...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Komuter. Show all posts
Showing posts with label Komuter. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

Nak koc wanita utk LRT juga boleh?

Al salam alaykum

Kalau sesapa baca blog aku awal-awal aku kerja di Kuala Lumpur dulu, mesti selalu baca rungutan aku pasal komuter.


Dan, ada sahabat-sahabat yg msg aku apabila koc wanita diperkenalkan. Ibarat, impian menjadi nyata, doa diperkenankan oleh Yang Maha Esa. Siap FBI dan Fafau tepon aku kuar suara di HotFM selepas aku menghantar sms tentang Koc Wanita Komuter. 

Sekarang, aku berulang dgn LRT dan juga bas. Kekerapan LRT tidak membimbangkan aku utk berebut-rebut menaiki LRT. Tak macam komuter, terlepas saja satu, tunggu la lagi entah berapa lamakah lagi, terpaksa aku menanti, sehingga teguhnya pendirian di hati, walaupun pada masa tu dah diperkenalkan shuttle komuter. Tapi, sama je tak la berapa nak shuttle sgt pun.

Tapi, kalau LRT pun adakan koc wanita, tak salah kan?

Seronok la saya!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, October 31, 2015

KL Fabulous Food Hunt 2015

Al salam alaykum

Dah lama tak masuk food hunt. Kali ni cuba lagi sekali. 

Jeles kat Miza Bai dan Eein masuk Lemoi. Heheehe. 



Kali ni join dgn Nir dan adik dia dan kawan dia. 



ABCD tu utk cabutan bertuah. Tapi kami tak bertuah. 

Ada 8 CP. Alhamdulillah, kami habis semua checkpoint. 

CP 1 - Wan Copati di UTC Keramat
CP 2 - Mail mee rebus di Foodcourt Setiawangsa
CP 3 - Nasi ayam Mencongkam di Batu 5, Jalan Gombak
CP 4 - Nasi Ayam Kukus Dara di Persiaran Pertahanan, Taman Melati
CP 5 - Rasa Arimas Lempeng Kelapa di foodcourt d tasik Seri Rampai
CP 6 - Mat Rock Nasi Ayam Kunyit, Kg Pandan
CP 7 - Mat Yob Tip Top di Pantai Dalam
CP 8 - Art Gallery, Matic
CP 9 - Lanai, Matic. 



Ada tiga tugasan foto, TF. Kena bergambar dalam LRT Kelana Jaya, Komuter dan jugak di Booth Matic KL Sentral. 



Race bermula jam 10.00 pagi. Kami ke CP 7 dulu, kemudian ke CP 6, dan terus naik ke CP 4, dan menyelesaikan semua tugas makan-makan di Jajaran Gombak ke Ampang. 

Kali ni agak strict jugak. Setiap ahli kumpulan kena makan sekurang2nya 2 kali. Tangan mmg kena cop. 



Kami selesai jam 3.10 di Lanai Matic, tempat ke 42. Sedih!!! Sebab jarak masa dengan pemenang tempat 30 skit je. Diorg sampai dekat-dekat jam 3 gak. Sengit jugak la kali ni. 

Pemenang tempat pertama, sampai jam 1.20 petang! Cukup punya laju! Kami ingatkan route yg kami amik tu dah terbaik sangat dah! Heheeheh. Pemenang tempat kedua sampai jam 2.02 petang. Tabik!

Yg kami serempak masa selesaikan tugasan mmg tak tersenarai la dlm pasukan 1 hingga 30. 

Sempat borak dgn pemenang RM 500 tu, diorang chartered teksi RM 160.00, turun amik gambar dalam lrt dan komuter  sebelum kenderaan tu bergerak. 

Kami pun habis dlm RM 150 utk teksi dan LRT. Ye kami campur-campur jugak. Sampaikn naik STAR LRT nak ke Kg Pandan tu. 

Apa2 hal pun, happy! Walaupun tak menang dan tak dapat lucky draw. 

Next race, mmg kena plan naik teksi la plak!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 18, 2014

Kena tegur

al salam alaykum

ada budak ofis aku yg baru dapat surat confirmation, kena tego 2 menda...

