...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Ex-Musuh. Show all posts
Showing posts with label Ex-Musuh. Show all posts

Saturday, July 22, 2017

komen kena padam la pulak

Al salam alaykum
 
Sumih msg aku, dia dah dapat surat penerbangan haji. InsyaAllah flight 31/07/2017, terus ke Mekkah.
 
Maziah belum dapat surat penerbangan.
 
Herny pula bakal bertolak 26/07/2017.
 
Semoga semua Jemaah haji tahun ini dikurniakan kesihatan yg baik utk menunaikan ibadah, dan Allah mengganjarkan haji yg mabrur utk mereka semua.
 
Selamat hari lahir utk yg lahir pada 22/07/1981.
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, May 25, 2017

Sengeh sekejap je

Al salam alaykum

 Sapa suruh share? Kan dah kena paksarela beli. 




 

 

 

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, May 19, 2017

On this day

al salam alaykum

Best juga ni menulis takde orang baca... Baca sendiri je...

Pagi ni aku tengok on this day kat FB.

Ada kenangan dgn ex-musuh.

Maka, seperti biasa buat aku tersenyum la kan.

Dan, ayatnya yg satu aku jadikan status aku pada pagi ini.

"Harapan dan doa adalah usaha yg seiring"

Kemudian, aku se-lif dgn En. Dee Akan Suka tu... OK, best juga borak dgn dia. Tak sangka la pulak peramah. Tapi semalam mcm menyampah juga bila aku minta sain dia utk approval. Dia cakap, "I'm too clever to sign this form"

Dah ko project manager, kena la sain juga. Formaliti meh! Hahaha


Harap-harap pagi yg baik dan ceria ni berterusan hingga akhirnya.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, August 02, 2014

Tahun ni takyah renew lesen

Al salam alaykum

Sbb aku punya gabra tahun lepas aku renew sampai 3 tahun terus. 

Dapat ucapan hari lahir yg paling sedih tahun ni. Ucapan hari lahir yg membawa kpd ucapan perpisahan. Hahahaha. Itu yg aku pikir la. Sbb tahun-tahun mendatang takkan ada ucapan dari ex-musuh aku. Bermakna, aku pun takleh la ucap selamat hari lahir kat dia. Takpe, hormat menghormati kehendak dia. 

Selamat hari lahir ke 33 Cik Khairini. 
Semoga menjadi manusia yg bermanfaaf utk sekelian penghuni langit dan bumi. 

“Allah jualah yg telah menciptakan kamu, kemudian ia mewafatkan kamu. Di antara kamu ada yg dipanjangkan umurnya smpi tua bangka, sehingga menjadi tak tahu apa2 sesudah dia mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui & Kuasa.” - Surah An-Nahl, ayat 70. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 24, 2014

Ronda KL la sangat!

al salam alaykum

Mak ayah aku, Iman, Nisa dan Adam datang KL selepas pergi kenduri sepupu aku kat Muor...


petang Sabtu tu, aku ikut Kakngah p Nilai, dia nak beli karpet dan tengok barang mak aku kirim...


dan kebetulan masa tu, diorg dh ada kat Pedas-Linggi, makanya aku mintak mak ayah aku datang ke Nilai 3...


maka, memboronglah kami barang-barang cenderahati utk kenduri Iman nanti... kali ni murah la jugak balang kaca tu... biasa beli kat Cowboy Kuantan je, tp mak aku cakap kat Cowboy sebiji RM 3... kat Nilai 3 ni dapat la RM 1...

kami berkampung kat Semenyih la jawabnya... malam tu makan nasi kenduri dari Muor... dapat gak rasa...



Adam nak kayuh sendiri dengan kaki


Ahad pagi, Ammar bangun je pagi terus teriak "Ciklong, dah siang!!!"

terpinga-pinga sekejap... lupa la plak semalam aku janji nak bawak pi main taman...

janji mesti dikotakan!


 lepas sarapan, kami ke Sogo... nak barang Iman lagi... 


Adam "wanginyaa!"


Ammar dan adik, Ayyan

lepas di Sogo, ke Masjid Negara utk solat...

Nisa, Kakngah dan ibuku...


melawat Makam Pahlawan

Adam sombong, nak dengan Tokpa & Tokma je...

aku ingatkan aku nak bawak mak ayah aku pi Istana Negara, tapi macam tak sempat je... jadinya, aku mintak Kakngah bawak pergi ke Tugu Negara... sbb aku sendiri pun tak pernah sampai lagi...



apalah yg Adam dan Ayyan tengok tu?

bergambar kenangan...

Kenapa tu Adam?

dah habis kisah di Ibukota... insyaAllah mak ayah datang lagi nak bawak jugak ke Istana Negara... mak ayah aku mmg suka pergi tempat sejarah-sejarah, pameran-pameran, muzium-muzium, etc etc etc...

oh ya, ex-musuh aku ada mengomen pada gambar Tugu Negara yg aku pos kat FB:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Muzakarah telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

terima kasih utk tazkirah ini...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, December 22, 2013

Pernahkah anda mengalami pengalaman yg pahit semasa remaja?

Al salam alaykum

Aku tgk 3R pertama kalinya utk musim baru ni. Kira ada masa la ni. 

Kalau ikut soalan tu, jawapan aku, tidak la sgt. 

Cuma yg buat aku rendah diri. Aku gelap. Adik-adik aku yg pompuan semua cerah skit. Aku je gelap. 

Gelap-gelap aku pun, ada ramai la jgk peminat. Masa umur belasan tahun la. Bukanlah utk dibanggakan. Aku pelik la jgk. Budak gelap mcm aku ni ada org minat. Tapi org yg aku minat takde la plak minat kat aku. Tu yg jadi rendah diri. 

Rendah diri makin ketara bila masuk zaman universiti. Sbb aku makin gemuk. Ex-musuh aku cakap aku tembam. Dan masalah gemuk melanda sampai skrg. 

Dan aku jadi lagi rendah diri apabila, kawan perempuan aku dgn selambanya tego aku dan entah kenapa aku ingt sampai skrg. "mu ni huduh la kay". Aku tau aku mmg tak lawa, tapi perlukah korg berkata  begitu kpd aku?

