...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Grab. Show all posts
Showing posts with label Grab. Show all posts

Saturday, October 21, 2017

Hari ni saya memandu Grab

Al salam alaykum

Setelah sekian lama bercuti daripada memandu Grab, maka hari ni dgn lafaz bismillah, aku mulakan semula. Tidak lupa dipanjatkan doa, semoga dapat trip berdekatan je, Setiawangsa-Wangsa Maju-Setapak. 

Tapi, hari ni tak banyak driver ke? Aku dapat pick up jauh2. Ada sejauh 4km! Adoi! Tapi, banyak aku ignore jugak. Sbb hantar jauh-jauh. Aku tak mahu ke KLCC, aku tak mahu ke Pandan Indah, aku tak mahu ke Cheras, apatah lagi ke Jalan Tar. 


Driver dah boleh komplen pasal rider ok! Jangan main-main!


Dari AR 100% jatuh ke 46%. Ada satu job masuk, bukan tak nak accept, tapi tak sempat nak tengok pun. Job masuk waktu-waktu kritikal, contohnya, sedang bertungkus lumus utk ke kanan pada waktu kesesakan. Sapa tahu dr traffic light Jalan Usahawan tu nak ke Setapak Central, betapa seksanya nak dapat laluan dari kenderaan lain kan?

Inilah pendapatan saya pada hari ini:

Waktu perjalanan: 10.00 am - 2.00 pm
Pendapatan kasar: RM 59.00
Tolak
Minyak: RM 22.79
Grab 25%: RM 14.75
Makan: RM 5.00
Maintenance: RM 5.00

Jumlah bersih: RM 11.46

Alhamdulillah. Tapi nak bayar Astro RM 30.00 sebulan kena drive 3 hari la jugak ek. 

Nak mintak keja 7E je rasanya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 25, 2017

Pagi-pagi mengamuk dgn Grab

Al salam alaykum
 
Ini tajuk semalam. Lupa nak karang sampai habis.
 
Pagi semalam aku tempah Grab dalam jam 6.55 pagi, nak guna promo GRABSEAGAMES. Promo ni utk sepanjang masa kecuali dari jam 7.00 pagi - 8.00 pagi dan 6.00 petang - 7.00 petang. Ada kecuali-kecuali pulak dah. Kemudian dapat satu driver. Masa tu dah jam 7.01 pagi. Aku pun cek Grab aku, promo tu dapat. Alhamdulillah.
 
Turun je di LRT Setiawangsa, tiba-tiba dapat notification, GrabPay aku dicaj RM 6.00! Dah kenapa pulak?
 
Aku pun tepon Grab Customer Service, nak buat aduan. Antara soalan yg aku dapat, Cik screenshot tak Grab App tu yg menyatakan bahawa promo itu berjaya digunakan. Hello! Ok, memang aku tinggi suara. Dah kenapa saya nak kena screenshot? Awak ingat saya tahu ke nak jadi camni? Hahahaha
 
Beberapa minit kemudian, Customer Service lain pula call. Dia bagi aku dua pilihan, pertama dapat refund RM 6.00, atau dia bagi promo code lain utk diskaun RM 10.00. Tiba-tiba, sejuk hati, aku pilih diskaun RM 10.00. E-mail dah dapat mengandungi promo code tu, aku tiba-tiba ubah fikiran.
 
Aku telefon semula CS, aku nak refund jugak. Aku tak kisah la promo-promo ni, sepanjang masa Grab bagi promo. Uber pun sama. Aku pun takde la guna sgt, sbb promo diorang ni kadang ada syarat-syarat kelakar. COntohnya, tak boleh guna pada waktu puncak. Sedang menunggu utk refund RM 6.00. Ia akan mengambil masa 2-3 hari bekerja. Maknanya, Isnin minggu depan la.
 