1. pasal datang lambat... selalu cap ibu jari jam 9.05 pagi... waktu masuk ofis ialah 8.30 am - 9.00 am...
2. jangan bergosip di meja bulat... sbb ahli geng bulat ada yg tak digemari oleh HR

pasal datang lambat... mmg la mula-mula sentap... tp sbb dia pikir mmg betul pun dia hari-hari mcm cap jari lebih dari jam 9... so dia pun dh ok... cuma ada yg mempersoalkan tindakan kakak HR tu kenapa tego budak ni sorg je, kenapa tak tego org lain yg memang terang-terangan datang lambat? diskriminasi dan pilih kasih? sbb org lain yg datang lambat tu geng akak HR?

bagi aku takyah la nak timbul spekulasi macam tu...

pikir mcm ni je... 

budak yg kena tego ni bujang, so biasanya budak bujang dan muda takde masalah utk awal... yg membantah tadi menjawab "masalah transport kak"

bagi aku tu takde masalah... mmg la datang naik lrt, selalu ke lrt tu buat hal? tak kan?

jangan jadikan alasan... ko tau kena masuk ofis jam 8.30 am, so ko patut plan perjalanan ko dari rumah ke tempat kerja... sbb aku dulu mcm tu... lagi la aku ni naik komuter... yg mmg sentiasa problem! 

alhamdulillah, dalam setahun tu, ada la 2-3 kali je aku masuk ofis lebih dr jam 9, sbb komuter rosak, komuter terbalik, komuter takde langsung bla bla bla... nak cerita masalah komuter ni macam-macam, tapi itulah yg aku hadap selama 3 tahun lebih... tapi rekod kedatangan aku baik... 

LRT la jarang sekali ada problem... itu kalau ko naik public transport... kalau ko bawak kenderaan sendiri, pun sama jugak... bukan aku takde kawan-kawan bujang yg duduk jauh dari bandaraya KL ni... diorg kuar rumah jam berapa? bangun pagi jam berapa? itu semua boleh dirancang... kalu lambat jugak, mmg ada sebab la... jalan jam teruk... alarm tak bunyi... tp bukan setiap hari kan? dalam seminggu sekali je kot...

berbalik kpd kawan-kawan yg dah berkahwin dan beranak pinak... pun datang lambat sbb hantar anak p sekolah, hantar anak p nurseri... kesian kat anak nak kejut awal-awal... dan, pada umur aku ni, berapa ramai yg dah berkahwin dan ada anak-anak? kagum wehh aku dengan diorg... bangun awal pagi siapkan anak-anak dan suami masing-masing... kuar rumah awal, utk hantar anak ke nurseri awal... dan seterusnya sampai ofis awal... 

aku tak bg cth jauh, adik aku je, kakngah tu duduk di Semenyih, sekolah kat Bandar Tasik Selatan... walaupun Semenyih dgn BTS tu tak la jauh sgt rupanya, tapi Semenyih tu jalan jam cam apa je! tak sanggup aku... aku pun pernah tertanya, "mu duduk Semenyih tu cemana nak gi sekolah awal?" aku tanya la sbb aku tau perangai adik-adik aku kan? tak sangka weh dia boleh bangun awal pagi, siapkan segalanya dan keluar rumah awal, sebelum jam 6.30 pagi! kalau kuar 6.30 pagi, hadaplah jam sendiri!

semuanya jadi mudah kalau kita tahu setiap perkara adalah ibadah...
setiap menda adalah indah jika niat kita Lillahi Taala...

malas nak komen pasal bergosip... sbb kat ofis aku ni, selain gosip di meja bulat, ada juga bergosip bersidai kat partition kerja masing-masing... sib baik tak terlibat dengan acara gosip di meja bulat dan bersidai kat partition...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, March 23, 2012

Yang baru

Al salam alaykum

Dah lama KTMB war warkan akan ada komuter baru... Mula-mula kata bulan 9 tahun lepas... Kendian beranjak lagi... Akhirnya barulah terlaksana tahun ni...

Gembira la jugak, tp katanya komuter baru tak banyak...

Dapat la jugak merasa 2 kali... Ada 2 koc utk wanita... Alhamdulillah...

Kerusi keras, lapik kusyen nipis je... Setakat ni sejuk lagi la aircondnya...

Canggih!!!

Ada skrin tv, tp suara tak dengar la yek... Pasang citer kartun...

Pengumuman stesen pun dua kali... Pertama semasa gerak dari stesen, dan yg kedua bila dah nak sampai ke stesen berikutnya... Takde la kompius sgt...

Tp, komuter tetap komuter... Masalah tetap masalah... Komuter batal, lambat etc... Mmg tak lari lah...

Harap-harap lg banyak komuter yg ditambah, Lagi efisien la perkhidmatannya...



