...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

Isi borang mohon kerja

Al salam alaykum

Penat isi borang mohon kerja.

Aku baru 5 tempat kerja, pun rasa penat.

Yang dah kerja 13 tahun, 13 tempat kerja tu cemana la agaknya ye?

Yang kerja 13 tahun di tempat sama, tapi pangkat pun dah ada 5 6 7 pangkat, cemana la jugak ye isi borang minta keja ni?




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 31, 2017

Oh Khairini not my Kenari

Al salam alaykum

Hahaaha begitulah pakcik expat itu berkata selepas melihat nama aku menempah bilik mesyuarat.

Pakcik expat ni tak habis-habis bertanya dgn kami Kenari tu cantik kan? Dia dah beli pun.

Kita ni sibuk nak naik Grab nak kereta buatan luar Negara, padahal pasangnya kat Melaka je pun, kat Pekan je pun.

Syukurlah dapat bergerak dari titik A ke titik B.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 09, 2017

Day One

Al salam alaykum

Hari ni hari pertama dgn Kumpulan Kayu. Tapi kami tak sebumbung dgn pekerja-pekerja Kayu yg asal. Kami masih di bangunan lama. Lega! Kalau tak, takde la motivasi KLCC aku. 

Jauh nak menapak ke bangunan The Icon dr LRT Ampang Park. Kak SuZiLaWa cite dulu dia menapak ke LRT Ampang Park. Gigih. Motivasi dia lain. Lagipun, Kumpulan Kayu ni pun akan pindah ke bangunan lain yg berdekatan dgn KLCC. Ashraff tunjuk tadi, tapi dia sendiri pun tak tahu nama bangunan. 




Utk jabatan yg sama tugasan dgn aku, mereka ada 30 orang! Ramainyaaaa! Harapnya aku dapat menyelit (sambung kontrak) sama. Aku sorang je pun dari Syarikat Roda Angkat Malaysia ni. Kumpulan Kayu banyak dapat projek, dan memang sedang mencari pekerja tambahan. 

Aku pernah dipanggil utk interview sebulan lepas, tapi di bawah syarikat sumber manusia lain. Kontrak utk sebulan-sebulan, dan tidak layak utk cuti tahunan dan cuti sakit. Aku menolak, baiklah aku sabar di sini dahulu. 

Selain akan se-syarikat semula dgn bekas-bekas pekerja Tambatan Pelampung Tunggal Malaysia iaitu Ashraff, Kak Lydia, Aznan dan Kak Yati Khusairi, paling tidak disangka aku berjumpa dgn Didi! Aku tahu dulu dia di Maxis selepas meninggalkan Kuantan.




Aku mendoakan semoga kami semua baik-baik dan jika sudah tertulis rezeki, panjang jodoh aku di sini. Aamiin. Doakan aku sama ye! Terima kasih. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Friday, October 06, 2017

Jalan Tun Razak

Al salam alaykum


Aku tak familiar sangat dgn Jalan Tun Razak. Yg aku tahu di Jalan Tun Razak ada Pusat Darah Negara, Pusrawi, IJN, bangunan ni yg menempatkan ofis sahabat-sahabat aku, The Intermark, Bangunan Tabung Haji. Tu je kot. 

Hari ni aku ke KL Trillion Tower. Puas menggoogle dan bertanya. Bangunan ini letaknya di seberang jalan bangunan dalam gambar ni, bersebelahan Balai Bomba Jalan Tun Razak. Pun baru aku sedar kewujudan Balai Bomba tu. Jadi pemandu Grab pun tak tahu jalan. Tapi, aku tahu dari situ boleh jalan kaki ke Jalan Yap Kwan Seng dan seterusnya ke bangunan ofis aku skrg. 

 Julie kata lintas jalan pun boleh. Naik jambatan depan KFC Ampang Park pun boleh. Aku memilih, utk menggunakan jambatan. Sibuk sangat Jalan Tun Razak, tak berani nak jadi ayam. 

Isnin nanti, lagi satu bangunan baru yg perlu aku terjah. The Icon. Kampeni yg aku kerja sekarang telah dibeli oleh kampeni di bangunan The Icon. Aku tak nampak lagi di mana bangunan tu. 

Banyak sangat bangunan baru di KL ni. 

