...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

.

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Thursday, April 26, 2018

Bas yg kedua aku pangkah

Al salam alaykum
 
Kisah aku nak marah dengan bas ekspress Johor buat kali keduanya.
 
Aku balik dari Johor menaiki bas syarikat Qistna Express. Takde kriteria sbb nama best ke apa ke, aku beli di kiosk layan diri di Larkin Sentral. Sebab pagi aku sampai tu aku dah cuba-cuba tengok tiket bas yg ada utk petang 25/04 tu, banyak yg ada maka aku tak perlu risau sgt tiket habis.
 
Aku sampai di Larkin Sentral jam 3.30 petang, maka aku cuba utk ambil bas 4.00 petang. Tapi tiga-tiga bas jam 4.00 petang tu takde seat yg best. Yang tinggal seat paling belakang. Maka takpe la aku ambil bas 4.30 petang. Dan, bas yg Qistina ni je yg ada seat single lagi, yg lain dah penuh, tapi aku tak kisah, janji seat single dan bukan paling belakang.
 
Dan perjalanan adalah terus takde singgah mana-mana stesen dah. Sebab tertera di skrin kiosk layan diri perjalanan adalah JB - Larkin - TBS.
 
Dan paling penting, aku akan sampai ke TBS paling lambat jam 10.00 malam, maka sempat utk aku solat jamak taakhir di TBS andaikata bas tak berhenti lama di R&R. Dan sempat utk aku pulang ke rumah menaiki LRT dan bas rapidKL nanti.
 

Ok, bas aku dah ada. Gembira rasa.
 
 
Jam 4.20 ptg aku lihat di skrin bas Qistna Express sedang "boarding" maka bergegas aku ke platform C14. Larkin Sentral ni berubah betul. Terakhir kali aku sampai dulu, dari dalam terminal tu, utk naik bas ekspress perlu ke sebelah kiri je, satu je platform utk bas ekspress. Sekarang ada A, B, C, D.
 
 
Aku tunjuk tiket bas kat driver, dia ckaap kompem bas ni, aku naiklah dan duduk dengan selesanya. Seat sedap macam bas Supernice yg aku naik pada sebelah malamnya.
 
Ada suis tapi takleh guna hahaaha... tapi tak kisah sgt pun
 
 
Oleh sebab penat sangat, aku macam terlelap sekejap dalam bas. Bila aku terjaga, eh dah kenapa aku kat Larkin Sentral lagi ni? Jam dah pukul 5.00 kot. Dalam bas tak penuh lagi, baru ada 3 org termasuk aku. Pelik ni. Tadi masa beli tiket bas mmg jelas tunjuk seat hampir penuh. Aku turun bas cari driver, tapi tak jumpa. Aku dah tak sedap hati.
 
Kemudian, ada 2 orang lain naik pula, duduk di seat couple bersebelahan aku. Dia cakap tiket dia jam 5.15 petang. Uittt! Dah kenapa ni?
 
Aku google cari nombor telefon syarikat bas ni. Aku telefon dan Tanya kenapa bas tak gerak lagi sedangkan dah jam 5.00 lebih ni. Dia cakap sedang tunggu bas lain. Dah kenapa plak nak tunggu bas lain? Saya dah lewat ni. Dia cakap takpe nanti dia call driver bas suruh jalan dulu.
 
Tapi, bas tak bergerak lagi. Jam 5.30 petang, aku call lagi, boleh dia Tanya aku eh bas tak jalan lagi? Takpe-takpe saya suruh bas jalan sekarang. Dalam bas dah 10 org dah. AKu Nampak driver tu, aku Tanya, kenapa bas 4.30 ptg tak jalan lagi ni. Driver jawab bas aku naik ni bas 5.30 petang.
 
Sungguh la tidur waktu asar mewarisi kegilaan! Aku marah sungguh bila dia jawab camtu! Aku salah naik bas ke cemana ni? Kat skrin dalam balai berlepas tadi memang tulis bas ni sedang boarding jam 4.30 petang di platform C14 kot!
 
AKu pun menggoogle lagi mencari info tentang bas ni. Memang banyak betul orang komplen sebenarnya! Sepupu aku cakap kan bas tu pernah kena suspend sebelum ni? Takkan la aku menggoogle dulu segala info masa nak beli tiket kan? Oh ya ada orang komplen juga yg bas ni akan berhenti di suatu tempat sgt lama. Aku berdoa semoga tak macam tu la.
 