Peringatan utk rider semua, sila screenshot segalanya bila menggunakan Grab. Uber takpe, sbb memang ada sejarah perjalanan. Grab ni pelik sikit system dia.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 14, 2017

Walaupun tak bawak lagi lepas raya

Al salam alaykum

1. Semasa dalam bas, aku nampak seorang pakcik dalam teksinya pegang telefon. Aku nampak aplikasi Grab sedang terbuka. Sekejap-sekejap dia cek telefon. Kemudian, pandang depan. Kemudian, cek telefon lagi. Aku sedih. Pakcik tu tunggu ping mungkin. Kadang-kadang aku rasa juga bersalah. Tapi sbb aku pun cheapskate, guna grab dan uber ketika ada promo je.  

Kalau korang takde nak guna promo, selain pilih GrabCar, cuba pilih GrabTeksi, sbb tambang tetap, dan sama seperti GrabCar. Tujuan kita sama kan? Nak tambang murah. 

2. Rakan-rakan pemandu Grab ada kena suspend dan kena masuk kelas. Mengamuk dia, sebab kena suspend semasa hari nak masuk "gaji" (insentif). Apabila disemak, kesalahannya ialah dia request sendiri. Maksudnya, dia guna 2 telefon, satu online akaun rider dia, pastu request grab. Dan, dia accept request tu as a driver. Self booking. Penin aku baca. Mmg terang-terang menjadi kesalahan. Bukan sekali dua, banyak kali pulak tu. Alasan, utk maintain AR. Utk dapatkan insentif. 

Aku pernah buat sekali. Sbb kawan aku nak bayar aku sbb bawak dia ke satu tempat. Aku cakap tak payah. Aku teringat aku ada satu promo yg aku tak tahu nak guna bila. Maka, aku online as rider kat telefon dia, kemudian aku accept job request tu. Sekali tu je. Tiada niat utk dapatkan insentif. Cuma sbb aku tak mampu nak amik duit kawan aku. Maka, guna promo yg aku dapat tu. 

3. Sekarang Grab pun nak bertegas dgn rider. Ada amaran, kalau kita kensel request banyak kali. Baru aku perasan sbb aku nak kenselkan satu request aku. Bagus juga utk driver. Tapi, pasal ni la aku selalu baca driver selalu gaduh dgn rider pasal urusan kensel-mengkensel ni. Ada driver kena warning dah dgn Grab sbb dapat aduan dr rider, driver minta rider kensel job. 


4. Ada sorg driver Grab dlm grup kami bertanya, "Boleh tak nak request Grab nak minta belikan makanan tengahari?"  Terkejut juga aku baca. Cuba fikir balik, kalau kita sebagai driver dapat request dari rider belikan makanan? Mau kita maki kat rider tu kan? Minta hantar barang pun macam-macam komplen dalam grup. Rider tak mahu jalan selangkah lintas jalan pun jadi viral juga, inikan pulak nak jadi org suruhan belikan makanan. 

Sekarang ni pilihan macam-macam ada. Ada Food Panda, ada Dego. Gunakan sebaiknya. Selepas menerima cadangan ini, tiba muncul lagi dgn ayat, "Dalam Food Panda list tu, takde restoran yg kita nak beli makanan tu."  Okeh, takleh nak tolong.

5. Dengan adanya perkhidmatan Grab, maka ramai yg beli kereta baharu dan sewakan utk pemandu Grab. Senang juga buat duit ek. Dulu-dulu, ada sekali aku pergi HSD, ada seorang calon tu Grabber juga, dia cakap dia recruit orang je, boleh dapat banyak dah. Macam MLM pulak. Dan sekarang pula, perkhidmatan sewa kereta pulak. Macam teksi sewa kan? Seminggu sewa dalam RM 350.00 - RM 500.00 berdasarkan jenis kereta. Teksi pula aku tak ingat dah, last sekali yg aku tahu RM 40.00 sehari seingat aku.

