...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Belanjawan. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan. Show all posts

Wednesday, October 04, 2017

Saat jatuh hati

Al salam alaykum

Aku mula jatuh hati dgn Jemari Seni, sejak membaca novel bertajuk Zahrah de Tigris. Mmg lain dari novel lain yg berada di pasaran ketika itu. Ada pengisian, tidak kosong. Rasa puas. Rasa seronok. Semua dapat. Ilmu pengetahuan. 

Maka, sejak dari itu, terus aku memborong semua novel keluaran Jemari Seni. 


Semua tajuk 2006-2008 aku ada. Semua mmg menarik dan segar dibaca. Semua aku suka, dan terus aku sentiasa mencari. Aku mula kenal dgn penulis baru seperti Syud. Hlovate, Pingu Toha dan lain-lain. Penulis seperti kak Noor Suraya, John Norafizan mmg aku baca novel mereka sejak di  Creative Enterprise lagi. 


Novel umum 2009 pun sama. Paling aku suka, tentulah Jaja & Din. Dan, sahabat aku, En. Khairi Mohamad bergelar penulis dgn nama Xarine. 


Terus aku melangkah tanpa kesal, memborong lagi novel Umum 2010. Sentiasa habis, sbb menjadi bekalan sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja. Aku baca dalam komuter la tentunya. Dan adakalanya, saja melepaskan beberapa komuter lama-lama utk membaca novel. Masa ni semua genre menarik perhatian, terutama sekali kisah ala-ala penyiasatan, Nama Atas Kertas. Tapi, 26 Episod Gossip pun best juga.

Semua la best! Best lagi masa ni...


Tahun 2011, pun aku ada semua. Paling suka baca tentulah nukilan Syud dan juga Hlovate. Tak lupa juga Nirrosette, novel yg bertajuk Ikhlas, A.K! A.K tu ialah Adam Khalis. 

Aku namakan anak saudara aku Khalis Adam. Dan, macam tergantung, ayah aku tambah dgn Faiz. Khalis Adam Faiz. Memang aku suka sangat watak Adam Khalis tu ekekeeke. Harap Khalis Adam Faiz pun menjadi seperti Adam Khalis.

Sebab masih teringat Zahrah de Tigris, maka aku juga membaca Nuansa Kota Merah. Terasa mengembara bersama.


Tahun 2012, aku menjadi selektif sbb ada novel yg tak memenuhi citarasa. Ada yg aku rasa macam pernah baca jalan cerita pada novel lama la, ada tajuk je macam best tapi cerita macam drama jam 7.00 malam. 

Tapi bila tengok semua tajuk 2012 ni, macam ada pulak di rak buku aku di Kuantan. Tahun 2012, aku jatuh hati dgn Shark dalam novel Lazuardi. Nyoyeng novel tu, aku saja dah berapa kali khatam. Kawan-kawan yg pinjam lagi la. 


Minat aku utk membaca novel semakin berkurang. Utk tahun 2013, tak semua novel aku ada. Dan yg ada pun, masih dalam balutan plastik di rak buku rumah sewa aku ni. Akrilik di Atas Kanvas tu aku baca, menarik juga. Aku beli novel tajuk Warna Hati Nurul, sbb sahabat GSH bernama Nurul Hafizah, tu pun tak baca lagi. 



Tahun 2014, ada beberapa novel yg aku ada, dan tak baca pun. Beberapa kali menyelak helaian Hatiku Tertinggal di Manchester, tapi bab 1 je tak bergerak lagi.


Tahun 2015, semua yg aku bulatkan tu, semua takde. Roh membaca novel Jemari Seni pudar sedikit demi sedikit. Aku takut, kalau novelnya sama saja macam novel terbitan lain. 


