...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Lintas Terbang di KLCC

Al salam alaykum

Tengok berita NTV7 semalam, cakap hari ni ada Lintasan Jet Pejuang Republik Korea di KLCC... Aaa padan laaa, kang kena serang kang... Terus letak reminder dalam telefon.

Pagi tadi, aku borak dgn kakak cleaner, dia ckp anak dia pun cakap menda yg sama. Terus berjanji utk menyaksikannya bersama-sama dalam bilik meeting. Sebab tingkap org lain aku segan la plak. Tapi, meeting la plak berjam-jam... Aku turun ke bawah dgn kakak cleaner. Beriya sungguh

!
Pesawat pertama




  
Meluncur laju membelah KLCC



 
Dapat amik gambor sisi

Lintas terbang oleh pasukan akrobatik Black Eagles dari Korea Selatan, yg telah membuat persembahan di LIMA 2017 minggu lepas. Tak dapat tengok kat LIMA, tengok kat sini pun ok la... Dulu ada jugak tgk kat TUDM Subang, tapi macam dah lama je takde persembahan udara. Aku mmg minat dgn burung besi ni. 


Aku tunggu dari jam 10.30 pagi, katanya jam 10.30 pagi akan melalui KLCC. Tapi 10.45 pagi baru lalu di celah menara berkembar tu. Sempat tengok 7 lintasan terbang, jam 11.00 pagi aku naik. Tapi, kawan-kawan update diorg dapat tengok persembahan asap sekali. Takpe la, lama-lama kang orang cari susah plak. 

Boleh baca dan lihat video dan gambar di sini:


Pilot yg bertugas, hensem la jugak ada la iras Sarjan Major So Dae Young. Heheehe

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, April 12, 2015

Ke Korea Ke Kita? - Mochi

Al salam alaykum

Kak Roza nak makan Mochi. Aku google asalnya kuih ni dari mana. Jepun pun ada, Korea pun ada. 

Kalau ikut resipi asal, tepung pulut kena kukus pastu uli bulat-bulat letak inti. 

Aku rebus je la. Jadi sama jugak. 


Paling seksa rebus kacang merah. Dari semalam membawa ke pagi ni baru empuk. Lepas tu blend kasi halus, masukkan gula, masak sampai pekat. 

Makan dengan aiskrim pun sedap jugak. 

Utk tepung, bancuh tepung pulut dgn garam dan air, kalau nak warna masukkan warna kesukaan, dan bentukkan bulat, masukkan inti, rebus sampai timbul, toskan, dan golek dalam bijan, campuran kacang dan gula ataupun kelapa. 

Cara buat sama je macam tepung gomak, onde-onde tu. 

Inti pun macam-macam ada. Kaya pandan, kacang merah, kacang hijau, ikut citarasa. 


Sedapp!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, April 11, 2015

Ke Korea Ke Kita? - Edisi masak

Al salam alaykum

Banyak sangat marathon drama Korea, teringin plak nak makan Spicy Rice Cake ataupun ddubboki. 

Maka, mencarilah resipi. Cita-cita agung, nak buat dari scratch! Hahahaaha...

Jumpa video ni kat youtube:


Maka aku dan Kak Roza pun buat la. 

Tapi kecewa sbb warna tak dapat putih suci. Agaknya beras kita lain sangat dari beras Korea. 

Tapi bila siap kukus nak uli tu, susahnya! Dalam video tunjuk senang je! Sebelum kecewa berkali ganda, cari lagi kat Youtube, jumpa video ni:


Baru mampu tersenyum. 


Tapi tak dapat la selicin dalam video tu, janji bentuk dan rupa seakan-akan, ok la kan? Janji rasa ada. 

Perut dh lapar, sambil menggulung masuk dalam mulut. Mmg sedap macam tu je. Patut la dalam Glorious Day diorg makan camtu je. Menyelerakan!

Dah siap Rice Cake, marilah kita buat ddubboki. Kalau ikut resipi asal, kena renehkan air dengan ikan bilis. Rajin sangat! Masukkan pati ikan bilis dah la. Tapi Kak Roza terlebih rajin, tumbuk ikan bilis. Heheheehe. 