Mohon doa sahabat semua, doakan ku baik-baik sahaja. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, October 03, 2017

Cuti tanpa gaji

Al salam alaykum

Siang tadi, aku jumpa Hasma, sahabat sekerja di Kuantan dulu. Dia sedang bercuti sebulan tanpa gaji. Katanya, setiap pekerja diminta oleh pihak kampeni utk mengambil cuti tanpa gaji seberapa lama yg boleh. Kampeni dah tak buang orang dah, setakat ni. Maka, terpaksalah bercuti, sehingga ada projek baru. 

Ini kampeni kedua yg aku dengar meminta pekerja mengambil cuti tanpa gaji. Kampeni lagi satu, di Jalan Tun Razak juga, meminta pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji. Dan, pekerja juga dibenarkan utk bekerja sambilan di syarikat lain, tetapi mestilah berlainan industri. OK la juga sikit. 

Kalau duit berkepuk-kepuk, seronok juga keliling dunia tanpa memikirkan masalah kerja kan?

Kemudian, aku berjumpa kak Rabi, ex-HR kampeni sebelum ni. Dia kata, ini adalah dugaan utk semua yg terlibat. Didik hati tidak sombong, tidak kufur nikmat. Tiada siapa pun yg minta jadi cam ni kan? 

Teruskan usaha. Teruskan berdoa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, August 23, 2017

Hobi saya ialah pergi temuduga

Al salam alaykum
 
Selepas beberapa lama aku tidak menghadiri mana-mana temuduga, akhirnya aku dapat panggilan temuduga. Setakat ini, 4 temuduga telah aku hadiri.
 
Yang pertama di Kuantan, pada bulan 6 haritu, 2-3 hari selepas cuti raya. Penemuduga datang dari Dubai. Kita gigih nak beraya, dia gigih nak datang menemuduga. Tapi, sampai sekarang takde jawapan. Bila aku tanya agent, agent kata kampeni belum bagi keputusan. Aku tanya kampeni, kampeni kata belum dapat juga dari penemuduga. Aku hubungi penemuduga melalui LinkedIn, dia kata dia akan beri keputusan melalui HR kampeni dia. Aku kontek semula HR, pun masih lagi tiada keputusan katanya.
 
Member aku pun ada juga temuduga di kampeni yg sama awal tahun, tapi sama, sampai sekarang masih tiada keputusan.
 
Temuduga kedua ketiga keempat baru berlaku pada bulan ini, dan telah pun mendapat keputusan GAGAL. Cepat juga dapat jawapan, tapi, ok bagi aku, senang nak move on dan tumpukan pada permohonan lain pula.
 
Yg kedua, temuduga di kampeni yg sama yg aku tolak tawarannya pada bulan Mac yg lalu. Aku pun tak sangka akan dipanggil temuduga lagi, nyaris juga aku nak tolak. Tapi, aku pergi jua. Semasa temuduga pun pihak penemuduga bertanyakan aku kenapa aku menolak tawaran tu, aku jawab sama je kenapa aku tolak, sbb surat tawaran lewat dari yg dijanjikan. Bagi aku temuduga ok, tapi bukan rezeki, dapat jawapan pagi tadi, gagal.
 
Yang ketiga, minggu lepas, di Petaling Jaya. Tapi yg ni la pengalaman yg menyakitkan hati dalam sejarah temuduga aku. Aku ditemuduga tak sampai 5 minit. Tak padan dengan debaran sbb yg menemuduga aku bukan calang orang. Sebenarnya mungkin aku tidak ditemuduga pun. Sbb dia tengok kat CV aku contract position, kemudian dia cakap tak guna aku datang temuduga sbb nanti kalau dapat pun dia offer utk contract position setahun.
 
Aduyai, aku pun pertikaikan kenapa di dalam iklan tidak dinyatakan tentang taraf jawatan tu? Sedangkan kampeni besar macam aku kerja sekarang ni pun mmg ada menyatakan taraf jawatan adalah fix-term contract. Kampeni tak kecik tak besar macam kampeni ko tak boleh nak letak dalam iklan? Aku pun selektif juga dalam memohon pekerjaan. Dan, selepas itu dia babai je kat aku. Aku pun menyuarakan ketidakpuashatian kepada pegawai dia. Pegawai dia boleh kata, saya pun tak tahu kenapa tak diletakkan dalam iklan? Kelako sangat.
 