6. Dan juga sekarang, ramai juga yg buat offline job. Tetapi, kena hati-hati. SPAD menyamar jadi penumpang ada di mana-mana. Risiko tinggi. Lagi pula banyak roadblock sekarang. Kalau bawa penumpang sesame bangsa, mungkin juga boleh dikatakan kawan-kawan dan saudara. Kalau penumpang tidak sebangsa, nak dikatakan kawan macam kompius pulak, apatah lagi nak dikatakan saudara.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, June 17, 2017

Katherine?

Al salam alaykum

Hari ni buat Grab, setelah sekian lama bercuti. Tapi, aku tak dapat maintain 88% AR, sbb ignore 3 job. Ampes betul. 

Hari ni dua kisah foreigner yg aku amik. 

Kisah pertama:

Seorang rider perempuan dari Pakistan, dah 4 tahun kat Malaysia. Tak pernah balik raya. Ada bisnes menjahit baju kurung utk butik-butik di sekitar Wangsa Maju. Sepasang baju kurung tradisional, upah jahit RM 80.00. Jahit manik, upah lain. 

Macamana pandai jahit baju kurung? Masuk kelas, belajar. Ada bisnes lain jugak, dia tak cerita. Sbb skrg musim raya kot, jadinya dia cite bisnes jahit baju kurung je. 

Aku: tenung mesin jahit lama-lama.

Kisah kedua:

Mamat datang dari Arab baru beberapa hari. PHD candidate di sebuah universiti di India. Datang Malaysia, utk pergi interview di USA Embassy. 

I'm going to US actually. Dia cakap. 

Are you Muslim? Dia tanya aku. 

Mestilah Muslim. 

Your name is Katherine in Grab app?

No, my name is Khairini. 

Oo, but you use Katherine?

Adoi. Tak la wehh. Dia ni baca sepintas lalu la tu. 

Dia nak ke ambank. Tapi letak ping kat Carrefour. Aku hantar la ke ambank sbb dekat je. Dia nak p kaunter ambank. Aku cakap tak semua ambank buka Sabtu. Dan mmg ambank Wangsa Maju tutup. Maka dia nak aku hantar ke Time Square. Aku cakap, sorry, you have to book another grab. 

Aku turunkan dia kat situ terus off grab. Aku tanak pergi Times Square. Hujan lebat wehhh. KL mmg jem gila sekarang. 

Hari ni 9 trip, dapat RM 39.00. Minyak RM 20.00. Baloi ke tak?

Aku tak dapat insentif la. Tak cukup AR. 

Jadilah buat tambang tol balik Kuantan nanti. Esok kalau mood ok, aku buat lg grab. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, April 22, 2017

GrabHitch Balik Kampung

Al salam alaykum

Dapat penumpang GrabHitch, menuju ke Kuantan. Yeayyy! Tambang RM 57.00, diorg bertiga. Jadilah boleh tampung duit minyak. Dari TBS ke TSK. Tapi nak ke TBS tu jauh sgt, aku minta diorg datang ke Setiawangsa naik LRT. 

Budak-budak ni student asasi UIAM. Nak ke Kuantan, tersalah beli tiket. Sbb lecturer tak beritahu petang Jumaat kelas batal ke tidak. 

 

Tapi yg nak jadi ceritanya, abang dia tepon aku. Siap minta ID Grab. Dia kata, "Manalah tahu apa terjadi kat adik dia senang nak cari." Dah mana plak aku nak cari ID. IOS takde tunjuk ID. Sbb memahami kebimbangannya, aku printscreeen je gambor depan Grab aku yg ada no kereta. Yelah, adik aku pun sebaya budak-budak ni, jadi aku paham la. 

Pastu pulak abang dia hairan kenapa tambang RM 57.00, sedangkan kat Grab Rider, tambang RM 300.00. Printscreen plak GrabHitch nak tunjuk tambang. 

Kemudian, mak dia pulak tepon. Adik-adik ni buat pasal dgn famili ke. Susah benar nak dapat kepercayaan famili ni. Mak dia pesan, pastikan kawan diorg dah sampai TSK utk amik diorang. Aku iyakan aje. 