 
BIla bas dah gerak, aku rasa bersyukur sangat, mungkin boleh kejar masa lagi kot kat TBS nanti. Tapi jam 6.00 petang, bas berhenti pula kat stesen Petron aku tak tahu kat mana tapi memang dalam Johor Bahru lagi la kan sbb baru 1/2 jam perjalanan! Menunggu lama di situ. Rupanya ada ambil penumpang dari bas lain pulak. Aduhai kenapa la ko bas ni buat perangai macam ni! Nak berjimat sangat takyah bukak kampeni bas ekpress la wehhh! Takyah la jual tiket setiap setengah jam wehhh! Menyusahkan penumpang la wehhh!
 
 
Berhenti di R&R utk toilet break 10 minit, kemudian ada penumpang nak turun di Seremban. Apa ni? Dugaan lagi. Tapi bas masuk berhenti di Tol Seremban saja. Masa tu jam dah 9.30 malam. Maka ada harapan sampai TBS jam 10.30 malam kan? Kalau mengikut google map la.
 
Tapi, bila masuk KL, bas tak masuk ke TBS, terus meluncur ke bandaraya. Rupanya berhenti kat Berjaya Times Square plak dah. Aduhaiii! Jam dah 10.40 masa tu, memang aku turun je la situ, naik monorel menuju ke KL Sentral. Tapi sungguh la monorel mmg tetap monorel la.. Lambat!
 
Aku sampai di LRT Setiawangsa jam 11.50 malam, dan Berjaya menaiki bas RapidKL terakhir jam 12.00 tengah malam. Alhamdulillah, jam 12.15 pagi aku sampai ke rumah sewa aku.
 
 


Sahabat-sahabat semua, sungguh aku tak pernah mengalami kesukaran semasa menaiki bas ekspress selama ni. Tapi dua pengalaman menaiki bas ekspress Mayang Sari dulu dari TBS ke Batu Pahat, dan Qistna Express dari Larkin ke TBS, memang mengundang duka nestapa kat diri aku.

Katakan tidak utk bas Qistna Ekspress.

p/s: aku dah layangkan email komplen kepada Qistina Ekspress dan juga SPAD, mari kita lihat apa tindakan yg diambil kepada pengusaha bas ekspress ni.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 25, 2018

Doakan makngah saya sihat

Al salam alaykum
 
Apabila mendapat berita makngah aku (adik ayah aku) dimasukkan ke wad ICU kerana kesukaran bernafas, kami semua tidak keruan. Tambahan pula, apabila doctor memengsankan makngah supaya makngah tidur dan berehat, lagilah macam-macam menda yg difikir.
 
Maka, ayah dan mak aku nak pulang juga ke Johor nak mendapat gambaran sebenar keadaan makngah. Iman dan Eri akan memandu utk mak ayah aku. AKu pun, amik EL sehari, dan ke Johor dgn bas ekpress.
 
Kami masuk melawat tengahari, dan makngah baru saja ditidurkan lagi sekali. Sebab apabila dia sedar, dia meronta-ronta sbb tiub banyak berselirat. Sangat banyak, dari sehalus-halus tiub sampai la ke sebesar-besar tiub.
 
Sakit apa? makngah demam dua tiga hari sebelumnya, dan along bawak makngah ke klinik, tekanan darah makngah sangat tinggi. Kemudian kena dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, masa tu la mungkin sbb kepenatan, berlaku sesak nafas.



Makngah akan terus ditahan di wad sehingga makngah mampu utk bernafas sendiri. Mungkin seminggu dua. Itu adalah atas arahan doctor yg mahu memantau keadaan makngah. Tambahan pula lagi, makngah memang menghidap kencing manis dan darah tinggi, dan tidak pernah makan ubat. Itu yg doctor pun pening katanya.

 
 
Mungkin ada pembaca blog saya, Allah akan makbulkan doanya, harap dapat didoakan semoga makngah kami sembuh semula.
 
 
Terima kasih.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Monday, March 19, 2018

Balik Johor lagi

Al salam alaykum

Sabtu minggu lepas sepatutnya aku ke Melaka. Mak ayah aku nak ke Johor Bahru, kenduri kahwin anak sepupu ayah aku. Mula-mula adik aku akan teman, tapi tak dapat cuti pulak. Maka secara nekad sesaatnya aku cari tiket bas balik Kuantan bagi teman mak ayah aku ke Johor.

