...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Banjir: Jalan pulang ke KL

Al salam alaykum

Dapat balik ke Kuantan, 2 hari 1 malam berada di pusat pemindahan, dapat balik ke rumah. 

Hari Sabtu, dah dapat khabar Temerloh banjir. KM 126 di LPT mula-mula ditutup utk kenderaan ringan. Kemudian, terus ditutup utk semua. 

Tapi tak mengapa, jalan lama ada lagi. Kak Anor bg update. Dia lalu jalan lama. Sampai Paya Pulai, air dah naik sampai betis. Tapi kereta dia besar, boleh redah la. Lepas je Kak Anor sampai KL, jalan lama pun ditutup utk semua lalu lintas. 

Aku tatau nak sedih atau gembira kalau tak dapat balik KL. Sedih sbb cuti sebenarnya takde, gembira sbb boleh 
duduk Kuantan lagi. 

Tak keruan aku malam tu. Isnin dah kena masuk kerja. As, sentiasa update aku. Jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh. Tapi jalan yg boleh dilalui itu jauh dan berliku-liku. Aku mmg tak berani nak balik sengsorang. 

Ada tiga cara:
1. Telefon bos mintak compassionate leave, sbb takde jalan pulang. Bab tepon bos tak berapa nak sanggup sangat, kan tgh perang saraf. 
2. Mengikut kereta kawan-kawan yg nak pulang ke KL. Kalau takde, aku kena buat nombor 1. 
3. Mak aku cadangkan, ayah aku teman balik ke KL pastu ayah aku balik naik bas. Eh, ok jgk. Pastu baru teringt, mana ada bas! LPT kan tutup! Hahahaaha. 

Oh ya, smpi hari ni LPT masih lg ditutup dan jalan lama pun tutup lagi. Tengku Mahkota Pahang siap landing helikopter kat R & R Temerloh lagi!

Alhamdulillah. Urusan dipermudahkan. Gigih mencari jalan pulang ke KL demi mencari rezeki utk keluarga. Chewaah!

Aku ikut Hafiz dan Raz yg mmg kena balik KL jgk sbb Raz ada meeting sekolah hari Isnin. Kami bertolak lebih kurang jam 9.20 pagi di Caltex Gambang, dan sampai ke KL jam 3.00 petang. 

Perjalanan kami sejauh 340 km, meliputi Kuantan, Pekan, masuk Muadzam Shah, kemudian simpang Bahau, ke Jempol, terus menuju ke Manchis, Karak, keluar di tol Bentong seterusnya Gombak dan sampai ke KL. 

Jalan sungguh berlopak-lopak dan berliku-liku. Agak sunyi pagi tu tapi lama kelamaan banyak dah kereta. Sbb tu la satu-satunya jalan utk menghubungkan Kuala Lumpur dan Pantai Timur buat masa ini. 

Shuhada tepon aku jam 3.00 ckp dia dah stuck dlm jam kat Paloh Hinai. Zuhdi balik semalam amik masa selama 20 jam dari Kuala Terengganu utk sampai ke Klang. Alhamdulillah, kami bertolak awal dan aku rasa pelik sbb jam 3.00 ptg Ahad aku dh ada kat KL. 

Walau apapun, mmg sangat berterima kasih kpd sahabat-sahabat yg sentiasa saling update mengupdate situasi banjir. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, December 29, 2014

Kenapa pindah?

Al salam alaykum

Ada org tny jgk, rumah tak banjir kenapa pergi duduk pusat pemindahan?

1. Mmg dapat arahan utk pindah, sbb minggu lepas selama beberapa hari dijangka air pasang besar. Paling tinggi 3.6 meter. Kalau beserta dgn hujan, banjir akan berlaku tambahan pula longkang besar sekitar kawasan kami airnya penuh dan ada yg melimpah keluar. 

2. Tapi bg aku sbb utama ialah, tak sanggup utk melihat rumah dimasuki air. Tahun 2001, rumah kami mula dimasuki sekitar jam 12 tgh malam, air tu tenang je, tp setenang-tenang air tu, jam 4.00 pg air dah separas pinggang. Dan, kami mengharung air dari rumah hingga ke jalan besar dekat pencawang TNB utk mendapatkan bantuan. 

3. Tahun lepas, 2013, mak dan ayah pun berkemas, walaupun perasaannya banjir tak jadi, tapi dapat arahan berpindah, dan masih berharap tak banjir. Tapi mmg dah takdir, lagi sekali kami merasa banjir. Banjir yg tak dijangka langsung. Alhamdulillah mmg dah keluar dari rumah awal-awal, tapi adik aku sorang terperangkap. Sbb tak sangka banjir. 

4. Dan oleh sbb itu, apabila dapat arahan utk pindah, cepat-cepat mengemas rumah, dan terus keluar mencari tempat perlindungan. Tak sanggup lg nak dengar famili terperangkap dalam banjir. Biarlah sampai ke pusat pemindahan, tidur tak selesa, tapi semua ahli keluarga ada, jiran-jiran ada. Sayangkan rumah memang sangat sayang, tapi demi keselamatan, tinggalkanlah. 

