...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

Jejak Jepun GS - Tandas!

Al salam alaykum


Perkara yg paling aku ingt bila balik ke Malaysia ialah tandas di Jepun.

Bersih sungguh!

Kat mana-mana je! Samada kat stesen ketapi kecik, stesen ketapi besar ataupun kat airport ataupun dalam shinkasen!

Free plak tu!

Bersih sungguh!

Baik yg ada bidet, ataupun takde langsung! Takde hancing pun.

Kebersihan separuh daripada iman.

Betul-betul dipraktikkan.

Dalam tandas di apartment yg kami sewa di Tokyo pun sama. Toilet cantik. Nak basahkan lantai pun segan.

Kalaulah tandas kat KLCC macam ni, tak ralat pun nak bayar RM 1.00! Eh, singgit lagi ke?







Tapi seganlah anak tgk kita qadha hajat kan?


P/S: Gambar ehsan dari Kakak Gojes yg berpayung besar.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, April 25, 2016

Jejak Jepun GS - Belanjawan

Al salam alaykum

Cerita Jepun baru Episod 1... hahaha... aku malas nak menaip la plak... malas pilih gambo, pendek kata aku malas la...

Mari kita cerita duit yg habis dulu. Sebenarnya utk trip ke Jepun ni aku tak ready utk perbelanjaan. Sbb banyak sgt masalah yg menimpa dan tidak disangka-sangka, maka aku malas nak pikir panjang aku buat je apa yg ada mengikut kemampuan aku.

Air Asia:
Tiket Air Asia return KLIA2 - Haneda: MYR 712.00
AirAsia Travel Protection: MYR 50.00
8x Checked baggage 25kg divided 6 person: MYR 152.00
Mee goreng mamak: MYR 15.00
Big Breakfast: MYR 20.00
Mac & Cheese: MYR 15.00

Jumlah: MYR 964.00

Makan:
Marrybrown: MYR 13.00
Sarapan pagi di Food Court: MYR 17.00
Makanan kering ke Jepun: MYR 40.00

Jumlah: MYR 70.00

Transportation:
JR Pass (utk digunakan di Jepun): MYR 1,077.00
Bas KLIA2-KL Sentral: MYR 11.00
LRT dan bas rapid: MYR 3.60

Jumlah: MYR 1,091.60

Penginapan (AirBnB):
1. Osaka:
ShinOsaka, Namba, Kyoto (Host: June) (4 hari/3 malam) = MYR 1,342.00 + MYR 10.74 (credit card charge) = MYR 1,352.74

2. Tokyo:
Best Value in Ikebukuro (Host: Keiko) (3 hari/2 malam) = MYR 1,210.00 + MYR 9.68 (credit card charge) = MYR 1,219.68

Jumlah Osaka + Tokyo = MYR 2,572.42 / 6 person: MYR 428.74

Internet:
Pocket wifi MYR 451.45/6 org: MYR 75.24

Jumlah: MYR 75.24

Perbelanjaan di Jepun (JPY 100 = MYR 3.62):

Makan dan minum:
Kopi di Iced Organic Cafe, Shinagawa Station: JPY 400
Lipton Iced Lemon Tea: JPY 108
Mineral water, 2 litre: JPY 91
Aiskrim Sakura, Kyoto Bamboo Groove: JPY 300
Halal Ramen di Gion, Kyoto, FB link : JPY 1,600
Mineral Water 2 litre dan sayur campur di AEON Ikebukero: JPY 178
Dinner (bg Athirah): JPY 200
Lunch at Ippin Restaurant, Asakusa, Tokyo: JPY 1,053

Jumlah: JPY 3,930 (MYR 142.27)

Transportation/Entrance Fee:
Kad topup Pasmo: JPY 3,000
Tram di Hiroshima: JPY 160
Kyoto Romantic Train: JPY 620
Umeda Sky Building Entrance Fee: JPY 720
Topup Pasmo: JPY 3,000
Bas ke Kawaguchiko Lake, Fuji: JPY 480 x 2 trip: JPY 960
Fuji Shiba Sakura Festival Entrance Fee & Bus x 2 trip: JPY 2,000
Pasmo balance: (-) JPY 1,256

