...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label GSH. Show all posts
Showing posts with label GSH. Show all posts

Wednesday, May 10, 2017

Alhamdulillah

Al salam alaykum

Semasa mereka menuruni Kerinci telah terjadi satu insiden yg tidak terjangka. 

Boleh baca lebih lanjut di sini:


Selepas 3 hari ditahan di wad utk pemeriksaan lanjut, kakak Gojes kami disahkan tdak mengalami kecederaan yang serius diakibatkan insiden tersebut. Alhamdulillah, syukur kami panjatkan kepada Yang Maha Esa. 


 
 

Hidup baik-baik. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :

Thursday, May 04, 2017

Wawa - Bau

Al salam alaykum

Selalu sangat nama Wawa disebut seharian ni, buat aku teringat lagu kegemaran aku satu ketika dulu.


Lagu takde kaitan dgn Wawa yg disebut-sebut selalu hari ini. 

Tiba-tiba teringat lagu Warkah - Bau, kemudian selongkar entry lama, sekitar tahun lagu tu popular di corong radio, sebab perasan hati telah teguh, seteguh karang, lepas tu rupanya hati tak kuat mana. Nak masuk 10 tahun, masih mencari apa definisinya mungkin. 

Kecewa dengan pengakhiran drama Ms. Perfect dan novel Diari Mat Despatch - Sudah Bekerja. Tapi ada sesuatu nak aku ulas dari Diari Mat Despatch. Mmg kena sgt dgn apa yg aku nak karang haritu. Dok dalam draft tak berusik lagi. 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, May 02, 2017

Terima kasih membawa nama kami bersama

Al salam alaykum

Mereka semua selamat berada di puncak Kerinci.

Terima kasih membawa nama kami bersama...


Gambar Ihsan, Cikgu Bungolale
 
 
 
Semoga ukhwah kita GSH berpanjangan...
 
 
Kerinci, tunggu kami datang tau!
 
 
Tiba-tiba lagu Cinta Pantai Merdeka berkumandang di telinga...
 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, April 27, 2017

7.50 pagi, mungkin saya di ofis

Al salam alaykum

Selamat terbang GSH semua! Selamat mendaki Kerinci! Selamat ber-karaoke di puncak sana. Selamat be-reunion. 

Sob sob sob. 

 

Aku je sorang tak naik kapal terbang itu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, April 08, 2017

Happy Newly Wed

Al salam alaykum

Hari ni ke utara, kemudian ke selatan. Selangor je. 

Kenduri pertama, kawan sekelas aku kat Ehsan dulu, Azzam. 

 

Kenduri di Puncak Alam. Kenduri mula 11.30 pagi, aku sampai jam 12.00 tengahari. Gigih! 

Lama tak jumpa Azzam. Last jumpa lepas grad, aku keja basuh pinggan kat kedai makan, dia belajar kat UM cawangan kat Indera Mahkota, Kuantan, dia selalu makan kat area kedai makan aku keja tu. Sekarang dah habis PHD. Ko bila nak sambung ntah Kay wehh. 

 
Kakak Azzam, kak Azura. Kandungan dah 8 bulan. Mmg lama tak jumpa kak Azura ni. 

Kemudian, gagah menghala ke Saujana Impian. Geng yg dikenali semasa mendaki Rinjani. Kebetulan mmg nak ke Semenyih lagi sekali, jadi sehala je la. 

Sampai je pengantin nak keluar outdoor photography. Selfie la kejap. 

 
Wan cakap 30 minit je ni. Ye la sangat. 

Wan ni last jumpa kat Rinjani je la. Hahaaha. Alhamdulillah masih mengenali aku. 

Eh betul dia 30 minit je. Sbb hujan dah masa tu. Maka, dapatlah kami berpotret di pelamin nan indah. 

 

Tahniah kepada kedua-dua pasangan mempelai. Semoga bercinta hingga ke syurga. 

Alhamdulillah, lama aku tak pergi kenduri, hari ni dapat makan nasi lauk kenduri! Alhamdulillah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::