Kebenaran itu mmg pahit kan?

Aku pun tak pernah la nak memuji dan mengeji sesapa mcm tu sekali. 

Dan skrg makin down sbb jerawat sdg berleluasa merayap kat muka. Takde la muka aku ni mulus, tp tak pernah la muka ada jerawat merah-merah di pipi. 

Lagi satu masalah, apabila org yg lg tua dr aku panggil aku "kak". Apakah? 

Ya, aku takde masalah sangat semasa remaja. Zaman remaja aku ok je. 

Aku ada masalah di umur 30an. 

Alhamdulillah aku ni positif. Walaupun tak sepenuhnya, tapi berdoa supaya aku sentiasa positif. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, February 04, 2013

Hari Wilayah 2013

al salam alaykum

Hari Wilayah tahun lepas, kami panjat Broga separuh bukit, kemudian kami bedesoop ke Klebang utk menikmati Air Kelapa Goyang Istimewa dan tiba-tiba melawat kapal selam... 

Tahun ni takde kerja gila beramai-ramai, aku buat sorang-sorang je... pergi PWTC utk Pesta Buku 1 Malaysia...

Kenapa kerja gila? Sbb aku habiskan lebih separuh daripada rebat LHDN utk memborong buku, hanya utk dalam masa 2 jam sahaja... diulangi, 2 jam sahaja! jadinya, wajib tahun ni aku simpan resit di tempat selamat...

aku sampai awal di PWTC, terus ke Jemari Seni... memborong novel terbaharu Jemari Seni dan juga JS Adiwarna... 

Masa ni Kak Sue tak sampai lagi... jadinya aku pusing-pusing lagi... lama skit aku lepak kat PTS... angkat letak sebuah dua buku, nak amik tanak, nak amik tanak, nak amik tanak... dalam hati, nanti bulan 4 datang lagi kan?

kena kental tau Kay!


dengan Kak Su, novelis yg aku minat sangat-sangat...

aku mula membaca novel Keranamu Ain, dan seterusnya aku terus mencari novel-novel tulisan Kak Sue... dalam novel Keranamu Ain tu ada pantun yg aku hafal sampai skrg...

"Apa khabar nasi di daun
Nasi di talam bagai nak basi
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati"

dan pantun tu pernah aku up sbg status aku di MSN Messenger waktu zaman belajar dulu, dan meninggalkan kesan di hati ex-musuh aku... katanya!

oh, walaupun aku brutal dan rock masa belajar dulu, dalam hati tetap ada taman... cuma tatau taman aku tu penuh dengan bunga ros ke atau bunga lili ke atau bunga taik ayam...


John Norafizan


dan, sementara nak tunggu Kak Sue datang tu, aku tersinggah kat Lejen Press.... mmg Lejen la! Semua buku best! sangkut jugak beli RM 100! dan dapat sehelai t-shirt yg walllah!! oh ya, masa bayar tu "akak nak beg biru ke pink?" biru itu milik aku la... mana masuk pink pink ni...


dah pakai semalam!


dan, lepas memborong dengan penatnya, aku lepak jap kat bawah, kat kerusi merah-merah tu, apa menda pun tatau nama... sambil layan twitter... tengok-tengok, blogger Trankuiliti Tronoh (oh pakcik, boleh tolong update blog tak?) twit yg dia ada kat Dubook Press.... yg aku cari-cari tak jumpa... aku pun saja balas twit tu, cakap tak jumpa booth... tak sangka dapat balasan... dua kali aku berpusing dalam dewan, rupa-rupanya booth Dubok Press dekat dgn pintu dewan, dekat dengan Inteam... kalu dah jumpa, pilih punya pilih, terbang lagi RM 56.00...

dah dah... jangan nak menyinggah lagi, balik sekarang!


dapat harga lelong! En. Fdaus Ahmad, cemana nak dapat kerja kat KLCC?


ini baru separuh utk "Cabaran 50 Buku Setahun", utk tahun ini... (eh, aku tak buat list lg rupanya)



aku sedang mula baca ini... dah separuh... tak habis lagi, sbbnya Sabtu dan Ahad aku berkampung di Cheras dan Semenyih... adik aku berpindah rumah...

"Kakngah, bakpe mu beli rumah kat Semenyih? dah la jauh, jalan jem, line tepon susah, line tenet tadop, shopping complex tadop"

weh, lagi best, nnt aku p KL, tido kat hotel la... - Kakngah

heh!

oh ya... azam baru selepas balik dari PB1M, aku kena tahankan diri daripada berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April nanti...

Pesta Buku Selangor, insyaAllah akan dipertimbangkan...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, August 03, 2011

nombor telefon

 al salam alaykum

semalam, aku ada menerima beberapa sms ucapan hari lahir... dalam beberapa sms tuh, ada la yg takde nama... hanya nombor sahaja... 

nombor yg pertama, datang dr utara... ikut dr lenggok bahasa, aku yakin, itu adalah Firuz, sahabat baik aku... tp aku saja tanya, siapakah gerangannya? Firuz, ko jgn sedih tau! bkn aku buang nombor ko, tp sbb dlm telefon baru aku nih mmg byk nombor yg takde... nombor yg ada nombor lama-lama zaman kita belajar kat USM dulu... lg nak tambah best, yg aku ada nombor telefon rumah mak ayah ko kat Kuala Kangsar sana... jgn marah ek Firuz...

dan, lepas je sms Firuz yg sedih itu sbb aku takde nombor dia... dtg lg beberapa sms lain yg tidak bernama... dr gaya nombor telefon dan lenggok bahasa, aku rasa aku tahu... tp aku dah tak tanya, takut tuan punya nombor kecik ati...
salah satu sms tuh, aku pikir datangnya dr ex-musuh aku... walopun aku dh setahun tak ber'sms, aku kenal lg gayanya... cuma, malas nak tanya, nnt kang dpt ayat sedih... naya jek!

hilang nombor telefon, mungkin lumrah bg org yg menukar telefon... tp bg aku tak... sbbnya aku nih spesis rajin menyalin semua nombor dr telefon lama ke telefon baru... tp kali ni, aku tak dpt buat... telefon lama aku tu kan dh terpadam buat selama-lamanya... kalu nak bukak jugak, kena hantar kedai pergi baiki, yg kosnya bleh buat aku sakit jgk laa nak bayar tunai pada masa itu... 