Hargailah usaha orang yg nak pergi interview tu. Sedih wehhh! Balik tu, aku email balik kat HR dia pasal hal ni, tapi takde balasan sampai skrg. Aku pun tak mengharapkan balasan, tapi lain kali sila la bertanggungjawab dgn iklan anda. Mujur lagi aku dari KL, kalau dari Kuantan? Interview tak sampai 5 minit, tak ke rasa nak mengamuk?
 
Salah aku juga, sbb tak tanya taraf jawatan.
 
Temuduga keempat, di Pengerang, juga telah mendapat keputusan gagal. Menurut sahabat aku yg turut sama temuduga minggu lepas, pada masa sesi dia, ada 2 calon lain, lelaki dan meletakkan gaji rendah sikit dari kami. Mungkin, salah seorang dari mereka yg dapat. Sbb mereka boleh mula kerja serta-merta, berbanding kami kena notis sebulan dulu. Tapi, kalau dapat, bos aku orang Korea la wehh! hahaha... Mujur tak dapat ek!
 
Masih mencari lagi. Baru 6 bulan di sini sebenarnya, tapi usaha tetap usaha. Semoga ada sinar di penghujungnya.
 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, August 20, 2017

Mana signboard tak nampak pun?

Al salam alaykum

Saya tak puas hati ni. Mana signboard? Takde signboard pun. 


Itu kat simpang empat tu kan ada signboard? 

Itu tulis projek. Nama tempat takde pun. 

Akhirnya, jumpa signboard yg dicari di jalan yg baru siap dibina 2 minggu lalu. 

Hahaahhaa. 



Belum lagi cerita tak puas hati kenapa google map tak cakap pun kena lalu Bandar Penawar dulu. Langsung takde tunjuk kena sampai Penawar. 

Bila aku sampai, alamak, mmg lalu Penawar ye?

Kena pergi melawat pak sedara la dulu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, August 12, 2017

Mengubati Rindu

Al salam alaykum

Abang Bad mengundang kami ke kenduri anak sulungnya di Dewan Perdana KRS, Seremban. Abang Bad kata reunion Supply Chain. 

Tapi, ramai lambat datang sbb ada eksiden di PLUS Highway. Sabar menunggu kak Gee datang dari Johor. 


Kami bersama pengantin dan ibu ayah pengantin lelaki. 


Dengan Kak Arma. Masih lg di SBM. 


Ex-SBM

Dan, kami ke IOI Putrajaya, kak Gee nak meraikan belated birthday aku. Kami lepak di IOI Putrajaya. 

Alhamdulillah. Sejak Kak Gee dapat VSS dan pulang ke JB, inilah kali pertama aku bersua dengannya. Terharu sangat!



Ada rezeki insyaAllah aku akan ke JB nak melepak dgn Kak Gee kat sana pula. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 01, 2017

Pengalaman temuduga masing-masing

Al salam alaykum
 
Kalau dulu, selalu makan berdua atau sorang je, sbb tak ramai officemate Melayu, tapi sekarang, bertambah la sorg dua lagi officemate Melayu dan suka mencari tempat makan. Tapi diorg mmg kakak-kakak la. Kagum weh dh masuk usia 50an masih bekerja, ada yg PJJ dgn suami di Melaka, ada yg PJJ suaminya di Johor.
 
Kami bercerita pengalaman temuduga.
 
Kakak yg suaminya di Melaka, bercerita tentang ex-bosnya yg suka mengasingkan resume yg berwajah cantik/hensem dgn yg tidak. Dan, yg berwajah cantik/hensem saja dipanggil temuduga. Maka, mulai saat itu, dia mohon pekerjaan tanpa gambar di resume. Aku up status ni di FB, ada sorg kawan aku komen, kalau utk international job application, mmg tidak digalakkan utk meletakkan gambar pada resume kita.
 
Aku pun ada je pengalaman pasal gambar di resume. Nak buat cemana, aku kat fotogenik, berulang kali interviewer tengok aku, tengok gambar aku, dan akhirnya, "dalam gambar cantik!" Adoi, kalau dalam gambar cantik, kat luar pun cantik la jugak! Ekekeekeke...
 
Ada juga kakak HR yg bercerita, markah utk keterampilan diri hanyalah 10, biasanya interviewer akan bagi markah paling tinggi 7, paling tidak pun 5. Aku harap aku dapat la 5 tu, bukannya 1 ataupun 0.
 