Ayah aku boleh je drive, tapi siang je, malam matanya tak jelas. Jadi, sebab tu aku ikut. Aku boleh drive malam, dan boleh la ayah aku tukar plan diorang.

Plan asal, ayah aku nak tido rumah Tokteh di Penawar, tapi sebab aku ada, maka boleh la lajak balik kampong dan melawat sahabat dia di Pasir Gudang.


Sekarang Paklang aku rajin beraksi di dapur.
 
 
Kami tidur di rumah Paklang di Gelang Patah.
 

Apsal penyokong tegar JDT ada sticker Pahang FA ni?
 
Paklang jawab, separuh jiwa ada di Pahang. Wekkk! Kalau Maklang dengar, perang kang hahaha... Paklang pernah duduk dgn kami dulu di Kuantan, tu la sebabnya.
 
Kemudian, masuk kampong ayah aku sebelah tu je, melawat adik beradik dia yg lain. 

Mak Tam sekeluarga mencari lokan. Tak sempat tak cilok lokan.
 

 


Sepupu ayah aku, mak aku, Tokteh, ayah aku, sepupu ayah aku (mak pengantin), sepupu ayah aku (kenduri anak dia plak bulan 9), Pak Andak aku.
 
 
Kami balik ke Kuantan singgah di Ayer Hitam, mak aku nak beli ole-ole utk cucu-cucu.

Kalau korang nak beli kerepek, beli la kat sini, bagus tokeinya, tak berkira.
 

Kedai dia depan kedai ni di Ayer Hitam.

 

Bendera parti dah berkibaran, PRU bila? Tak sabar nak mengundi ni.
 
 
Tujuan lain, aku nak bercerita dgn mak ayah aku pasal status kampeni aku kerja skrg, tapi tak sampai hati wehhh!
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

 



Thursday, March 01, 2018

Singgah Ayer Hitam

Al salam alaykum
 
Kami singgah di Ayer Hitam sebab nak mencari telur pindang. Kawan ayah aku kirim. Kami tak tahu pun telur pindang ada dijual di Johor, biasanya memang jumpa kat kenduri je. Sepupu aku pun tak tahu juga walaupun menetap di Batu Pahat agak lama juga hahaha. Dah cari di Batu Pahat, tapi tak jumpa kedai beriyani, dan hujan juga pagi tu.



Kampungku, tapi bukan kampungku.
 
 
Ayah aku beli telur pindang di Kedai Murtabak Singapore yg ada di tepi jalan tu. Harga RM 1.30 sebiji.
 
Eh tapi takkan nak balik dah kan?
 
 
Alang-alang sampai Ayer Hitam, yg terkenal dgn tempat membeli bunga, maka mak aku pun memulakan aksinya la. Beli bunga kat tepi jalan tu je, dekat-dekat dgn kedai Murtabak Singapore tu. Iman pun turun beli bantal peluk dan penyu utk lucky draw kampeni dia nanti.
 
 
Siap beli bunga, tiba-tiba ayah aku ajak pergi ke bahagian dalam pasar pula.
 


Tak tahu la hepi ke tidak dapat bantal peluk ni, dia bimbang ayah Chik dia tinggalkan dia.

Tiba-tiba ada jumpa telur pindang, lagi murah! Beli sepuluh biji, dapat RM 10.00.

Pelbagai jenis nanas

Nenas Sarawak mahal la juga

Ubi keling aku tahu dan pernah makan, tapi jembut tu apa?

Mak ayah aku mmg seronok kalau ke pasar, yg baju warna peach sana tu ye!

Ubi kayu selembut kapas

 

Ubi pulut, aku tak kenal

Tak beli pun

Dah beli bunga kat tepi jalan tadi, masuk pasar jumpa bunga lagi.
 



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 28, 2018

Siti Homestay di Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat

Al salam alaykum

Aku mencari homestay utk family aku semasa bertandang ke Batu Pahat. Pihak pengantin ada menyediakan homestay utk kami, tapi mengenangkan family kami sendiri ramai, dan keluarga lain juga ramai, maka aku mencari homestay sendiri. Tambahan pula, family kami ramai budak kecik, bimbang bising pula nanti utk family lain tak dapat berehat dengan tenang.