Saturday, January 28, 2012

Cinta

Al salam alaykum

Skrg ni aku dh kurang masa utk membaca... Dlm sebulan ni, aku p kerja naik kereta dgn kawan aku, jadinya komuter baru 6 koc tu pun aku tak pernah merasa naik lg la...

Dan, waktu membaca pun mmg takde la... Selama ni aku membaca dalam komuter... Dalam kereta mmg aku tak boleh, sakit kepala, berpinar mata...

Aku cuba amik masa sblm tidur, tp tak dpt... Aku cuba pd hari Sabtu, tp takde la plak masa utk lepak tgk tv...

InsyaAllah, dh namanya minat membaca, akan aku cuba jgk mencari masa utk membaca...

Baru sudah membaca Langit Ilahi 2 Kembara Hamba Mencari Cahaya, nukilan Hilal Asyraf... Blog dia boleh dicapai di www.langitilahi.com

Sesungguhnya, aku tak pernah pun baca blog dia... Cuma, kalau baca blog iluvislam, adalah tazkirah yg dipetik dr kata-kata saudara Hilal... Dan, buku ni aku terjumpa di Perpustakaan Shah Alam... Dan mmg menarik!

Aku petik skit intipati buku ini:

Al-Mutanabbi pernah berkata:

Cinta itu lebih tua daripada alam ini, kerana atas dasar cintalah Tuhan menciptakan alam ini

Dan, bukti cinta kita kpd Allah:

1. Kita cintakan kematian
2. Berjihad di jalan Allah
3. Menundukkan hawa nafsu
4. Berzikir kpd Allah
5. Munajat kpd Allah
6. Tidak sedih apabila kehilangan sesuatu
7. Berasa nikmat apabila melakukan ketaatan
8. Berkasih sayang sesama makhluk
9. Takut berpaling drp Allah

Adakah kita semua dh terbukti mencintai Allah?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, March 16, 2011

Koc Pink

al salam alaykum


aku baru perasan pagi td... ataupun dh lama terpampang, tp aku yg tak peduli!

ini, kalau ada yg sesat lagi, tak tau dah nak kata apa...

letak gambar pun org buat tak reti...
kami jeling-jeling pun org buat derkk je...
kami tego, boleh lawan kami semula!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 16, 2011

lambat

 al salam alaykum

pagi nih aku mmg niat nak lambat sampai ofis... tp istilah lambat aku ialah sebelum pukul 9 laa... biasa, aku sampai ofis dalam pukul 8.00 - 8.30 pagi... 

seperti biasa, kalu keluar lmbt, tempat parking di stesen komuter mesti penuh... aku parking tepi jalan, dan bila aku balik mlm nnt, kereta aku je la yg tertinggal di situ...

aku terlepas satu komuter sbb sibuk cari parking... dan komuter seterusnya sangat lambat! takper lagi, aku boleh agak yg aku akan sampai di ofis sebelum 9.30...

lepas naik komuter... dan tiba-tiba di stesen Jalan Templer, komuter mengalami masalah... masalah yg buat aku nak tergelak...

"Komuter ini tertahan buat seketika kerana mengalami masalah persemboyanan"

Semboyan tu apa?

Semboyan = signal

semboyan telah berbunyi, menuju ke tempat kerja medan bakti...

akhirnya, pukul 10 pagi aku sampai ofis... mmg btul2 lambat...

berapa lamakah lagi aku akan menggunakan komuter utk ke tempat kerja?

syabas kpd mereka yg tahan dgn sistem komuter kita...

masuk tahun yg ketiga ini, tiba-tiba aku berasa penat...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 28, 2010

diet

 al salam alaykum

kay, cemana mu diet?
(ayat dia bermaksud: mu kurus la ler ni... hahahah, bleh jadi mentor aku? hahahahaha)

kawan aku: aku tak makan pagi, aku makan tengahari je... pastu makan malam...
oit, salah tuh! pagi la kena makan... tengahari kurang skit, malam kurang skit...
puas dia kena bebel ngn aku kat dalam surau...

ok, aku diet biasa jek...
aku potong kalori aku seharian...
amik dalam 1000 - 1200 sehari cukup laa

masa awal2 dulu, aku gantikan USANA Nutrimeal masa makan tengahari...
tak luak pun lagi, dh setahun aku beli...

pas USANA, aku berjinak2 dgn produk Dr Rozmey tu, JD5... tp aku minum 2 paket jek, rasa dia tak sedap...

pastu, aku malas nak makan semua tuh, aku buat cara sendiri...

