...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong. Show all posts

Friday, March 07, 2014

Hong Kong - Perbelanjaan & Lain-lain

al salam alaykum

Perbelanjaan ke Hong Kong:

Tiket AA (return): RM 427.00
Seat, Baggage & Makan: RM 93.00
Barang makanan kering: RM 55.00
Parking, makan, tol & minyak (LCCT): RM 46.80

Perbelanjaan di Hong Kong:

Octopus Card (utk bas dan MTR): HKD 186.00
Hotel: HKD 883.00
Tiket Disneyland: HKD 420.00
Tiket Ocean Park: HKD 290.00
Tiket Ngong Ping 360 (Cable Car - Crytal): HKD 205.00
Tiket The Peak Tram & Madam Tussaud: HKD 250.00
Souvenir (The Peak): HKD 200.00
Souvenir (Ladies' Market): HKD 138.00
Poskad & Setem: HKD 5.00
Makan (Kowloon - Nasi & Kebab): HKD 38.00
Makan (Disneyland): HKD 94.00
Souvenir (Disneyland): HKD 45.00
Souvenir (Disneyland Tshirt): HKD 185.00
Tiket (Macao - Return): HKD 307.00
Tambang bas (Macao): HKD 14.00
Tambang van (airport transfer): HKD 36.00
Makan (Popeye - Airport): HKD 64.00
Lain-lain: HKD 20.00

Total: HKD 3380.00
HKD 1.00 = RM 0.426

Total: RM 1,440.00

JUMLAH BESAR: RM 2,061.80

Lap peluh nak menabung semula! uuwwwaaa!


1. kalau nak beli tiket theme park semua tu, jangan beli online ataupun di kaunter theme park tu... sila beli dengan agent sama ada di airport, ataupun hotel masing-masing... sbb dapat lagi murah...

2. utk bergerak dengan lajunya menggunakan MTR dan bas, belilah Octopus card: harga HKD 150.00 (HKD 50.00 deposit - akan dipulangkan, tambang HKD 100.00). kalau beli tiket dengan cash (single journey), harganya mahal skit... selain tu, octopus card ni boleh digunakan dalam kedai seven eleven diorg...

3. Makanan halal, mmg susah nak dapat dan mahal... kalau korg ke Disneyland, ada Tahitian Cafe... kat airport, ada Popeye... dan kat Ngong Ping 360, ada kebab halal... kawasan Kowloon sendiri, pada hari Ahad. akan ada Indonesia yg berniaga di Kowloon Mosque and Islamic Centre... sedapp!

4. Beli simkad kat sana. Murah pun murah. Internet unlimited. 



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 06, 2014

Ke Hong Kong Kita Weh! - Hari Terakhir

Al salam alaykum

05/03/2014

Hari ni kami check out. Jam 8.30 pagi kami gerak ke MTR. Amik train ke Ngong Ping 360, nak naik kereta kabel. 


Tiket kereta kabel ada 2 jenis. Utk yg biasa HKD 135.00. Tapi kami pilih yg kristal, harganya HKD 205.00. 


Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh tanya pakcik google ye. Dah malas nak taip cerita. Heheehe


Yang dikatakan kristal tu ialah lantainya boleh tengok ke bawah. Ooooo ngeri tuuu! Tapi lama-lama ok je. Perjalanan nak ke terminal akhir ialah 25 minit sepanjang 5.7 km.

kat bawah tu ada trail utk trekking, so mungkin next time, boleh jalan kaki la...


dah sampai ke Terminal Terakhir...


sejukkk ooo!


patung Buddha

shower!


dah tengahari, kelaparan melanda... mari kita makan kebab... ada satu restoran halal di sini... tapi harga  boleh tahan la...

terima kasih Fad yg Gojes sbb belanja kami!

dan, selepas itu, kami singgah di City Gate Outlet... saja nak cuci mata kan? tapi takde la murah bebeno, masih jugak mahal...


dah penat berjalan, naik MTR lagi ke Kowloon Mosque and Islamic Centre, utk menunaikan solat... 

bersih...

pergi ke Chung King Mansion, amik beg kami, dan bersedia utk ke airport... dalam pada menunggu tu, ada sorang punjabi datang kat kami, offer naik van dia dgn harga HKD 250.00/van... kalau naik bas pun dah HKD 33.00/sorang, jadinya baiklah kami naik van...


duduk dalam van tu sekejap je, dia cakap van tu tak pi airport... haa sudah! berdebar kot kena tipu... kami kena tukar naik van lain plak... alhamdulillah sampai airport dengan selamatnya...


kami menjamu selera di Popeye, dan check in semua siap... dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas flight lambat selama 20 minit... patutnya jam 8.50 mlm, tp flight terbang jam 9.10 malam.

alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Wednesday, March 05, 2014

Ke Hong Kong Kita Weh! - Hari Kelima

Al salam alaykum

04/03/2014

Hari ni kami berjalan kaki dari hotel ke China Ferry. Tujuannya utk ke Macau. 

Tambang ke Macau HKD 159.00 sehala. Tapi masa balik murah skit, HKD 148.00. 