Masuk tahun 2016, bukan saja semangat membaca merudum, tapi ekonomi pun sama. Yg aku lorekkan hijau, semua aku beli, tapi belum habis baca lagi. Aku hanya habis baca Vignette, sebab Syud dan juga Mahadewi. Dalam bulatan merah, yg aku belum beli lagi dan berniat utk beli. 


Untuk tahun 2017, sudah ada Dewi dan Aitrees, tetapi, masih belum menyelak helaian pertama pun. Dan, aku berkira-kira nak beli novel Juita. Penulis sama utk Gerabak Merah Jambu. 

Oktober 2017, ulang tahun ke 11 Jemari Seni. 

Ada promosi, beli 11 buah mana-mana novel umum, dapat harga RM 111.00. Tapinya, aku banyak lagi novel tak baca!

Konon nak beli hadiah utk diri sendiri sempena hari lahir yg lepas itu. 

Tapi, ada lagi suara lain berbisik. Novel lain yg dalam plastik lagi tu bila nak baca? Kalau beli lagi, nak letak mana? Tak muat dah rak buku tu. 

Adakah sekarang hobi bertukar daripada membaca kepada membeli novel semata? Penyakit orang ada-ada duit boleh la. Ko tu tak berduit mana, habis cemana?

Buntu kepala. Promosi berakhir pada 7/10/2017. 

Ada sesiapa nak tolong bagi buah fikiran? Terima kasih. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, November 09, 2016

Airport Tax Refund utk Air Asia

Al salam alaykum

Baru-baru ni aku tolong Pah dapatkan refund utk Airport Tax dia. Pah cakap dia tak tau pun AA boleh dapat refund.

AA boleh dapat refund utk Airport Tax je. Lain-lain tak dapat, burn terus. Sbb tu kalau boleh jangan beli awal-awal baggage dan jugak meal.

Kalau tak jadi nk terbang, takde la rugi banyak.

Tiket ke Perth kami RM 432.08, Pah dapat refund RM 291.00. OK sangat la tu kan?

Ramai juga yg tatau boleh buat refund AA ni. Dedulu aku pun tatau, Miza yg bagitau kami boleh dapatkan refund. 

First refund yg aku buat ialah tiket ke KL-Siem Reap-HCM-KL. Sampai skrg menyesal tak ikut kata hati utk redah je lawan bos amik cuti hahahaha

Syarat utk dapatkan refund:


Pergi ke http://www.airasia.com/ask/

Kendian klik e-Form


Ataupun terus ke https://eform.airasia.com/?lang=en-gb

Dan isikan butir-butiran yg diperlukan.



Selepas itu, kita akan dapat Case no menerusi e-mail sebagai rujukan, dan tunggulah sehingga 2 minggu utk urusan pemulangan cukai. Kalau takde apa-apa, sentiasalah follow-up di twitter https://twitter.com/askairasia

Aku perasan, kalau kita buat aduan di twitter AA ni, cepat je dapat response berbanding dgn mengisi e-Form tu. Live chat pun susah jugak nak dapat response yg pantas.

Utk urusan refund syarikat penerbangan yg lain, aku tak berapa nak tahu, sbb aku tak pernah lagi naik kapal terbang lain selain AA. Sedih sob sob sob hahaha

Semoga dapat membantu sahabat-sahabat semua.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, September 06, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Belanjawan

Al salam alaykum

Tetiba dah masuk hal ehwal belanjawan. Sebelum berlepas, Kak Awin dah siap kira, bajet kami dalam RM 1,000.00 - RM 1,200.00 seorang utk perbelanjaan di sana.

Belanjawan kami seperti berikut.