sblm aku beli telefon baru ni, aku pakai telefon nokia harga RM 99... ok la boleh sms dan call org... tp bg aku yg sukakan teknologi tuh, sangat sakit hati pakai telefon tuh... aku takleh nak compose ringtone "Buat aku tersenyum"... aku ingtkan telefon tu ada la mcm Nokia 3310 dulu, boleh compose ringtone, ampess je... aku takleh nak kunci jam banyak-banyak waktu... aku suka kunci jam pukul 6.00, 6.15, dan 6.30 pagi, senang skit nak bangun pagi... tp, telefon tuh tak boleh... yg lagi tak tahan, aku takleh nak snap gambar tiba-tiba, dan nak mms gambar tu kat mak ayah aku... bila nak beli barang nak tunjuk kat mak ayah atau adik, aku mati kutu... ada sekali terpaksa pinjam telefon housemate... sedih!

oleh sbb itulah aku terbeli telefon baru yg berteknologi la jgk org kata... kisahnya, aku pergi nak marah pembekal perkhidmatan tuh, sbb bil telefon ayah aku sgt la tinggi... tah apa2 yg dia caj... tak semena-mena, aku terpandang kan telefon canggih ni, terus aku takde ragu-ragu "saya nak la satu"... selama bertahun aku ragu-ragu nak buat keputusan, tp dalam masa sesaat, boleh terbeli... sbb tu la org ckp, kalu time marah, jgn keluar marah, jgn pergi membeli-belah... kan?

tp aku terbeli secara ansuran mudah la selama 2 tahun... habis warranty, habis lah bayaran, habislah kontrak... heheheheh.... aku boleh ber'sms, boleh berborak, boleh bergambar, boleh ber'mms, boleh berinternet... tp nak buat panggilan video je tak boleh... benci! ahahaha, sampai satu tahap aku rasa aku nak terminate je kontrak... tp mana la plak nak cekau duit nak bayar denda kan? pakai lah sampai 2 tahun yek, sabar yek!

bila aku belek-belek, telek-telek semua sekali nama-nama dalam telefon aku ni, byk yg takde... cuma, bila yg dh biasa ber'sms tu, aku boleh la cam sapa... tp kalu dh bertahun tak sms, sms sampai pun masa hari raya, masa hari lahir, susah la jugak... sejak pakai telefon baru ni, aku dh jarang ber'sms dengan nombor yg bukan dr pembekal perkhidmatan yg sama, sbb mahal wehh nak bayar bil... aku ber'sms dgn pembekal perkhidmatan yg sama je... dpt percuma 300 sms... hheheeheheh....

panjang lebar plak... yg sebenarnya, nak mintak maaf kat Firuz je... Firuz, sorry eh! jgn sedih-sedih... walopun kita jauh di mata, tp dekat di hati... bkn niat aku tau! eh, tp kalu ko ada nombor telefon ex-musuh aku tuh, sila bagi, aku nak kompemkan btul tak sms dia tuh... :D


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 07, 2009

Precious moments!

Al salam alaykum

Aku salin dan tampal dr friendster kenalan aku...

Persahabatan,
Bermula dengan secebis senyuman,
Berputih dengan sebuah persahabatan,
Disulami dengan pergaduhan,
Berbunga dengan sekelumit cinta


Percintaan,
Pada mulanya tidak diduga,
Pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih dan sayang,
Namun kita merancang tuhan menentukan,
Lalu terciptanya perpisahan


Perpisahan,
Mengajar erti keikhlasan,
Mengajar erti prinsip diri,
Mengajar erti menghargai,
Mengajar erti kelemahan diri


Persahabatan lebih bermakna untuk dikenangkan,
Lebih berkekalan untuk selamanya…

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, December 27, 2008

hobi lama... chatting!

al salam alaykum

aku ingt dulu2... masa usmkkj bg internet free ke desasiswa, perkara yg paling kitorg suka sgt ialah berchatting... masa tuh MIRC la paling best... biasa lepak kat server webnet tak silap aku, channel usmkct, usmkkj, kampung... tah apa lg laa... kalu server webnet down, aku lepak kat server sorcery (aku pun ingt lupa iiyyer ke idak), still channel yg sama laaa... dalnet tak baper best sgt... mmg terer la masa tuh cemana nak register nick... pernah gak laa merasa jadik OP... hahahaha... masa zaman giler chatting...
time tuh aku takde pc lg... so menumpang kasih laa kat bilik org... antara bilik yg jadi mangsa bilik Ilah... tp bkn tumpang pc ilah, tumpang pc Itah... sampai Itah delete MIRC tuh... eheheeh... pas Itah delete MIRC aku pi menumpang kasih bilik Ita plak... ehehehe.... sampai laa aku beli pc sendirik...
kalu tenet down, mmg gundah gulana laaa budak2 usmkkj tuh... aku siap pi lab com lg jumpa abg speckie rambut panjang tuh yg putih2 tuh... mintak cepatkan proses baikpulih server ke apa kemenda laa... apa ek nama abg tuh? ada dlm list YM ngn MSN aku nih... dh laam abg tuh tak online, dh kawin kot... huhuhuh... aku ada list IP yg bleh digunapakai kalu takleh online... ingt lg, budak2 yg kacik ngn aku mesti dtg carik aku mintak IP kat aku sbb nak berinternet sgt... heheheeh...

aku kuat chatting gak la dlu... tp bukan ngn org luar... ngn budak2 usmkkj gak... ramai gak budak2 nih yg chatting sesama sendiri... pastu bila blind date... amik ko!! sekelas rupanya.... suka aku menegaskan kat sini... takde istilah blind date utk aku... chatting pun utk suka2 je... mmg aku tak pernah la nak jumpa ngn budak2 yg berchatting ngn aku tuh... tempat diorg blind date pun kat cafe lembaran... huhuhu... jauh skit kat parit buntar kat kfc tuh... lg advance kat penang laa... bukit jambul...

