...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label K-Drama. Show all posts
Showing posts with label K-Drama. Show all posts

Wednesday, August 16, 2017

Chicago Typewriter

Al salam alaykum

Hidup bukan hanya yang indah dan bahagia semata. 



Itulah kehidupan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 11, 2017

Perasaan macam ada di Korea

Al salam alaykum

Mula-mula aku nak jalan kaki je Pavillion. Kemudian, baru teringat ada MRT utk ke Pavillion. Maka, dari KLCC ku naik LRT turun di Pasar Seni utk berhubung dengan MRT Pasar Seni.


Dari Stesen LRT Pasar Seni ke Stesen MRT Pasar Seni memang buat aku "Waaaaahhhhh!". Terus rasa macam berada di Negara lain. Hahahaha...

Rasa macam di Korea! Memang la, ko kan nak pergi jumpa So Ji Sub! Hahaha

K-Drama sangat!

 
Serba baru

Banyak pintu Keluar.
 
 
Aku turun di Stesen MRT Bukit Bintang. Pun dah kompius nak keluar pintu mana satu. Baru ada 6 pintu pun rasa nak sesat di Negara sendiri.
 
 
Dari Pavillion, aku ajak juga Teena, Fidot, dan Syah naik MRT. Syah mula-mula datang dari Shah Alam dengan GrabCar, Teena dan Fidot dgn LRT dan Monorel. Maka, marilah menunggang MRT pula.

Sila patuhi panduan keselamatan
 
Okeh, mari wefie satu kali

Wefie tak best jadinya, "Dik, boleh tolong amik gambo kitorg tak?" ekekekeke

Tak payah buat pilihan nak turun guna tangga, guna escalator je

Dalam tren yg luas dan selesa.
 


Kembali ke realiti, LRT Pasar Seni.
 
 
Kami berpisah di sini, mereka ke Putra Height, aku ke Gombak.
 
 
Nanti nak naik MRT lagi.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 10, 2017

Masih tak boleh nak move on

Al salam alaykum

Semalam aku membuat perkara yg dah lama aku tak buat. Pergi kejar artis. Hahaahaha. Kali ni artis Korea. So Ji Sub punya pasal, tak kisah la Fidot dgn Syah tanak pergi pun, aku nak je pergi sorang. 

Tapi serius ramai sungguh manusia. Janji dgn Syah dan Fidot, lepas habis acara baru jumpa. Berdiri je la kita di mana yg boleh. Memang susah dah nak masuk mencelah. 

Kagum!

Rombongan The Battleship Island muncul dalam jam 7.15 pm, semua menjerit. 10.000 manusia memenuhi Pavilion KL. Pada mulanya aku nampak pentas tu jelas, tiba-tiba hilang nampak kepala je. Frust sungguh! Maka, tengok skrin besar je la. Yang penting, aku tahu aku sedang berpijak di Pavilion sama dgn So Ji Sub. Hahaahahaa

Oppa! Coachenim! Saranghaee kah kah kah 

Ini je la mampu. Terima kasih kat kenalan baru aku di situ mengambilkan gambar aku dgn Ji Sub!

Kemudian, nampak kelibat macam dikenali! Oit Fidot! Cepat bergambo sama ekeekeke. Tepon Syah skrg!

Sorry Fidot, kitorg minat Ji Sub je so takde gambo dgn Joong Ki!

Nak sepentas dgn Ji Sub tak dapat sob sob sob!

Sebenarnya, aku ada masuk peraduan utk memenangi tiket Gala Premiere bersama dgn aktor The Battleship Island, tapi takde rezeki nak menang. Fidot pulak lupa nak masuk. Tak apa la, mungkin nanti ada rezeki lain pula. 

Sampai sekarang aku sengeh lagi. Takleh move on. Padahal dapat tgk skrin je pun. Tak dapat tgk depan mata nak bertentang mata. Tapi mungkin sbb pada usia sebegini sanggup lg buat keja ngokngek camni. Apa ada hal, ada auntie datang nak tgk Joong Ki kot! 