Flight:
Tiket Air Asia KUL- Perth - Kul: MYR 432.08
Travel Insurans: MYR 50.00
Baggage, 25kg x 3 pax: MYR 342.00/6: MYR 57.00
Makan: MYR 38.00
VISA (ETA): MYR 20.00
Total: MYR 597.08

Harus aku nak mengulang pergi lagi kalau dapat murah lagi

Makan:
Giant: MYR 10.00
Roti: MYR 7.00
Foodcourt Rasa: MYR 14.90
Total: MYR 31.90

Pengangkutan:
Tambang bas: MYR 0.80
LRT: MYR 2.80 x 2: MYR 5.60
KL Sentral - KLIA2 - KL Sentral: MYR 11.00 x 2: MYR 22.00
Uber: MYR 5.00
Total: MYR 33.40

Penginapan:
Amna Home: MYR 582.75/6 : MYR 97.13
Total: MYR 97.13

Jumlah: MYR 759.51

Perbelanjaan di Perth, Australia (AUD 1.00 = MYR 3.10)

Aku sebagai bendahari mengutip duit setiap seorang AUD 300.00 utk perbelanjaan di Perth, yg kami kena kongsi bersama. Dan, kami belanja ikut sampul. Tapi, banyak jugak aku ambil dari sampul lain, sbb banyak lebih. 


Malam terakhir, duit baki yang ada ialah AUD 400.00. Sungguh kejam bendahari itu. Tapi sebenarnya banyak tempat yg kami tak pergi seperti dalam itinerary.

Penginapan (Bajet AUD 505.00): 
Homestay Bro Shardy: AUD 180.00/day x 2 days : AUD 360.00 
Amna Home: AUD 145.00 (Balance) : AUD 145.00

Total: AUD 505.00

Sewa Kereta (Bajet AUD 360.00):
Sewa Kereta Estima: AUD 100.00/day x 3 days : AUD 300.00

Total: AUD 300.00

Petrol (Bajet AUD 210.00):
BHP: 24/08/2016 @ 08.19 pm, AUD 1.229/L x 24.41 L : AUD 30.00
Shell (Coles): 25/08/2016 @ 9.16 am, AUD 0.991/L x 40.36 L : AUD 40.00
BP: 26/08/2016 @ 5.54 pm, AUD 1.119/L x 26.81 L : AUD 30.00
Woolworths Petrol (Caltex): 26/08/2016 @ 8.48 pm, AUD 0.988/L x 15.18 L : AUD 15.00
Resit Hilang: 27/08/2016: AUD 20.00
Bro Shardy: 28/08/2016: AUD 20.00

Total: AUD 155.00

Banyak kan baki berbanding dgn bajet yg kami letak. Aku saja gariskan harga seliter minyak. Ikut pengalaman kami di sana, harga minyak murah di Stesen Shell dan Caltex. Dan masa murah itu tak tentu jugak. Takde tips utk dapat murah, cuma dari pemerhatian rambang, kadang awal pagi dan lewat malam, harga minyak akan dapat murah, dan di kawasan-kawasan pinggir bandar. Kalau di luar bandar, mmg harganya cecah AUD 1.20.

Pengangkutan Awam (Bajet AUD 180.00):
28/08/2016: Bas dari King's Park ke Victoria Station Transperth: AUD 2.10 x 6 person: AUD 12.60
28/08/2016: Subway/Train dari Victoria Station ke Warwick Station (2 zone): AUD 4.60 x 6 person: AUD 27.60
Parking Kereta di Fremantle: AUD 5.00
Parking di Watertown Outlet Perth: AUD 5.00

Total: AUD 50.20


Banyak betul beza, ada la rahsianya.

Groceries (Bajet AUD 60.00):

Yang ni salah bajet. Hahaha. Shopping satu hari dah muflis.

