...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label KL Hop On Hop Off. Show all posts
Showing posts with label KL Hop On Hop Off. Show all posts

Sunday, November 22, 2015

KL Hop On Hop Off: Dataran Merdeka - KLCC

Al salam alaykum

Perhentian terakhir, Dataran Merdeka...




Seronok! Sbb mcm boleh guling-guling...




Tapi sekejap je perasaan boleh guling-guling tu, pastu ramainya pelancong dr China!


Betapa peghoknya rasa, ada Perpustakaan Kuala Lumpur kat situ, aku tak tau!


Cantik! Macam moden...


Ada time tunnel... 


cerita tentang Kuala Lumpur...


Kemudian kami berlegar kembali di hadapan Galeri Kuala Lumpur.


Tapi kami tak masuk. Kami pikir kami nak ke Istana Budaya


Nak tunggu bas. 


Tapi bas tak datang-datang.



Kami masuk ke Muzium Muzik.



Belajar tentang alat-alat muzik.


Ada cerita tentang P. Ramlee.



Ada tentang pembuatan alat muzik.


Dan kami berlegar lagi di luar.


Mana bas ni takde lagi ni?


Minum air dulu di Plaza Dataran Merdeka.


Memerhatikan kelibat manusia di sini.


Dan menghabiskan bateri kamera...



Akhirnya, setelah puas menunggu tak nampak rupa bayang bas, kami berjalan kaki ke Medan Mara...



Hujan mula turun mencurah-curah...


Naik je bas, kami tanya, kenapa bas takde kat Dataran Merdeka? Dia cakap, sbb har itu ada event di Dataran, kena tunggu kat DBKL.

hmmm... padahal kami lalu DBKL, tak nampak bas pun, dan tak nampak org menunggu bas pun...

Aku tak pasti sama ada, ada pengumuman atau tidak pasal tempat menunggu bas di DBKL tu...


Oleh sbb hari pun dah petang, kami tak berhenti kat TItiwangsa, terus ke KLCC utk makan malam dan berpisah...

Ada rezeki dan masa di lain kali, nak cuba bas GoKL plak...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, November 20, 2015

KL Hop On Hop Off: Istana Negara - Bird Park

Al salam alaykum




Naik bas duduk bahagian bawah plak... ehhehehe... semua nak rasa...

Ke Istana Negara Jalan Duta... Bas akan tunggu di sini selama 10 minit... 10 minit rasa sekejap je, tapi ok la tu nak amik gambar je pun kan? Takleh masuk dalam pun...

Ramai sungguh manusia!

Abg, kelip mata tak?

Kuda tanak bergambo!

Ok, dah tercatat satu kenangan di sini



kalau tengokkan, tempat parkir awam kurang sgt kenderaan persendirian... maka, mungkin kami boleh pergi sendiri utk bergambar tanpa ramai pelawat... mungkin pada hari bekerja? atau pun malam? cantik tak ye waktu malam?

Dan, kami naik bas, ke Bird Park... aku sebenarnya nak turun kat Lake Garden, sbb aku tak pernah sampai Taman Tasik tu... Tapi Pah tak setuju... Dia nak ke Memorial Tun Abdul Razak... aku dah pernah masuk dgn Kak Awin sebenarnya, tapi tak pe la... layankan aje...


Kat dalam Memorial ni takleh amik gambar... tapi aircond dah ok, masa aku pi dulu, panas, aircond rosak... kali kedua sampai, kali kedua mengata Najib... 


Memandangkan waktu Asar pun belum masuk lagi, dan masjid Negara mmg selalu kami singgah, kami terus ke Dataran Merdeka...



Dataran Merdeka, tunggu ye!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 19, 2015

KL Hop On Hop Off: KL Tower - Karyaneka - Central Market

Al salam alaykum

Kali ni naik bas duduk dalam rasa aircond kejap.



Dari KL Tower, kai naik bas ke Karyaneka, di perhentian no 5...