Okes, sambung sengeh lagi! Semoga kita jumpa lagi So Ji Sub Oppa!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 03, 2017

Signal - The Road

Al salam alaykum

Sebab tak sabar nak tengok episod akhir di TV9, aku download cerita ni.

Tapi, episod akhir macam banyak jua yg belum terungkai.

Tapi, pengajarannya, jangan berputus asa! Jangan putus asa. Kita boleh ubah masa depan kita.


Lagu ni menangkap halwa telinga aku:



Romanization
English Translation
No one taught me
If this was the right path or if I should go on a different one
If I reach the end over there, I’ll stop
Saying it’s the end

I’m standing in front of a blocked maze
I ask about my path but the echo has no answer
I might stay on the same path as yesterday
As if I’m hanging on that spider web

Somewhere in the world, in the deepest corner
I need to find myself, who has lost the way
Before the darkness that swallows the sun will come
I need to find my way that is trapped in a long wall

Teach me, my hidden fears
If this path ends, will there be another one?
I need to untangle the knots on my feet
But my numb hands hurt too much

Somewhere in the world, in the deepest corner
I need to find myself, who has lost the way
Before the darkness that swallows the sun will come
I need to find my way that is trapped in a long wall

Teach me, my hidden fears
If this path ends, will there be another one?
I need to untangle the knots on my feet
But my numb hands hurt too much
amudo gareuchyeo juji anha
i giri orheunji
dareun gillo gaya halji
nan jeo gil jeo kkeute
da dareumyeon meomchugetji kkeutiramyeo

garomakhin miro apeseo isseo
nae gireul mureodo
daedab eoptneun meari
eojewa ttokgateun
i gire meomulji molla
jeo geomijul kkeute
kkok maedallin geot cheoreom

sesang eodinga
jeo gil gajang guseoge
gal gireul irheun nareul chajayaman hae
jeo haereul samkin eodumi ogi jeone
gin byeoge gadhin
naui gireul chajayaman hagetji

gareuchyeojwo nae garyeojin duryeoum
i giri kkeutnamyeon
dareun giri itneunji

 du bare dwieongkin
i maedeub kkeuteul pulgien
nae mudyeojin soni
deo apeuge joyeowa

sesang eodinga
jeo gil gajang guseoge
gal gireul irheun nareul chajayaman hae
jeo haereul samkin eodumi ogi jeone
gin byeoge gadhin
naui gireul chajayaman hagetji


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 24, 2017

Oppa!

Al salam alaykum

So Ji Sub nak datang Malaysia wehhh!

Mesti berderu org msnunggu kat KLIA sana tu. Bercampur la dgn org nak pergi haji sekali. 



Harap tayangan perdana di KLCC boleh mengintai sekejap. 

Oppaaaaaaa!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 13, 2017

Seolah-olah masa berhenti

Al salam alaykum

Habis tengok Drama K2 ni dah lama dah... Mula-mula ku ingatkan pasal Gunung K2 tu, tapi kisah tentang pengawal peribadi yg menggunakan kod nama K2. Aku KK, sama dengan K2 la kan?


OST drama ni semua best, salah satunya ialah:






PARK GWANG SUN – AS IF TIME STOPPED (시간이 멈춘 듯) THE K2 OST


In an endless, sleepless forest
You’re smiling so brightly
Maybe you’re not afraid of me
In a deep, deep darkness
As if you’re lighting the way
You’re smiling so brightly
Like a warm flower
As if time stopped
As if I’ve fallen into a swamp
I can’t move
I can’t even approach you
As if the wind stopped
As if I’m under a spell
At the end of the scented road
I think I’ve seen you
Maybe you It’s you?
The flower was you?
In my life that’s filled with scars
Like a flower that doesn’t wither
In your soft eyes
I have been tamed
As if time stopped
As if I’ve fallen into a swamp
I can’t move
I can’t even approach you
As if the wind stopped
As if I’m under a spell
At the end of the scented road
I think I’ve seen you
Maybe you It’s you?
The flower was you?
Maybe you It’s you?
The witch was you?
When did it start?
Like a child, I’m following you
And I’m smiling
I will continue to walk
In this faraway dream
As if I’m drunk in love
As if the poison has spread
I can’t breathe
I can’t even run away
As if the wind stopped
As if I’m trapped in a spell
At the end of the scented road
I think I’ve seen you
Maybe you It’s you?
The flower was you?
Maybe you It’s you?
The witch was you?
Takde Astro, tapi TV9 dan 8TV pun tayang K-Drama yg best.