Naik feri jam 8.30 pagi. Sampai ke Terminal Feri Macau jam 9.30 pagi. Oh ya, jangan lupa bawak passport sekali ye. 

Sampai ke terminal selepas pemeriksaan imigresen, kami ke tourisme centre, nak amik peta dan mintak penerangan. 

Ada jugak kat sini tour agent yg akan offer pakej2 yg menarik. Oleh sbb kami ni ialah "traveller" (hahaahahaha), bukan "tourist" so kami memilih utk naik bas. 


Bas bermula dengan tambang HKD 3.20.  Naik bas ni ok jugak, cuma yg susahnya sbb papan tanda dalam bahasa portugis dan tulisan cina, ada jugak yg bahasa inggeris. Cuma pemandu bas mmg tak reti berkomunikasi dlm bahasa asing. Dan, tak mesra alam pun ada. Agak susah la jugak. Sbb, kalau tengok map, mmg membantu sbb siap bagi nombor bas. Tapi yg masalahnya, bukannya dia bagitau nak pergi tempat tu, kena berhenti kat mana. Susahhhh!!!

Yang pertama, kami naik bas no 32 ke Macao Tower. Yg ni senang lagi, sbb mmg arah tuju bas tu ke menara tu.

Happy je sbb sampai dengan selamatnya. Sempat jugak tengok org berbungee jumping. Ingtkan org sedang cuci tingkap menara. Hehehehe

      Terpaksa amik senget, tak cukup frame. 


Dah puas bergambar kat Macau Tower, kami nak ke Senado Square, mercu tanda bandar Macau. So, kami naik bas no 18. Di sinilah bermula kestressan yg keteramatsangatan. Pakcik driver boleh berbahasa Indonesia. Happynya kami! 



Tapi pakcik ni mintak kami turun kat Lilau Square. Rupanya kat sini kawasan A-Ma Temple, yg langsung kami tanak pergi. Alang-alang dah turun, berjalanlah kami tanpa tujuan yg nyata. 


Berjalan lagi, ada pasangan Cina yg menegor kami. Rupanya mereka orang Malaysia jugak. Diorg buat survey utk pakej pelancongan Muslim. Masalah utama ialah makanan halal. Cemana tu?


Kemudian, jalan lg skit jumpa Moorish Barracks. Skrg dah dijadikan pusat pentadbiran maritim Macau. 

Masing-masing dah stress. Terus lintas jalan, tunggu bas no 7 plak. Senado Square tetap menjadi idaman. Tapi mmg ternyata bukan rezeki kami. Terlepas jugak hentian Senado Square. Walaupun sebenarnya mmg depan mata je. Tapi sbb bas tak cakap pun situ Senado Square, so kami tak turun la. Hahahaa. 

Last-last, putus asa pun ada, kami pun amik keputusan nak balik ke terminal feri. Ni mmg mencabar. Sbb diorg takde stesen bas. Semuanya perhentian bas je. Uwwaaaa! Terpaksa kami lari mengikut bas no 12 tu nak tau kat mana sebenarnya tempat nak naik bas ke terminal feri. 

Pengalaman sungguh! Naik bas turun bas je la kerja kami kat Macau ni. Bazir duit dan masa. Terpaksa berpuas hati dengan Macau Tower je la. Balik ke Hong Kong naik feri jam 2.30 pm. 

Lepas rehat dan solat, malamnya kami ke Clock Tower semula. Nak tengok Symphony of the Light lagi sekali. Tapi cuaca yg berkabus tebal, tak cantik la sangat. Tak nampak jelas pun. 

Kemudian naik MRT ke Mong Kok. Ke Ladies' Market lagi sekali. Aku cuci mata je, diorg cuci dompet. 


Bersambung...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Tuesday, March 04, 2014

Ke Hong Kong Kita Weh!! - Hari Keempat

Al salam alaykum

03/03/2014

Hari ni kami ke Disneyland!!! Yeayyyyyyyy!!!


          Tingkap MTR!


Seawal 8.30 pagi dah tercongok depan pintu gerbang Disney!

       Tak ramai lagi orang!


Sampai awal selfie la dulu!

Pintu pagar dibuka jam 9.30 pagi. Beratur plak utk pemeriksaan sebelum dapat masuk. 

Masa ni sedih! Kami tak boleh bawak bekal masuk dalam. Nasi tak boleh, makanan dalam tin tak boleh. Kena simpan dalam locker. Strict sesangat!


Ada 7 bahagian! Luasnya!!

1. Main Street, USA
2. Adventure Land
3. Grizzly Gulch
4. Mystic Point
5. Toy Story Land
6. Fantasyland
7. Tomorrowland

Tapi aku sedih dan terkilan jugak la, sbb tak sempat nak habiskan semua. Ye la, datang jauh-jauh, tapi tak dapat nak rasa semua. Banyak masa-masa emas habis kat tempat yg tak sepatutnya. 

Aku ni bukannya hafal sangat watak-watak Disneyland. Tapi yg aku beriya nak bergambar dengan mickey la. Takde rezeki. Beratur punya la panjang! 