Aku minta tolong sepupu aku carikan homestay di kawasan yg sama, supaya senang nanti bergerak sama-sama, tapi budget aku kecik je, bawah RM 200.00. Tapi takde kat Pura Kencana ni utk budget RM 200.00 ke bawah. Kebanyakannya RM 250.00 ke atas utk hari biasa, dan weekend pula tambahan RM 50.00. Tapi rumah memang besar la, dua tingkat. Yang aku Tanya, kebanyakannya dah penuh.

Maka, aku cuba lihat di AirBnb, jumpa satu homestay beralamat sama di Pura Kencana, iaitu Siti Homestay. Bawah RM 200.00, Alhamdulillah. Rumah teres 3 bilik tidur, 2 bilik air, jadilah utk kami menumpang tidur semalaman.

Ini linknya: https://www.airbnb.com/rooms/18937716?s=51
 
 
Owner rumah sangat baik hati, boleh check in bila-bila masa pun.
 
Gambar di dalam rumah ini adalah dari Puan Siti sendiri, aku tak sempat ambil gambar sbb aku sampai lambat, keluarga aku dah masuk dulu.
 

Bilik tidur utama ada TV dan aircond.
 
 
Anak-anak saudara suka berkumpul dalam bilik ni, sbb ada cerita Didi & Friends kat TV tu. Hahahaha.
 

Bilik kedua

Bilik ketiga, ada tilam tambahan juga
 
 
 
Kemudahan tambahan:
 
1. Toto 2 bidang
2. Selimut
3. Bantal extra
4. Iron
5. Sejadah dan telekung
6. Tuala mandi
7. Sabun mandi dan syampu
8. minuman segera 3 in 1
9. Plastik sampah
10. Pencuci pinggan


Dapur luas!

Mesin basuh, sabun basuh, hanger dan penyidai juga disediakan

Air panas dalam bilik air

TV dgn saluran Njoi
 
 
Parking juga muat utk 2 kereta. Memang sangat berbaloi!
 
Puan Siti juga mesra dengan penghuni melalui wasapnya (sbb tak sempat nak jumpa).
 
 
Maka, apalagi, kalau sahabat-sahabat ada berkunjung ke Sri Gading, Batu Pahat, boleh la menginap di Siti Homestay, berbaloi-baloi!
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::
 

Tuesday, February 27, 2018

Kenduri Nasi Ambeng di Batu Pahat

Al salam alaykum
 
Aku ke Batu Pahat utk kenduri Hafiz + Ume Yana.
 
So dah habis la kenduri anak-anak Chik. Selepas ini kenduri siapa pula di Johor?
 
Pagi sebelum kenduri aku minta adik aku carikan nasi ambeng, tapi takde. Semasa kenduri, ada sambal jawa, sambal tahun, serunding kelapa. Maka aku campur semua, dapatlah nasi ambeng, Alhamdulillah.

 
Ayah aku bersama Tok Teh dan adik-adiknya.
 
Dayah & Iyad, aku gemuk, Chik, Ayah aku, Makngah, Mak Tam, Kak Yati dan cucunya, dan Nabila.
Aku tak perasan plak ayah aku ada dalam gambar ni, hahaha
 

Mungkin kenduri Idat pula selepas dia mencapai cita-citanya utk belajar di Jepun?
 
 
Aku cakap kat Idat p la Korea belajar, nanti kaklong melawat hahahaaha. Dia cakap dia nak p Jepun. 

 Baru separuh pun pelamin bergegar ekekee
 
 
Semoga perkahwinan Hafiz + Ume Yana kekal bahagia hingga ke syurga.
 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, September 03, 2017

Kita raya kat Kampung Pisang!

Al salam alaykum

Kami bertolak ke Simpang Renggam selepas solat Hari Raya. 


Zombie Kampung Pisang?


Majlis Pernikahan Nabila dan Shawal. Semoga bercinta sampai syurga. 


Tiga bersepupu


Biasa kena tol, tapi kali ni pak sedara semua kenakan pengantin, tebar roti canai. 


Baru la boleh bersanding. 


Sebahagian famili kami di Johor


Surpriseeee! Ada sambutan hari lahir utk famili yg lahir bulan Ogos dan September. Ibubapa pengantin, Chik dan Chik Han lahir September. 

Penat mmg penat!

Alhamdulillah, sebaik saja majlis habis hujan pun turun. Tahun depan insyaAllah Apeez pulak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, August 20, 2017

Mana signboard tak nampak pun?

Al salam alaykum

Saya tak puas hati ni. Mana signboard? Takde signboard pun. 