Boleh la dari takde.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, May 04, 2017

Wawa - Bau

Al salam alaykum

Selalu sangat nama Wawa disebut seharian ni, buat aku teringat lagu kegemaran aku satu ketika dulu.


Lagu takde kaitan dgn Wawa yg disebut-sebut selalu hari ini. 

Tiba-tiba teringat lagu Warkah - Bau, kemudian selongkar entry lama, sekitar tahun lagu tu popular di corong radio, sebab perasan hati telah teguh, seteguh karang, lepas tu rupanya hati tak kuat mana. Nak masuk 10 tahun, masih mencari apa definisinya mungkin. 

Kecewa dengan pengakhiran drama Ms. Perfect dan novel Diari Mat Despatch - Sudah Bekerja. Tapi ada sesuatu nak aku ulas dari Diari Mat Despatch. Mmg kena sgt dgn apa yg aku nak karang haritu. Dok dalam draft tak berusik lagi. 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, April 10, 2017

Patah hati tau tak? (2)

Al salam alaykum

Lagi 3 bulan Lee Sang Woo nak kahwin. Wuuuuuuu sedihnya hati. Lagi bertambah patah hati. 


Org tanya, kenapa aku suka Lee Sang Woo? Tak hensem mana pun. Gelap. 
Jawapannya: Ntah. Suka masa tengok drama Feast of the God. Pastu muka dia ada iras macam muka Jawa Batu Pahat kot. Tapi Lee Sang Woo hensem lagi la. Tapi yg paling penting, senyum dia manis wehhhhh!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, April 06, 2017

Tawar hati plok sere

Al salam alaykum

Demam hero tua sekarang. Sekarang tengok Drama Korea kat 8tv. Banyak la scene yg kena potong. Jadinya, gembira juga. Hahaaha. Cuma, lambat la sikit nak habis. Episod asal ialah 16 episod, di 8tv mungkin sampai 22 episod. 

Drama yg dilayan sekarang, Woman with the Suitcase. Cerita peguam-peguam ni. Teringat kengkawan puan-puan hakim dan peguamcara dan peguambela di sana sini sinun. 

Jalan cerita, malas nak cerita. Tapi mmg menarik. Tapi tarikan kedua yg utama ialah hero tua ni. Okes, babai So Ji Sub. Joo Jin Mo macam hero filem Hong Kong. 


 
Muka episod 13 online. Hensem. 


Kalau pakai cap mmg sesapa pun terus hensem

 
Pendakwaraya yg meletakkan jawatan kerana sumpah palsu saksinya. Bijopp!

 
Sapa-sapa pakai sunglass terus hensem. Tapi dia ni mmg hensem laaaa. 

Hensem kan?

Tapi episod semalam buat aku sentap. Sapa la translator tu?


Ini recap di DramaBean.com

Dan satu scene semalam yg buat aku sentap dan tawar hati nak tengok drama Korea ni dah. 


Kalau baca subtitle dalam bahasa Inggeris, nampak macam takde apa-apa kan? Malaysia takde presiden, jadinya itu adalah fiksyen semata. Takde kaitan dgn hidup dan mati. 

Tapi semalam kat 8tv, subtitle dalam bahasa Melayu, diterjemahkan terus sebagai "Perdana Menteri Malaysia". Telefon aku dalam bilik, mmg tak sempat nak amik gambar adegan ni dalam terjemahan bahasa Malaysia. Takde sensitiviti langsung si pembuat terjemahan tu. Terus ada kaitan dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia. 

Teruk macamana pun Malaysia ni, jati diri perlu ada. Mungkin drama Korea hanya memasukkan skrip membuta tuli, tapi penterjemah Malaysia ni wajib la peka. Tak pun, potong je adegan tu dari kuar tv. Kalau online mmg paham takleh nak buat apa. 

