...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Saturday, April 08, 2017

Happy Newly Wed

Al salam alaykum

Hari ni ke utara, kemudian ke selatan. Selangor je. 

Kenduri pertama, kawan sekelas aku kat Ehsan dulu, Azzam. 

 

Kenduri di Puncak Alam. Kenduri mula 11.30 pagi, aku sampai jam 12.00 tengahari. Gigih! 

Lama tak jumpa Azzam. Last jumpa lepas grad, aku keja basuh pinggan kat kedai makan, dia belajar kat UM cawangan kat Indera Mahkota, Kuantan, dia selalu makan kat area kedai makan aku keja tu. Sekarang dah habis PHD. Ko bila nak sambung ntah Kay wehh. 

 
Kakak Azzam, kak Azura. Kandungan dah 8 bulan. Mmg lama tak jumpa kak Azura ni. 

Kemudian, gagah menghala ke Saujana Impian. Geng yg dikenali semasa mendaki Rinjani. Kebetulan mmg nak ke Semenyih lagi sekali, jadi sehala je la. 

Sampai je pengantin nak keluar outdoor photography. Selfie la kejap. 

 
Wan cakap 30 minit je ni. Ye la sangat. 

Wan ni last jumpa kat Rinjani je la. Hahaaha. Alhamdulillah masih mengenali aku. 

Eh betul dia 30 minit je. Sbb hujan dah masa tu. Maka, dapatlah kami berpotret di pelamin nan indah. 

 

Tahniah kepada kedua-dua pasangan mempelai. Semoga bercinta hingga ke syurga. 

Alhamdulillah, lama aku tak pergi kenduri, hari ni dapat makan nasi lauk kenduri! Alhamdulillah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, December 08, 2015

Akhirnya, bertemu jodohnya!

Al salam alaykum

Sepanjang aku berkenalan dgn pengantin ni, aku tau sejarah persahabatan dia dgn bakal-bakal jodohnya. 

Ada kisah yg buat aku marah, ada yg aku suka, dan ada yg aku sedih. 

Alhamdulillah, akhirnya jodoh dari langit sampai juga. 

Tangisan kesyukuran. 

Semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga. 

Tahniah Maziah!




Zara dah tak boleh manja-manja dgn Alang tau!
Sayu aku tengok si Zara ni... Sekejap-sekejap dia p peluk Alang dia...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, November 27, 2015

Kenduri Nano dan Fahmi, 21/11/2015

Al salam alaykum

Tempek gambo majlis perkahwinan anak sepupu pertama belah Johor yg berkahwin... Kot kang dia bersalin nanti lg setahun, aku dapat cucu la ye! Ayah aku dan pak mak sedara lain dapat pangkat moyang, dan Tok-Tok yg ada lagi pangkat moyeng!

Berkumpul reramai ni boleh jadi penin!

Majlis di Parit No 3, Parit Yusuf, Muar... tapi kalau tengok peta dah dekat dgn Batu Pahat... tu yg ayah dan Paklang aku amik kesempatan ke Sungai Nibung, Semerah, BAtu Pahat melawat ibu-ibu saudara mereka.

Homestay kami, menarik! luas sgt rumahnya! boleh tido golek-golek sampai ke dapur

dari kiri, ayah aku, Tok Andak, Tok Teh, Pak Andak dan Tok Da

Anak-anak Tok Teh aku kenal, pernah jumpa pernah borak... anak-anak Tok Andak dan Tok Da aku tak kenal dan tak cam... kalau diorg kat KL ni silap-siap jadi jiran ke, kawan sekeja ke, langsung tak kenal...

Tapi kalau nak kenal kitorg ni waris atuk aku, Md. Taib, Tok Da dgn Tok Andak pernah cakap, nak kenal anak cucu Md Taib (arwah atuk aku, abang sulung diorg), kalau muka iras-iras lebih kurang Junai (Mak Chik aku), ye la tu, sedara la tu... Berapa ramai la muka iras-iras Chik aku tu? heehehehe

si Dijoh ni langsung tak sama dah muka dgn Tok Chik, tgk hidung pun dh lain

Tok Teh, Mak Teh, Chik (seiras tak kami?), Dayah (anak Chik), aku dan adik aku...

Dua bersepupu ni bersanding dulu... Pengantin lambat sangat

Kalau kenduri kat Johor, pengantin mmg sampai jam 2.30 ptg ye?

