...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Bukit Fraser. Show all posts
Showing posts with label Bukit Fraser. Show all posts

Sunday, March 30, 2014

Pine Tree Hill

Al salam alaykum

Dulu, GGK pergi tahun 2011, aku tak dapat ikut. 

Kali ni, aku dapat ikut. Perancangan, nak tawan Pine Tree Hill dan Twin Peak sekali. Tapinya, hujan turun di tengahari. Nampak gaya macam tanak berhenti. 

Selepas menawan Puncak Pine Tree Hill pada jam 12.30 pm, separuh perjalanan ke Twin Peak dan kami berpatah balik. 

Harap suatu hari nanti dapat pergi lagi sekali. Harap pada masa tu aku belum tua utk semua ini. 

          Mari bermula. 

       Di Puncak Pine Tree Hill

     Ke kayangan ke kita?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, October 20, 2011

Daki Bukit Fraser... erk!!

 al salam alaykum

dh dpt gambo dr Husna... dr Abg Meran je belum...

dalam perjalanan ke Lepih, ada satu papan tanda besar la jugak, tunjuk tempat menarik sepanjang perjalanan... banyaknya lata-lata sungai-sungai la kan... kendian aku nmpk simpang ke Bukit Fraser... terus aku tanya Abg Meran, kita gi Bukit Fraser boleh tak balik nnt? dia jawab, baik pi Cameron Highlands, lagi dekat... erk, tak nmpk pun signboard p Cameron Highlands... 

tp oleh sbb Abg Meran sendiri pun tak pernah sampai ke Bukit Fraser, jadinya dia sudi la merealisasikan hasrat kami utk ke Bukit Fraser... ya be da be du.... terima kasih Abg Meran yek!

dari Lepih dalam pukul 3 ptg, kami sampai ke Bukit Fraser dalam pukul 5 ptg... jalan-jalan yg berliku tuh aku buat derk je, konon kental la jiwa lalu jalan cikuk-cikuk tu kan... happy sgt la katakan sbb dpt p Bukit Fraser.. 

jom layan gambar!

 lg 8 km! 

 girls of the day - Kak Roza, Aizah, aku & Husna

 men of the day - Fendi, Baim & Abg Meran

 kedai kopi

 lepak-lepak sekejap

 balai polis yg cantik

 tempat Halimah Jongang berlari-lari

 aku suka kerusi merah ni...

 nak ke mana kita?

 jom kita jalan!

 cepat-cepat, kami dh ready nak posing ni!

 masa ni aku tgh sibuk nak tepon Sani Ekspress takut adik aku kena tinggal bas

 anda sakit? klinik dekat je

 belajar pasal burung

 tunggu sapa tu?

 Abg Meran sedang berpoyoan

 Burung pun ada kawasan penting tau!

 Banglo besar-besar

 padang golf

 cemana kay panjat? tanya Husna

 kedai harga patut... tp tak shopping pun, beg semua dlm kereta... bila dh pi kat kereta, lupa plak nak singgah balik ke sini...

 sempadan negeri

 dh nak balik, jumpa lagi!

bila dh habis pusing, aku pun cakap kat Kak Roza, ini je Bukit Fraser ye! takde la apa sangat pun, tp pemandangan cantik! takde la sejuk sangat... boleh la kalu nak singgah, tak bermalam pun...

time balik, aku penin kepala... jiwa dh tak kental, nyaris lg tak muntah! kami balik turun ikut Bentong, tak balik ikut Kuala Kubu Bahru, si Fendi cakap, lalu kat situ lg teruk... 

singgah di Masjid Bentong, utk jamak solat Maghrib dan Isyak, kendia kami singgah di Restoran Dapur Kita di Bentong, utk makan malam...

makanan best! tp bila tanya adik tu, apa yg best & special kat sini? dia boleh baca balik menu tu! adoi laa... jgn la marah dik!


kami sampai ke Shah Alam lg 10 minit pukul 12.00 malam... penat!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::