sbb chatting tuh aku penah gak laa kandas satu sem... dpt P1 tuh... dh la dpt P1 sekali ngn junior aku, kenal kot MIRC laaa... yg dia dok sebok mintak nasihat dr aku nak jadik org berguna... last2 kita jumpa jugak dlm bilik timbalan dekan... sbb result kita serupa... heheheeh... mmg tak sedar diri... timbalan dekan masa tuh cabar aku dpt dean list... tp aku pi sahut cabaran dpt P1... wakakakaka... mujur cepat sedar... tp mmg tak dpt dh laa dean list... makin thn makin susah wooo!! hanya org cerdik pandai dan tekun berusaha yg berjaya mendapatkannya!!!

pas chatting kat MIRC, dh kenal hati budi skit... smbg la kat YM atau MSN... kat sini baru la nmpk orgnya cemana... kat MIRC sumer bleh dok menipu membohong... aku takde laa menipu sgt... putar alam skit je laaa... tp yg aku heran tuh... walo aku pakai nick pompuan still diorg tak caya... ingt aku lelaki... menurut kawan aku, ganas sgt bahasanya... huhuhuh....
dlm ramai2 tuh ada jugak laa aku buat kawan... buat musuh... buat gaduh... pastu kawan balik... jadi musuh balik... gaduh balik... bila2 ingt balik... bisa buatku tersenyum... ada 2 org budak yg aku chatting, rupa2nya pernah naik satu bas ngn aku sekali dr Terminal Makmur sampai ke Parit Buntar... huhuhuhu.... yg sorg tuh, berkenan kat awek dlm bas yg sama2 naik ngn kami... alhamdulillah... dh jodoh diorg... Allah pun melorongkan hati aku nak jadi org tgh... dh ada anak sorg... sweet kan??

yg paling tak tahan... aku gaduh ngn sorg mamat tuh... habis dlm MIRC, sambung kat MSN... pastu baik semula... pastu gaduh lg... lama la jugak kot... masa start chatting aku dlm thn 2, dia thn 1 (sama umur, tp dia intake nov, budak matriks kpm 1 1/2 thn)... dh start dh gaduh2... pastu baik semula... naik thn 3, thn 4... pastu aku pernah jadik R.O sekejap kat skul bahan tuh... dia thn 4... pun pernah gaduh jugak... wakakakaakaka!!! skrg tak dah laa... dh tua laa nak gaduh2 nih... tp sarang tebuan jgn dijolok!!

kebanyakan kawan2 chatting aku tuh, ada aku kenal, dan diorg kenal aku... tp kebanyakannya aku kenal diorg, diorg tak kenal aku... tak tau la plak aku kalu diorg kenal aku, tp aku tak kenal diorg... cemana bleh berkenalan kat dunia yg sebenarnya?? aku kenal ngn mamat yg suka carik gaduh ngn aku tuh... sbb mula2 dia yg kenal aku dlu... dia bleh pi tny ngn 'bapak' aku sapa yg nama dak2 bahan dekat2 ngn "kay_reen_niey" (ni bkn nick aku dlm MIRC, tp aku saja nak eja nama aku jadik seglamor cam tuh kat dlm MSN)... kompem laa nama aku... siap aku ter'lalu' depan diorg masa dia dok sebok2 bertnaya tuh, terus laa 'bapak' aku tunjukkan orgnya... masa tuh kat usm penang, kami pun satu bas sbb aku wakil desa main congkak (wakakakaaaa lg), dia plak jadik ajk... huhuhuh....

hangin jek sbb dia kenal aku, aku tak kenal dia... tp nak dijadikan cerita... musim peperiksaan plak dh tiba... aku time nak peksa jek lepak laa ngn budak2 dean list kat library, cedok ilmu diorg... pastu time nak turun tangga, ada la sorg mamat mcm tiang letrik punya tinggi, dok pandang2 aku, dok gelak2, dok sengih2... aku tgk dia, heran gak laa... terkeluar gak laa dr mulut aku nih... tp slow je laa... gila ke apa mamat ni!! balik2 bilik, dia dh on MSN dia, dok tunggu aku nak confirmation, betul tak aku yg dia serempak kat tangga library... pecah rahsia!!! skrg nih dia tunggu posting... baru abis KPLI, amik jurusan pendidikan khas...

lama skit MIRC dh kena blocked, kitorg smbg kat YM, MSN, Prochat, kat netmeeting, ada lg satu program tuh... aku lupa nama dia apa... kalu nak send/share file ke apa ke... kat sinilah kami mencari... antara nick yg pernah aku guna hantu coklat, bakulbiru, kehelan, reenmafia... ada lg nick lain... sbb aku rasa nick tuh cam pompuan skit... tp still org ckp aku budak lelaki yg menyamar jadi pompuan...

cam panjang plak citer aku nih... tp takper laa... cam dh lama jek tak menaip panjang... citer takde motif plak tuh... pengajaran citer nih utk aku 2 - 3 thn dlu... chatting2 jugak... pelajaran jgn lupa... kan padan muka, dpt P1! pengajaran yg lain... budak2 yg berchatting nih 50% mesti dia sembunyikan kebenaran... mcm ko jugak laa... cam tak biasa... oh, org itu bukan aku, aku jujur!!! ehehehehe.... silalah percaya!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, September 09, 2007

