...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Saturday, December 31, 2016

Saya Jual Sambal Tok Tok Juwies

***Ini adalah pos melekat. Utk entry terkini, sila skrol ke bawah, tapi meh baca dulu, kendian buat pesanan anda :-) ***

Al salam alaykum

Pertama kali makan sambal tok-tok ni di Jepun. Sedap sungguh makan dgn nasi, dgn mission wrap, dgn roti.

Terima kasih kat Fadd Gojes memperkenalkan sambal ini kepada kami!




Sambal ni memang pedas, tapi sedappppp!

Makan nasi pun bertambah.

Anda nak cuba?

Meh order dengan saya...


RM 10.00 sepeket (berat lebih kurang 150g), tidak termasuk kos pengeposan.
COD sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Sambal ni tahan 6 bulan selepas dibuka, tak perlu simpan dalam peti ais.

Hubungi saya, Kay 012-9592370

Antara testimonial yg diterima:




Maka, apa lagi, marilah order!

Terima kasih :-)


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

COOL IMPRESSIONS - Curtain - Wallpaper - Kitchen Cabinet - Blinds - Tint - Flooring - Carpet

***Ini adalah pos melekat. Utk entry terkini, sila skrol ke bawah, tapi meh baca dulu, nak masuk rumah baru kan? Nak rumah berwajah baru kan? ***

Al salam alaykum

Utk pembaca-pembaca blog saya yg nak masuk rumah baru, nak tukar rumah berwajah baru, nak sambut raya yg bakal menjelang tiba. Yg tak mahu pening kepala mencari banyak-banyak tempat utk keperluan rumah anda, Cool Impressions adalah penyelesaiannya. 

One stop centre utk keperluan rumah idaman anda!

Anda mencari LANGSIR? Kami boleh jahitkan.

Nak dinding berseri, meriah dan cantik? Kami ada lebih dari 700 pilihan WALLPAPER yg menarik. Waranti sehingga 5 - 7 tahun. Jimat!

Nak buat KABINET DAPUR? Kami berikan harga yg terbaik.

Tak mahu guna langsir, nak canggih lagi nak guna BLIND atau TINT? Kami juga boleh sediakan.

Nak tukar LANTAI? Marilah cari kami. KARPET pun ada. 

Pakej harga yg menarik, setanding dgn kualiti dan perkhidmatan yg terbaik. Penghantaran dan pemasangan percuma di sekitar Kuala Lumpur/Selangor (***T&C)









Boleh hubungi saya, KAY - 012-959 2370.

Sila lawati laman FB di https://www.facebook.com/WallpaperNo1/

dan juga https://www.kaodim.com/service-providers/cool-impressions

Terima kasih.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, February 06, 2016

Telekung Mawaddah

Al salam alaykum

Aku dah lama tak promote telekung ni, dulu nama telekung Auni Imtisal, sekarang dah tukar nama, tapi masih produk yg sama, cuma harga dah naik skit...

Telekung ni selesa, aku sendiri pun ada beberapa pasang.

Kalau berminat boleh la jenguk-jenguk di Facebook aku. Klik gambar bawah.

Dan juga boleh klik kat banner belah kanan atas, terus link ke Facebook aku.

Selamat menjamu mata, jika berminat boleh PM di FB. 

Terima kasih :-)

 Telekung Mawaddah





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 28, 2016

Sampingan

Al salam alaykum

Tetiba aku jual shawl! Hehehe. 

Tatau la ni berapa lama bertahan. Ini pun bermusim kan? Memandangkan bisnes tudung syria dulu pun menemui kerugian. Jual telekung pun suam-suam kuku. Jadi agen dropship utk seaweed pun dh berkubur. Jual minyak wangi tanpa alkohol yg glamer dulu kala pun tatau mana pergi untungnya. Apatah lagi jualan langsung seperti Tupperware, Hai-O dan Zhulian. Heheheehe

Kadang terpikir aku ni takleh menjual. Samada aku nanti kesian kat orang yg nak membeli, ataupun aku paksa orang beli. 

Paksa orang beli?

Ye, aku tatau la paksaan ataupun tak. Tapi aku tolong Husna jual kerepek dia kat ofis aku. Husna cakap sekejap je aku jual habis. Mana tak sekejap, org nak beli sebungkus, aku pujuk amik dua. Org kata nak amik esok, aku suh amik terus. Jangan bertangguh-tangguh. Bila org tanya, wajib beli ke? Ye la, tak wajib pun, tapi kang tgk orang makan, tak terliur? 

Penin tak?

Kalau ingt balik, masa zaman U dulu pun, kalau ada aktiviti yg memerlukan peserta, aku la dpt peserta paling ramai. Dasar memaksa ataupun memujuk dgn jayanya?

Aku beli shawl nak letak kat sekolah Nisa  sebenarnya. Padanlah dgn harga utk budak sekolah. Tapi dia cakap, warden dah tak bg bisnes, haroommmm! Aduhai! Mana nak jual ni? Kat sekolah kakngah plak, dia ckp kawan-kawan dia suka p cari sendiri kat jalan TAR. 