Aku tumis bawang dengan lada kering kisar, dah masak, aku masukkan ikan bilis tumbuk tadi, masukkan kicap skit, pastu air, perasakan garam dan gula (nampak tak macam jadi resipi Melayu?), pastu masukkan Rice Cake dan fish cake, dan telur rebus, pastu reneh la sampai kuah pekat. Akhir sekali, taburkan bijan dan makan!


Alhamdulillah, boleh masuk dengan tekak!

Nak resipi asal, tengok youtube ni:

Aku derhaka skit je, tumis dgn minyak. Hari Isnin ni kena buat lagi sekali, officemate aku nak rasa. 

Dan selain tu, aku buat Japchae jugak, Kak Roza request. 


Goreng suhun dgn sayur dan minyak bijan. Malas bubuh daging, letak tahu dan fishcake je. 

Lagi satu nak buat, kuih Mochi. Pun Kak Roza request. Aku tgk cara nak buatnya macam buat tepung gomak je (dulu-dulu tolong mak aku buat kuih nak jual bulan posa). Tapi tu la, aku rebus kacang merah nak buat inti tak empuk-empuk lagi ni. Dah 3 jam. Mengantuk pun ada dah ni. 

Esok la kot dapat makan, tak daya nak menguli tengah-tengah malam ni. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, December 18, 2014

Korea dalam mimpi

Al salam alaykum

Selepas beberapa malam berturut-turut, aku mimpi ngeriiiii (mimpikan bos dan tempat kerja dan kerja-kerja tak berkesudahan tu kan mimpi ngeri!!), aku mimpikan Korea. 

Kali ni, kami pergi ke tempat-tempat yg kami tak sampai lagi masa trip itu hari. 

Seronoknyaaaaa!

Tapi, mimpi je la. Mana la tau satu hari nanti, Allah izinkan kaki ini utk jejak lg ke Korea. 

Tapi aku syak, aku mimpi Korea ni sbb dua minggu tak dapat tgk Lee Sang Woo kat tv ni!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, October 27, 2014

Korea - Belanjawan

Al salam alaykum

Ok, mari kita listkan apa yg telah dibelanjakan utk sampai dan semasa berada di Korea...


Dalam Ringgit Malaysia:

Tiket Air Asia X (KLIA2 - Incheon) - Return: RM 702.00
Add on AA (Seat, Baggage 44 kg - return, Meal): RM 245.00
Tiket ke Jeju (Return): RM 436.00
Total Tiket: RM 1,383.00

Makanan asas (Tuna dalam tin, Vico 2 pek, Cloud 9 plus, Asam): RM 75.00

Hotel:
Ilchulbung Tourist Hotel, Pulau Jeju (1 malam): RM 53.70
Hangang Park Motel, Sokcho (Sorak) (2 malam): RM 75.00

Total: RM 128.70

Tiket ITX (sehala): RM 15.47
Note: sebenarnya tiket return ialah RM 25.00/pax, tapi disebabkan masa balik kami salah naik tren, kami kenselkan tiket balik, so itu je la harga yg dicajkan pd kad kredit aku. 

Sewa Wifi (8 hari): RM 224.69/5 = RM 44.94

Kereta Sewa, Jeju Island, Kia K5 (3 hari): RM 495.51/5 = RM 99.11

TOTAL: RM 1,746.22



Dalam Won Korea:

KRW 1,000 = MYR 3.14

Hotel:
J Honor Guest House, Myeongdong, Seoul (3 malam): KRW 513,000/9 = KRW 57,000
Jeju Hiking Hotel, Pulau Jeju (1 malam): KRW 135,000/9 = KRW 15,000
Hangang Park Motel, Sokcho (Sorak) - Additional: KRW 20,000/5 = KRW 4,000

Total: KRW 76,000 (MYR 238.64)

T-Money (utk Subway dan convenience store):
Topup: KRW 40,000
Balance: KRW 19,000
Usage: KRW 21,000 (MYR 65.94)