::: Hidup in indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 13, 2017

Mari makan

Al salam alaykum

Tak sangka petang ni episod akhir Let's Eat. Macam banyak yg tergantung. Tapi sbb tengok kat TV9, mungkin ada adegan yg dipotong. 

Episod akhir, semua berakhir dgn baik. Jin Yi dapat menerima oppanya mmg anggap dia adik je. Peguam Kim pun ok je dgn Setiausaha Lee berpacaran dgn Raja Insurans. 

 
Adegan yg paling meruntun perasaan adalah apabila Peguam Oh makan dgn berlinangan air mata. Aku pasti, kita semua pernah melalui saat macam ni. Sedih yg datang tiba-tiba. Dan kesedihan itu kita andaikan akan pergi dgn makan, makan, dan makan. 

Tengok cite ni, mengundang selera utk makan je. Kejam sungguh cite ni! Asyik la telan air liur. Aku bukan la gemar sangat masakan Korea. Ada la yg aku suka, tapi itu je la. Apa nama pun lupa. Hehehe. 

Yg paling menyentuh perasaan yg cepat sentap ni ialah puisi tentang Nasi. 

 

 “To you who eat a lot of rice because you’re lonely, 
to you who sleep a lot because you’re bored, 
to you who cry a lot because you are sad, 
I write this down. 

Chew on your feelings that are cornerned like you would chew on rice. 
Anyway, life is something that you need to digest.”

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, February 18, 2017

Terasa umur 16 tahun.

Al salam alaykum

Gyosil honlan 2017 (School 2017)
Hagjangnim: Sha Arah shi
Seonsaengnim: Arbaiah Suki shi (garang cikgu ni)
Chuga Gyosa-nim: Angah Dila shi, Nur Aj shi, Sharifah N. Sharifah shi, Aisha Assa shi, Nik Nurfadhilah Fatmi shi, Nor Azlini Noor Azmi shi
Gyosa Tuja-nim: Azlina EaGy shi

Hagsaeng Lideo-nim: Zainur Hanim Zainal Abidin shi
Biseo-nim: Afida Amzah shi
Hoegye Won-nim: Nor Azian Anuar shi

Aja aja faitim!


 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, January 18, 2017

The Producers

Al salam alaykum

Drama ni dah lama ada dalam simpanan aku. Aku tengok diorg menang anugerah kat KBS Drama Award 2015. Tapi takde hati nak tengok. Tiba-tiba main kat TV9. Eh eh eh, macam best plak. Terus pulun tengok tiap-tiap malam. 

Image result for the producers kdrama

Memang best! Patut menang banyak anugerah!

Aku nak petik kata-kata bermakna je dalam drama ni. Ramai plak kongsi, memula aku nak edit-edit je dari tepon aku. Tapi meh la kita copy je kat internet.


Image result for the producers kdrama

Image result for the producers kdrama

Image result for the producers kdrama

Ra Joon Mo PDnim #kdrama #chataehyun #theproducers episode 8



Image result for the producers kdrama
Yang paling best... :-)


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 27, 2016

In Ha tua banyak cakap

Al salam alaykum

Love Rain Episod 17

Aku suka In Ha masa muda, dia pendiam, hanya menterjemah perasaan dalam lukisan, dalam lagu.

Bila dia tua, cakap banyak plak. Betul la Joon cakap, kalau masa muda semua boleh simpan sendiri, pendam sendiri, kenapa bila tua nak warwarkan kepada semua?

Petikan novel The Little Prince (https://en.wikipedia.org/wiki/The_Little_Prince)


Tinggalkan kenangan indah itu, sebagai kenangan yg indah.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 15, 2016

Ko Nangil Syndrome hilang camtu je?

Al salam alaykum

Semalam dah habis kat KBS World. Aku tak puas hati, sbb Ko Nangil tak mati. Penyakit Ko Nangil Syndrome pengsan sakit kepala dia tu hilang camtu je. Geram je. Aku nak dia mati, sbb aku tak suka Hong Nari... hahahaha...