aku ikut nasihat Cik Syarifah Akmam (skrg Puan dh kot), lecturer aku dulu...
dia ajar subjek Jurutera dalam Masyarakat dan Pengurusan Kejuruteraan...
time kuliah pun citer pasal diet ke?
mestilah... Cik Syarifah Akmam kata:

Breakfast is the KING
Lunch is the QUEEN

yg bawah2 tuh, anak2 je laa... jadi pandai2 laa nak membahagikan makanan tuh...

ko tak makan sumer menda laa eh?

eh, makan je...
aku masih makan nasi, makan pizza, makan aiskrim, makan ayam goreng menjilat jari...
semua makanan yg kata tak bleh makan, aku makan...
tp, amik dalam kuantiti yg betul laa...
org kata, asal merasa...

tp yg paling utama, rajin2kanlah bersenam...
aku pun bukannya rajin sgt...
tp kalu setakat berjalan-jalan kaki dalam shopping complex tuh, aku rajin je...
aku park kereta pun jauh skit dr pintu masuk stesen komuter batu 3...
kalu dr jauh nmpk komuter lalu, berlarilah aku mengejar komuter naik tangga turun tangga...

skrg berat ko dh berapa?

setahun lalu aku pernah capai berat 76 kg, tensen punya pasal stadi susah sgt... makan jek kerjanya...
skrg dh 63kg... 63 kg nih sebelum Ramadhan ari tuh, lepas ramadhan aku takut nak timbang, sampai la skrg... mcm naik jek sekilo (takut naik berkilo-kilo)... sbb aku asyik makan jek... hari2 azam nak diet nak habiskan USANA dan Jusmate aku tuh... tp tak jugak terbuat2... Ezza pun dh bg kat aku cara nak buat senaman kardio, pun tak mula lagi...isk isk isk...

target aku nak capai 59 kg... asal ada angka 5 kat depan udah laa... tanak la kurus sgt mcm 10 thn dulu... 50kg, sekali cepuk jatuh terpukang...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 21, 2010

hormat

 al salam alaykum

aku nak cerita pasal koc wanita... lagi!


kawan aku cakap, koc wanita adalah satu kegagalan!
knp?
sbb masih ada lg lelaki yg masuk koc wanita pada waktu puncak...
tak ada pekerja KTM yg jaga dekat koc wanita...
bg aku, takkan la sepanjang masa dan waktu diorg nak jaga?
bg aku, bukan satu kegagalan...
tp itu satu ketidakretibahasaan...
takde rasa hormat...

bkn setakat kpd pelanggan komuter, tp jugak kepada penyedia perkhidmatan...

sbb apa?

pada hari bukan bekerja, sabtu dan ahad, org yg paling ramai naik komuter bukanlah dari bangsa Malaysia... semua bangsa asing... jadinya, aku dok tegor2 marah2 pun, diorg buat telinga kuali jek... aku pun takut gak nak tego marah lebih2... kang bahaya menanti...

dan, kalu pada hari bekerja, bg aku lelaki yg sesat masuk ke dalam koc wanita tu pun, mmg sengal la...
termasuk jugak yg penumpang tetap koc wanita, perempuan-perempuan itu... pun sengal jugak... sbbnya, dh tau koc wanita tuh utk wanita jek, kalu nmpk jantina asing, pakat2 la tego dgn hormatnya suruh diorg keluar... ni senyap jek... kita pertahankanlah hak kita, koc wanita tuh...

ada satu kes, aku naik komuter dh tgk ada lelaki duduk terceruk kat belakang... pastu plak mmg tgh ramai org, kalu nak suh dia keluar mmg susah laa... so senyap je laa, aku tgk aku jeling jek, sambil membebel...

dan sampai kat stesen lain... pakcik pakai baju biru (petugas KTM) ternampak ada lelaki dlm koc... dia pun jerit suruh keluar... mamat tuh dengan muka marah tanya, kenapa plak saya kena keluar? pintu koc plak dh tertutup, mamat tuh nasib baik...

itu utk pelanggan komuter...
kpd penyedia perkhidmatan komuter plak... halnya mcm nih...

di setiap stesen komuter, mmg ada banner dan jugak tanda tempat menunggu koc wanita... ada tiang kaler pink, kadang2 nmpk cam oren sbb dh luntur... kat situlah kami menunggu koc wanita... tp, pakcik2 abang2 bawak komuter tuh, ikut suka hati dia jek nak berenti kat mana... ada yg terlajak nuuunnn jauh ke depan... ada yg tak sampai pun ke tempat menunggu tuh... koc wanita berhenti bukan pada tempat yg sepatutnya... terpaksalah kami berlari2 nak masuk ke koc wanita... yg si lelaki2 ni plak, dh mmg malas nak ke koc lain, masuk je laa koc wanita tuh...