kawan-kawan lama

al salam alaykum
dalm setahun nih... ada 3 org kawan lama yg kontek aku...
1. kawan 1 nih... kawan masa usm laa... kira musuh aku laa... 2-3 menjak nih rajin kontek aku... sanggup nak turun ke kuantan... nak jumpa aku... nak belanja makan... kalu aku gi kl pun.. sanggup nak amik aku... sbb kononnya nak dapatkan sain aku pada borg takafulnya... dlm kata lain... dia nak jual takaful dia kat aku
2. kawan yg kedua... junior school aku kat usm gak... dia kontek aku 4 bulan lepas kot... sanggup dtg pas waktu kije... sbb dia kije syif malam... tak tido siang dtg ke gebeng nak jumpa aku... aku ingatkan apa laa... rupa2nya nak suh aku join dia MLM... aku tak jadik nak join... smpi skrg dia ilang tanpa khabar...
3. kawan ketiga... "kawan lama" masa sekolah rendah... tiba2 jek dpt panggilan dr dia... kononnya2 dia cam teringat kat aku laa... kisah2 lama kami masa sekolah... dia pun ckp dia kije kat bank... aku pun dah mula syak something... tp aku padamkan syak wasangka aku tuh... mana la tau kot betul2 dia mmg ingatkan aku... kisah2 kami masa sekolah rendah dulu... sempat laa jugak mengimbau kenangan lama... tp skrg dia dah pun kawin setahun yg lepas, dan ada anak sorg... tak kisah pun... sbb zaman sek rendah.. apa laa yg kitorg tau... walopun hanya berhubungan setahuin sekali sampai aku tingaktan 4, akhirnya senyap jugak di tengah jalan...
dia pun bg no hp dia kat aku... tak kisah laa aku amik je laa... tp pas 2 ari... aku dpt sms dr dia... dia buat marketing utk personal bank loan, kredit kad, house loan etc... silka laa kontek dia.. hangin jek... menyirap jek aku rasa...
kawan-kawan aku... terima kasih kerana masih mengingati aku...
aku amat hargai jika ingatan tulus ikhlas kalian terhadapku, tidak disertai dengan niat yg lain... melainkan utk mengeratkan silaturrahim kita yg terputus lama...
sekilan terima kasih
aku yg sering mengingati korg dgn setulus hati aku...
Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, April 24, 2007

anekdot 22 & 23 april 2007

al salam alaykum


1. 22 april, aku naik bas pukul 1.15pm dr terminal kuantan, menuju ke kuala lumpur. dlm bas, ada budak hyper active dan tersangat la comelnya... agaknya dlm 2 thn kot... dia berlari ke sana ke mari dlm bas... last2 dtg kat seat budak sebelah aku... membelek2 paper bagnya... dan mengambil 2 botol yogurt nespray... heeheh... budak pompuan tu amik semula... budak hyper active tuh mengamuk la plak... tak makan saman punya budak... eheheh.... ayah dia pun takleh kawal dia... dia hanya tertido lg 30 minit nak sampai pekeliling... sian ayah dia...
2. sampai kl, aku jumpa firuz... rindu!!!!!!!!!! makan2 kat kl sentral... borak2 ngn firuz... yer laa... laam tak jumpa... dah la kenduri dia aku tak pi... walopun berjanji mcm nak rak masa undergraduate dulu... firuz makin comel dan kurus laa... agaknya seri pengantin tak ilang lg... walopun dah dekat setahun kawin...
dan musuh... eh x-musuh aku pun dtg menjelma kan dirinya... katanya nak jual insurans... tp takde pun alat2 jualannya... firuz pun tanya... mananya brochure ke, apa ke... x-musuh pun jawab... lain kali laa aku cte pasal insuran... ni dtg nak tgk kay je... huhuhhu.... asalnya aku nak jumpa jang jugak... tp oleh sbb masalah2 tertentu, nak jumpa jang ari esoknya je laa...
3. kali pertama aku naik komuter waktu malam... bleh tahan jugak laaa sejuknya komuter tuh dan ramainya org... aku menuju ke shah alam... bermalam di rumah mak sedara asyha... kali nih aku berpeluang merasai keter naza sutera asyha...
4. buat pertama kalinya... aku tak menonton supernatural kat tv3.. yer laa sbb dok kat umah org kan... ikut laa dia menonton apa... oh... tgk HBO fun dick and jane... eh, tak silap aku, ada aku beli dvd nih kat sungai wang plaza thn lepas... tp tak tgk2 pun lg... aku layan je laa cter tuh kat astro...
5. 23 april, asyha antar aku ke fakulti kejuruteraan mekanikal uitm, utk temubual master program aku... aku sampai pukul 8, temubual pukul 9 pg, tp takper laa... dtg laa calon lain plak.. perempuan, namanya mimi, kerja kat VAC pekan... harap2 kitorg bleh dpt sbb bleh laa gi kelas sama2... maklum laa, perjalanan yg sama..
mula2, aku masuk dulu ke bilik panel temubual... takde laa namanya temubual... itu namanya penerangan... diorg menrangkan bahawa kursus yg kami mintak nih kursus baru, so calon yg ada just 8 org... min calon ialah 15 org... so, kelas takleh bukak lg julai nih, ditangguh ke Januari 2008 (lambat lg).. yuran 16k utk 2 thn... kelas ari sabtu dan ahad
so kat sini, suka laa saya menyeru kepada kawan dan sahabat yg mempunyai minat utk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dlm bidang PENGURUSAN KEJURUTERAAN, boleh la menghubungi fakulti kejuruteraan mekanikal, UiTM utk maklumat lanjut... cepat skit bleh mula kelas...
6. lepas tuh... aku pun amik teksi kat seksyen 17, utk ke rumah mak sedara asyha... kat kota kemuning... huyyooo... nama jalan anggerik dorintis... berapa round about kena pusing nak dapat jumpa anggerik dorinitis... aku mmg tak familiar ngn shah alam... mujur laa pakcik teksi tuh baik hati...
7. asyha balik dr hospital ampang, dgn perkhabaran mak saudaranya meninggal... so kena balik kuantan ptg smlm jugak... burn tiket aku ke kuantan utk malam tuh...
asyha dgn berbekalkan RM 80.00 dan aku berbekalkan RM 30.00... tolak makan minum RM 20.00, minyak RM 40.00... ada RM 40.00 utk tol... aku kata takper... dlm bank aku ada RM 50 lg... so kita berenti kat temerloh amik duit... ada ATM kat situ... sampai2 kat termeloh... ATM CIMB dah takde... alamak... dlm tgn ada RM 20.00 je... mujur laa tol dr Lancang ke Gambang RM 16.00++ je... selamat...
tp sblm tuh... kat Gombak... lepas beli kat McD drive thru, kitorg tertinggal 1 order... dekat dah nak naik ke simpang Kuantan-Genting... baru tersedar takde order kitorang tuh... asyha pun buat ala2 Mr. Bean, drive undur ke belakang... huhuhu... mujur jalan luas... keter tak berapa byk... walopun kena hon... huhuhhuu...
8. oh ya... aku berpeluang memandu uji keter Naza Sutera Asyha... kira boleh laa... best jugak bawak Naza sutera nih.. tp selalu tersalah tuil wiper ngn signal... stail keter omputisss...
9. alhamdulillah... sampai ke Kuantan dlm 5.30 pm.. asyha bergegas ke Pekan utk pengebumian ibu saudaranya... Al-Fatihah...