Image result for Shin Se-Hwui in sweet stranger and me
Awat ko tak mati? Kredit: http://dramatroll.net/post/152922711510


Bapak angkat Ko Nangil pun hilang camtu je.

Aku suka Kwon Dokshim, cantik dia ni rambut panjang. Punyalah dia suka gila kat Ko Nangil, sanggup buat macam-macam. Hehehe

Yeahhh! Dia study pasal Ko Nangil! Kredit: http://dramatroll.net/post/152922711510


Awal-awal cite ni best. Lepas je episod Ko Nangil cakap dia mmg cintakan Hong Nari, terus tak best. Cacamarba dah. Aku tengok sampai habis pun sbb Ko Nangil je la, dgn adik beradik angkat dia tu Kim Wanshik. Dingin je diorang berdua ni, tapi banyak bantu membantu dan tolong menolong utk lepaskan diri dari kemelut Da Da Finance.

Akhir-akhir baru tahu Greenland ni ada pakatan dgn Da Da Finance tentang urusan hal jual beli tanah mak Hong Nari. Tapi, penghabisan kemelut ni tak best sangat. 

Tengok cerita macam tengok cerita Oh My Venus dan Descendants of The Sun. Takde perasaan selepas beberapa episod. 



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 03, 2016

Baboyo?!

Al salam alaykum


OST pertama Sweet Stranger and Me, best lagu ni


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 25, 2016

Sweet Stranger and Me

Al salam alaykum

Drama baru!

Sekarang ni aku tengok drama kat TV je, malas dah nak download pastu cari masa nak tengok. Running Man pun dah lama tak tengok! Nanti Gary pun dah keluar Running Man.



Image result for sweet stranger and me



Episod satu drama ni pun dah best dah. Harap kebestan ia itu sampai ke akhir. 

Drama kali ni pun berkisar tentang kehidupan seorang pramugari. Skrg demam cerita awan biru ye kat Korea? (tak sabar jugak nak tunggu penghabisan On the Way to the Airport)


Drama Sweet Stranger and Me ni menarik mata aku apabila telefon tangan mereka dalam drama ni ialah iPhone! Jarang sekali aku nampak dalam drama Korea produk lain selain daripada jenama Korea sendiri. Tapi Ilah cakap, dalam drama City Hunter pun pakai iPhone, tapi aku tak tengok cerita tu.

Episod 1 tadi berakhir dgn Hong Na Ri mengetahui org asing yg ada dalam rumahnya tu ialah bapak tiri dia! Mudanyaaa! Hhahahaaha...

Lagu satu, ada cerita tentang restoran dumpling. Terus teringt dalam peti kulit dumpling tu ada lagi tu. Adalah tu nanti projeknya kalau tengok dumpling dia ni menyelerakan.


Harap hahahaha sampai habis nanti!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 22, 2016

Uncontrollably Fond

Al salam alaykum

Baru berkesempatan menonton episod akhir drama ni. Tapi, kenapa ending dia macam tu? Kenapa macam tergesa-gesa nak ditamatkan? Episod ke 20 kot, tak perlu tergesa-gesa sangat, macam skrip baru smlm tulis, hari ni shooting, malam esok nak tayang kat tv.

Sabo je la.

Sampai aku terpikir bila si Shin Joon Young tu nak mati. Mati la cepat. Hehehe

Drama ni nampak sungguh kehidupan di Korea bagaimana. Bagaimana org kaya, berduit, berkuasa menindas org yg lemah, tiada kuasa, tiada nama utk menutup kesalahan dan tindakan jahat mereka. Oleh sbb tu kot Shin Joon Young sibuk nak jadi artis, sbb nak lindungi No Eul.

Drama ni boleh dikatakan Cinta Tiga Musim, sbb ada musim luruh, musim sejuk dan jugak musim bunga. Subhanallah cantiknya!

Image result
Winter Sonata

Image result
Autumn In My Heart


Spring Waltz

Image result for uncontrollably fond episode 20
Summer Scents pun ada, tapi dia nak mati dah, sob sob sob. Aku berkenan rumah ni, cantik.