Tambang bas dan teksi:
Jumbo teksi Incheon - Myeongdong: KRW 98,000/5 = KRW 19,600
Teksi dr Gapyeong - Pulau Nami - Gapyeong Station: KRW 6,300/3 = KRW 2,100
Tiket bas Dongseoul Station - Sokcho - Dongseoul Station: KRW 17,300 x 2 = KRW 34,600
Teksi dari Sokcho Terminal Bus - Hangang Park Motel: KRW 13,000/3 = KRW 4333
Tambang Bas dari Hangang Park Motel - Soraksan National Park = KRW 1,200
Tambang Bas dari Soraksan National Park - Sokcho = KRW 1,200
Tambang Bas dari Sokcho - Hangang Park Motel = KRW 1,200
Tambang Bas Hangang Park Motel - Soraksan National Park - Hangang Park Motel = KRW 2,400
Tambang Bas Hangang Park Motel - Sokcho Terminal Bus = KRW 1,200
Jumbo Teksi dari J Honor Guest House - Incheon Airport = KRW 80,000/5 = KRW 16,000

Total: KRW 83,833 (MYR 263.24)

Minyak Kereta di Pulau Jeju: KRW 48,000/5 = KRW 9,600 (MYR 30.15)

Bayaran masuk (tiket):
Namsan Tower, Seoul: KRW 8,500
Pulau Nami, Seoul: KRW 8,000
Yongmeori Coast/Beach, Pulau Jeju: KRW 2,500
Cheonjiyeon Falls, Jeju: KRW 2,000 x 2 = KRW 4,000
Jusangjeolli Cliff, Jeju = KRW 2,000
Ilchulbung Sunrise Peak, Jeju = KRW 2,000
Soraksan National Park: KRW 3,500 x 2 = KRW 7,000
Cable Car Mount Sorak = KRW 9,000

Total: KRW 43,000 (MYR 135.02)

Makan:
Nasi segera: KRW 1,300
Nasi Goncang Eco Cafe: KRW 6,500
Nasi segera: KRW 2,850
Hallabong (Limau) Pulau Jeju: KRW 5,000
Susu Pisang: KRW 1,300 x 4 = KRW 5,200
Bibimbap, Murree Restaurant, Itaewon = KRW 10,000
Buah Tin = KRW 1,000
Kebab, Adnan Kebab, Namdaemun Market = KRW 4,500
Pringles = KRW 3,300


Total: KRW 39,650 (MYR 124.51)

Souvenir:
Fridge Magnet (6 biji kecil): KRW 8,000
T-Shirt (4 helai): KRW 13,000
Chopstick (10 pasang): KRW 8,000
Sudu Garfu Korea: KRW 10,000
Fridge Magnet (4 biji besar): KRW 5,000
T-Shirt (2 helai dewasa, 4 helai kanak-kanak): KRW 20,000

Total: KRW 64,000 (RM 200.96)

TOTAL: KRW 337,083 (MYR 1,058.44)


Apabila kita jumlahkan dengan perbelanjaan tiket dan perbelanjaan asas termasuk cenderahati, jumlah semuanya ialah RM 2,804.66

Mungkin korang boleh jimat lagi, mungkin dapat tiket lagi murah kan? Ataupun, kurangkan pembelian cenderahati... aku pun tak sangka beli souvenir sampai RM 200.00!


Ada lagi yg aku beli. Tapi ni lebih kpd utk keperluan peribadi dan souvenir utk mak dan adik beradik perempuan. 


Lain-lain:
Seluar hiking (tebal, ada bulu-bulu, utk Nepal cadangnya): KRW 10,000 x 2 helai = KRW 20,000
Seluar Hiking (dry fit) = KRW 10,000
Baju Hiking (tebal, ada bulu-bulu, utk Nepal jgk) = KRW 10,000
Stokin tebal = KRW 3,000
Sarung tangan (screen touchable) = KRW 10,000
Shawl (2 helai) = KRW 5,000
Kain Sutera Korea 100% Original: KRW 36,000 x 7 pasang = KRW 252,000

TOTAL: KRW 310,000 (MYR 973.40)

JUMLAH BESAR: MYR 3,778.06.



Sebenarnya, utk ke Korea ni, aku tak sempat menabung. Asal menabung je, aku korek. Asal nak separuh je duit tabung, aku korek semula... 

Diakui, mmg ada je halangan dan dugaan... 

Utk perbelanjaan asas di Korea (MYR 1,058) tu, aku gunakan duit yg aku simpan utk trip Semeru yg aku tak jadi pergi tu... 

Tapi, utk perbelanjaan lain-lain tu, puas aku pikir mana aku nak cari duit... dan akhirnya, aku mcm nak amik keputusan drastik, nak tarik diri...

Ye, aku pernah berfikir sampai nak rentung, "Aku nak tarik diri dari trip ni, aku nak tarik diri dari trip ni, aku nak tarik diriiiii!"