24/08/2016 - Woolworths: AUD 32.35
25/08/2016 - Woolworths: AUD 28.20
26/08/2016 - Coles (Bawang sebiji je tau!): AUD 1.35

Total: AUD 61.90


Harga barangan sebagai panduan korang


Entrance Fee (Bajet AUD 73.00 x 6 person: AUD 438.00):
Day pass - Pinnacles Desert (Per car): AUD 12.00
Day pass - Busselton Jetty Experience, AUD 3.00 x 6: AUD 18.00
Caversham Wildlife Park: AUD 27.00 x 6: AUD 162.00

Total: AUD 192.00

Lain-lain:
The Margaret River - Chocolate: AUD 10.35
Nandos (2 Chicken & 3 side dish): AUD 54.45
Kaili's Fish & Chip: AUD 16.90 x 3 sets: AUD 50.70
Churros: AUD 15.00
Sweater Jacket utk Pah: AUD 10.00

Total: AUD 140.50

Total: AUD 1,404.60 / 6 person: AUD 234.10

Jumlah: AUD 234.10 x 3.10 = MYR 725.71

Maka, benarlah, perbelanjaan kami kurang dari MYR 1,000.00 seorang. Tapi banyak jugak faktor yg menyumbang seperti ada  tempat yg kami tak sampai, jadinya jimat entrance fee dan pengangkutan awam. Tapi alhamdulillah, kami makan mewah.

Perbelanjaan Diri Sendiri (Bajet AUD 200.00):

1. Souvenir:
Tshirt kanak-kanak: AUD 5.00 x 6 helai: AUD 30.00
Tshirt dewasa: AUD 7.50 x 2 helai: AUD 15.00
Tshirt lengan panjang: AUD 17.95
Sweater jacket: AUD 10.00
Fridge Magnet: AUD 3.95
Keychain: AUD 4.95
Poskad: AUD 0.60 x 2: AUD 1.20
Keychain Kanggaroo: AUD 5.00
Keychain Koala: AUD 5.00
Total: AUD 93.05

2. Makan:
Nasi di Insan Cafe; AUD 10.00
Kebab, Ispa Kebab (Share dgn Fidot, Kak Kam dan Kak Fadz): AUD 10.00 * 3 kebab /4: AUD 7.50
Total: AUD 17.50

3. Coklat:
Malteser: AUD 5.00 x 2 box: AUD 10.00
Mars Pod: AUD 2.12 x 3: AUD 6.36
Total: AUD 16.36

Sedappp!

4. Lain-lain:
Chiller bag: AUD 2.49
Air mattress - single: AUD 10.00
Coconut cream: AUD 0.89
Corelle: AUD 59.00 (Kad kredit)
Total: AUD 72.38

Total: AUD 199.29

Jumlah: AUD 140.29 x 3.10 + AUD 59.00 x 3.17 = MYR 621.93

Jumlah besar, MYR: MYR 759.51 + MYR 725.71 + MYR 621.93 = MYR 2,107.15


p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 05, 2016

Belum cukup ilmu di dada

Al salam alaykum

Belum cukup ilmu di dada utk urusan hartanah.

Hari Sabtu aku mencuba rezeki utk dapatkan rumah projek Rumah Selangorku. Aku ada mendaftar dalam http://lphs.selangor.gov.my/ tapi takde khabar berita best pun. Nak beli rumah mahal-mahal. budget tak cukup. Nak beli yg murah plak, takde kelayakan. Susah jugak jadi perempuan bujang usia 30an ni yg berpendapatan sederhana duduk di bandar besar. Teringat plak Bajet Negara yg langsung tidak berpihak kepada kami.

Adik ipar aku forwardkan iklan Rumah Selangorku di Beranang. Projek ni berdekatan dengan rumah adik aku. Selepas meneliti syarat-syaratnya, aku fikir aku boleh ni.

Maka, mula-mula aku dapatkan laporan CCRIS di www.mycreditinfo.com.my Mudah je, bayar RM 10.00, terus dapat salinan CCRIS yang dihantar ke e-mail kita. Laporan CCRIS aku agak memuaskan, sebenarnya frust sbb tak dapat score tinggi, score aku 7 je - GOOD. Hahaha

Tapi kalau tak sempat nak buat semakan sendiri, di pejabat jualan juga ada dibuka booth utk semakan CCRIS. Pun sama, bayaran RM 10.00 dikenakan.

