. Olahannya lain dari travelog pertama. Sungguh, baca sampai habis sekejap je. 

Hati berkobar-kobar nak pergi India. Hahaha! Berkobar-kobar. Kak Awin mmg plan dah lama, tapi asal tengok tiket je mahal. Tengah-tengah plak time macam ni, orang kata zaman hidup tak menentu ni, berangan je la dulu. 

Langkah pertama, kena beli travelog ni untuk simpanan sendiri, dan untuk rujukan masa hadapan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Tuesday, May 31, 2016

Vignette

Al salam alaykum


Sekarang ni, aku sangat memilih utk membaca. Kalau dulu, aku memilih penerbit sahaja. Skrg, penerbit yg aku pilih pun menerbitkan novel yg bagi aku lebih kurang je macam drama adaptasi novel kat tv. Jemu. Apa dah jadi dgn penerbit kesayangan aku pun, tak tau la.

Oleh itu, aku memilih penulis plak. Salah seorang penulis pilihan ialah Syud. Dah lama Syud takde novel baru. Ada pun cerpen dalam antologi cerpen baru-baru ni. Kapal Terbang Kertas tak silap tajuknya.



Bila Syud keluar cerita baru, wajiblah beli.

Baca skit...

Kalau membaca novel Syud, mmg kebanyakannya akan berkisar di sekitar Johor dan Kuala Lumpur. Dan bidang pekerjaan watak-watak utamanya biasanya dalam bidang IT. 

Dan, dari novel Syud jugak la aku kenal kebanyakan tempat dan jugak jenama-jenama beg dan aksesori. Hheheehe... 

Novel Syud biasanya dekat di hati. Mungkin sbb gaya penceritaan dan jugak kisah-kisah yg seperti baya umur-umur kami. 

Seperti biasa, watak-watak dalam novel Syud akan berkait rapat dalam novel sebelumnya. Contoh dalam Vignette ni, watak utama ialah Najiha (Jiji) yg selalu disebut dalam novel Tentang... Dhiya dan Firdaus, yg aku tak pasti dari cerita mana. Jap aku google, oh, dalam cerita Dia Dalam Ramai.

Alasan default!


Yg mukasurat ni mmg aku gelak sungguh-sungguh sbb alasan Firdaus tanak pergi teambuilding tu sbb nak jadi pengapit kawan dia nak kahwin. Sabo je la alasan default cam tu

Aku tanak bercerita kisah Najiha dan Firdaus, korang boleh beli dan baca, ataupun baca dulu bab-bab awal di blog ni, http://cerita-js.blogspot.my/search/label/Vignette utk dapatkan jalan cerita awal. Kalau suka, boleh beli online di http://www.jemariseni.com/

 Oh tadi aku cakap melalui novel ni aku kenal kebanyakan tempat kan?

Dalam novel ni ada sebut pasal ESC Cafe di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Oleh sbb novel ni berlatarbelakangkan tahun 2013 macam tu, dan kebetulan aku berada di Kuala Terengganu pada 2014 dulu, selama 2-3 bulan, makanya aku sibuk la nak tau betul tak wujud cafe tu kat Airport Teganu. Maklumlah, pernah la melawat airport tu tapi macam tak pernah jumpa plak ada cafe. Terus aku tanya kawan aku yg selalu ke airport tu, dia pun tak pasti, sbb turun je kapal terbang terus balik tak jenjalan pun. Hmmm... So mungkin fiksyen je la cafe tu hehehehe


Yg ni pun buat aku gelak jugak

Ok, utk peminat novel Syud, seperti biasa, karya ini tidak akan menghampakan kita. Kita tunggu pulak novel Syud seterusnya, harap ada perkembangan kisah Ilham dan Wirdanie pula. Ataupun kisah Reza dan watak baru. Tapi jangan lama sangat berhibernasi ye Syud! :-)

Pengajaran dari novel ni?

Hmmmm... komunikasi dua hala tu sangat penting. Bukan diam je pendam rasa sorang-sorang
Ada org pernah ckp kat aku, opportunity knocks once. So, bukak la pintu jawab terus. Lagi? Aku suka watak Najiha yg ceria dan gembira. Sampai nak berhenti keja pun, tak bagitau org sekeliling, sbb dia nak bawak kenangan indah dan gembira je bersama, takde sedih-sedih bagai.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 23, 2016

Wak Tek mana Wak Tek?

Al salam alaykum

Buku yg keberapa saya lupa utk tahun ini. Tapi, pertama kali tahun ini menulis tentang buku di blog.

Selesai membaca naskhah Lemoi.


Saya mengenali Lemoi di blog http://kapalterbangkertasku.blogspot.com/ beberapa tahun dahulu. 

Membaca di blog, kadang-kadang air mata jatuh juga.





Mengenali ketabahan guru-guru Lemoi, dan kecomelan anak-anak didik Lemoi sekalian. Diceritakan dgn baik sekali, terasa seperti diri sendiri berada di Lemoi sana.

Bila entah ada rezeki nak ke Lemoi bebetul?

Kebanyakan kisah dalam naskhah bercetak Lemoi ni, saya dah hadam di blognya. Kiranya, bacaan ulangan utk saya.

Pendek je, utk org biasa, bkn utk yg istimewa kah kah kah


Semoga semua terinspirasi dgn karya seorang guru di Lemoi ini.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::