Perjalanan dari Setiawangsa ke TSK pada hari ini mengambil masa 4 jam lebih. Sejarah jugak la utk setahun dua ni. Samada jalan betul jem, atau aku yg bawak pelan. Mak aku tepon dua kali dok tanya kenapa aku tak sampai lagi. Dah biasanya mmg sampai 2 jam lebih, kali ni 4 jam lebih baru nak sampai. 

 

Adik-adik semua, semoga lulus cemerlang dalam kelas asasi dan dapat ke tahun pertama utk Ijazah Sarjana Muda korang. Seronok plak sembang dgn budak baru masuk U. 

GrabHitch dari Kuantan ke KL takde lagi. Sob sob sob. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, April 09, 2017

Respek Lady Drivers!

Al salam alaykum

Aku baru dapat join grup wasap pemandu wanita grab. Wanita sahaja. Kebanyakannya mengatakan buat part time je. Tapi dari apa yg diorg update dalam grup, mmg macam buat full time!

Ada yg mmg memandu dari 12.00 malam hingga 6.00 pagi. Rehat sekejap, sambung semula lepas sarapan sampai ke malam. 

Kagum!

 
Lepas dah ni nak dapat insentif! 100% AR tuuu. Satu trip je aku buat semalam hehehe

Pendapatan mereka utk tambang saja mencecah ribuan! Belum lagi insentif daripada pihak Grab. Mereka memandu dgn bijak, dan juga bekerja keras. 

    Pendapatan aku 😎

Aku tak boleh nak tunjuk screenshot pendapatan mereka, nanti kena cukai kang. Tapi mmg buat aku nganga. Seminggu tambang boleh bayar kereta Vios @ City! 

Tapi, risiko tetap ada. Kena kacau dgn rider la. Kebanyakan aku tengok semuanya cantik dan mulus. Tapi, berani juga utk memandu sehingga lewat malam. 

Diharap menjadi pemangkin utk aku memandu pada hari Sabtu dan Ahad, jika tiada aktiviti yg menghalang. 

Tapi Grab mcm kuda plak, bintang kena lebih dari 4.7 utk dapat insentif. Kedeks skrg ni. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




 
  

Wednesday, April 05, 2017

Insentif dah masuk!

Al salam alaykum

Semua dok pakat update insentif dah masuk. Ada kecewa, ada gembira. Ada driver yg aku cite dapat insentif 1700 tu pun msg aku tanya dapat berapa insentif. Uwwaaa! Ko dh 2 minggu tak drive, kosong la akaun tu. Tapi, paling tinggi pun dapat berapa je kan? Paling sikit dapat 80 sen. Paling tinggi puluh-puluh tak ingt. 

 

Minggu ni kena drive juga. Dapat satu trip pun jadi la. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 24, 2017

Cerita tentang pemandu Grab

Al salam alaykum

Ini bukan kisah aku, ini kisah mereka...

Aku amik Grab skrg ni sbb ada promo GrabShare... Jimatlah sikit masa dan wang utk ke tempat kerja. Kebiasaan naik bas dan naik LRT pergi balik RM 5.20, dgn promo Grabshare (ShareCard @ ShareCash), sehari kadang RM 0.50, kadang RM 1.00, kadang RM 2.00, bergantung kepada tambang yg aku dapat la. Tapi mmg aku kira, mesti takleh lebih dari tambang bas dan LRT. Tapi pagi ni, takleh guna dah, sbb dah habis kuota utk aku.

Ada kisah seorang pemandu Grab, aku fikir kisah dia macam kisah ex-bos aku kampeni sebelum ni. Dia tak mampu nak bayar gaji pekerja dia. Jadi, dia memandu Grab utk bayar gaji pekerja-pekerja dia. Alhamdulillah, selesai. Mungkin amik masa, tapi dia cuba. Dia cerita, semua yg berlaku pada dia ni, semua dugaan. Allah nak uji dia. Dia sebagai hamba, cuba cari jalan utk keluar dari kemelut dugaan tu. Dan, paling penting, redha. Redha dgn hati yg sungguh-sungguh.