Jumlah: JPY 9,204 (MYR 333.18)

Lain-lain:
Tips utk persembahan muzik: JPY 50
Locker Bag di Shin Osaka Station (sharing): JPY 350
Locker at Shinagawa Station (sharing): JPY 300

Jumlah: JPY 700 (MYR 25.34)

Cenderahati:
Keychain Mount Fuji: JPY 270
FM di Tokyo Sky Tower: JPY 648
T-Shirt @ Asakusa Temple: JPY 980 x 9: JPY 8,820
Tote Bag @ Asakusa Temple: JPY 1,000
Halal Japanese Cracker: JPY 650 x 2: JPY 1,300

Jumlah: JPY 12,038 (MYR 435.78)

Jumlah Perbelanjaan di Jepun: JPY 25,872 (MYR 936.57)

JUMLAH BESAR: MYR 3,566.15

Utk Transportation dan Entrance Fee tu nampak sikit je kan? Sebenarnya banyak tempat di Tokyo kami tak sempat nak jelajah. Dan kunjungan kami ke Tokyo Sky Tree dan Tokyo Tower pun hanya utk bergambar je. Jadinya, kami jimat utk Entrance Fee. Sbb jimat utk Entrance Fee, maka boleh la aku gunakan duit itu utk membeli t-shirt Japan utk anak-anak sedara tersayang. Pejam mata je, aku pikir JPY 1000 tu ialah MYR 10.00. Kalau tak, mmg tak terbeli la aku.

Utk internet plak, kalau sewa apartment biasanya dapat pocket wifi jugak. Jadinya, kalau nak jimat, bawak je pocket wifi yg disediakan oleh tuan rumah ke mana-mana.

Cuma kali ni aku frust jugak sbb tak dapat nak cover Tokyo. Tokyo banyak sgt tempat menarik yg boleh kita jelajah. Lain kali kalau beli tiket, kalau beli tiket Tokyo, kita habiskan Tokyo dan kawasan terdekat. Ada rezeki lain, beli tiket Osaka plak, kendian Sapporo plak. Berangan itu gratis.

Walau macamanapun, alhamdulillah dapat jejakkan kaki ke Jepun walau pelbagai rintangan yg melanda. 

::: Hidup ini indah jika selamanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 21, 2016

Kantoi

Al salam alaykum

Aku takde update pun pasal p Jepun ni kat FB. Yg ada pun kengkawan tag je. 

Kemudian, tokei aku tag aku kat FB dgn gambo yg aku update kat IG. Aku takde IG dia. Rupanya anak dia yg copy gambo. 

Teknologi skrg ni, macam-macam!

Hahahaaha



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 15, 2016

Jejak Jepun GS - 15/04/2016

Al salam alaykum

15/04/2016

Ada gempa bumi di kepulauan Kyushu. Harap tak terjejas di Tokyo. 


Kali ni aku duduk sengsorang. Tak mampu nak beli Quiet Zone. 


Sampai Airport jam 10.15 malam waktu Jepun. 


Malam ni tido Haneda airport dulu, menunggu pagi utk tukar JR Pass. 


Baca blog kak Anash macam-macam boleh buat sini. Aku kalau tak dapat tido kang aku nak jenjalan la. 


Kami solat jamak taakhir di surau yg berada di tingkat 3. 


Cari kaunter check in huruf L, surau dekat-dekat situ je la. 


Kami tido kat kerusi level 2. Ramai yg tido sini. 


Ada konbini store kat level 1. 


Jalan-jalan naik ke Observation Deck. Sejukkkk! Brrrrrr


Ramai jugak tido kat restoran level 4 ni. 


Subuh 3.29 am. Maka marilah kita tido dulu. 

::: Hidup ini indah jika selamanya kerana Yang Maha Esa :::