Kemudian, dapatkan surat pengesahan bujang. Ini kawan aku tanya, "Memang wujud ke surat pengesahan bujang?" Ye, mmg wujud! Takyah buat kat pejabat pendaftaran/pejabat agama, majikan pun boleh buatkan. Salinan surat pengesahan bujang aku hilang, terpaksa pergi mintak semula kat HR. Masa tu HR Manager dah tutup pc nak balik, alhamdulillah mudah jugak nak membuatnya.

Bertemankan Ammar Darwisy, aku sampai jam 9.45 am. Aku ingatkan aku dah awal, sbb proses penjualan akan bermula pukul 10.00 pagi, tapi dah berpusu-pusu bakal pemilik rumah beratur menunggu giliran.


Proses semakan dokumen fasa pertama

Untuk setiap urusan, bakal pemilik rumah dipanggil dalam kelompok 10 orang. Fasa pertama, semakan dokumen. Semua ok, kecuali CCRIS aku. Aku diminta utk memberikan dokumen sokongan perihal pinjaman perumahan. Kat sini, aku dah berbahas jugak la, dalam syarat kelayakan takde pun dinyatakan perlu bawa dokumen lain. Dia kata, syarat tu baru je diumumkan. Tapi, dia lepaskan jugak aku utk ke proses semakan dokumen kedua, utk aku ajukan masalah yg timbul tu. Dia sendiri kata, mana tahu rezeki kan?

Angka giliran aku.

Sementara nak menunggu proses semakan dokumen kedua, aku pergi minum dulu. Awal-awal datang tak masuk dalam terus, kalau tak, dah dapat makan sarapan pagi. Sorry Ammar, dapat minum teh tarik je. Aku pun tak tau, rupanya pemaju menyediakan makan dan minum sepanjang upacara berlangsung. Aku memang tunggu giliran kat luar, kemudian tengok-tengok projek Eco Majestic ni. Takde gambar projek, sbb terang-terang ada gambar yg bermaksud "No Camera". Sudah tiba masanya kita cuba utk menghormati arahan dan larangan yg diberikan. Cantikkan budaya hidup kita, hormat menghormati sesama kita?

Ammar layan teh tarik dulu dgn janji nanti kita pergi makan

Makan tengahari, dapat mee kari. Selingan: Apa la Ciklong ni, tak pandai guna chopstick, senang je.



Sedang elok aku habiskan suapan terakhir mee kari aku, giliran utk semakan dokumen terakhir telah tiba. Angka giliran 260 - 269 dipanggil. Kat sini, aku lepas tapisan. Tibalah pula utk semakan dengan LPHS. Kat sini aku problem. Memang diorang nak jugak salinan perjanjian utk pinjaman perumahan yg aku ada. LPSH tak proses permohonan aku, mereka minta aku berbincang dengan pihak pemaju semula. 

Bukan aku seorang je rupanya. Ada lagi yg lain. Tapi mereka boleh balik ambil dokumen di rumah masing-masing. Aku plak, dokumen di Kuantan. Pihak pemaju minta emailkan hari Sabtu juga. Mmg tak la, mana nak jumpa scanner. Sabtu Ahad kan cuti? Aku minta tangguh hari Isnin. OK, permintaan dipersetujui, tapi aku kena bagi salinan cukai taksiran. Alhamdulillah, nombor cukai taksiran mmg ada dalam telefon aku, maka terus saja Whatsapp kepada pihak pemaju, dan permohonan aku diproses oleh pihak LPSH.


Ini nak menunggu permohonan diluluskan atau tidak.

Kat sini lama menunggu. Risau pun ada. Tapi aku pasrah je la, kalau lulus, alhamdulillah. Kalau tak, tak apa la. Masa ni dah merangka-rangka rancangan seterusnya kalau lulus, nak letak nama adik aku sebagai nama kedua, sbb nak dapatkan loan 90% ataupun 100%. 