Dan ada kakak perekabentuk perpaipan pula bercerita, dia selalu dapat soalan, "Jika dia diterima bekerja, bagaimana dgn pengurusan anak-anak?" Dan dia mengomel, takkan la ini pun nak tahu, pandai-pandai la dia uruskan. Sbb, bukannya baru mula hendak bekerja, dah berpuluh tahun bergelumang dalam alam pekerjaan. Nak tergelak je aku.
 
Dan, kakak PA pula berkongsi pengalaman dia, dia dapat soalan, kalau diajak ke hotel, ikut tak? Peliknya soalan. Dia jawab, dah kalau kerja sebagai PA/Setiausaha, dan bos kena meeting di hotel, memang akan ikut la, sbb meeting, bukan sebab lain kan?
 
Setakat ni, aku takde la dapat soalan-soalan macam di atas ni, kecuali semuanya tentang functional dan structural interview. Tapi, paling menyampah, structural interview. Sbb dia kata, tiada jawapan betul atau salah. Tapi bila aku bagi jawapan, dia menidakkan jawapan aku setidak-tidaknya. Aku bukanlah suka berbahas sangat wehhh! Sbb tu la tak dapat lagi kerja kat Menara Jagung tu kan? Hahahahaa...
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 26, 2017

Bila mak tanya, dah pergi interview mana dah?

Al salam alaykum
 
Sahabat aku di AMB dulu tiba-tiba msg aku nak tgk resume aku. Ada la tu nak p minta kerja baru la plak tu. Rupanya skrg dia pun dah bertukar department, sama mcm aku. Cuma dia dah jadi manager la, aku tak pun.
 
Maka, bertukar-tukar la pengalaman kami menghadapi interview dan bagaimana nak menjawab soalan interview yg tak pernah aku sangka akan disoal.
 
Dan ada yg dia cadangkan, gunakan pengalaman kita dulu di AMB. Kita kan dikenali sbg batch yg degil. Ada je perkara yg kita lawan DSS, sehinggalah DSS memperkenalkan sistem utk kita patuhi dan menjadikan siapa kita pada hari ini.
 
Baiklah. Maka, berbekalkan semanngat itu, aku menghadiri satu video interview, iaitu siri bercakap sengsorang. Soalan satu je senang, boleh jawab. Soalan kedua, aku blank, nervous, terus tak dapat jawab. Soalan ketiga, pun terus bisu. Terus aku tinggalkan video interview itu.
 
Kemudian, mak aku tepon, dia  cakap ada rombongan KRT nak ke sebuah pulau bulan 10 nanti. Dia ajak aku pergi sama. Aku jawab, aku nak ke Tawau, boleh tak? Harga package RM 600.00 plus plus. Mak aku cakap tak payah la, sambil menyambung, ada interview tak? Ni dah bulan 8 ni... Huhuhuhu...
 
Terus teringt, video interview yg aku tak siapkan tengahari td. Due sampai 11.59 pm. Aku gerun.
 
Tipis harapan nak ke Tawau nampak gayanya.
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 16, 2017

Sarapan di 14, minum petang di 10

Al salam alaykum

Kenyang makan semalam kat open house Eagy membawa ke pagi ni. Maka, aku tak sarapan pagi sbb rasa sebu sgt perut. Aku brunch terus di rumah Athirah. Menu nasi lemak yg mmg sedap zaman berzaman. Ikan bilis dia tu sedap. Mungkin sbb penggunaan ikan bilis tu sendiri. 


GGK (Huz) dan GSH tanpa Eein dan Cikgu


Mereka bertanya cemana aku kenal Intan ni, aku kenal di masjid Muadz bin Jabal. Kami sama-sama ikut Athirah ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Dan kebetulan pula, Intan ni kawan dgn Fida dan Kak Zack, geng proton aku. Dunia kecik je. 

Dan petangnya, aku ke Subang Bestari, menjamu mee kari di rumah Kak Emi. Memang akan bercerita tentang bos lama kami. Hanya doa mampu dititipkan. 


Freestylezzzz

Ada lagi raya? Raya sehari je, tapi Syawal itu sebulan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 12, 2017

Sakit di kaki siapa yg tahu

Al salam alaykum

Dah banyak bulan kaki kanan ni sakit. Tak tahu punca. Sbb aku tak pergi jumpa doctor pun. Tapi aku mmg lama tak hiking. Dulu kaki aku seliuh tahun 2012 dulu kaki kiri. Jadi bukan sbb sakit lama la.