oh ya... yg paling best dan menariknya... kat ofis aku... Purchasing Department ditutup sbb:
i-aku cuti
ii- yelli kena pi seminar kat vistana hotel dr pg ke ptg
iii- bos aku, Syed kena pi teman client ke KL....

hahahahah... tu laa... tanak tambah staff lg...

pg td BIG BOSS dtg kat kami: lain kali purchasing tak bleh sumer org takde... kena tinggal at least seorg... awk sumer ke mana smlm????

hahahahahahaha

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, August 03, 2006

sms

sms terakhir yg aku terima sempena ulangtahun kelahiran aku smlm...

"selamat menyambut hari kelahiran bertemankan bulan dipagari bintang-bintang yang bekerlipan dari aku utk kehelan yang jauh dari penglihatan. Ikhlasku ucapkan agar tiada keraguan di dalam perhubungan utk terus bersama melayari kehidupan yg meriangkan. Doa juga aku utuskan moga rapuh segala rintangan agar tercapai semua impian yg kau hajatkan"

tak sangka lak kenalan aku nih pandai bermadah...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Wednesday, April 19, 2006

aku rindu USM

saja-saja nak kongsi...

1. aku pernah ngukah (panjat) pagar usmkkj pd thn baru cina (2002), sbb nak gi ampang jajar. pak gad kunci pagar belakang, suh sumer student lalu kot main pagar kat depan. aku malas nak pusing sbb jauh, jadiknya panjat je la pagar belakang tuh.

2. sepanjang aku belajar kat usmkkkj tuh, aku takde laa aktif bersukan sgt.. setakat main squasy, basketball, lari2 kat padang ada laa... selalu la jugak lepak kat kompleks sukan tuh... tp aku tak pernah pun jejakkan kaki aku kat badminton court kat kompleks sukan tuh, walaupun ari2 aku pi kompleks sukan... aku main badminton, tp kat parking lot blok aku.

3. masa usmkkj nibong tebal baru bukak, infrastruktur tak berapa lengkap lg, tanah pun takde rumput lg.. kalu time hujan, mesti lecak, kalu lalu mesti tenggelam... dan diorg alas ngn papan lapis utk laluan kitorg... satu hari selepas kuliah aku cepat2 nak balik blok, aku tersadung papan lapis lepas turun tangga... uwwaaa!!!!!!! aku jatuh dan berlakon pengsan... sbb aku cam nampak ramai org kat kafe staff sdg menyaksikan aksi stunt aku jatuh tuh... malu tul!!!!! pas kawan2 aku mengelilingi aku... aku pun bgn ngn tersengih2, cover malu... hihihhi...

4. tempat lepak hujung minggu kegemaran dak2 usmkkj ialah parit buntar, penang, nibong tebal, butterworth, tak pun megamall bukit mertajam... sepanjang 3 thn aku kat sana, aku tak pernah pi pun megamall bukit mertajam ngn nibong tebal... yg selalunya parit buntar ngn penang jek.. tu pun jarang2... kalu org tanya aku mana bukit mertajam ngn nibong tebal, sure aku jawab tak tau.... eheheh... (cam jadik budak skema thp gaban)

5. masa final year, aku sambut thn baru kat mana ek?? oh ya!!!! pagi2 aku ngn biey, firuz, fadzly pi kuala kangsar, pastu turun taiping, pi taman tasik, muzium, zoo taiping... pastu terus pi pesta penang... balik dekat kul 2 pg kot... kalu mak aku tau nih... siap ler!!!!!!

6. masa final year jugak, annual dinner, tak semena2 aku dpt anugerah Miss Sleepy!!! apa laa kawan2 aku nih, saja jek nak mengena kat aku... eheheh... takper... ada kenangan gak utk aku... sapa ek Mr Sleepy??? midi kot...

7. ni pulak masa 1st year, masa tuh kampus kat tronoh, kongsi ngn dak unitepet (UTP), nampak cam dak2 unitepet ni class jek... pastu saja2 la menggatal pi melawat kawasan diorg... menyamar jadik dak unitepet... tp kena tangkap gak ngn pakgad unitepet masa beli makanan kat kafe diorg... dpt amaran jek...

8. makan 2 kotak aiskrim 2 litre pd pukul 3 pg!!!!! 1 kotak aku beli, sbb saja nak lariskan perniagaan ex-musuh aku yg ngada2 tuh... pastu satu kotak lg ada org hadiahkan kat aku.... selang sejam jek... ampess tul... pagi2 kena abiskan 2 kotak aiskrim... dah la takde peti nak simpan... mujur laa ada org nk temankan makan... thanks kat itah and ija...

9. pernah buat pakatan ngn member aku, nak bom HEP sbb JPA scholarship lmbt masuk... tiap2 sem bila plan jek mcm tuh... mesti esoknya biasiswa dah masuk akaun. jadiknya plan tuh tinggal plan jek laa... tak pernah buat pun... bom pun takde...

10. last sekali... aku pernah dpt P1 final exam 2nd year... sbbnya masa tuh aku gila chatting...internet free tanpa batasan... tak ingat nak stadi, balik bilik je carik pc, bukak tenet.. kalu takde tenet... boring mandom semacam jek... pastu gi pusat kom yg tak pernah jejak tuh semata2 nak buat aduan internet takde kat bilik... usm la nih bg internet free... org plak tak tau guna... hikhikhik... sudahnya P1. gelap rasa masa depan aku... kena extend ke, kena repeat ke... uwwaaa!!!!! mujur cepat bangkit... alhamdulillah... aku berjaya abiskan degree aku dlm 4 thn, tanpa extend, tanpa repeat...