Anak sepupu aku, Nano

Barisan tol yg menunggu... aku dapat singgit, jadi la

Pengantin lelaki sampai, bayar tol dulu nak! (anak kata ko!)


Aku suka kenduri kahwin kat Johor, walau seringkas-ringkasnya, tetap meriah... maksud aku, bkn negeri lain tak meriah, tapi ringkas kenduri kahwin kat Johor ni, tetap ada kelainan... Inikan plak kenduri besar... Bg aku kenduri anak sepupu aku ni besar la jugak... ada kugiran, ada marhaban, ada barongan, kuda kepang, cabutan bertuah utk ahli rewang dan ahli keluarga (yg ni dari 7 hadiah, 6 kami dapat)

Pengalaman kan? Untung masyarakat Malaysia, majmuk!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 23, 2015

Barongan dan Kuda Kepang

al salam alaykum

Sabtu 21/11/2015 aku pergi kenduri kahwin anak Kak Yati... Kak Yati ni sepupu aku, arwah ayah dia, Pakngah keturunan Jawa... dan Kak Yati, Abg Mali pun mmg Jawa pior la...

Kak Yati dah war warkan dlm wasap grup nanti ada persembahan Barongan dan Kuda Kepang...

teruja! Sbb inilah kali pertama aku nak menontonnya... Walaupun aku ada ramai sepupu keturunan Jawa, tapi majlis kenduri diorang yg lain takde menda cenggini ni...




Adam kata "takutlah ciklong" takut-takut pun dia main je dgn patung tu...

baru nak baca sejarah Barongan... katanya berasal dari kisah zaman Nabi Sulaiman... tapi akal fikiran aku tak dapat nak kaitkan dgn kisah Nabi Sulaiman... macam jauh sangat larinya! Kalau kaitkan dgn asal usul Hindu, mungkin jugak...


Pasukan Tarian Barongan Parit Bugis ni terkenal di Malaysia... Aku kagum jugak, sbb budaya ni masih lg diterapkan dalam masyarakat Jawa di Muar dan Batu Pahat... Pasukan diorang ni ada kanak-kanak lagi, dan sudah tentulah warga emas yg menurunkan ilmu kpd diorang...



Aku ada rakamkan video, tapi sebab lebih 100mb, takleh nak share sini... ni aku copy link sepupu aku...






Posted by Maslinda Masri on Saturday, 21 November 2015





Posted by Maslinda Masri on Saturday, 21 November 2015










Dan malamnya plak, persembahan Tarian Kuda Kepang... Kalau baca sejarah, lagi lah aku melopong cemana plak tarian ni dikaitkan dgn Wali Songo dan jugak kisah peperangan zaman Rasulullah...



Sebelum tarian dipersembahkan, Pak Lang aku dah cerita nanti ada unsur-unsur mistik dalam tarian ni...




Antaranya kopek buah kelapa dgn gigi, makan daun, makan kaca dan kemudian semua penari akan sedar semula lepas melakukan semua aksi tu...





Dan, mmg berlaku betul-betul ikut turutan apa yg Pak Lang aku cerita...





mmg takleh terima diorg tu naik syeh... sbbnya cemana jalan cerita boleh sama, ikut turutan? Kalau mmg aksi luar kawalan/bawah sedar, takkan la sama je semua persembahan kan?



aku enjoy la yg part tarian kuda kepang tu... tapi bila masuk yg konon-konon unsur mistik tu, aku mmg takleh nak terima... 

tapi, kalau tengok persembahan malam tu, aku pikir diorang berlakon je yg aksi-aksi tak sedar diri tu... mmg nampak macam dibuat-buat... tapi Tok Teh aku cakap, penari-penari tu mmg betul tak sedar...

Allahu a'lam... aku harap, tarian kuda kepang ni bebas dari unsur-unsur salah dalam Islam... 

Tapi muzik iringan Barongan dan Kuda Kepang best, aku suka!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, August 23, 2015

Wani dan Oja

Al salam alaykum

Kemain tajuk. Tapi takde gambo Oja pun. 

Teman serumah, teman seofis, teman sekereta, teman karoks berebut radio dan lagu kat Pengkalan Baru, Batu Rakit dulu dah kawen. 

Kawen dgn penyanyi nama Oja tu. Kenduri belah Wani kat Kedah, tak dan la nak p. Kita datang yg KL je. 

Tahniah Wani! Akhirnya bunga yg menjadi rebutan di site 2 tahun lepas telah pun bertemu kumbangnya. Semoga bercinta sampai syurga. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, May 15, 2014

Adik?