Dapat pulak aku sbg rider dia, yg mmg dalam masalah. Alhamdulillah, sejuk hati pagi-pagi dengar tazkirah.

Driver lain pula. Sebab nak kejar insentif, online dari jam 10.00 malam semalamnya, semasa amik aku, nampak macam dia tak sehat. Pelik pulak. Dia cakap dia tak rehat lagi. Selesema, batuk. Kemudian di traffic light, dia tak selesa, tergaru sana sini. Sampai je ke bangunan ofis aku, rider yg sekali share ride dgn aku turun sama, padahal destinasi dia jauh lagi. Tak berani katanya. AKu bagi komen jugak la kat Grab. Bahaya tu utk keselamatan semua.

Ada juga driver yg aku jumpa ajak rider join macam-macam. Saham, hartanah, takaful, beli kereta, dan terbaru MFace. Yang AC Mizal tu... Bersungguh dia terangkan kat aku, dan ajak aku jumpa upline dia, tapi aku mmg tak minat. Jual air liur tak minat kalau takde barang/item depan mata.

Ada sorg driver ni, dia heran kenapa orang tak percaya bila ada org post kat FB group ada dapat RM 1500 hingga RM 3000 seminggu. Sebab, dia memang dapat. Tak mustahil dia kata. Dan, dia tunjuk total pendapatan dia utk seminggu. Untuk insentif dia dapat RM 1600, untuk tambang dia dapat RM 1700. Total utk seminggu ialah RM 3000 lebih! Paling busuk pun dia dapat insentif RM 1000 seminggu. Dia memandu bermula jam 6.00 pg - 10.00 pg dan 4.00 ptg - 9.00 mlm, Dia buat kadang-kadang 4 hari, kadang-kadang 6 hari.  Tapi dia cakap, kalau perempuan dia tak galakkan sangat, sbb macam-macam orang pelik dia dapat. Hehehe

Masing-masing, dgn kemahiran utk hidup masing-masing.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, March 17, 2017

Latihan itu perlu katanya

Al salam alaykum

Ada member kena suspend Grab. Terkejut jugak. Betul sodek pun kena suspend. 

Tapi rupanya, salah dia. Not pressing drop off after passenger leave vehicle. Alasan, sbb tanak amik rider kat kawasan dia drop off td. 

Mmg la salah. 

 

Tapi, kelakor plak tengok antara kesalahan lain yg boleh membawa kepada penggantungan sementara ialah topup sikit-sikit. Skrg ni minimum topup RM 10.00. 

Masa training online takde kabo pun menda2 gini. Kena pergi training kat Centre baru dapat tahu. 

Selain dari sekolahkan driver, Grab patut sekolahkan rider sekali. Kan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 12, 2017

GrabMagnum

Al salam alaykum

Dua hari mencuba. Dari Setiawangsa hingga ke Ara Damansara. Sampai jam 6.00 petang tak dapat-dapat. 

Pagi ni jam 10.00 pagi di Shah Alam. Terus mencuba. Pun takde jugak. 

Pergi Mydin USJ. Cuba lagi takde. Sambil menunggu Kak Roza membayar, aku cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki telah termaktub. 

Lama sangat rasanya tak makan aiskrim Magnum ni. Dapat RM 10.00 utk 4 batang aiskrim, alhamdulillah. Hadiah utk diri sendiri setelah sekian lama tak merasa. 

 

Gambar ni mesti tak kuar kat FB Grab, takpe kat blog aku menjadi kisah klasik utk masa depan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, February 23, 2017

Kang saya bagi encik satu bintang je kang! Heheehe

Al salam alaykum


 


Hari isnin lepas, aku ada interview di Petaling Jaya dan juga di Jalan Ampang. Mula-mula, aku cadang nak drive je, tapi tiba-tiba dapat panggilan telefon untuk sesi temuduga di Jalan Ampang pada hari yg sama. Maka, cadangnya bertukar, kita naik LRT, dan juga GrabCar. Ada Zerofare promo kan?