Tapi, dah menjadi rezeki, aku sampai jugak, syukur padaMu Ya Allah... 

Alhamdulillah, kampeni bayar claim (Terengganu) kami awal (tapi ada jugak dugaan claim ni, tapi yg tu nanti la aku pikir balik, setel kemudian).

Dan, aku kena fikir ongkos utk trip seterusnya, ke Kathmandu, bulan 2 tahun depan... Berdoa, semoga ada rezeki utk aku sampai ke sana.



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, October 25, 2014

Korea - nak shopping ke?

Al salam alaykum

Selain daripada nak menjamu mata keindahan musim luruh di Korea, alang-alang tu kita pun shopping la jugak. Namanya pun perempuan. Sikit-sikit nak neli souvenir utk yg tersayang kan?

Aku rasa mcm ramai je yg share tempat shopping kat Korea. Tapi ni yg mana aku pergi je la. 

1. Dongdaemun

Org kata nak beli kain sutera Korea boleh beli kat Dongdaemun. Keluar je dr subway katanya. Tengok-tengok ada la Dongdaemun Underground Shopping Centre. 


Tapi kat sini ada bedsheet dan bed cover je sebenarnya. Harga aku tak tau. Sbb aku tak tanya. 

Kalau nak beli souvenir yg bagi aku agak murah, boleh ke Doota Mall. Naik tingkat 6, cari kedai Arirang. 


Macam-macam ada, harga pun ok. 


Sebelah Doota Mall, ada Clothing Market. Aku cuba gak masuk, mmg besar! Jual baju je. Dan banyak kedai pakaian outdoor. Harga pun boleh dapat 10,000 won sehelai. 

Nak cari kain sutera Korea yg murah dan berkualiti? Dr Dongdaemun Station, cari exit 9. Lintas jalan, cari bangunan yg ada tulis D. 


Masuk dalam. Cari alamat ni:


Ahjussi ni pandai cakap omputis dan melayu sikit-sikit. Dia ckp dah 10 tahun dia jual harga sama. 9,000 won semeter. 


Dan, kalau nak cari barangan tekstil, boleh jugak ke Dongdaemun Shopping Complex and Town. 


Tapi bila aku masuk, pening kepala. Banyak jual renda-renda, butang baju, benang dan macam-macam la keperluan jahitan. Mmg best la kan kalau aku ni penjahit. 

2. Namdaemun Market

Masa pergi mula-mula, ingtkan mcm pasar tani pasar malam je. Rupa-rupanya keliling bangunan tu pun dinamakan Namdaemun Market. Kalau naik subway, kuar je dr tangga subway tu dh masuk dalam Namdaemun Market. Tapi tutup awal, jam 5.30 org dh mula tutup kedai. 


Tapi aku suka beli kat bahagian luar. Tak serabut. 




Kat sini, boleh dapat pakaian outdoor serendah 10,000 won. Boleh dapat T-Shirt souvenir serendah 10,000 won utk 3 helai. Kain pun ok. Souvenir lain pun kalau pandai tawar, boleh dapat murah. 


Shawl yg kat Malaysia org jual RM 15.00, sini boleh dapat 2,000 won (RM 6.00) je. Murah kan?

Walaupun aku menginap kat Myeongdong, tapi tak pergi pun Myeongdong Market. Sbb situ rata-rata produk skincare. Aku cuma lalu buat lintasan hormat. Mmg happening la. 

So, ini je la dua tempat shopping aku yg aku pikir sangat ok di Seoul. 

Aku nak buat summary budget, tp banyak lg yg aku tak bayar kpd Cik Nurul dan Fad, figure yg betul pun tak dapat lg. Nnt kalau diprg dh bg figure, aku pun dh buat bayaran, aku buat entry budget plak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Friday, October 24, 2014

Autumn in my heart - 23/10/2014

Al salam alaykum

Hari ni takde aktiviti sangat. Shopping saat-saat akhir. 

Aku ke Dongdaemun nak cari kedai kain sutera tu. 

Janji dgn Hani kat situ. Aku tunggu sampai jam 9.00 Hani takde lagi. Jadinya aku cari sendiri. Alhamdulillah, jumpa. 


Harga semeter 9,000 won. Ahjussi ni dah menjual dgn harga yg sama sejak 10 tahun dulu. 