Sejam menunggu, akhirnya permohonan aku diluluskan dgn syarat. Syaratnya itulah, kena bagi dokumen lain Isnin nanti. Tibalah masa utk mengundi unit rumah. Masa ni la aku betul-betul berdebar, dan baru terfikir segala risiko. Sbb masa mula-mula aku tanya, pihak pemaju kata, kalau loan tak lulus, full payment akan dipulangkan, iaitu RM 1,000.00 utk tempahan, dan RM 750.00 utk kos guaman. Tapi, bila sampai ke peti undi, tiba-tiba pegawai lain kata, hanya RM 500.00 utk tempahan, dan RM 200.00 utk kos guaman yg akan dipulangkan.

Berdebar wehhh! Aku bimbang pasal loan, Masa ni la aku rasa ilmu aku tak cukup banyak. Fikir aku banyak tahu hal ehwal hartanah, lelongan segalanya, tapi fasal yg satu ni aku tak tahu! Sibuklah aku pergi bertanya dengan pegawai bank yg ada di situ. Jawapan mereka kecewakan hati aku. Dgn mimik muka hairan diorang "pelik beno ko ni menda ni pun tatau" Hahahaha... Nasib baik aku tanya, kalau tak sesat je naya.

Fakta yg cukup penting, tapi aku tak tahu, aku tak study betul-betul selama ni. Faktanya ialah, walaupun aku nak buat pinjaman bersama dgn adik aku yg tak pernah ada pinjaman perumahan, kami tetap akan ditawarkan pinjaman sebanyak 70% sahaja, sebab nama aku buat leceh kat situ. Ok, korang yg baca pun boleh buat muka hairan kat aku, memang serius aku tak tahu.

Sapa yg dah cabut undi, maka boleh la buat pembayaran dan tandatangan surat perjanjian di sini

Aku kecewa. Aku takde duit sebanyak 30% utk dijadikan duit muka beli rumah. Aku sedih. Terus balik rumah adik aku. Dengan borang permohonan sekali aku bawak balik. Sob sob sob. Ammar menenangkan aku, Ciklong nak pinjam duit Ammar pun boleh, 20 ribu je kan? Ammar ingat 20,000 rupiah kot, Ciklong pun ada 20,000 rupiah.

Pengalaman berharga, menyertai pembelian rumah beramai-ramai. Ilmu baru pun dapat. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, September 02, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Amna Home, Mounts Bay Rd, Perth

Al salam alaykum

Dua hari terakhir, kami berpindah ke apartment kendalian Amna Home, yg terletak di Mounts Bay Rd. Amna Home ni juga salah satu Homestay Melayu Muslim yg banyak terdapat di Perth. Tujuan kami berpindah ke kawasan Perth City utk memudahkan kami merayau ke Perth City dgn berjalan kaki dan juga menerusi jaringan pengangkutan awam. 

Kak Awin menempah Homestay ni melalui Facebook dan Aplikasi Whatsapp.

Homestay yg ringkas dan cantik. Memang sesuai utk kami yg mempunyai budget terhad, tetapi tetap mengutamakan aspek keselesaan diri.

Jom usha.

Ruang tamu

Ruang makan dan hanya satu-satunya heater yg ada


Ruang dapur

Bilik pertama

Bilik air

Bilik kedua

Tengok tv jap

Tilam udara tambahan

Oleh sbb heater hanya ada sebiji di ruang tamu, mereka beramai-ramai tido di sofa dan juga tilam udara di ruang tamu. Aku dan Fida, tido berdua di dalam bilik kedua. Sejuk la jugak, tapi alhamdulillah, dapat bertahan.

Air panas ada, kemudahan dapur yg lengkap, jaringan pengangkutan yg baik, dan jugak mudah utk ke mana-mana dgn berjalan kaki sahaja, maka nikmat mana lagi yg nak didustakan? Cuma tandas je la, takde hos air, kena tadah kat singki. Tapi itu kecil je masalah.