Al salam alaykum

Malam tadi aku tepon rumah... nak bercakap dengan mak ayah... tapi ada suara pompuan lain yg jawab...

"Eh, adik tak sekolah ke?"

sbb minggu ni minggu pereksa, takkan la dia balik rumah...

lepas tu tepon bertukar tangan... Iman yg jawab... ma dgn pa takde, pi masjid...

"sapa tadi tu? adik ke?"

"bollok la mu ni kaklong" Iman jawab...

serius aku lupa, Iman dah kahwin, aku ada adik ipar lagi sorang!!




faktor usia barangkali...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, May 14, 2014

Telefon Bijak

al salam alaykum

termenung panjang bila tengok telefon bijak aku ni ada problem... dan bila di buat bekap rupanya bekap tahun 2012...

sedihhhh!!!

kecewa aku tengok handphone tu...

aku tak sempat nak save gambar kahwin adik aku!


uuwwwaaaa!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, May 04, 2014

Adikku kahwin

Al salam alaykum

Selamatlah sudah majlis pernikahan adik lelaki saya, Khairul Iman dan Nur Fatihah pagi tadi, 03/05/2014, di Masjid Langgar, Kota Bahru. 




Iman, dah kahwin, topup mintak dengan isteri la plak ye. Hehehe. 


Sekarang tinggal yg sulung, 33 tahun dan yg bongsu, 15 tahun. Orang dah tanya, "yg mana dulu ni nnt?"

Senyum je la. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, February 23, 2014

Ko takde baju lain ye?

Al salam alaykum

Baju yg sama, di kenduri yg berbeza, pada tahun yg sama. 

Kenduri Syahru di Kuantan


Kenduri Acha di Seremban. 


Kedua-dua kenduri pada tahun 2006. 

Tapi skrg pun aku boleh pakai lagi baju tu. Sbb berat masih sama. Tapi tak pakai sangat skrg, sbb takde tudung yg padan dgn baju tu. Tudung yg aku pakai pada kedua-dua majlis tu dah hancur lebur sbb selalu sangat dilenjan. Feberet katanya!

Tahun ni takde baju kurung baru lagi. Nak  kena beli kain la buat baju baru. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 01, 2013

Selamat

Al salam alaykum

Alhamdulillah, sempat pergi kenduri Ika hari ni. 

Terima kasih Asyha dan suami sbb datang amik saya!

Selamat pengantin baru Puan Aznika dan Encik Kamarul Arifin. Semoga bercinta hingga ke syurga!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, November 19, 2013

Barakallahu Lakuma

al salam alaykum


Alhamdulillah... berkesempatan nak ke Tanah Merah, Kelantan utk kenduri Kak Burn aka Whooz atau nama yg diberi Huziana Fauzi...

Majlis nkah berlangsung pada 16/11/2013 di Masjid Paloh... dan kenduri pada 17/11/2013 di kediaman ibu bapanya...



sebelum diakadnikahkan...





bersama encik suami...



antara GGK yg sempat hadir pada 17/11/2013

Majlis bertandang pada hari ni... gambar bawah ni adik Kak Burn yg bagi tadi kat whatsapp group kami...

Majlis bertandang 19/11/2013


seorang ahli dah selamat... siapa plak lepas ni?

ahli GGK yg dh selamat:
Yatt
Huzz

yg belum lagi:
Amy
Kay
Adeq
Athirah
Bai

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, June 10, 2013

2

al salam alaykum

dah alang-alang balik Kuantan, aku pergi kenduri Asyha... walaupun awal-awal dah cakap aku tak dapat balik...

alhamdulillah, kehadiran kami menggembirakan hati mempelai...



doakan mereka bahagia, hingga hujung nyawa, sampai ke syurga...

Nazatul Asyha dan Amrul, 08/06/2013



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 11, 2013

masih lagi

al salam alaykum

Asyha upload gambar ni kat FB...

aishhh!!




Jawapan utk Ika: Gambar ni time kita balik Kuantan, dan Asyha sms kita ajak jalan-jalan, dan Ika ke Terengganu tak silap, ada kenduri... dan Asyha tukar plan ajak saya teman dia pergi kenduri kat Gunung Senyum....

