...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Monday, December 07, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Art of Old Town

Al salam alaykum

Kami mencari lukisan mural ni... sesat-sesat sampai ke kawasan perumahan... Padahal jalan kaki je, senang...


Ada 7 lukisan mural yg disenaraikan... Kalau jalan kaki mudah je nak cari... Kebetulan plak masa ni ada Treasure Hunt pasukan Go Shop saluran Astro 318. Tanya dia la jugak kadang-kadang...

Dan, kami pakai Google Map jugak, masukkan koordinat, dan ayuh berjalan...

Kami bermula berdekatan dgn Ipoh Tourisme Centre...

1. Old Uncle With Coffee Cup



2. Paper Plane


3. Kopi O


4. Humming Bird


5. Evolution


6. Trishaw


7. Girl



Tapi sayang, bila ada tempatnya yg ada parking kereta...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 04, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Jejak bertapak di pekan Ipoh

al salam alaykum

Azan berkumandang, kita solat dulu di Masjid Sultan Idris Shah II. Masjid ni dekat je dengan Stesen Keretapi, Pusat Pelancongan Perak, Dewan Bandaran Ipoh. Jalan kaki pun sampai.

Senibina yg cantik, tapi barangkali masih dalam proses renovasi.

Asal namanya ialah Masjid Negeri Perak, dan ditukar nama bersempena dgn nama Sultan Idris Iskandar Shah II.


Dewan solat atas

Senibina kubah yg cantik


Dan kami ke Pusat Pelancongan Perak, jeng jeng jeng...

Sebelum tu aku singgah kat Tugu Peringatan Birch, tapi tak amik gambar sbb kompius. Gereja ke apa...

Tugu ni belakang Masjid je, dalam masjid tu aku terdengar denting loceng, macam loceng gereja... takkan la dalam masjid pasang loceng cenggini kan? Rupanya bunyi loceng tu datang dari Tugu Peringatan Birch... Maka, tiada la gambarnya... kompius punya pasal...

Singgah di Pusat Pelancongan Perak, tapi nak masuk segan, sbb rupanya ada abang-abang kat kaunter perati kami betulkan tudung kat pintu, ingatkan takde orang... Hheheheehe

Belakang kerusi tu ialah pencedok kat kapal korek, tak ingt la nama apa

masih lg kekal keantikan senibinanya



Padang Ipoh

Pusat Pelancongan Ipoh

 di lorong-lorong kecil

tumpang bergambar sebentar

ada sepasang pengantin sedang bertembak foto

kekalkah ia 20 tahun lagi?


 Dan kami jenjalan lagi, sampai la jumpa Plan B... 


takde dalam perancangan, tapi dah nampak, singgah la tengok apa ada...


Ais Kepal... layan! RM 3.00 sekepal..


inilah kunci cinta tu ye!


Lagi, ni je ke?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 03, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Jejak Warisan Ipoh

Al salam alaykum

Dah sampai Ipoh tercangak-cangak tatau nak ke mana, dalam kepala nak makan nasi vanggey dengan mee kicap je...

Hahahaha... bayar tol mahal-mahal, minyak setangki penuh, takkan itu je?

Mula-mula kami nampak signboard pelancongan di Ipoh, ada Taman Jepun, jadinya set waze, moh la kita...

Pastu habis masa berpusing-pusing kat situ, macam pelik je... Tak puas hati betul...

Selepas berpusing-pusing mencari Taman Jepun tak jumpa-jumpa, kami tanya pakcik guard
"Taman Jepun kat mana pakcik?"
Sambil gelak pakcik tu jawab: Tu sebelah tu, takleh masuk dah. Jepun semua dah balik Jepun, mana ada taman lagi... Korang dari mana ni?
"Dari KL pakcik"
Datang Ipoh wat apa?
"Saja jenjalan pakcik"
Takde apa dah kat pekan Ipoh ni, semua dah kuar dari Ipoh... pergi la Gua Tempurung ke, Gunung Lang ke, Kuale Kangsor ke... kami pun nak berjalan kami ke Tepen, takde apa dah kat Ipoh ni...

Amik ko kena sebijik... ehehehe

Taman Jepun yg telah ditutup


Kemudian, kami cuba nak ke Muzium Darul Ridzuan, pun sama, pusing-pusing, takleh nak masuk, pintu pagar tutup. Aku dah google, buka setiap hari kecuali Jumaat, tapi kenapa sunyi sepi ke? Dah la takleh berenti nak parking, tengok dari dalam kereta je la, nak amik gambar pun tak dapat... TAk puas hati betul Muzium tutup hari Sabtu! 

Aku called pihak muzium hari Isnin itu hari, muzium tutup utk kerja naik taraf sampai tahun depan. January bukak semula... Terlupa plak Muzium Geologi hahahaha

Takkan la kita nak p Stesen Ketapi je kak? Plan B C D E dan kafe hispter semua mmg tak masuk dalam list langsung ni...