Kenapa tak jumpa doctor? Aku takut. Sbb takut kena bedah. Ngek kan? Tak tahu sakit apa, dah pikir sampai kena bedah.

Sbb tak tahan sangat, terpaksa la mencari dalam kotak-kotak barang hiking aku di mana letaknya ankle guard aku. Mujur jumpa satu.


 
 
Alhamdulillah, rasa yakin sikit melangkah. Perasaan ngilu pun takde. Berjalan pun laju. Alhamdulillah.
 
 
Hari ni aku plan nak ke OGA. Pagi2 lagi aku kejar bas 6.50 am. Nak masuk ofis 7.30 am jadinya dapat la aku kuar ofis awal.
 
 
Tapi, housemate aku tepon cakap dia terkunci dalam rumah. Sbb tertinggal kunci rumah dalam bilik. Kunci spare plak ada dalam bilik aku. Jadi aku turun di bus-stop Jusco AU2 dan berjalan kaki balik ke rumah. Kesian dia kalau tak dapat pergi keja. Jadinya, aku naik semula bas 7.30 am la. Nanti nak kena pikir nak simpan kunci spare kat mana pulak selain dari dalam bilik. Rumah kecik, senang je kot org jumpa kot?
 
 
Nampaknya, takde la rezeki nak ke OGA tahun ni. Tunggu la lagi 2 tahun pula. Esok, hari terakhir OGA, habis jam 5.00 pm. Memang tak dapat la pergi.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 05, 2017

Salah Faham

Al salam alaykum

Pagi tadi aku lambat. Bangun sahur minum air pun mcm minum dlm mimpi. Tapi aku tgk jam masa tu 5.30 pagi. Tapi tido semula. Sedar tak sedar jam 6.30 pagi. Kelam kabut la pagi ni. 

Nak naik uber guna promo RM 7.00, tambang ke LRT saja cecah RM 11.00. Grab plak masih RM 4.00, tapi takde promo. Alhamdulillah berkat kesabaran bas pun tiba jam 7.30 pagi. 

Sampai LRT mmg tahu la mesti penuh manusia mesti kena naik tren selepas 2-3 tren berlalu. 

Isi masa dengan membaca suratkhabar edisi seminggu. 



Berjaya gelak sengsorang melupakan masalah aku yg lewat pagi ni. 

Firuz, aku teringt kat ko baca kisah lampu ade idak ade idak tu hahaahaha

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 16, 2017

Bulan Siang

Al salam alaykum

20 Ramadhan


 langit berawan, cuaca cantik, nyaman je

 pencakar langit yg lain
 

21 Ramadhan



langit terang tanpa awan gemawan di pagi Jumaat.
 
Ada yg berjumpa al-Qadr semalam?

 
Setiap pagi hari bekerja, tak pernah lupa mendongak ke langit tinggi sekitar KLCC.
 
Jangan sampai aku jatuh terduduk di muka bumi.

 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 13, 2017

buat silap kena marah laaaa

Al salam alaykum
 
Di pagi senin Selasa ini, kena marah la plak dgn team Thailand. Hahahaha...
 
Padan muka!
 
Selama ni kerja sorang-sorang takyah nak refer ke sapa, semua buat keputusan sendiri, sekarang memandai-mandai buat keputusan, itulah akibatnya...
 
Mujur lagi Encik Menejar e-mail balik kat aku tentang kenapa aku tak boleh buat keputusan sendiri tu. Sejuk hati sikit.
 
Bos aku MC hari ni, demam.
 
OK, demam dan batuk bukan setakat kat Malaysia, Singapore dan Thailand juga. Kita kan serumpun.
 
Sambung batuk semula.
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 02, 2017

Kabhi Kushi Kabhi Gham

Al salam alaykum

Ada sahabat-sahabat di FB mengemaskini status mereka "hari terakhir", "akhirnya dapat jadi surirumah tangga sepenuh masa, tapi tak sangka sebegini awal", "ada kerja kosong bagitau", "alhamdulillah, kontrak sambung lagi sebulan" dan macam-macam lagi. 

Waktu yg sukar utk semua. Walaupun dijangkakan industri semakin berkembang baik, tapi, ramai lagi yg hilang pekerjaan. 