Itu kat simpang empat tu kan ada signboard? 

Itu tulis projek. Nama tempat takde pun. 

Akhirnya, jumpa signboard yg dicari di jalan yg baru siap dibina 2 minggu lalu. 

Hahaahhaa. 



Belum lagi cerita tak puas hati kenapa google map tak cakap pun kena lalu Bandar Penawar dulu. Langsung takde tunjuk kena sampai Penawar. 

Bila aku sampai, alamak, mmg lalu Penawar ye?

Kena pergi melawat pak sedara la dulu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, May 29, 2017

Perkataan baharu

Al salam alaykum
 
Julie guna perkataan larap iaitu bahasa pasar Johor, dalam komen entri ini: http://kehelan81.blogspot.my/2017/04/pengalaman-pemandu-uber-di-kuantan.html

Saja tanya warga keluarga Johor jugak, aku tak pernah dengar diorang borak dgn aku sebut larap, tak pun aku mmg tak perasan. Cakap laju sangat biasanya. Tapi diorg kata, masa aku ada, takde apa yg larap, jadi tak guna la. Betul la jugak tu.

Contoh yg diorang cakap: Larap minyak, larap garam, gula larap... yg membawa maksud habis.
 

Ada rekan bagi definisi larap:

Definisi 'larap'

Indonesian to Indonesian
adjective
1. laku; laris
source: kbbi3

noun
2. jodoh; 
se·la·rap n sejodoh
source: kbbi3

verb
3. me·la·rap·kan v mengulurkan tali

Cemana nak guna dalam konteks ayat berjodoh tu?
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, November 27, 2015

Kenduri Nano dan Fahmi, 21/11/2015

Al salam alaykum

Tempek gambo majlis perkahwinan anak sepupu pertama belah Johor yg berkahwin... Kot kang dia bersalin nanti lg setahun, aku dapat cucu la ye! Ayah aku dan pak mak sedara lain dapat pangkat moyang, dan Tok-Tok yg ada lagi pangkat moyeng!

Berkumpul reramai ni boleh jadi penin!

Majlis di Parit No 3, Parit Yusuf, Muar... tapi kalau tengok peta dah dekat dgn Batu Pahat... tu yg ayah dan Paklang aku amik kesempatan ke Sungai Nibung, Semerah, BAtu Pahat melawat ibu-ibu saudara mereka.

Homestay kami, menarik! luas sgt rumahnya! boleh tido golek-golek sampai ke dapur

dari kiri, ayah aku, Tok Andak, Tok Teh, Pak Andak dan Tok Da

Anak-anak Tok Teh aku kenal, pernah jumpa pernah borak... anak-anak Tok Andak dan Tok Da aku tak kenal dan tak cam... kalau diorg kat KL ni silap-siap jadi jiran ke, kawan sekeja ke, langsung tak kenal...

Tapi kalau nak kenal kitorg ni waris atuk aku, Md. Taib, Tok Da dgn Tok Andak pernah cakap, nak kenal anak cucu Md Taib (arwah atuk aku, abang sulung diorg), kalau muka iras-iras lebih kurang Junai (Mak Chik aku), ye la tu, sedara la tu... Berapa ramai la muka iras-iras Chik aku tu? heehehehe

si Dijoh ni langsung tak sama dah muka dgn Tok Chik, tgk hidung pun dh lain

Tok Teh, Mak Teh, Chik (seiras tak kami?), Dayah (anak Chik), aku dan adik aku...

Dua bersepupu ni bersanding dulu... Pengantin lambat sangat

Kalau kenduri kat Johor, pengantin mmg sampai jam 2.30 ptg ye?

Anak sepupu aku, Nano

Barisan tol yg menunggu... aku dapat singgit, jadi la

Pengantin lelaki sampai, bayar tol dulu nak! (anak kata ko!)


Aku suka kenduri kahwin kat Johor, walau seringkas-ringkasnya, tetap meriah... maksud aku, bkn negeri lain tak meriah, tapi ringkas kenduri kahwin kat Johor ni, tetap ada kelainan... Inikan plak kenduri besar... Bg aku kenduri anak sepupu aku ni besar la jugak... ada kugiran, ada marhaban, ada barongan, kuda kepang, cabutan bertuah utk ahli rewang dan ahli keluarga (yg ni dari 7 hadiah, 6 kami dapat)

Pengalaman kan? Untung masyarakat Malaysia, majmuk!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::