...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Selamat Jalan

Al salam alaykum

Semasa aku amik master kat UiTM, lecturer kami telah bertanya, "Saya percaya kamu semua pernah naik kapal terbang kan?"  Pada tahun 2007. Perlahan aku angkat tangan, "saya belum pernah naik kapal terbang." Rakan sekelas terkejut. Air Asia pun takkan tak pernah? Tak pernah. 

Kak Gee, ajak aku ke Bandung. Tahun 2010. Gembira dapat naik kapal terbang. Selama ni dengar kakngah je bercerita. Ye la, dia kan belajar kat seberang Laut China Selatan. Air Asia, MAS semua dia tapau sorg. 

Tp naik kapal terbang Air Asia, bak kata mak aku, macam naik bas je. Hehehe. Walaupun sama perasaan mcm naik bas, tapi aku gembira je, dapat pergi tempat yg jauh. 

Pertama kali naik kapal terbang, bersungguh-sungguh mendengar taklimat keselamatan. Walaupun aku pikir tak praktikal langsung cara Air Asia tu. Ye la, masa tu diorg buat taklimat live dlm flight, takde rakaman. Suara tak jelas. Speaking English tatau slang mana. Dah la aku kurang paham English, dapat plak slang ntah apa-apa. Lepas tu, mcm dh biasa naik kapal terbang, langsung buat tak hirau taklimat keselamatan tu. 

Sampailah pada 08/03/2014, sebelum bertolak ke LCCT, aku mendengar berita pesawat MH370 hilang. Hari itu, pertama kali selepas beberapa tahun, aku mendengar semula dgn teliti taklimat keselamatan tu. Dan rajin jugak aku membelek risalah keselamatan yg terselit pada poket kerusi. 

Dan, selepas 2 minggu, selepas beberapa penemuan objek-objek di Lautan Hindi, kita dikejutkan dengan berita "Penerbangan MH370 disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi". Pilu. Tak terbayang bagaimana kesemua kru dan penumpang pesawat tersebut mengendalikan situasi cemas itu dan berusaha utk menyelamatkan diri. 

Dan, bertambah lagi kesedihan apabila sahabat memberitahu ibu kpd salah seorang penumpang pesawat menelefon Awani utk bertanyakan apa sebenarnya intipati PC oleh Perdana Menteri. Katanya, Suhaimi Sulaiman menangis semasa menerangkan situasi kpd ibu terbabit. Menangis aku! Aku tak tengok Awani sbb aku takde Astro kat KL ni. 

Salam takziah utk semua yg terlibat dgn MH 370. 


Masih berharap ada sejalur sinar utk mereka walaupun agak mustahil. Tapi tiada yg mustahil bagi Pencipta alam ini. 

Teruskan berdoa. Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, April 03, 2010

corat - coret

al salam alaykum

tak de la best sgt naik kapal terbang ni eh... tp best jugak la tgk awan2 kat bawah kita... jgn kutuk aku... aku first time naik flight weihh! mcm naik bas, tp versi terbang... akak2 tuh ckp naik MAS lg best...

yer... tak pernah naik kapal terbang... amik gmbo laa... ekkeeke

nasi kukus kg daun... sedap la jugak

naik bas angkutan kota... hehehhe

karipap makan ngn cili padi...

baru sampai kat Bandara Bandung...

aku kali nih berjalan2 tak amik byk sgt gmbo... sbb ikut geng2 tak minat bergambo sgt...

tp pengalaman di Bandung mmg pelbagai...

dr makan jagung... budak2 dtg menyanyi... aku requested nyanyi lagu aku bukan superman...

pastu di kota bandung, penyanyi jalanan, tiba2 naik angkutan kota sama2 ngn kami... nyanyi dgn suara yg sedap... pastu pas dpt duit tiba2 terjun turun...

mereka pandai cari duit... tlg angkat barang masuk teksi... jaga mobil yg sedang diparkir di tepi jalan... pun dpt upah...

order soto bandung... terbayang dlm pikiran nasi impit ngn kuah soto la kan... datang2, nasi ngn kuah soto... aduhai!

tgk tv citer Jackie Chan ckp Indonesia... tp Upin dan Ipin mmg ckp Melayu... suka!

tgk tv... citer main 5 minit... iklan dekat 10 minit... tgk iklan lg best dr tgk cerita... "gratis, gratis, 100 sms gratis"... itu lagu iklan...

takde dengar satu lagu Malaysia pun kecuali lagu Isabella, tp versi Indonesia...

masuk Pasar Baru... belanja lagi kakak! mereka menyeru...

kena tipu dgn penjual kain batik" jawa"...

beli beg Jumbo dgn harga RM 10.00... sbb aku tak cukup beg... alhamdulillah, sampai LCCT dgn selamatnya, tak pecah, tak koyak...

selipar aku tersangkut kat eskalator... "cash" kena sbb aku ralit tgk mamat hensem kat kedai kain yg bernama Vogue... mamat tuh anak tokei kedai tuh laa... nama dia Ram...

waktu kat bandung lewat sejam... tp masuk waktu solat awal... aku yakin jek solat subuh kul 5.30 pg... pas solat konon nak amik angin subuh... dh cerah! subuh gajah aku hari itu...

rasa mcm org kaya sekejap... bangun tido solat mandi pi shopping... balik tgk tv tido bangun lg pagi esoknya dgn aktiviti yg sama... mujur 4 hari jek... kalu sebulan? kayap aku...

kalu hujan kat bandung mmg tak best! sbb, aku pun tak reti nak cerita cemana...

aku beli telekung cotton paris dgn harga 180,000 rupiah... adik manis tuh ckp dia jual kat jalan masjid india, KL dgn harga RM 200.00... mmg pun! aku pernah jumpa org jual smpi RM 250.00...

aku berbelanja terbabas guna kad kredit... sbb aku hanya bergelar jutawan sampai hari kedua jek... pasal kain batik "jawa" laaa... lg 4 hari tuh aku dh jadik jutawan fakir... skrg baru rasa bersalah sb guna kad kredit!

eh, sapa yg sampai kat bandung... kalu menginap kat apartemen grand setia budi, sila kirim salam kat Mas Hadi yek! ekekeekekeke... baik sgt budak tuh...

ok, daa!

yg penting, aku gembira balik Malaysia...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, April 02, 2010

rindu

al salam alaykum

jauh berjalan, byk pengalaman, luas pengetahuan...

aku rindu hujan batu di negara sendiri!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 30, 2010

bangga sekejap!

al salam alaykum

di tengah2 deretan kereta jenama Toyota, Honda etc, tiba2 ada sebuah Exora di tengah kota Bandung...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::