Rezeki masing-masing berbeza. Ada sahabat-sahabat di FB yg beli tiket bercuti hari ni, terbang esok. Ada yg update status "benci la bos ni, stress aku. aku berenti 24 jam kang, baru tahu!" Dan, yg membacanya seorang aku ini, "Waaahhhh! Seronoknyaaaa"

Tapi, mujur ada sahabat-sahabat yg banyak menyedarkan bahawa hidup ini tak semuanya indah. 

Jurutera projek di kampeni lama, mula bekerja di tempat baru di pantai timur. Itupun hatinya berbelah bagi, kami kata pergi laaa. Dia nak bawak isteri dan anak-anak sekali. Kami kata biarlah Isteri tinggal la dulu kat KL ni, kerja dia stabil, takkan nak suruh berenti. Berkorban dulu utk PJJ. Kemaman dan KL tak la jauh mana. Naik bas 3 jam sampai. 

Dan seorang lagi, resah hati. Semakin lama semakin tertekan. Iklan kerja kosong semakin berkurangan. Yg dipohon tiada jawapan. Kalau dulu masih boleh pergi ke gym utk menenangkan fikiran, skrg dia rela berkurung. Tapi dia cakap, berita gembira berat badan turun. Tanda-tandanya macam depresi. Maka, setiap 2 hari sekali aku cuba bertanya khabar. Supaya dia tidak berasa keseorangan. 

Cuba dengar apa yg dia hendak katakan. Jangan bagi dia rasa putus asa. Jangan bagi dia rasa dia tidak bernasib baik. Biar la dia luah segala rasa pedih, duka, kecewa, gembira, bahagia dan sebagainya. Beri galakan utk apa yg diusahakan. Jangan janjikan bulan bintang sudah. Jangan bandingkan dgn org lain. Tiada siapa yg suka dalam saat macam tu. 

Sahabat semua, sama-sama kita doakan, semoga yg pahit akan manis akhirnya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, May 27, 2017

Promosi Raya 2017!

Sila skrol ke bawah utk entry terkini!

Tapi marilah cuci mata dulu baca iklan ini. Kemudian, boleh order sekali. 

 

PROMOSI RAYA 2017!

Ceriakan rumah anda dipagi Syawal dengan langsir/wallpaper/blinds pelbagai pilihan material daripada Cool Impressions. Setiap warna dan corak kami pasti memeriahkan ruang anda bersama keluarga. 

Langsir hanya RM260/tingkap*. Beli 1 Percuma 1
Wallpaper hanya RM499/roll*
Blinds hanya RM5.60/sqft*

Jangan lepaskan promosi hebat ini. Hubungi kami segera untuk membuat tempahan!

Sila klik link ini utk pertanyaan: http://kay.wasap.my/


#coolimpressions
#terlajakcantikterlajakmurah
#rumahkucool
#decodecorumah
#wardobecloset
#coolraya2017

Friday, May 19, 2017

On this day

al salam alaykum

Best juga ni menulis takde orang baca... Baca sendiri je...

Pagi ni aku tengok on this day kat FB.

Ada kenangan dgn ex-musuh.

Maka, seperti biasa buat aku tersenyum la kan.

Dan, ayatnya yg satu aku jadikan status aku pada pagi ini.

"Harapan dan doa adalah usaha yg seiring"

Kemudian, aku se-lif dgn En. Dee Akan Suka tu... OK, best juga borak dgn dia. Tak sangka la pulak peramah. Tapi semalam mcm menyampah juga bila aku minta sain dia utk approval. Dia cakap, "I'm too clever to sign this form"

Dah ko project manager, kena la sain juga. Formaliti meh! Hahaha


Harap-harap pagi yg baik dan ceria ni berterusan hingga akhirnya.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru

Al salam alaykum
 
Soalan dan pernyataan yg selalu aku dapat:
 
1. Tak mintak jadi cikgu?
- Mintak, tak dapat. OK tipu. Pernah dapat. Lepas SPM 1998, semua jenis borang utk lepasan SPM aku isi dan mohon. Dapat temuduga utk Diploma Perguruan. Masa tu, pihak kementerian panggil calon lelaki lagi ramai dari calon perempuan. Semasa temuduga penyampaian berkumpulan, penemuduga kata, suara aku yg paling lantang berbanding calon lelaki yg lain. Macam positif je kan? Aku dapat tawaran utk sambung dalam Diploma Perguruan, kena pergi Institut Perguruan di Kedah. Tapi aku tolak, sbb aku macam suka je kehidupan dan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Terengganu. Nak amik medic kekononnya kat USM. Nak jadi doctor kang? Bukan nak jadi cikgu! Tapi ko amik Matrikulasi Kimia-Fizik.  Sekarang satu apa pun takde hahaha
 