Drama ni jugak membawa mesej kpd kita, sementara kita hidup, berbaktilah, berbuat baiklah, berusahalah, bergembiralah, dan berbahagialah. Kita hidup, jangan letakkan salah kepada orang lain. Hidup jangan berdendam. Selagi boleh, buatlah kebaikan dgn sebanyak-banyaknya. Selagi daya, jadilah anak yg baik. Berbaiklah dgn mereka yg menyayangi kita di sekeliling kita. 

Image result for uncontrollably fond episode 20
Ahjussi ni hensem tau sebenarnya, tgk sini http://asianwiki.com/Choi_Moo-Sung


Ooo senang la Shin Joon Young tu dah tau dia nak mati bila. Eh, kita yg tatau mati bila ni la kena pegang kata-kata ni, "Bekerjalah kita sekuatnya, seolah-olah kita hidup beribu tahun, beribadahlah kita sebanyak-banyaknya, seolah-olah kita akan mati esok hari". Mati, sentiasa kena bersedia kan?


Wefie pertama dan terakhir Shin Joon Young & No Eul

Dan kpd yg ditinggalkan, jangan bersedih, teruskan hidup, teruskan perjuangan, kerana yg meninggalkan itu tak mahu pun melihat kita meratap hiba bersedih duka selamanya. Mereka mahu kita gembira menjalani kehidupan yg meriangkan. Itulah yg No Eul buat, dan itulah janji ibunya kpd Joon Young. 

Ok, ni je rumusan yg aku boleh tulis sbb aku masih tak puas hati episod 20 mcm tangkap muat je. Mujur OST cerita ni best semuanya, terutama tiga lagu Inggeris itu. Dan review ni http://www.dramabeans.com/2016/09/uncontrollably-fond-episode-20-final/ mmg best, buat aku betul-betul sedih lepas tengok episod 20 dgn takde perasaan sedih.

Eh, Kim Woo Bin nyanyi sedap jugak tau!


Ok, nak habiskan W plak, banyak episod lg ni


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, September 08, 2016

Patah hati tau tak?

Al salam alaykum

Kalau skrg ni taip kat google "Lee Sang Woo" pertama sekali cerita yg keluar ialah

"Lee Sang Woo and Kim So Yeon are officially dating!

Patah hati wooo!

Katanya sbb berlakon sama dalam cerita Happy Home.

Patah hati tau tak? 나는 상처 해요

Oppa! Sob sob sob


Ke mana mahu bawa hatiku yg pecah seribu utk dicantum-cantumkan semula?



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, August 10, 2016

Stress!

Al salam alaykum

1. Stress aku tengok wartawan ni interview artis tak cek dulu latarbelakang. "Saya ingatkan abang org Melaka". Aku bukan wartawan pun aku tau dia asal Terengganu. Stadi la skit adik!

2. Semalam tgk intisari rancangan 391, Beautiful Mind Episode 15, aku sangkakan episod istimewa la kan? Sekali bukak cite Page Turner, tapi dah episod 2. Bila masanya episod 1? Dah aku kena tgk online utk episod 1. Rupanya hari Isnin dah main ganti rancangan Entertenmaint Weekly. Stress!

3. Aku stress nengok kawan2 Fateh ni dok sibuk suh Fateh terima Fahmi semula. Suka hati Fateh la nak pilih sama, korang sbg kawan2 doakan yg baik-baik utk Fateh. Dah Fateh dlm dilema nak pilih sapa pulak. Si Fahmi ni pun suka paksa2, dah Fateh nak move on, terima la. 

4. Kereta aku parking tepi jalan. Sbb takde parking kat tempat biasa. Petang td aku tengok-tengok parking temapt biasa tu kosong. Niat nak alih kereta, pakcik yg kereta dia ada 7-8 buah tu lepak minum air tengok je aku dok usha-usha parking. Tak jadi la nak ubah kereta. Stress! Pakcik pindah la dok rumah ada parking lot besar skit.

5. Semenjak habis Ramadhan Syawal ni setiap detik perut aku berdendang kelaparan. Padahal setiap masa aku mengunyah. Sebalang kuih raya habis, goreng sosej habis sebungkus, telur dua biji, nasi sebungkus, tapi tak kenyang-kenyang. Cacing apa yg menghuni perut aku ni?