Aku hanya mengeluarkan RM 6.80 utk tambang sehala dari Setiawangsa ke Asia Jaya, dan Taman Jaya ke KLCC. Yang lain-lain aku guna promo Zerofare GrabCar. Apabila waktu puncak, tambang pun tinggi, aku guna GrabShare dan juga Zerofare. 

Alhamdulillah, sebaik-baik rancangan perjalanan. 

Rumah ke LRT Setiawangsa: RM 6.00 - GrabCar
LRT Asia Jaya - Jaya One: RM 7.50 - GrabShare (high fare plak masa ni)
Jaya One - LRT Taman Jaya: RM 6.50 - GrabShare (high fare)
KLCC - Wisma Selangor Dredging: RM 7.00 - GrabCar (high fare). Biasanya aku jalan kaki je, tapi petang tu panas sangat! Sbb high fare, maka ok kot aku rasa utk 1.0 km. 
KLCC - Setiawangsa (masuk ofis jap): RM 6.50 - GrabShare
Office - Rumah: RM 3.00 - GrabCar

Jumlah: RM 36.50. 

Seronok rasa! 

Kemudian, hari Rabu semalam, aku ke Karnival SL1M di PWTC. Nak menyibuk sekali mencari kerja kosong. Cadang nak drive pastu nak online. Hari sebelumnya aku cek tambang GrabCar RM 7.00 je dari rumah. Cantik sangat la tu kan. Kita guna Grab je la. 

Tapi, pagi Rabu tu tambang ke PWTC berbelas-belas ringgit. High fare sbb high demand! Malas dah nak drive, jadi sekali lagi aku menggunakan GrabCar/GrabShare. Aku keluarkan RM 1.10 je utk tambang LRT Jelatek ke LRT Setiawangsa. Tak sampai hati nak panggil Grab kat LRT Jelatek, sbb susahkan kereta je nak u-turn masuk Dato Keramat yg jalannya sesak sentiasa. 

Rumah - Ampang Park: RM 7.00 - GrabShare (High fare)
Ampang Park - PWTC: RM 7.00 - GrabCar
Seri Pacific Hotel - PDN (teruk betul pitstop aku demi nak jimat): RM 6.50 - GrabShare (High fare)
PDN - LRT Jelatek: RM 7.00 - GrabShare (High fare gak)
LRT Setiawangsa - Rumah: RM 4.00 - GrabCar

Jumlah: RM 31.50

Tujuan utama nak berjimat. Tujuan kedua nak menimba ilmu. 

Ada yg aku jumpa driver dah taraf platinum. Macamana dapat platinum? Trip dia manjaaaangggg dapat 5 bintang. 

Ada yg berkongsi dgn aku, kejar insentif. Dia cadangkan keluar jam 6.00 pagi balik jam 10.00 pagi. 4 jam je sehari. InsyaAllah boleh bayar kereta aku. 

Ada yg cakap dia memang online 15 jam sehari! Tabahnyaaaa! Mmg dapat la RM 700-RM 800 seminggu. 

Ada yg buat GrabCar ni part time. Tapi jam 2.00 pm pun online lagi. Kerja sendiri rupanya. 

Ada yg advise aku register ambassador. Tapi tak boleh dah jadi driver dan rider Uber. Jadi kawasan jajahan MP, UP, HP meluas lagi. 

Ada yg dah register jadi ambassador, cakap takde beza pun. Insentif lebih kurang je dapat. Jadi dia call Grab nak stop jadi ambassador, Grab tak bagi. Dia nak try jugak buat Uber. 

Ada yg buat fleet. Seminggu kena online 60 jam, kena complete berapa entah trip aku lupa. 

