...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Dungun. Show all posts
Showing posts with label Dungun. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Balik kampung

Al salam alayum

Sebelum tu, tepon dah ok. Dia terpadam sbb bateri. Takpe, Adam tak bersalah pun. 

Bila Encik Epal Putih kembali berkhidmat, tabiat keja gila kentang pun kembali semula. Asyik tgk last seen orangg je. Ngek!

Ma tepon tanya tanak balik ke Kuantan ke walaupun tak jadi p interview kat Gebeng? Aku mmg jawab tak jadi la sbb fulus dlm poket dlm kantung rimau semua dah berkurang. 

Boleh je nak jimat balik dgn bas. Tapi sebulan dua ni macam serik nak tinggalkan Encik Gemuk Gojes bersendirian di KL. 

Ma cakap nak balik Dungun. Pikir punya pikir, balik je la dgn Encik Gemuk, gasaklah kurang fulus pun. Janji mak ayah happy kan? Tapi tak dapat la amik cuti hari Senin, sbb nak kena attend course berkenaan cukai yg bakal dilaksanakan nanti pada April 2015. 

Hari Sabtu, balik Dungun. Eh pergi Dungun. Nak cakap balik pun macam tak kena, sbb kami dah takde rumah utk berteduh. 

Ada kenduri kahwin dua beradik 4-5 pupu aku, Shuhada dan Sakina. Aku takde gambar pengantin sbb Shuhada dah siap makan beradab, Sakina plak masih menunggu ketibaan pengantin. 

Kemudian, seperti kelaziman apabila balik Dungun, menziarahi kubur arwah tokyang dan mok (nenek), dan juga saudara mara yg lain. 

Dan, masuk Kg Alor Tembesu, berjumpa saudara mara yg lain. 

Dan, kami mengimbau kenangan. 

Rumah Arwah nenek. Tapi bukan kami yg punya. 


Jalan lurus ke sana dan belok kanan, jumpa la tadika Kemas. Bangunan lama masih ada. Tempat aku mengenal huruf. Dulu rasa malas nak p tadika sbb rasa jauh. Skrg tgk dekat pehh je. 


Kedai Long Arah. Tapi Long tak jaga dah. Kawan masa kecik aku, kawan baloh, Izan anak Teh Semoh yg jaga. Kedai ni tempat aku makan nasi lemak Cik Kah pagi2 sebelum aku pergi tadika. 


Jalan Nibong Stesyen 5 Kiri namanya. Tapi dalam alamat surat menyurat, takyah rajin sangat tulis, buat penat jemari je. 


Dah jadi terbiar. Dulu mana ada rumput-rumput ni. 

Tempat main kejar-kejar, main gelap cerah (galah panjang), main deccok (teng teng), main nusuk sampai kat balik telaga arwah Tok Chik sampai la dalam gok ayam kambing, main wa wa pepek wa pepek hujung galah, main getah zero point, main blue black ikan kasar, sili oli owais (apa nama lagu ntah), main apa khabar datuk harimau, main bola kaki, bola selipar, baling tin, konda kondi, nenek2 si bongkok tiga macam2 lagi la apa yg boleh dimain. Sampai koto belokong itang legang kaki. 

Adik-adik anak-anak sekarang main lg tak?


Mercu tanda Bandar Dungun yang baru. 

Kemudian, gi Pantai Sura ataupun Pantai Teluk Lipat. Semakin terhakis, tapi terjaga la skit. 


Banyak gak gambar masa kecik kat sini. Mak aku cite aku penah hilang dalam rok (semak) semasa cari buah kemunting. Ye, aku ni peminat buah kemunting. Tapi skrg, payah nak jumpa. Pastu selalu tertukar dgn buah pokok senduduk. Lebih kurang je rupanya. 

Jam 6 petang, kami bertolak pulang ke Kuantan. 

Harap dapat pulang lagi ke kampung kelahiranku, Dungun, Terengganu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::