Aku cuba la dulu letak kat ofis. Kat ofis aku ni, kalau nak jual tudung, harga takleh lebih dari RM 15 sehelai. Mujurlah dapat harga ok, boleh la jual murah. Kalu tak laku, aku tolak harga modal je la nanti kat adik-adik aku. 

Strategi aku, kalau beli 5 helai ke atas, aku bagi harga murah-murah. Yelah, dapat pun murah, jual murah dah la. Tak pandai la aku nak jual mahal sgt. Kang timbul ayat "cari kat Jalan TAR boleh murah lg ni". Heheheeh. Dan boleh bayar bila dapat gaji yg kami tatau bila tu. Sob sob sob. Jadinya diorg kumpul order ramai-ramai. Laku la 5 helai. Alhamdulillah. 

Dan, ada sorg staf ni rupanya teringin nak beli. Tapi dia segan nak share dgn kengkawan yg lain. Itu yg timbul kesian dan jugak mungkin paksaan dari aku hehehe, nah amik la aku bg harga kat ko sama utk beli 5 helai. Ko bawak balik dulu kot nak matching dgn baju-baju ko tu, nanti bitau berapa nak amik. 3 helai tudung dia bawak balik, 3 helai tu la dia kompem nak beli. 

Ada lagi 10 helai ni. Mana aku nak p jual pun tatau ni. Kalau berminat, bitau la. Tudung tu oblong style, panjang standard, tak jarang kalau lilit bertindih so takyah pakai inner, labuh tutup dada. Warna? Sapa kenal aku tau la aku cemana, warnanya mendung-mendung je, aku suka. Tapi sebenarnya dia jadi nampak mendung sbb tudung tu tudung benang hitam.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Al salam alaykum

pagi-pagi, encik Jurutera datang bilik kami.. muka tak bermaya... baru pukul 9 lebih kot...
diskas punya diskas, tetiba, dia pi kat kabinet kami... duduk pegang tupperware biskut...

ko tak posa ke?


kejap ada...


bukan... iman nipis ni... tergugat! kena sorokkan skit, dari pandangan mata...

memang selamat duduk dalam plastik kerepek tak nampak langsung pada pandangan mata...

geleng kepala je la...


selamat duduk dalam plastik kerepek dah...



tapi Biskut Cornflakes tu mmg sedap... itu adalah sampel utk jualan... tapi ptg smlm kami makan, macam pergi jamuan raya... biskutnya, kerepeknya... order je belum!

nak order? boleh hubungi Cik Miza Hashim di Red Raven's Oven

dijamin, sedap, yg pasti halalan toyyiban...


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, March 20, 2013

9/10

al salam alaykum

dari dulu lagi aku selalu buntu nak buat bisnes apa...

bila tahu buat kek coklat dan ada kawan-kawan mak aku yg puji sedap, semangat nak bakar kek je kerjanya... semangat je la lebih, buatnya setahun sekali pun susah!

aku pernah mengajar budak-budak mengaji dan fardu ain kat Akademi Alif, lepas SPM dulu... dan dari situ azam mcm nak bukak tempat mengaji sendiri... tapi masalahnya aku ni garang... kang lepas sorg-sorg budak berhenti sbb tak tahan...

kemudian, aku juga pernah belajar menjahit baju kurung dan baju melayu... tapinya dari dulu sampai skrg, baju yg aku siap jahit ada 3 pasang je... pastu mesin jahit pun rosak... mana la nak amik upah kan? ragu-ragu pulak lepas buku menjahit aku kembang rendam dalam air banjir...

pastu kenal dengan Husna, dia jual kain pasang... aku pun tolong la jugak jualkan kain pasang dia kat kawan-kawan ofis dulu, dapat la upah RM 5.00 sepasang... pernah ikut dia pergi beli kain sekodi kat Jalan Tar, tapi aku sendiri tak berani nak beli utk bawak balik jual kat Kuantan... sbbnya, nak beli sekodi tu kena dari jenis dan kain yg sama, takleh campur-campur... :(

aku juga pernah jadi ahli MLM yg skrg ni pemimpin-pemimpinnya asyik keluar tv dan majalah, tapi aku tak pernah beli satu barang pun... sbbnya harganya yg mahal, dan aku kena beli 10 biji utk dapatkan bonus! kalu satu barang tu 20 inggit, boleh la tahan jugak, harga RM 2000 plak tu sebiji! mana nak cekau? kena cari org plak lagi utk buat perkara yg sama... dan terus berulang berulang berulang lagi, sampai habis org kat muka bumi ni kot?

dan tak lupa juga satu lg MLM... pun sama, nak dapatkan bonus, kena beli barang yg mahal-mahal jugak... kalu setakat beli dan jual barang kemas celup, tak dapatnya nak dapat bonus banyak-banyak...

tu semua buat aku sedih je!