kalu dpt ulang suasana cam nih, kan best!!! tp best ker sbb skrg nih umur dah tua... mesti takleh buat dah perangai2 budak2... ngukah pagar, turun main dalam tasik belakang blok... ugut nak bakar HEP... mcm2 lagi laa...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Thursday, August 11, 2005

lagi-lagi full house

al salam alaykum

minggu konvo USM dah pun nak berlalu... sungguh aku tak mampu nak tunaikan janji aku pada kawan2, pd adik2 & pd diri aku sendiri utk bersama2 memeriahkan pesta konvo usm... byk halangan dr segi masa, keadaan, kerja & family... namun doa aku utk korg, mudah-mudahan sampai kpd korg semua...

tahniah utk kawan-kawan aku yg dpt ijazah kedua, master of science (kejuruteraan bahan) - firuz, dayang, ateh, nuzul, ita, ayu, dewi, k.syaja, k. wani, k. raf dll... mimpi yg bermakna dah pun jadik kenyataan!!

tahniah utk adik2 aku - ina aman, ija, mazri, mas dll... perjuangan korg masih jauh... selamat menunaikan amanah yg lain plak... menjadi pekerja yg berdedikasi...

tak lupa juga tahniah aku utk keon... alhamdulillah... dpt merasai kemeriahan konvo... nnt thn lain plak dpt master plak ek... masuk dtsp lg sekali.... x-musuh aku, ijal... sekejap timbul sekejap tenggelam... rasa nak lempang jek... bunga lily aku jgn lupa pos!! layu pun aku terima... eheheh....

waarghhhh.... masih terasa kemeriahan konvokesyen pd thn lepas... aku mendapat ijazah pd 6 Ogos 2004... gembiranya tak terkata... dah berapa kali ulang tayang cd konvo thn lepas....
--------------------------------------------------------------------------
saja je nak kongsi perasaan Lee Young Jae utk han Ji Eun... dah mmg penyakit aku.. kalu dah suka menda tuh... menda ni je laa yg aku ulang... eheheeh...

"When I doubted being able to protect you and was thinking about it, I thought I was gonna go crazy. Thinking about you constantly, worrying about you and missing you. I was really hurting. Loving someone... is tiring and it hurts, but it's not something I can stop. Going to you... I can't stop that. I love you. As much as the entire universe exploding, as much as the waters in every ocean drying... With my spirit burst, as much as it spreads outward. I love you very much. Han Ji Eun...I love you so much."

tolong laaa... cik Kerini... bangun laaa... jgn la koya tv jek... huhuhu...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

naruto
Which Naruto Character are You?
Test by http://www.naruto-kun.com

Monday, December 27, 2004

macam-macam ada....

(i) earthquake
smlm kita dikejutkan dgn berita gempa bumi di sumatera dan sri lanka.. kesannya turut terasa di barat dan utara semenanjung malaysia.. kira2 30 terkorban di penang akibat fenomena ombak besar kesan drp gempa bumi... member2 aku kat usmkkj, nibong tebal turut merasai gegaran yg berlaku...

(ii) kpli
ramai yg dah tau keputusan kpli... aku tak termasuk sbb interbiu kpli pun aku tak dpt.... kegembiraan jelas terbayang di wajah masing2.. aku pun tumpang gembira utk korg... antara member aku yg dpt kpli adnin, ilah... teman sepejabat kak lin... tahniah utk korang semua... aku harapa dgn peluang yg korg dpt ni dpt dimanfaatkan sebaik mungkin dan jadilah pendidik yg btul2 mempunyai niat dan tekad utk mendidik anak bangsa kita... bkn setakat bergelar guru... tanggungjawab pendidik sgt lah mencabar skrg nih.... aku pun sebenarnya ter pikir jugak kenapa aku tak dpt interview kpli ari tuh... mungkin aku tak mampu utk memikul tanggungjawab sbg pendidik yg dedikasi... teringat firman Allah surah al-baqarah.. laa yukallifullahu nafsan illaa wus'ahaa.... yg tak dpt, cuba lg thn depan... aku pun nak cuba lg thn depan, insyaAllah...

(iii) sahabat vs kenalan
ehehehe.... kisahnya begini aku ada buat testimonial utk kenalan aku... alkisahnya sahabat aku ni menego la aku... katanya ayat aku dlm testimonial utk kenalan aku tuh kasar skit.. ke kasar sgt?? baper patah jek aku tulis utk dia... ntah.... aku pun tak tau... terpulang kpd org yg membaca... tp terima kasih utk sahabat aku, krn sentiasa ada di sisi aku utk menegor kesilapan, keterlanjuran aku dlm berkata2 dan bertingkah laku.. itulah sebenar2 sahabat, menjadi cermin kpd sahabatnyaa.... thanx a lot!! tp tak puas ati laa... ehehe.. ko selalu menangkan si kenalan aku tuh.. huhhuuh....

(iv) mendung
kuantan mendung ari nih.. semendung muka aku laa.... aku pun tak tau kenapa.... takde menda yg buat aku tersenyum ari nih... hmmm....

wassalam

Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.



Wednesday, December 08, 2004

sesat tak sesat

salam alaykum...
org kata malu bertanya sesat jalan...
aku plak kata..
malu bertanya sesat jalan...
sesat di hujung jalan... kita balik la ke pangkal jalan...
btul tak??? btul je laa...
smlm firuz msg aku.. ada hal yg berlaku kat kampus...
hal yg berkaitan aku laa....
sedih kejap... pd pikiran aku yer la tu kot...
lepas kan je laa kan???
teringat plak kata2 hudasoid "usah ikat hubungan hati dgn bicara & kalimah, ikatlah dgn doa"
yg aku mampu buat... berdoa kpd Yg Maha Esa.. mohon diberikan petunjuk yg benar...
apa kes ni?? nnt la aku citer.... kuangkuangkuang


Miss Kehelan
.:Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:.



