...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Bali: Berapa aku belanja?

Al salam alaykum

daripada feedback kawan-kawan, aku akan berjaya dalam percutian Bali ni dgn bajet yg sederhana... jadinya aku pun tukar RM 500 sahaja...

hehehehe... berjaya la sangat ye!

ni pertama kali ni selepas balik bercuti aku buat kira-kira semula... yg dulu-dulu takde maknanya aku nak mengira...

Tiket (return): MYR 309.06
Baggage (15 kg return), seat dan makan: MYR 86.00
Hotel: MYR 162.20
Parking LCCT: MYR 18.00
Minyak dan tol: MYR 12.20

total: RM 587.46

aku bawak IDR 1,600,000 (MYR 511.00)

kita tengok berapa perbelanjaan di Bali plak...

Hari Pertama:
Sewa APV dan Supir: IDR 312,500
Daki Gunung Batur: IDR 350,000
FM: IDR 15,000
Makan di Pawon: IDR 58,000
Tiket Uluwatu: IDR 20,000
Tarian Kecak: IDR 70,000
Aiskrim Durian yg Sedap: IDR 6,000
Makan di Ayam Betutu: IDR 32,300
Lain-lain: IDR 2,000

Total: IDR 865,800.00 (MYR 276.45)

Hari Kedua:
Tiket Taman Ayun: IDR 10,000
Tiket Ulun Danu Beratan: IDR 10,000
Souvenir - Gambar: IDR 15,000
Poskad: IDR 6,000
Telekung Bali: IDR 75,000
Makan di Bedugul: IDR 21,000
Tiket Air Terjun Munduk: IDR 5,000
Souvenir - T-shirt utk Bai: IDR 30,000
Tiket Tanah Lot: IDR 30,000
lain-lain: IDR 2,000

Total: IDR 204,000 (MYR 65.14)

Hari Ketiga:
Jajan Bali: IDR 77,600
Tiket Barong: IDR 100,000
Souvenir - T-shirt adik & anak saudara: IDR 120,000
Souvenir - kotak tisu mak: IDR 10,000
Souvenir - kain batik Bali: IDR 60,000
Tiket Kintamani: IDR 10,000
Makan (Mount Batur View): IDR 110,000
Kopi Pineh Colada Bali (guna kad kredit): IDR 90,000
Tiket Tegalalang: IDR 5,000

Total: IDR 582,600 (MYR 186.02)

baru utk tiga hari, duit IDR 1.6 juta dah habis... jadinya pergi CIMB la utk cucuk duit utk belanja hari terakhir...


Hari Keempat:
Tips utk Adi (Gunung Batur): IDR 10,000
Spa: IDR 200,000
Setem utk poskad: IDR 14,000
Souvenir - keychain: IDR 11,500
Makan - Wong Solo: IDR 60,000
Tips utk Wayan (Supir): IDR 50,000
Souvenir - FM utk diri sendiri: IDR 19,000
Airport tax: IDR 150,000
Air isotonic: IDR 7,500
lain-lain: IDR 2,700

Total: IDR 524,700 (MYR 174.20)

Total perbelanjaan di Bali: MYR 701.81

Grand total: MYR 1,289.27

aku hanya ada lebihan IDR 2,000 je dalam purse aku...

uishh... lap peluh... nak kena menabung balik ni!

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Tuesday, June 25, 2013

Bali: Makan dan Penginapan

al salam alaykum

ada perkara lain yg bermain-main di fikiran, nak taip tapi biarlah... kot-kot esok aku dah lupakan, alhamdulillah...



di Bali, nak cari makanan halal, tak la susah sangat... banyak tempat halal...

tapi yg aku suka tengok, papan tanda Babi Guling... hahahaha, tatau la kenapa...

kemudian, ada satu papan tanda, aku tak sempat nak snap, sbb laju sangat Wayan bawak... 

"bakso babi, 100% haram"

kih kih kih... mesti bosan kot sbb org datang tanya ada sediakan menu halal ke tidak kan?