sama la jugak kalu kat stesen KL Sentral... kalu tren hentian terhad tuh, manjang jek salah berenti... padahal dh ada tanda kaler hijau biru merah tuh... tak bleh ke berhenti pada tempat yg sepatutnya?

sapa yg salah?

pihak KTM dh menyediakan apa yg sepatutnya, tp pekerja2 dia plak buat hal...

pastu terdengarlah suara2 yg bercakap, pompuan yg naik koc wanita tuh ganas2 belaka!

kunci kepada permasalahan ini ialah: kita kena ada sifat hormat menghormati antara satu sama lain...

jika drebar komuter hormatkan majikannya, ia akan melakukan tugas dengan betul...
jika pelanggan lelaki hormatkan wanita, dia takkan masuk ke dalam koc wanita...
jika pelanggan wanita hormatkan hak wanita lain, dia akan menegur lelaki yg tersalah masuk ke dalam koc wanita tu, bkn pandang dan diam je...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 08, 2010

komuter? apa tu?

al salam alaykum

semalam En Khairi dh bg no bas utk ke Shah Alam... kalu ptg kang masalah komuter tak setel lg, aku naik bas la balik shah alam...

tp, boleh tak aku nak claim duit tambang ngn KTMB? aku kan beli pas bulanan... smlm sudah rugi satu hari tak dpt refund...

pagi ni alhamdulillah aku dpt naik komuter... seawal 7 pagi... dapat duduk lg... mungkin ramai yg dh taubat sambal belacan kot tanak naik komuter 2-3 ari nih...

tp sampai kat bangsar, setengah jam jugak laa komuter termenung kat situ... pastu berundur ke stesen petaling... nmpk ada tren shuttle kat situ... aku punya pikir baik, tren shuttle rosak, so diorg sumer kena naik tren yg aku naik skrg...

heh... kami yg kena turun naik tren shuttle la plak! berebut2 semua! org belakang tolak aku, aku tolak org depan... org depan marah aku... aku tolak lagi! hahahaha... kalu tak tolak, kompem aku dan org2 belakang takleh nak masuk tren tuh...

koc wanita? dh jadi seperti koc2 lain... campur jek laki pompuan... hangin jek! tapi, nak buat cemana, semua org nak cepat! tanak ketinggalan...

officemate aku plak, kena turun kat angkasapuri, kena naik bas ke KL Sentral...

itu kisah komuter port klang - sentul...

kisah seremban - rawang plak... kawan2 aku kena jalan kaki dr stesen Seputeh ke Mid Valley... buktinya, gambar di bawah!

kesian diorg! diorg bercerita, ada sorang mat bangla kena tumbuk sbb dia raba sorg budak pompuan kat dalam komuter... ish!

nak kena mintak satu trip tuh utk wanita saja plak ke?



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 07, 2010

orang tanya

al salam alaykum

ada orang tanya, sy dh tak naik komuter ke?

ohsss... naik lagi... sy kan pengguna komuter yg tegar...

cuma mungkin sekarang kita tak segerabak... sejak ada koc wanita, sy tak masuk koc lain dh...

sy pun skrg balik lmbt la jugak... lepas maghrib baru laa tercongok di platform tu...

cuma pg td, sy tak naik komuter... ada problem kat bank negara...

pukul 7 pagi menunggu di stesen komuter, ketiga2 komuter sy tak dapat naik... sy mmg bengang! sy dh pasang niat, tepat pukul 10 pagi, kalu tak dapat naik komuter, mmg saya akan balik rumah dan tido... penat tak ilang lg ni dua hari berjalan shah alam - pekan - kuantan - mersing - shah alam...

alhamdulillah, ada la officemate saya yg sengaja pagi nih keluar lewat, jadi sy tumpang kereta dia... masuk office kul 9.30 pagi...

ok, komuter yg problem pagi td, mmg di luar kawalan kita... tp, ada satu perkara yg mmg dalam kawalan kita...

wahai kawan2ku pengguna2 komuter semua... apabila anda telah berada di dalam komuter, sila laa penuhkan ruang kosong di tengah2 di belakang2 gerabak sana... tolong laa jgn berdiri dekat dengan muka pintu... kesianlah kat org lain yg berpagi2 utk ke tempat kerja... selagi ada ruang kosong kat tengah kat belakang gerabak tu, penuhkan laa!

mcm pg td, mmg sedih sgt... sbb byk ruang kosong, tp korg sanggup bersesak2 kat pintu komuter... sy tolak korang suruh masuk, korang marah... sakit laa, itu laa ini laa... tolonglah timbang rasa pada pengguna komuter yg lain...

sy yg sedih pagi td tak dpt naik komuter...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 31, 2009

Ustaz Din?