Ini serius, tempat idaman aku, mmg aku tak pernah sampai langsung kat sini...


ooo, baru tau pasal pisang kipas

Kami masuk Muzium Kraf, tapi takleh amik gambar. Sepatutnya bayaran RM 3.00 seorang, tapi ada sesetengah ruang pameran ditutup, maka masuk adalah percuma utk masa sekarang.

Banyak yg menarik dalam Muzium Kraf ni... Mengenali adiguru-adiguru utk semua jenis kraf dan tenunan di Malaysia... 

Nak mengait pun dah malas, ni kan plak nak menenun, menganyam, menyulam dan macam-macam kerja kerastangan lain... 


Tapi tu la, Perkampungan Pelukis dan Perkampungan Kraf pun ditutup. Mungkin lain kali plak...



Pah membeli tandamata kenang-kenangan kat sini.. seperti biasa, harga mampu tengok je la... utk kenang-kenangan, pejam aje la mata tu...




Dan, kami naik bas lagi sekali, seterusnya ke Pasar Seni... yg kat sini Pah tak pernah sampai...

Masa ni mmg panas sgt, dah waktu tengahari... pelancong pun dh ramai, budak sekolah pun ada, dari Perlis... kesian aku tengok dok kat atas panas atas kepala... tapi Perlis lg panas kan dik?


Bas melalui Petaling Street, aku pun tak pernah sampai. 


tapi oleh sbb memikirkan ni waktu tengahari, kena cari makan dulu, terus je la ke CM...


Kawasan Petaling Street ni kiranya masih mengekalkan bangunan lama... harap terus kekal sampai Wawasan 2020.

Teringat tugasan Photo Hunt 2012, kena amik gambo kat signboard ni




Akhirnya, Central Market aku datang lagi... Aku tak ingat bila kali terakhir sampai, mungkin semasa Food Hunt 2012 la kot... 

Apa pun makan dulu... AKu cari Ayam Penyet yg aku tak pernah lupa rasanya sejak tahun 2011. Aish! Lama betul tak jumpa ayam penyet CM tu...


AKu tengok kiri kanan ramai sungguh org dok lipat-lipat tudung AJ... rupanya ada design baru kuar... aku penggemar tudung bawal AJ ni, tapi mmg tak kuasa la aku nak p amik nombor nak membelinya... dan tak kuasa jugak nak beli kat diorg ni yg membeli banyak-banyak bg habis pastu mark up harga tinggi... tak dapat design tu takpe lah, janji aurat aku tutup...

Lepas makan, solat Zuhur, dan pusing-pusing dalam CM... 


Ada la yg berubah, dan masih ada yg kekal...


Kemudian, kami naik bas lagi utk ke Istana Negara Jalan Duta! Idaman sungguh ni...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 18, 2015

KL Hop On Hop Off - KLCC ke KL Tower

Al salam alaykum

Kami bermula di perhentian no 23 - KLCC...

naik tu tunjukkan slip pendaftaran, dan bayar RM 5.00 seorang...

Kalau ikutkan kena tunjukkan IC, tp dia ckp takyah la... hehehehe

bye KLCC, jumpa lg petang nanti

inilah rupa bas yg menjadi idaman aku...



Pagi-pagi naik, cuaca nyaman lagi, sambil mendongak memandang langit nan biru. Dan plak tu takde org pun lagi...



Destinasi pertama, perhentian no 2, Menara Kuala Lumpur. Hani tak pernah sampai lagi... 


Kalau korang nak naik ke Observation Deck tu, boleh la beli tiket siap-siap dalam bas sbb dapat diskaun yg aku tak ingat berapa... 

Sbb aku dah pernah naik, Pah pun dah pernah naik, dan Hani pun gayat nak naik, kita dok bawah je la...

Habiskan masa kat KL Tower ni selama 15 minit, sbb nanti bas sampai nak kejar naik... hehehehe

Kenangan utk Hani

Sejarah pokok Jelutong


Aku tak paham kenapa harga nak naik observation deck ni mahal... utk rakyat Malaysia pun mahal... sob sob sob... Nasib baik pernah naik dah naik atas dedulu dgn Intan...

Ngam-ngam 15 minit, kami naik bas utk ke destinasi seterusnya...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::