Cik Organizer kami yg best, Cik Nurul yg cun telah listkan beberapa tempat yg halal utk dicuba... antaranya ialah:

·         Restoran Buk Tinuk (Restoran Nasik Pecel)

·         ayam betutu gilimanuk

·         warung sederhana padang

·         Warung Plengkung
Lokasi : Jl. Raya Kuta
buka : makan siang, makan malam
makanan : Ayam dan Ikan Bakar/Goreng

·         Pawon Pasundan
lokasi : Jl Kediri Kuta
buka : makan siang, makan malam
makanan : Khas Sunda

·         Warung Bandung
Lokasi : Jl. Sunset Road Kuta
buka : makan siang, makan malam
makanan : Jawa Barat

·         Rumah Makan Madania
Lokasi : Jl. By Pass Ngurah rai, Kuta


antara yg kami makan di sana ialah:



Pawon Pasundan - Nasi Timbel Empal

aku kecewa skit... sebab daging dia nipis dan sekeping... harga, macam makan kat Cibiuk Bangi... uwwaaa!! dan tak jadi percutian budget...

Kemudian kami makan Ayam Betutu Gilimanuk... tapi tak sesedap dekat Surabaya... dan aku geli tengok kepala ayam dihidangkan sekali...

di Kintamani, kami makan dekat Rumah Makan yg ada view Danau Batur... sambil makan, sambil amik gambar... hidangan buffet... nak amik ala carte, harga lebih kurang harga buffet dan dia amik makanan tu pun dari meja buffet... adoi la! harga buffetnya ialah IDR 110,000... uwwaaaa! masa tu aku mmg duit tinggal cukup2 utk airport tax je... kena pakai dulu la utk bayar makan... sedih betul kena p cucuk kat CIMB... budget la sangat aku ni...



yang paling sedap di Kintamani, ialah Sate Bali... aku makan yg ni je la... lepas tu kami amik buah limau dia yg sedap sangat tu banyak-banyak... bayar mahal wehhh!!!


buah limau, ada yang manis, ada yg tawar, ada yg masam... rasa kehidupan kita la kan?

singgah di Pineh Colada Bali, kami diperkenalkan dgn buah Tamarillu... ataupun terung belanda... aku ingtkan buah markisa/buah susu yg paklang aku tanam kat belakang rumah dia... 

Tamarillu


rasa buah ni masam-masam skit... kulit dia pahit, org tak makan... patut la banyak menu air terung belanda... aku ingt macam terung bulat tu... ekekeke


teh halia, teh lemon, kopi vanilla, kopi biasa, kopi ginseng...

kopi-kopi yg dijual di Pineh Colada Bali... aku suka teh lemon, sedap! dan kopi vanilla... rasanya mcm kopi kat Hajah Basiroh kat Vietnam... oleh sebab ini, duit yg habis pun, aku srettt kat kredit beli paket kecik... aku nak teh lemon je pun...


kemudian, naik Gunung Batur, kami dibekalkan supper Banana Pancake with Chocolate... sedapp! mintak resipi dengan Wayan, dia gelak je... asal tanya budak Wayan ni, kalau dia tak dapat jawab, dia sengih dan gelak kecik "saya nggak tau"


untuk sarapan di Puncak Batur, kami dapat roti lapis pisang dan telur rebus volcano... tapi tak habis pun makan... tak lalu... huhuhuhu


utk makan terakhir di Bali, kami makan di Wong Solo... sedappp!!! sambal mmg mengekick!! tak cukup la sambal... nasi pun licin...

kali ni aku tak sibuk mencari nasi ambeng (nasi rames) sbb aku rasa mmg tak sesedap kat Malaysia kot... tapi adalah jugak cuba nasi Rawon... juga tak sesedap macam kat Surabaya... Eein makan bakso, mcm sup bebola je la... mungkin sbb tempat tu dah jauh skit dari bandar, lain la skit kot penyediaan makanannya...

tapi kami sangat la berterima kasih kat Wayan sbb sabar melayan kami dalam bab makan-makan ni... mana taknya, asal dia berenti kat restoran halal je, kami cakap "tanak la" asal berenti kat kedai makan masakan padang, "tanak" hahahaha... kesian dia!