Kak Su ckp Ustaz Din tak wujud...

ada sapa2 nak jadi Ustaz Din?


**** aku amik gmbo nih dlm tren shuttle Shah Alam - KL minggu lepas...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 16, 2009

misteri tukar beg

al salam alaykum

ingt tak lg mamat pakai beg galas ANTI ISA, ber earphone putih tuh?

dh lama jugak tak jumpa dia...

pg td nmpk dlm shuttle train...

masih ber earphone putih, tp beg dh tukar beg sandang... takde dah lencana anti ISA... kat beg tuh bersulam "Malaysian Human Rights Day"... itu jek yg aku nmpk utk dibaca... tulisan lain semua kecik2...

dan, dia turun kat KL Sentral la plak kali ni... aku nmpk dia naik eskalator, tp pastu tatau ke mana menghilang... hahahaha...

misteri la sangat! :p

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 22, 2009

kali kedua aku dengar...

al salam alaykum

mendengar pengumuman

"kelewatan ini adalah disebabkan masalah teknikal yg berlaku di antara stesen batu tiga dan subang jaya"

dlm hati: ada kereta jatuh lg ke?

dpt sms: btul la kay, ada keter jatuh atas track kat subang jaya... tayar 4 biji kat atas, tatau keter apa, dia jatuh dr flyover... nasib baik keter tu makan 1 track je...

macam2!

***updated***

MPV terbabas punca laluan komuter tergendala

22/10/2009 11:35am

SUBANG JAYA 22 Okt. – Sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria terbabas ke laluan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini pagi ini, menyebabkan laluan komuter menghubungkan Pelabuhan Klang ke ibu negara terkandas.
Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, dua lelaki yang menaiki kenderaan tersebut hanya mengalami cedera ringan. – Utusan.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 11, 2009

terlepas la plak...

al salam alaykum

alaaa... terlepas plak tren tu! apabila terlihat tren baru jek lepas masa nak parking kereta...

ish... pehal plak tren ni? bila tren yg aku naik berhenti agak lama...

uish.... kesiannya diorg! bila aku ternampak, org2 yg dlm tren yg aku terlepas nak naik tuh, sdg berusaha utk terjun/keluar dr tren... nak mengejar tren yg aku naik skrg ni...

kesian diorg! aku bersyukur, aku terlepas tren tu, dan terlepas dr melakukan aksi2 terjun dan meloncat dr tren... cemana la keadaannya utk ibu2 yg mengandung 6 - 9 bulan nak terjun? makcik2 dan pakcik2 yg uzur?





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, August 07, 2009

kenapa?

al salam alaykum

kenapa setiap hari jumaat, kereta kat parking komuter kurang, naik komuter pun tak sesak, tak ramai orang... diorg cuti ari jumaat ke? tak pun ari jumaat adalah masa utk berkereta ke tempat kerja... ataupun kompani diorg mmg cuti ari jumaat...

bila time balik, melaut manusia kat kl sentral ni... time cenggini laa komuter delay, batal dan sewaktu dgnnya...

ptg nih aku nak kuar awal... hihihihihi

--------------------------------------------------------------------------
A: kenapa pakai mask? demam ke? batuk ke?

B: tak laa... langkah2 keselamatan dan pencegahan
C: takut laa... dh ramai yg kena, org meninggal makin ramai
D: berusaha utk terus sehat...
E: org yg demam, batuk, selesema tanak pakai, biar org yg sehat jek pakai...

kakak2 aku kat ofis ni mmg sinis... ada yg jawab yg E tu sbbnya ada org demam dan batuk2 dan jugak selesema, tp tak pakai mask, khuatir kalu H1N1... walopun doktor2 dia ckp dia tak kena, alhamdulillah! tp langkah berjaga2 mesti diambil...

org tgk kami pakai mask, macam pelik... aku pun tak paham apa yg pelik... pastu rasa takut2... pehal plak nak takut2? tak pakai, tak takut la...