Ada yg buat Grab ni sbb dia sama industri dengan aku. Malas dah nak pergi keja, cari keja, dapat keja kat Pengerang, dia malas pergi. Jadi buat Grab je la senang. 

Tujuan ketiga nak naik kereta orang yg best-best. Ada Vios baharu bau sedap, Axia baru, Myvi generasi terkini, City, Jazz baru, dan yg paling aku susah nampak, Proton Suprima. Tapi gak, bau rokok kuat sungguh. Nak muntah rasa. Uwwaaaa!

Tujuan keempat, aku nak cuba kot dapat driver wanita lain. Nak bertanya pengalaman dan cabaran pemandu wanita yg lain. Tapi takde plak yg accept request aku. Tak tahu kang kena potong singgit sbb ignore request saya! Hahaha

Tujuan kelima aku nak cuba GrabShare tu cemana. Sbb aku baca kat FB, pengguna IOS tak dapat request GrabShare. Tapi, takde rezeki aku, memang sengsorang je dalam kereta. Mungkin destinasi tak sehala. 

Ada sorang driver ni, bila aku kata aku pun drive Grab gak, terus dia cakap "Ooo sajalah ye guna promo pastu suh saya p  kawasan jam" 

"Jangan marah ye Encik. Kang saya bagi satu bintang kang. Hahaahahahaha"

"Semalam ada rider sama la gelak macam awak. Ampeh sungguh. Hahaahaha. Ugut saya plak tu. Hahahaahaha"

Aku bagi semua 5 bintang!

Promo Zerofare sehingga 28/02/2017 tau! Rancang perjalanan anda! Heheheeh

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::





Saturday, January 28, 2017

Empat Bulan

Al salam alaykum

Hari ni hari ketiga aku ber-Grab pula. Macam takde harapan nak dapat insentif ni. Buat Grab ni macam senang, tapi susah jugak sebenarnya. Lagi pula app Grab tak mesra sangat. Nak report atau minta bantuan customer service pun susah. App utk Uber lagi ok. Hantar komplen pagi, petang dah dapat jawapan. Hantar komplen kat grab, lepas 2 hari baru dapat jawapan. 

Hari ni dapat rider dari Vietnam. Nak pergi Thean Hou Temple sempena Tahun Baru Lunar. Ramah orangnya. Kami sangkut dalam jam sepanjang 1km nak mendaki bukit ke temple tu selama sejam. Macam-macam la borak. 

Alang-alang, terus dia minta aku tunggu dia habis sembahyang, hantar balik ke Wangsa Maju dan terus ke rumah kawan dia di Selayang. 

Dalam masa empat jam aku bercakap omputis. Aku tak bagus omputisnya. Omputis aku lebih kepada yg berkaitan alam pekerjaan aku je. Utk borak santai-santai menggunakan Bahasa Inggeris Komunikasi mmg aku kekurangan perkataan. Ke laut la perginya. Tapi dengan dia ni, aku boleh borak. Mungkin sbb english dia bawah skit dari english aku. Jadinya tahap keyakinan aku tinggi utk bercakap dalam bahasa inggeris. Hahaaha. 

Macam-macam dibualkan, masalah dgn perkahwinan dia yg dia cakap kengkadang bosan gila. Tentang pekerjaan dia di Malaysia. Tentang keluarga dia di Vietnam. Tentang suami dia. Dia juga tanya kenapa Muslim suka nak kahwin ramai. Dia tak suka nak kongsi suami. Aku gelak je. Dia tanya kalau aku cemana. Hahaaha. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa 


Tuesday, October 04, 2016

Trip ke 2 & 3 Uber saya

Al salam alaykum

Saya menerima pesanan ringkas dari pihak Uber bahawa Uber Partner saya akan digantung jika saya tidak memandu dalam tempoh 2 minggu dari pesanan yg dihantar.

Dan, Kak Roza meminta saya menghantar mereka ke KLIA2 dgn mengenakan tambang Uber. Pucuk dicita, ulam mendatang.


Tambang ke KLIA2 adalah tambang tetap.