6. Stress aku takleh nak bagi kata putus nak join ke tak pergi bumi kanggaru ni. Alhamdulillah kak Awin memahami. Keputusan pada minit-minit terakhir pun masih diterima. Doakan keputusan aku tepat. 

7. Stress memerap je kat rumah tapi itu je la yg aku mampu setakat hari ini. Pergi keja balik keja tengok tv tido makan baca buku.

8. Kerja dah banyak dan kami semakin busy tapi sbb ada hal banyak menda takleh nak buat. 

9. Sampai ofis, tengok-tengok pintu bukak sebelah je, alas kaki masih kat bahagian dalam, aircond tak pasang. Diorg yg sampai awal takkan la takleh nak tolong bukak kan pintu lg sebelah, keluarkan alas kaki, pasang aircond. Stress sungguh org berat tangan ni. At least pasang la aircond, korg jgk yg panas nak bekerja kalau receiptionist tak datang2 nak bukakkan aircond. 

Itu je stress? Hahaahhaa... Banyak lagi stress sebenarnya. Stress paling utama ialah ada hal.

Semoga urusan kita semua dimudahkan olehNya. 

When we feel being poisoned by stress, pain and failures, the best antidote is to...PRAY❤ - Hasnitah Andy

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 04, 2016

Beautiful Mind, 14 episod je!

Al salam alaykum

Beautiful Mind dah habis malam tadi. Terkejut aku tengok final episode. Padahal selama ni aku percaya ia 16 episod. Rupanya sbb rating tersangat rendah maka ia dipotong.

Image result for beautiful mind korean drama



Sedih! Sbb jalan cerita best. Kalau baca komen di http://myasiantv.se/drama/beautiful-mind/ dan http://asianwiki.com/Beautiful_Mind_(Korean_Drama) semuanya suka cerita ni, tapi nak buat cemana, orang Korea tak suka.

Kisah seorang doktor, Lee Yeong Oh yg berjaya tetapi menghidapi penyakit anti-social disorder. Doktor yg tiada perasaan dalam hidupnya. Tetapi, dia cuba jugak utk memahami setiap emosi pesakit, dan mencari dirinya yg sebenar.

Dapat plak ayah dia yg tak sokong dia jadi doktor. Dan selalu merendah-rendahkan kebolehan Yeong Oh dan menggelarnya "monster". Sedih jugak! Tapi Yeong Oh biasa je muka dia, takde perasaan la katakan. Tapi sebenarnya, di akhir cerita, ayah dia sayang dia, cuma tanak apa-apa yg buruk berlaku.

Image result for beautiful mind korean drama



Dalam drama ni sangat kurang kisah-kisah romantik, memang aku suka la. Dan sudah semestinya kisah kedoktoran, kebanyakan scene dalam hospital, maka banyak la jugak belajar jargon-jargon (betul ke perkataan aku guna ni?) yg jarang dituturkan dalam kehidupan seharian. 


Image result for beautiful mind korean drama


Dua episod terakhir tentang pembedahan pemindahan organ daripada penderma hidup kepada pesakit. Selama ni yg aku tahu, pemindahan organ selain daripada hati, mestilah dari penderma yg telah meninggal dunia. Rupanya boleh juga pemindahan dari penderma hidup, tetapi risikonya tinggi la dan haram sebenarnya.

Image result for beautiful mind korean drama


Dan, di akhir cerita, Lee Yeong Oh, walaupun tidak berjaya mengubah dirinya utk sensitif terhadap persekitaran, tetapi bagi aku dia berubah la jgk. Dari suka pakai serba hitam, dah boleh pakai baju warna lain. Dan cuba menyemai rasa cinta kepada Gye Jin Sung.

Beautiful Mind Doctor Power Rangers Episode 14


Dan yg penting, raja segala kulprit yg membuat onar dan pembunuhan di hospital telah dijumpai. Padan muka Dr, Chae.

Tata Beautiful Mind, jumpa lagi di siaran ulangan.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::