yg penting... kami berDoa, berUsaha, berIkhtiar, dan last sekali berTawakkal...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 03, 2009

cerita je laa

al salam alaykum

ikutkan ati yg marah pg dan ptg td, aku nak citer pasal komuter + org2 yg menggunakan komuter tuh... tp tak jadi laa... sbb ati dh sejuk!

eh, tp ada gak yg aku nak citer skit... ptg td, announcement pasal tren yg dijadualkan akan tiba di kl sentral pukul 6.49 pm ke port klang telah dibatalkan, ada org bertepuk tangan... reaksi terbaru! hihihihhi, nak tergelak pun ada... mcm2! yer laa, dh tatau nak bg reaksi yg cemana lg dh!

reaksi aku lain kali... mungkin aku akan antar resume aku ke kampeni2 di kuantan! ada rezki, balik semula ke kuantan... jadi, aku takyah dh nak bercampur gaul dgn hiruk pikuk warga kota di kl sentral, terutama di platform no 5...

utk adik dlm tren maghrib td, dan juga seruan utk aku dan juga org2 lain, sila laa bertimbang rasa dgn pengguna komuter yg lain... kalu awak tanak masuk ke dalam, bg jalan utk org lain masuk, jgn byk bunyi mcm td yek! apa yg dia bunyi? "dh tak bleh nak masuk tuh, takyah la masuk!" aku jawab "bleh lg nak masuk, kalu nak" aku nak sambung lg, tp aku sempat beristighfar dlm hati... aku masuk lg smpi ke tengah... iyyer, kawasan tgh mmg byk kosong!

dan salah siapa kalu muka awak masam sepanjang masa, sbb org dok tolak2 awak sbb nak keluar dan masuk tren?

aku sakit ati sbb aku tak dpt naik tren, padahal kat tgh2 tren byk lg kawasan lopong... yg sendat dan sesak hanya di muka pintu tren jek!

teringt pg td, meting mula agak lewat, sbb bos2 ada meeting lain, so kami berkumpul dulu dlm bilik meeting... bercerita kisah pengalaman masing2 dgn pengangkutan awam di malaysia nih... tp yg paling byk pasal komuter laa... bos kecik aku, sanggup pindah dr rawang ke putrajaya, sbb tak daya nak menahan karenah tren komuter... dok putrajaya, hari2 dtg dgn erl... takde masalah! ada sorg lg kawan, sanggup naik putra lrt ke masjid jamek, pastu tukar naik start lrt, utk pulang ke bandar tasik selatan... walopun tmbg komuter ke bandar tasik selatan singgit jek, katanya! yg sorg tuh, time balik, sanggup divert smpi ke putra, utk elakkan sesak dan sendat di kl sentral... yg lg sorg, divert sampai ke sentul!

macam2!

kata td tanak citer pasal tren! citer jugak... nak wat cemana, lancar jek jari menaip!

kdg2, mmg byk nak salahkan ktm, sbb tren yg kurang selalunya di laluan port klang - sentul jek, tp kdg2 rasa nak gigit2 jek pengguna2 tren yg tak berapa nak beri kerjasama!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, April 24, 2009

Lagi rungutan Komuter KTMB

dipetik dr Utusan Malaysia, 24/04/2009
Lagi rungutan Komuter KTMB

SAYA sebagai rakyat biasa yang menggunakan perkhidmatan Komuter KTMB dari Rawang ke KL Sentral dan sebaliknya merasakan satu azab yang tidak terhingga semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja.

Kesesakan yang teramat sangat bermula dari stesen Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kepong dan Segambut semasa pergi kerja. Saya merasakan komuter macam hendak pecah kerana berlakunya tolak-menolak pada waktu-waktu puncak dari pukul 6.30 pagi - 8.30 pagi.

Dan semasa pulang kerja lagi azab. Perkhidmatan Komuter selalu lambat. Bayangkan balik kerja pukul 5.30 petang dan pada masa itulah komuter rosak.

Tolonglah tambah kekerapan perkhidmatan di waktu-waktu puncak.

Diharapkan Perdana Menteri dan Kabinetnya dapat menaiki Komuter pada pukul 6 petang dari KL Sentral tanpa membawa pengawal peribadi. Saksikanlah sendiri dan alami sendiri penderitaan rakyat bawahan ini.

Kami pengguna komuter yang mewakili beribu-ribu pembayar cukai dan pengundi kepada kerajaan tidak tertahan lagi dengan situasi ini yang berlaku setiap hari.