Cik Miza memperkenalkan kami minuman ini di Jogja-Surabaya... tapi kat Bali ni kami tak singgah plak kat Indomaret... kami beli kat airport je... harga IDR 7,500. aku mmg suka banget!

untuk penginapan, Cik Organizer telah membuat tempahan di Agoda... harga murah utk percutian budget kami... aku nak murah dan selesa dan bilik air tak share... hahahaha... gila demand! terima kasih Nurul!


di Kuta, kami menginap di Matahari Guest House, selama dua malam... bilik sedang2 saja, cukup utk kami berdua... ada tv dalam bilik... jadinya, pagi-pagi boleh la tengok gossip artis Indonesia tu kan? tapi oleh sbb masa yg padat, kami tak sempat nak berjalan di sekitar penginapan kami... sedih... mungkin lain kali? insyaAllah...


di Ubud pula, kami menginap di Matahari Cottage and Spa... tv takde dlm bilik... bila kami tanya pasal tv, pekerja hotel tu gelak je... adoi! malam-malam agak menyeramkan jugak, ada kolam renang, tapi tak sempat pun nak berenang... sebelah bilik kami, bilik rosak... mcm tak berapa nak terjaga la jugak...


Untuk khidmat supir dan kenderaan, kami mendapatkan khidmat dari Pineh Colada Bali... linknya di sini...


harga utk sewa kenderaan Suzuki Arena dan mas supirnya sekali ialah IDR 350,000 sehari... naik je Arena, cakap la nak ke mana, akan dibawanya dengan senang hati... recommended la kalau korang tak berapa nak adventurous nak naik bas atau teksi... 

apa lagi eh nak citer pasal Bali? gambar banyak... malas nak pilih... hihihihi



:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::




Monday, June 24, 2013

Bali: Kecak dan Barong



al salam alaykum

kami ke Uluwatu, nak tengok Tarian Kecak dan matahari terbenam...

matahari diliputi awan


dah nak mula dah

asal tarian kecak? sila tanya pakcik Google... :-)

harga ialah IDR 70,000.00

tarian ni bermula sebaik sahaja matahari terbenam...

tapi tarian kecak tak menggunakan sebarang alat muzik langsung...

babak kijang emas dengan sang puteri


sang hanuman yg nakal


dalam perjalanan ke Kintamani, kami singgah di Batu Bulan Village, nak menonton tarian Barong...

seperti biasa, tanya pakcik Google, apa itu tarian Barong... tapi lain la jugak dari tarian Barongan Johor...



tiket ialah IDR 100,000.00. Ternganga kejap...

(belek-belek beg duit ada balance tak utk makan) 

ni dah nak jadi kebal dah ni

Gambar Barong tak berapa nak banyak... :D


sesi bergambar dengan karakter Tarian Barong




kami terserempak dengan Beego dan Linda Hashim yg katanya sedang berbulan madu di Bali... jumpa "kawan" dari Malaysia, abadikanlah potret ye dak? sebenarnya aku pun tatau diorang dah kahwin, baru lagi katanya...


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::






Sunday, June 23, 2013

Bali: Mencari Mentari Pagi

al salam alaykum

23/06/2013

kami mendaki Gunung Batur, utk menyaksikan terbitnya mentari yg indah...

bangun seawal jam 1 pagi, bertolak ke Kintamani jam 2 pagi, sarapan lempeng pisang yg sedap jam 3 pagi...

Guider kami namanya Adi, umur baru 23, jadi guider utk 5 tahun dah... guider mendaki seramai 60 orang... katanya bergilir-gilir setiap hari... komen kami utk Adi "you are the best"

dan mula mendaki jam 4 pagi... kami sampai ke Batur jam 5.30 pagi...

selepas solat Subuh, terus mendapatkan port yg menarik utk menyaksikan matahari terbit...



katanya supir kami, si Wayan... cuaca pagi tu tak terlalu keras, bintang pun tak ada... mungkin tak dapat tengok matahari... kecewa jugak mendengarnya...

tapi mana kita tahu, Allah nak bagi rezeki tengok cantiknya matahari dari Gunung Abang kan?



itu je yang mampu kami dapat... cantik!


terang skit... tapi tak dapat tgk yg membulat...

Danau Batur

kecewa jugak la sikit... memburu mentari pagi, tak dapat, memburu mentari senja, juga dukacita...

bukan rezeki Allah nak bagi... nak kata cemana... 


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Saturday, June 22, 2013

Dari Bali

Al salam alaykum

Di Uluwatu



Di Tanah Lot



Di Kintamani


Esok daki Gunung Batur. InsyaAllah.