2. Awak sesuai jadi Cikgu
- Ni Mudir Akademi Alif yg cakap, Ustaz Zubir. Semasa aku jadi Muallimah, mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain sementara menunggu keputusan SPM kat tempat dia. Dia suruh aku pertimbangkan kursus perguruan, sbb aku ada bakat katanya. Bakat marah orang ada lah Ustaz. Hehehe.. Sekarang nak mengajar budak mengaji pun aku masih was-was.
 
3. Kenapa tak mintak KPLI?
- Mintak, tak pernah dapat. Banyak kali mintak, setiap tahun selepas tamat tahun akhir, semua gagal. Samada gagal semasa ujian, ataupun semasa temuduga. Semasa temuduga tu, tahun 2007, aku ada meeting tak silap, aku pakai jubah seluar, pastu terus pergi temuduga. Punca kegagalan aku, sebab pakaian aku. Hahahaha. Penemuduga kata, aku takde etika pemakaian seorang guru.
 
Sejak dari hari itu, aku pun mula berhenti utk memasuki kerjaya perguruan. Sambung Master, sbb aku nak sambung PHD/DBA. Tak dapat jadi Doktor Bedah, dapat PHD/DBA pun jadilah. Tapi, sampai sekarang tak terbuka hati nak sambung. Sbb utama malas. Sebab kedua, takde cita-cita nak jadi pensyarah. Takde cita-cita nak mendidik secara formal. Kalau secara informal, ok, boleh je. Nak cari tempat nak mengajar Al-Quran pun tak dapat lagi ni. Sebbek di bucu meja.
 
Ada satu kisah, kisah kita-kita juga. Aku berjumpa dgn sahabat aku yg bergelar guru. Dia kata, "kerja aku tak best, tak glamer, kerja guru sbb takde kerja lain, korang best, jadi lecturer, jadi engineer, aku jadi guru je."
 
Hey sahabat, aku pun tidak bergelar jurutera, bukan pensyarah juga. Tapi, aku berjaya dalam peperiksaan, kerana hebatnya seorang guru. Berbanggalah, panjang usiamu, mereka tetap memanggilmu Cikgu. Mulia hingga ke hujung usia.
 
Kata Imam Al-Ghazali: 
“Hak GURU lebih agung daripada hak ibubapa, sebab orang tua (ibubapa) penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara GURU penyebab hidup yang KEKAL. Kalaulah tidak ada GURU, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua (ibubapa) akan celaka selamanya.”

Selamat hari Guru utk semua warga pendidik... :)
 
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, May 14, 2017

Perjumpaan bekas rakan sekerja di kenduri kahwin bekas rakan sekerja

Al salam alaykum

Dapat undangan ke majlis perkahwinan En. Rasyid dan isterinya, Puan Ramona.

 
Selamat pengantin baru, semoga bahagia #tilljannah

 
Ustaz Din datang sorang hari ni, isteri dia jaga anak-anak tak sihat, berborak dgn mamat jambu jabatan, Jalaluddin Hassan. 

 
Bersama bos baru Jabatan Bekalan Rantaian, En. DJ Dave. 

 
Amir sekarang keja kat W*b*, Kak Anor yg bergelar ahli perniagaan dan Syura yg dah bergelar Ketua Jurubeli utk projek Pengerang. 

 
Juruacara memanggil kami staf dan bekas staf Syarikat Tambatan Pelampung Tunggal Malaysia Sdn Bhd utk bergambar kenangan dengan kedua mempelai. 

Entah bila lagi ada rezeki utk berjumpa mereka semua. Sebenarnya ramai yg tidak hadir walaupun telah mengesahkan kehadiran RSVP. Ramai muka baru yg aku tak kenal, ada muka yg aku selalu jumpa ketika ada majlis berbuka puasa (kadang-kadang ikut Kak Gee), dan yg lain-lain adalah rakan yg pernah berjawatan sama, Ketua Jurubeli, Pengurus Perolehan Projek, Pengurus Pakej dan Jurutera-jurutera kanan. 

Jumpa lagi di dalam group Whatsapp dan laman Facebook. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::