MARHEIN PENGGUNA KOMUTER

Green Valley Park, Rawang

komen aku:

pengguna komuter aliran seremban - rawang pun ada masalah ke? kalu aku tgk laa... setiap ptg pada waktu puncak... tren ke rawang mcm byk je... tak cukup dgn komuter, ada lg perkhidmatan keretapi antara bandar dr kl sentral - rawang... ada sekali tuh, tunggu tren komuter sentul - pelabuhan klang kat kl sentral nih, tren kami sebuah pun tak lalu, tren ke rawang dan seremban berbuah-buah...


arinih kemungkinan besar manusia melaut kat platform 5 tuh... tepat 5.30 pm aku nak kuar ofis... kalu ada rezeki dpt naik tren kul 5.45... tak nmpk manusia anti isa pun takper laaa... janji aku smpi umah sebelum maghrib...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 05, 2008

utk awak yg...

al salam alaykum

utk awak yg sentiasa berbeg galas hitam di belakang... ada lencana, tp tak sempat nak telek... yg sentiasa ber-earphone putih...

arinih nmpknya takde jodoh... jodoh utk berada dlm komuter yg sama, gerabak yg sama...
arinih sy awal drpd biasa... sy dpt tren pukul 7.29 am... tp takper sy tak ralat... sbb ditakdirkan sy awal pd ari ni...

dlm minggu nih saja... byk kali sy terserempak dgn awak... dlm tren yg sama, dlm gerabak yg sama... pd waktu yg sama... tp destinasi kita tetap lain2...

waktu pg, sy naik dulu, sy turun dulu... waktu ptg plak... awk naik dlu, awk turun dlu... cop! tp pg smlm kita tak naik satu tren! sbb sy naik shuttle train, destinasi terakhir KL Sentral, yg mmg pasti bkn destinasi awak... tp kita jumpa jugak yek pg smlm!

awk jgn perasan sy cari awak... tak terlintas langsung kat hati sy nih nak jumpa awak pg2... nak terserempak dgn awak ptg2! tp itulah takdirNya! naik shuttle train, kompem laa bleh tempat duduk... tak sangka sy pilih gerabak tgh, dan duduk di tepi tingkap, sdg melayan kebun mimpi... tren berhenti kat stesen awak... sy tertoleh keluar tingkap... awak sdg duduk menunggu tren lain... bersetentang pulak dgn sy! masa tuh awak pandang sekilas, dan terus menoleh ke lain...

sy cuma simpan senyum dlm hati...

ptg smlm, dlm tren... sy cuba melilaukan mata saya, mencari awak... mana tau ada jugak ke kan? tp takde pun... tak aper laa... saja jek pun...

smpi ke stesen awak (stesen awk mmg bz, ramai jek nak turun naik), di celahan org yg segerabak dgn saya berpusu2 turun, awak pun terselit sama... takdir Tuhan!

dlm ramai2 org dlm tren... yg pernah sy jumpa... pernah sy tgk... pernah sy tanda, pernah sy lepas (mcm eksperimen sains la plak), yg pernah sy borak, yg pernah lemparkan senyuman pd sy, sy tak pernah jumpa pun diorg semula dlm tren yg sama, gerabak yg sama dan masa yg sama!!

even kawan2 1 ofis pun sy tak pernah jumpa! tp awak... hampir setiap hari!! hmmm....

awk jgn ingt bukan2 plak yek!!! sy takde niat apa2 pun...

walau apa pun, ini adalah sebahagian dr takdir yg sedang mewarnai kehidupan kita sehari-hari...

1 sy nak pesan... muka awak tuh jgn masam sgt tau! senyumlah sikit!!!

hanya dr saya yg tiada niat apa2...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 06, 2008

bukak tutup

al salam alaykum

di stesen angkasapuri...
pagi nih aku menjadik saksi...
pintu komuter terbukak tertutup...
terbukak tertutup...
terbukak tertutup lg...

aku kira dlm hati...
lebih 10 kali...
pastu aku malas kira lg...

driver (driver ke??) komuter pun keluar...
dr depan ke belakang sana...
nak cek apa yg tak kena...

aku tgk jam... lg 5 minit pukul 8...
terlepas laa harapan aku hari ni...
nak balik kul 5...

pintu2 tuh tertutup terbukak lg...
aku smbg bacaan aku kembali...
pikir2... dpt tak balik pukul 5.15 plak nnt...

p/s kalu ikut pikiran budak-budak... jadik plak waktu malam... harus terdetik... ada hantu kaco ke??? ekekekeke...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::