Bangunan apartment

Di sinilah kami menginap

Cermin besar di bilik kedua


Nak check out dah


Bersama Najmuddin (Naj), penjaga Amna Home.

Menurut Naj, apartment yg kami ambil ni ialah yg paling murah, tapi paling besar. Memang sesuai la utk kami yg ramai ni. Naj pun baru bekerja selama 2 bulan di Amna Home.

Harga: AUD 165.00/day x 2 days = AUD 330.00
Deposit: AUD 200.00 (akan dipulangkan apabila mendaftar keluar)

Oh ya, tiada wifi disediakan di apartment ini. Sunyi la skit dari dunia internet. 


Telefon no: +61 402 966 473


p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, September 01, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Bro Shardy Homestay, Elward Way, Balga,Perth

Al salam alaykum

Semua urusan penginapan dan pengangkutan, Kak Awin yg buat semuanya. Terima kasih Kak Awin yg comel!

Penginapan kami yg pertama di Rumah Bro Shardy atau nama sebenarnya ialah Roshaidy. Bro Shardy ni takde FB, takde blog, takde twitter. Dia pun hairan dari mana kami dapat info tentang dia. Ada satu blog je, yg tulis pasal homestay dia ni, iaitu http://aisyahmawarddah.blogspot.my/2015/12/backpacker-ke-perth-part-1.html

Maka, marilah kita menambah enjin carian di Google tentang Homestay Melayu Muslim di Perth yang murah, berbaloi dan terbaik di Perth ni. 

Oh ya, Bro Shardy ni rakyat Malaysia yg telah lama menetap di Australia, mengikut kedua ibubapanya yang bekerja di Pulau Krismas. Bro Shardy ada dua buah rumah yg dijadikan Homestay di sini. Rumah sebelah menyebelah je. 

Rumah penginapan kami beralamat di 33. Elward Way, Balga 6061, Perth. 

Ni dia nombor rumah

Ada mesin basuh dan pengering, sakan la kami membasuh baju

Bilik pertama, ada heater

Bilik kedua

Dapur

Heater, panaskan kaki sendiri

Marilah beraksi di dapur

Ruang lepak kami

Bila dah sewa homestay sini, terus la sewa kereta sekali. Kami dapat Estima utk memuatkan kami seramai 7 6 orang.

GPS dapat juga

Bro menunjukkan cara-cara menggunakan Estima.

Kami di depan rumah no 35.

Apabila kami menginap di rumah no 33, Bro Shardy pindah rumah sebelah, rumah no 35 plak. Kami tak sempat nak meninjau rumah no 35. Tapi rumah tu ada 4 bilik, mestilah lagi mahal sewanya. Tambahan pulak, ada ruang nak ber-BBQ.

Wefie plak

Toilet best, ada paip air, tapi tetap lantai kering. Kenapa kita boleh jaga kat tempat orang, kat tempat sendiri, toilet mesti kita nak sembur jugak air bagi basah lantai? Walaupun kami dah pindah ke Homestay lain pada 2 hari terakhir, tetap datang ke rumah no 33, nak tinggal barang la, nak tumpang toilet la, macam-macam. 

Harga rumah no 33, AUD 180.00/day x 2 days: AUD 360.00
Harga sewa Estima, AUD 100.00/day x 3 days: AUD 300.00

Wifi percuma disediakan. Lajuuuu boleh update berita dengan pantasnya kpd keluarga tersayang. 

No telefon Bro Shardy: +61 402 533 915

Kami berhubung melalui aplikasi Whatsapp sahaja.


Tata titi tutu, kami nak balik dah.

Semoga rezeki Bro Shardy melimpah ruah demi asbab kebaikan yg dia berikan kepada sesiapa yg menginap di Homestay-nya.

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::