Lama tak naik kapal terbang!

Kemudian, saya mencuba utk mengambil penumpang di Balai Ketibaan KLIA2, tetapi, rupanya dari tempat letak kereta ke Balai Ketibaan, saya mesti melalui lebuhraya dan membuat pusingan-U. Maka, malas di situ, saya terus pulang.

Sampai di Setiawangsa, saya mengambil penumpang dan menghantarnya ke Wangsa Maju. Di samping itu, saya juga berbual-bual dengannya. Hasil perbualan, saya terfikir betapa bersalahnya saya membawa penumpang tanpa insurans yang sepatutnya, tanpa lesen yg sepatutnya. Begitu juga, perasaan simpati kepada pemandu-pemandu teksi yg pendapatan utamanya hanyalah itu.

Tetapi, mengenangkan pengalaman saya berhadapan dgn pemandu teksi yg kerek, perasaan bersalah itu menipis sedikit. Tetapi, tetap tidak dapat menghilangkan perasaan bersalah 100%.

Kerajaan Sabah telah mengharamkan Uber dan GrabCar kerana beroperasi tanpa lesen dan insurans yang sepatutnya. Maka, saya berharap pihak kerajaan Malaysia dapat menyatakan pendiriannya secepat yg mungkin.




Sebenarnya perkhidmatan Uber dan GrabCar mengundang bahaya jika di KLIA/KLIA2, sbb memang terang-terangan menyalahi undang-undang. Sedangkan teksi biasa pun tidak dibenarkan mengambil penumpang di sana, inikan pula "teksi sapu" seperti saya.

Maka, mungkin saya akan memandu Uber hanya di kawasan terdekat sahaja, ataupun atas permintaan sahabat-sahabat sahaja.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Trip ke 2 & 3 Uber saya

Al salam alaykum

Saya menerima pesanan ringkas dari pihak Uber bahawa Uber Partner saya akan digantung jika saya tidak memandu dalam tempoh 2 minggu dari pesanan yg dihantar.

Dan, Kak Roza meminta saya menghantar mereka ke KLIA2 dgn mengenakan tambang Uber. Pucuk dicita, ulam mendatang.


Tambang ke KLIA2 adalah tambang tetap.


Lama tak naik kapal terbang!

Kemudian, saya mencuba utk mengambil penumpang di Balai Ketibaan KLIA2, tetapi, rupanya dari tempat letak kereta ke Balai Ketibaan, saya mesti melalui lebuhraya dan membuat pusingan-U. Maka, malas di situ, saya terus pulang.

Sampai di Setiawangsa, saya mengambil penumpang dan menghantarnya ke Wangsa Maju. Di samping itu, saya juga berbual-bual dengannya. Hasil perbualan, saya terfikir betapa bersalahnya saya membawa penumpang tanpa insurans yang sepatutnya, tanpa lesen yg sepatutnya. Begitu juga, perasaan simpati kepada pemandu-pemandu teksi yg pendapatan utamanya hanyalah itu.

Tetapi, mengenangkan pengalaman saya berhadapan dgn pemandu teksi yg kerek, perasaan bersalah itu menipis sedikit. Tetapi, tetap tidak dapat menghilangkan perasaan bersalah 100%.

Kerajaan Sabah telah mengharamkan Uber dan GrabCar kerana beroperasi tanpa lesen dan insurans yang sepatutnya. Maka, saya berharap pihak kerajaan Malaysia dapat menyatakan pendiriannya secepat yg mungkin.




Sebenarnya perkhidmatan Uber dan GrabCar mengundang bahaya jika di KLIA/KLIA2, sbb memang terang-terangan menyalahi undang-undang. Sedangkan teksi biasa pun tidak dibenarkan mengambil penumpang di sana, inikan pula "teksi sapu" seperti saya.

Maka, mungkin saya akan memandu Uber hanya di kawasan terdekat sahaja, ataupun atas permintaan sahabat-sahabat sahaja.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::