aku jadi ahli tupperware... utk dapatkan diskaun 20%... kemudian, aku jumpa pulak kat Mida sana ada bazar kadang-kadang hari Jumaat, harga yg dia bagi, mcm dpt diskaun 30%... terus terlupa pasal ahli tu... skrg, kalu nak mula semula, kena beli RM 500.00 dalam satu resit... ekekeke...

dan, semasa tudung syria baru lagi menjengah pasaran Malaysia, masa tu harga mmg cecah RM 40.00 sepasang tudung... aku dengan Aizah kongsi modal beli tudung tu dgn kawan aku masa kerja dulu... dan pada waktu tu, tiba-tiba disebabkan lambakan tudung Syria kat pasaran, harga jatuh murah! mmg kami jual tak balik modal pun... lagi satu, aku tak berapa happy nak jual, sbb tudung Syria tu singkat, kalu silap gaya atas dari dada... aku mcm serba salah jual tudung yg aku sendiri tak pakai...

pastu aku malas dah...

pastu, junior sekolah aku jual rumpai laut, banayak testimonial yg best2! aku pun nak cuba... ajak kawan-kawan aku cuba sekali, aku beli 10 bungkus... dapat la kat aku upah singgit sebungkus... tapinya masa tu harga yg dijual mahal jugak, sampai la jugak RM 30 sebungkus utk 100g... sekarang nak tau harga berapa org jual? RM 10.00 sebungkus (100g) utk semua gred! tapi aku dah stop makan, sbbnya aku fobia dengan Gred AAA yg tak boleh ditelan... 

kemudian sampai la aku jumpa telekung Auni Imtisal ni, junior USM aku tanya ada sesapa nak jadi agen dropship tak? oleh sbb harga telekung ni tak sampai pun RM 100 sepasang, aku saja cuba... aku tanak jual barang yg mahal, sbb aku tak mampu nak dulukan duit aku kalu ada kawan-kawan yg tak dapat nak bayar segera...

alhamdulillah, walaupun setakat ni hanya ada 6 order, untung pun tak la banyak... tapi aku puas dan gembira!  terima kasih kerana mengorder telekung dengan saya!

yer la, telekung ni bukannya setiap hari org beli... org beli kadang2 nak hadiahkan kpd ahli keluarga, kemudian bila telekung lama dah lama sangat, beli telekung nak pakai bulan Ramadhan, nak pi umrah, nak p haji, nak raya, nak kahwin etc...



ini adalah pelanggan saya yg pertama!


takpe la... aku buat ni pun sekadar saja nak tengok, aku ni masih lg minat berbisnes ke tak...

kalau korg berminat nak dapatkan telekung ni, boleh klik kat sidebar atas kanan!

terima kasih


2 hari lepas, berwhatsapp dengan Edd, dia masih lg semangat nak berbisnes walaupun kebanyakan bisnes dia ada yg gagal... tapi tak pernah putus asa! kawan kami, Eagy, dari zaman USM sampai skrg, mmg buat part time bisnes je, walaupun untungnya tak banyak mana... dia tak kisah, ada peluang kecik pun rebut, kalu peluang besar apatah lagi!

aku kagum dengan mereka!

mereka sdg menyediakan diri mereka utk berhenti/bersara awal, dan telah ada perancangan yg baik utk itu...



:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::










Tuesday, March 12, 2013

Bisnes - Telekung Auni Imtisal

al salam alaykum

dah lama tak menjual, tiba-tiba macam nak menjual jugak...

telekung Auni Imtisal diperbuat dari kain lycra... tebal dan sejuk...



UKURAN TELEKUNG DEWASA:

~ labuh telekung dan kain sarung sama untuk semua saiz dewasa tapi boleh ditambah ukuran mengikut kehendak pelanggan (untuk yang tinggi lampai) dengan caj tambahan RM5 (telekung shj), RM10 (utk telekung & kain)

~ labuh telekung (dari dagu): 30 inci

~ labuh kain sarung (dari pinggang): 50 inci


UNTUK TEMPAHAN:

* berikan kod renda yang diingini

* sila nyatakan ukuran muka

* sila nyatakan tambahan ukuran untuk telekung dan kain (jika ada), ukuran standard seperti yang dinyatakan di atas

* bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum penghantaran dibuat

* penghantaran seminggu dari tarikh bayaran penuh dilakukan


TELEKUNG KANAK-KANAK: 


~ boleh tempah untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun hingga 12 tahun (13 tahun ke atas boleh guna ukuran telekung dewasa) 

~ harga RM 63.00 sepasang termasuk pos (hanya terdapat utk renda biasa sahaja)


TELEKUNG SAHAJA: 

~ RM 65.00 (utk renda biasa) - termasuk pengeposan
~ RM 70.00 (utk renda Eksklusif) - termasuk pengeposan

Nota: utk Sabah/Sarawak: tambahan RM 6.00 utk kos pengeposan

untuk pertanyaan dan tempahan:

1. Facebook saya:


2. Twitter saya:

@tufulah


3. atau e-mail saya:



terima kasih~!

RM 80.00 sepasang (termasuk pos)



















































tak jarang

pandangan depan

pandangan sisi


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::