Sally komen: Kay jujur...

ehehehe... takde menda nak ditipukan...


trend skrg, setiap majlis kenduri kahwin ada photo booth... dan, saya dan Asyha sedang menjakunkan diri di photo booth itu... props yg tersedia tak berapa nak banyak, dan itu je yg mmg relevan dgn diri ini... hahahaha... mungkin ada yg akan kata, tak payah la sibuk nak bergambar dgn props... seperti yg saya katakan tadi, saya dan Asyha sedang menjakunkan diri... 

sebenarnya, selepas bergambar, terlupa dah nak pesan kat Asyha takyah la upload... dan, sbb dah lama, terlupa dah pasal gambar ini, hinggalah Sabtu lepas... cek e-mail ada komen dari Sally iaitu "Kay jujur!" haa sudah, apa kemenda la plak...

gambar tu tak salah, takde apa pun... boleh je nak upload... cuma kadang-kadang, bila dapat komen yg macam malas nak layan... 


- knp tak kahwin lg? - rugi tak kahwin awal - memilih sangat ni - tak ikut sunnah rasulullah - diri tak berapa baik la tu - pakai mekap skit, bg menawan - takde pakwe lg eh? - bersosial la, baru kenal org - best tau ada tempat nak kongsi masalah susah senang - dan list bertambah lagi la -


"tak payah nak kenang sangat pasal jodoh, sbb ia belum pasti (tapinya doa, usaha, ikhtiar, tawakkal jangan dilupa)... ingatlah sentiasa perihal mati, kerana mati itu pasti"


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, March 06, 2013

Cenderahati

al salam alaykum

semalam pergi kelas, dapat cenderahati kenduri kahwin... kawan sekelas kenduri kahwin anaknya pada 03/03/2013.

dapat biskut yg best sekeping...

dan jugak, seperti gambar di bawah

masa kecik-kecik dulu, masa sekolah-sekolah, dulu isi masa lapang...

koyak buku tulis, lipat jadi segiempat sama...

lipat lagi, dan lagi...

dan warna kan merah biru hijau kuning...

kemudian tulis macam-macam menda kat dalam lipatan tu kan?

lupa plak aku nak tanya, umur anak classmate aku tu berapa tahun?


kalau anak 80an mmg main lagi kot...


kalu anak tahun 90an dan 2000an ni, mcm tak pernah nampak pun adik aku main...




meh kita tengok apa ada dalam lipatan...



apakah sifat peribadi muslim yang mulia? 
ada rahsia tersorok di dalam berwarna merah!


menepati masa
luas pengetahuan


akhlak sempurna
manfaat pada orang lain


Pesan Nabi Muhammad:
"Sayangilah, pasti kamu akan disayangi, 
dan maafkanlah, pasti kamu akan dimaafkan"
Direkodkan oleh Bukhari


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 05, 2013

KL - Kemayan - Seri Menanti - KL

al salam alaykum


03/03/2013, aku ke Felda Tembangau, Kemayan, Pahang...

meraikan officemate kami yg menjadi ratu sehari...

selamat pengantin baru ye Che Mah!


Che Mah selepas akad nikah


Pelamin... aku suka!


menunggu pengantin salin baju, kami merobohkan dulu pelamin


persalinan biru


tak sempat nak tunggu pengantin lelaki sampai, kami pun meninggalkan majlis... sampai skrg teringat-ingat lauk kenduri... sedap! walaupun takde masak-masak merah...


kalau pergi tempat orang, kena la menyinggah sekejap kan? nak datang balik tatau bila...


pergi ke Kemayan, lalu Negeri Sembilan, nampak papan tanda, kita singgah kejap...


dekat je tu


pintu gerbang Seri Menanti


Muzium Diraja Seri Menanti

tak dapat amik gambar dalam Muzium... 

Pameran di dalam Muzium mengisahkan tentang keluarga diraja Tuanku Muhriz, Yang Dipetuan Besar Negeri Sembilan sekarang... 

tingkat atas sekali adalah runag utk pengawal...

nak naik tingkat atas sekali tu, kena naik tangga yg sangat curam... mujur lagi biasa dalam acara panjat memanjat ni... takde la ngeri sangat...

pemandangan dari tingkat atas Muzium (amik gambar curi-curi, sekeping ni je la) harap dimaafkan sbbnya katanya tkaleh amik gambar dalam muzium, ni pemandangan luar muzium...


Batu Kasur - tempat ujian utk anak-anak raja, jika lulus maka akan ditabalkan utk menjadi pemerintah


kanak-kanak riang la sangat


Daulat Tuanku


kemudian singgah minum petang di Hutan Lipur Ulu Bendul... tak amik gambar sbb macam tak menarik sangat...

bila lagi nak sampai ke sini tatau la....


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::