        Satu-satunya!

Mula-mula kami ke Tomorrowland. Nak main Autopia nak kena tunggu 45 minit. 

          Orbitron

Kemudian main roller coaster "Space Mountain". Mencabut jiwa je rasanya. 

Lepas tu ke Fantasyland. 

          Ni pun utk Ammar

       Ni bukan salah kamera ye! 

Kami tengok Mickey's PhilharMagic. Seronok! 3D adventure. 


Kami ke Adventure Land utk river cruise dan makan tengahari di Tahitian. Yela, kan bekal kami dah kena rampas. Jadi kena la beli makanan. Tahitian Terrace ni satu-satunya tempat makan yg halal dalam Disneyland ni. 


Kemudian berkejar ke parade utk menonton perbarisan watak-watak Disneyland. 


Kemudian pusing semula ke Fantasyland utk menonton "It's a small world"

        Small World. 

      Sesuai utk kanak-kanak riang!

       Teater the Golden Mickey. 

Dan, kami ke Main Street, utk ke kaunter informasi utk menunaikan solat. Boleh mintak kebenaran utk bersolat. Takde masalah utk solat. 

Kemudian, masuk sekejap ke emporium utk souvenir. Aku sekejap je, beli FM sebiji yg harganya bila ditukar jadi RM 20.00. Sambil-sambil menunggu yg lain, hari pun dah gelap. Dalam hati, sempat ke nak pergi main tempat lain? Rugi datang jauh-jauh tak sempat habis. 

Rasanya macam sempat je nak main lagi, kami ke Toy Story Land. Sempat la main 2 permainan dia. Yg lagi satu mcm roller coaster tu aku tgk Miza dan Adeq je la. Tak sanggup dah nak menjerit mintak turun. 

Dan, kat Grizzly Gulch ada jugak roller coaster. Cumanya sbb hari dah gelap orang pun dah kurang, dan aku pun mcm nak tapi takut-takut, Nurul pun tanak jugak, so pendam je la. 


Yg paling tak sempat Mystic Point la. Tatau pun apa attraction yg ada. Lalu je tak sempat nak singgah. 

Penutup hari Disneyland, kami tgk bunga api jam 8 malam kat Istana Si Cantik yg Tidur. Betul ke aku terjemahkan ni?


Cukuplah 12 jam kami berada di Disneyland. Perasaan bercampur baur. Gembira, sedih, terkilan bersatu dan amat sukar utk diterjemahkan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, March 03, 2014

Ke Hong Kong Kita Weh! - Hari Ketiga

Al salam alaykum

02/03/2014

Hari ini, memulakan perjalanan dengan MRT, menuju ke The Peak. 

Pagi-pagi terserempak dengan warga Filipina, ramai-ramai menuju ke gereja. Oh ramai rupanya warga Filipina di sini. 


Tiket berharga HKD 250, termasuk Peak Tram dan Madam Tussaud. 



Terserempak dengan delegasi Tupperware dari Indonesia. Adoi!! Sah-sah kena berebut sangat-sangat!



Dah la kena tolak-tolak minggir-minggir. Geram jek!!



Amik gambar dengan Jackie Chan kena bayar ye! So takde la gambar dgn dia. Tapi Dicky Cheung, Cheng E Kin takde pun! Frust!

      Aron Kwok

       Berpusu-pusu nak bergambar dengan Lady D!

      Tak sama sangat

      Ni utk Ammar!


Lain-lain dalam kamera lain. 

Hajat sebenarnya nak naik Sky Terrace, tapi mereka sendiri tak galakkan sbb kabus tebal. Tak nampak apa. 

       Mmg bukan rezeki la kan. 

Lepas tu, kami jalan-jalan sekitar kawasan The Peak, sebelum kami shopping ole-ole utk yg tersayang. 

     Jogging trail

     Shopping! Katanya murah la. Tapi sekeping FM pun dekat RM 5.00

Dah siap kami turun dan makan bekalan di taman. Kemudian naik MTR ke Mong Kok. Singgah di Ladies' Market. 


Banyak barang-barang tiruan dan souvenir2 yg best la jugak. Tapi kena pandai tawar la. 


Mula-mula kami jumpa kedai tshirt jual HKD 100 utk 5 helai. Sbb dah jumpa 2 kedai camtu, beli je la terus. Tapi ke dalam lagi, terjumpa yg HKD 90 utk 7 helai. Sakit hati tak?

Tak payah nak lama-lama sangat la kat sini. Balik ke Chungking Mansion, utk solat dan kami gerak ke Masjid Kowloon. Katanya hari Ahad ada indonesia berniaga. 

      Nasi lalapan. Harga HKD 15.00

      Makan dengan gembira ye!


Lepas Maghrib, kami ke Clock Tower utk menyaksikan Symphony of Light. Malam tu hujan renyai-renyai skit. Sejukkk sangat!


Takde la apa menarik pun. Pertunjukan lampu-lampu bangunan je. Tapi malam tu dalam bahasa Kantonis. 


Esoknya kita pergi tengok tikus Mickey!!!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::