Kalu tanya pakcik Google, ada banyak tempat Jejak Warisan Ipoh:

  1. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Stesen Keretapi Ipoh, Mahkamah Tinggi, Rumah Kelab Ipoh)
  2. Jalan S.P. Seenivasagam (St. Michael Institution, Masjid India)
  3. Jalan Sultan Idris Shah (Jambatan Birch, Persisiran Sungai Kinta, Memory Lane)
  4. Jalan Dato’ Onn Jaafar
  5. Jalan Raja Musa Aziz (Taman DR Seenivasagam & Bulatan Sultan Iskandar)
  6. Jalan Hospital (Hospital Besar Ipoh)
  7. Jalan Dato’ Seri Ahmad Said (Pusat Beli Belah)
  8. Persiaran Tugu (Dataran MBI, Pembangunan Kawasan Greentown)
  9. Jalan Sultan Abdul Jalil (Sekolah Convent)
  10. Persiaran Greenhill
  11. Jalan Sultan Idris Shah
  12. Bulatan Sultan Ismail
  13. Jalan Raja DiHillir
  14. Jalan Brash (Padang Polo)
  15. Jalan Kelab Golf (Padang Lumba Kuda Ipoh)
  16. Jalan Raja DiHilir (Taman Jepun, Taman Budaya)
  17. Bulatan Sultan Ismail
  18. Jalan Sultan Iskandar (Gerbang Malam, Lam Looking Bazaar,Bangunan Persatuan Pelombong Cina, Taman Persisiran Kinta)
  19. Jalan Bandar Timah (Restoran Ipoh White Coffee)
  20. Jalan Sultan Yusuf (Little India)
  21. Jalan Dato’ Maharaja Lela(Bangunan Straits Trading, Tempat Letak Kereta Bertingkat Majlis)
  22. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

Kenapa Jejak Warisan Ipoh? Mungkin kerana senibinanya, tinggalan sejarahnya, kaitan dengan timah, dan lain lain...

Singgah di Stesen Keretapi Ipoh...







Jom masuk dalam



Jom tengok apa ada di luar


Bangunan Dewan Bandaran Ipoh





Bangunan Pejabat Pos



Tugu Peringatan Mangsa Landasan Keretapi Maut Burma - Thailand





Pokok Ipoh!


Wajib kenal ni!


Habis di kawasan sekitar Stesen Keretapi Ipoh, jom p masjid solat dulu.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 02, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Menjejak Memori

Al salam alaykum

Kenapa nak pi Ipoh? Bukan ada apa pun... Member tanya aku...

Aku tak terasa pun nak ke kafe-kafe hipster...

Kami pergi pun takde tujuan yg kukuh, takde rancangan apa-apa... Mmg tercangak-cangak je bila sampai Ipoh...



Entah... Aku rasa kehidupan sebagai mahasiswa di Tronoh dulu selama setahun (2000/2001), rasa dekat je Ipoh di hati...

Jalan-jalan di Ipoh, banyak yg takde dah... Pasaraya Ocean dah tak wujud... Super Kinta kat mana? Entah, aku pun tatau...

Dari stesen bas Medan Kidd tu kami jalan kaki ke pekan Ipoh... tapi ku tak ingt mana jalannya... Mencari Restoran KFC Ipoh, Pizza Hut Ipoh pun tak jumpa... Apatah lagi kedai jual kerongsang-kerongsang cantik yg aku dgn Dayang je beli, org lain tak minat... ehehehe

Sungguh la...

Stesen Bas Medan Kidd.

Bas pun dah tukar... serba baru, warna pun baru

dulu pun gini la menunggu bas, tanpa telefon di tangan


Food court Medan Kidd, dulu tak cantik cenggini... tempat kami tunggu siang, nak naik bas balik ke Tronoh

kena lintas jalan... turun bas ekspress kat belakang food court tu, lintas jalan nak naik bas biasa...

Bulatan ni mmg ada lama dah ke? Tak ingat langsung


Mungkin di lorong ni aku pernah jenjalan nak p cari kerongsang?



Cemana nak jejak memori, semua ko lupa? ekekekee


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, November 29, 2015

Rancangan tetiba org sambut hari lahir

Al salam alaykum

Bangun pagi tengok msg org ajak ke Ipoh!

Adoi la. 


Sangat gediks. Macam-macam yg dia cadangkan, nak naik bukit la. Nak p pesta buku la. Nak p PD la. Nak p tengok teater Mok Cun la.  Tetiba ajak p Ipoh!

Mmg la ada plan nak p Ipoh, tapi tak la tetiba!

Layankan aje. 


Sesat nak cari makan Nasi Vanggey Greentown. Apa punya turr la Google Map Kak Awin ni. 


Sesat mencari Old Town Ipoh mural. Masuk Plan B layan aiskrim. Plan B mmg takde dlm plan adhoc langsung, sbb aku tak hipster. Heheeh



Dan yg penting, mee kicap Ipoh. Tapi tak sempat sampai stadium. Kita layan kat Mee Kicap Best Place. Terima kasih Makcik layan kami jgk walau kedai nak tutup. Sedap mee kicap tu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::