Monday, March 15, 2004

hari ahad yg jemss!!



assalamualaikum.... baru lepas tgk tv ni... apa lg.. anugerah bintang popular aar.. havoc bilik tv sumer aras SH 2, dipenuhi dak2 bahan yg tak balik lg... tp mmg best laa... mmg dah agak apek menang, best kata2 apek.. "hidup adalah wayang, wayang adalah hidup".. hmm.... tp persembahan penutup tak best laa... kak pah kita lupa lirik lagu misha omar.. sian misha... huhuhu...

pg td sibuk suh org carikan paper mingguan malaysia.. tp dah abihss... sold out.. maklum laa citer pasal pilihanraya.. jdnya aku baca utusan online jek laa... tak best tul baca paper kot tenet... tak rasa cam membaca langsung.. aku mmg suka baca paper dr page belakang ke depan.. tak tau kenapa.. tu yg tak gemor sgt nak baca online.. takleh buat camtuh.. takper... aku dah pesan kat adik aku kat umah suh simpan paper ahad.. eheheh... minggu depan aku balik aku akan baca gak... edisi lewat seminggu...

pastu borak2 ngn member sebelah bilik aku nih.. pasal alam pekerjaan.. apa la nak keja nnti.. apa yg bleh aku katakan.. rezeki kita dah ditentukan... kita tak berhak mempersoalkan rezeki kita... itu hak Allah, Dia yg bg... apa yg penting bg kita, hak kita... usaha utk cari rezki tu di mana... teringat kisah senior aku.. cgpa dia takde la bagus sgt.. masa interview dia siap kena kutuk lg sbb knowledge zero, cgpa teruk... tp, dia ada kepimpinan, keyakinan utk mengharungi cabaran dia diterima bekerja kat situ, bkn calang2 syarikat tu... engineer aerospace lg... uhuhu... dah la fight ngn student master, tp dah mmg rezki dia, bekerja la dia kat situ dgn jayanya...

kul 4 td, dpt sms dr kenalan aku.. hahaha... padan muka!! terkial-kial ko kat kuantan... ni nak bebel nih... dah tau esok dah nak mula latihan industri, ari nih baru sibuk nak sampai kuantan... mujur la aku ada lg no tepon member aku yg juga merangkap member dia kat kuantan... dpt laa dia menumpang teduh sehari dua kat umah member aku tu... lupa laks... buat adik2 aku yg akan wat latihan industri walau di mana jua... selamat berlatihan... dunia pekerjaan takde la seteruk yg disangkakan.. juga tak seindah yg digambarkan... buatlah yg terbaik.. ada rezki, bleh apply keja terus kat situ..

ari nih aku n da geng buat sesi penggambaran lg.. kali ni kat pintu depan usmkkj ni laa... ye laa... tinggal baper ari je lg kat bumi usmkkj nih.. sambil2 tu jalan jalan cari makan laa kat pasar malam taman pekaka... 1st time aku gi pasar malam jalan kaki... biasanya naik moto je... kali ni dah takde moto nak dirembat... jalan kaki pun jalan kaki laa.. asalkan tak mis soru...

cukup la setakat ni utk ari nih... aku nak btulkan report plak... esok nak bg supervisor aku cek, pastu bleh print terus 3 copy, binding... hantar.... yuhaaaa!! lupa laks... mlm esok ada dinner school aku... start kul 8 mlm... tp dah kena pi kul 4 ptg.. naik bas usm laaa... awal gila.. isk.. esok semua dok melaram abihs laaa... aku??? aku tak minat... pakai je baju mana yg ada... (tp siap tempah baju baru tuh..), tp sedih gak laa.. ramai gak kawan2 aku yg tak pi.. termasuk la peneman aku tido saban malam (buat ganti rumet aku yg balik awal)... cik firuz.. puas pujuk... tp nak wat camno, org tanak gak... hmmm... best ke mlm esok?? keep wondering, still wondering... ilalliqa'

Miss Kehelan
Hidup ini indah jika segalanya krn Yg Maha Esa

.:perkongsian pintar hari ini:.

Sabda Rasulullah saw: org yg menunjukkan cinta kasih kpd sesamanya itu akan dicintai oleh Dia Yg Maha Kasih. cintailah mereka yg di bumi, maka Allah yg di langit akan mencintai kamu - riwayat Tarmidzi

ada 4 dipandang baik tetapi 4 lg dipandang baik
1. sifat malu drp lelaki itu adalah baik ttpi dr perempuan lebih baik
2. keadilan dr setiap org adalah baik ttpi dr pemimpin lebih baik
3. taubat dr org tua adalah baik ttpi dr org muda lg baik
4. dermawan dr org kaya adalah baik ttpi dr fakir lebih baik


wallahu a'lam...

Friday, March 12, 2004

Renungan hari ini


3 hal yg dpt m'ungkapkan rasa kasih dlm dada saudaramu
1. bila engkau m'dahuluinya dlm m'beri salam
2. bila engkau m'berikan tempat duduk kpdnya dlm majlis
3. bila engkau memanggilnya dgn nama yg paling disukainya


'hujan yg turun b'sama air mata.. b'sama pedih resah merindu... kau datang dan kau pergi jua.. rindu lagi.. ' hehehe.. tetiba jek terngiang² lagu tu time aku gi kafe ngn biey.. ujan lebat... takleh nak redah... terpaksa pakai payung.. benci tul aku... tak macho aar guna payung ni... sedih lg ari nih... sbb tak sempat nak jumpa member aku.. dang fatihah yg balik ari nih... sempat jumpa Maya jek...
ari ni wat apa jek.. gi school amik cop pengesahan, beli cover utk disertasi, pastu biasa laa... sesi bergambar yg tak abihs.. ehehe... ptg ingatkan nak kuar ngn syanana pi Parit Buntaq... ujan turun tak berenti².. kul 5 cam dah reda skit, ingat nak anto Ilah lak pi PB, dia nak balik dah, baru je nak start moto... ujan pun turun... takleh balik lg ko Ilah... cian cian... huhuh... mlm ni aku ingat nak packing siap² menda yg patut.. nnt time dekat nak balik kang... takde laa kecoh² tak siap lg...
aiyyakkk... menda ni jd cam diari aku plak... aku sebenarnya nak jadikan menda ni lain dr yg lain.. tp malas nak pk lg.. idea dah ada.. kena develope lu... tp tgk laa... kalu jadik.. jadik laa.. kalu tak.. tetap la ia sbg catatan aku utk korg... hehehehe... aku nk makan laks... kang aku lupa makan lg... teringat laks kata kenalan aku... lupa makan takper, jgn lupa ingatan... ampess!

Miss Kehelan
Hidup ini indah jika segalanya krn Yg Maha Esa