Cuma, lain kali, kalau terdapat lg jangkaan banjir (na'uzubillahi min zaalik),  kalau ada lagi arahan utk pindah, sebelum air naik ke paras buku lali atau paras betis, selain dari barang berharga dan dokumen penting, keperluan diri spt pakaian dan pakaian solat, yg penting jugak siapkan sekali bekalan makanan sedikit, dan tikar bantal dan toto selimut, dan khemah bawak sekali ke pusat pemindahan. 

Jadinya, takdelah sukarelawan dan petugas banjir dan jugak mangsa-mangsa banjir bertekak dan berkecil hati dgn perangai masing-masing. 



Salam takziah utk sahabat-sahabat saya di seluruh Malaysia yg terlibat dgn banjir pada kali ini, terutama sekali di Kelantan. 

Bila Allah menduga, itu tanda kasih sayang dan rahmatNya kpd kita. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, December 27, 2014

Banjir - Pusat pemindahan

Al salam alaykum

Kami dah balik rumah. Dah tak larat nak tido kat pusat pemindahan. Katanya air pasang lagi. Harap tak banjir. 

Sempat berwasap dgn kengkawan lain. Dapt berita dari Keri, Kelantan makin teruk banjirnya. Rumah dia hapus. Sedih. 

Aku nak kongsi pengalaman duduk di Pusat Pemindahan. Kali ni pusat pemindahan di Kuantan jauh dari kawasan banjir. Alhamdulillah. Pengalaman dari tahun lepas. 

Famili aku dan kebanyakan jiran-jiran duduk di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Sbb dewan Sukpa dan dewan lain dah penuh. 

Alhamdulillah, makan ok. Sentiasa ada roti dan biskut. Nasi nak makan ikut jadual makan. Cuma kalau roti nak kena p mintak. 

Tapi, ada jgk kelemahan. Terutama utk warga emas yg kesejukan. Tahun ni takde masalah utk pengangkutan dan jalanraya. Tapi, bantuan seperti tikar dan bantal utk warga emas lambat sampai ataupun mungkin tak mencukupi. 

Masuk hari kedua, ada lagi jiran-jiran kami yg tak dapat tikar dan bantal.  Tido atas kotak. Warga emas plak tu. Bila ditanya, jawapan yg diterima tak pasti. Petang sikit, barulah ada toto. Dan juga selimut. Alhamdulillah.

Cuma, pelik, masalah apa yg dihadapi sehinggakan perkara asas utk mangsa banjir tidak mencukupi atau lambat sampai. Bukan tidak bersyukur, tapi seluruh Malaysia telah diwarwarkan oleh kerajaan bahawa kerajaan telah bersedia utk menghadapi bencana banjir.  

Ini masalah di Kuantan, yg mana jaringan pengangkutan masih lagi ok dan selamat. Belum lagi di Kelantan atau di tempat pedalaman yg lain yg terus terputus hubungan. 

Dan, aku dapat kontek adik ipar aku kat Kelantan. Dia kat pusat pemindahan jgk. Makan semua ok, tapi nak dapat air panas  nak simpan air panas utk susu baby susah. Maka, mungkin sahabat2 yg menguruskan bantuan kemanusiaan boleh mempertimbangkan utk memberi termos air panas utk ibu beranak kecil. 

Dan, yg paling mendukacitakan ialah, mak aku nak amik nasi utk Adam. Waktu utk makan nasi ialah jam 7.00 pm. Tp Adam dh mengamuk nak nasi, mak aku nak amik nasi skit je. Utk Adam. Dah dapat kebenaran daripada sukarelawan lain, tapi yg duduk kat nasi tu marah kat mak aku, walaupun dah cakap utk budak 2 tahun.

Meja utk agihan makanan ada dua. Petugas kat meja belah kanan baik-baik je. Senyum sentiasa. Cerita berikutnya utk meja yg di sebelah kiri. 

Masa makan tengahari, aku mmg perhatikan petugas-petugas ni. Amik gambar beraksi macam-macam dengan senyum sampai ke telinga. Tapi semasa bertugas memberikan makanan kepada mangsa banjir, muka masam mencuka. Takde terselit senyuman sikit pun. Masih bersangka baik, penat memasak mungkin. 

Dan, ada sukarelawan dari Ikatan Muslimin datang membuat program utk kanak-kanak mangsa banjir. Seronok budak-budak ni dapat mewarna dan jgk pensil warna baru. 


Pengalaman aku. Pengalaman semua. 

Teruskan bantuan utk mangsa-mangsa banjir lain yg lagi memerlukan. Teruskan berdoa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, December 25, 2014

Kisah banjir

Al salam alaykum

Kalau tahun lepas berendam air mata tengok Kuantan banjir, tahun ni berendam air mata tengok banjir di Kelantan. 

Banyak khabar disebarkan. Video budak menangis mintak tolong. Sekolah yg tenggelam. Hospital yg sampai separas pinggang. 

Sedih. 

Allah menguji hambaNya yg sedia diuji. Harap semua tabah. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah! 

Malam ni, aku tidur di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Penduduk Sungai Isap diarahkan berpindah. Malam ni hujan. Kemungkinan air pasang besar lagi. Harap kami tak banjir. Semalam 3 buah rumah di hujung lorong dinaiki air. 

Harap malam ni takde apa-apa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::