Kemudian, aku ke Dongdaemun Shopping Complex. Nak tgk apa ada. Banyal barangan jahitan dan tekstil. Penin kepala tengok. 


Kemudian, aku ke Dongdaemun Underground Market. Yg ni kat dalam Stesen Dongdaemun. Kat sini penuh dgn kain selimut je. 

Lepas tu baru dapat sms dari Hani. Dia baru sampai rupanya. Jumpa Hani, kami pusing lg sekali ke tempat di atas. 

Kemudian, jumpa Fida jam 10.30 pagi di seberang jalan. Fida tak habis shopping lagi. Banyak betul barang dia kena beli. 


Buah tin Korea, harga 1,000 won utk 2 biji. Sedap. Manis. Boleh makan dgn kulit sekali. 

Mula-mula aku nak ajak dioramg pergi ke Istana tak ingt nama tu. Sbb masa sempat je lagi. Tapi Fida nak cari buah pisang kaki. Kat depan Doota Mall takde org jual buah plak siang hari. 

Aku teringt yg Adeq ada beli buah kat Namdaemun Market, jadinya aku temankan dia ke sana. 


Sambil-sambil tu beli kebab utk lunch. Ada yg halal di Namdaemun Market. Aku berjalan la jugak kot jumpa Nurul and the gang, tp tak jumpa. So, aku balik ke Myeongdong dan Fida dan Hani terus ke airport. 


Kami ke airport jam 1.00 petang, flight kami jam 4.30 petang. 

Alhamdulillah, selamat sampai di KLIA2 jam 10.00 malam. 

Terima kasih kpd Nurul kerana menjadi organizer yg berjaya. Fad Cik Pengerusi majlis. Haedzrin, co-organizer, walaupun ko tak dapat join sbb masalah-masalah tertentu, ko telah buat terbaik utk kami. Adeq dan Bai, pasangan kembar. Hani, thanx sbb sudi ikut trip ni, dan jurugambar yg berjaya. Fida, org Korea jelmaan, adik beradik Fida, Kak Jun dan Adik Ya, yg happening!

Walaupun banyak tempat yg kita tak sempat pergi seperti dlm itinerary kerana kekangan waktu, tapi takpe, kita enjoy dgn cara kita sendiri. 

Mungkin, Korea nak kita sampai lagi sekali. 

Maaf utk segala kekurangan dari saya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, October 22, 2014

Autumn in my heart - 22/10/2014

Al salam alaykum

Pagi-pagi bangun bukak tingkap dulu. Alhamdulillah tak hujan. Jadinya, kami ke Soraksan lagi sekali. Tapi kali ni bas tak berhenti di depan hotel. Mmg sebenarnya kena menapak ke bus stop, kalau tak, bas mmg takkan berhenti. 


Dan, sbb kalau nak trekking takut amik masa yg panjang, kami memilih naik kereta kabel. 


Masa ni tak ramai orang lagi. Harga tiket 9,000 won. 


Tapi, takde view yg menarik dari dalam kereta kabel. Kabus tebal lagi. 


Kalau tanak ke puncak, boleh je duduk-duduk di platform ni. Pemandangan pun mmg cantik. 


Tapi oleh sbb aku nak jugak takluk puncak, maka kenalah naik tangga-tangga kebahagiaan. 


Oleh sbb trek masih lg basah sbb hujan semalam, mmg kena hati-hati la. 


Tapi pemandangan kiri dan kanan tangga mmg sgt mengasyikkan. 

Aci tak tanak balik?


Kalau dah dapat tgk signboard ni kira dah sampai la ke puncak. 


Aku teringin nak naik betul-betul sampai atas tu, tapi sbb Hani gayat, kasut aku tak sesuai, dan Fad pun melarang, maka kita tengok dari jauh je la. 


Sepanjang berada di atas tu, mulut tak putus-putus mengucapkan Subhanallah. Mmg sgt indah!

Dah puas bergambar, turun ke bawah. Kesian Fida sbb terpaksa cari aku dan Hani. Sbb tiket kami sama. 


Kami pulang ke hotel utk menyalin pakaian dan bergerak ke Sokcho jam 11.00 pagi. Tambang ialah 1,200 won. 


Alhamdulillah, kami dapat tiket jam 12.00 pm. Dan sampai ke Dongseoul jam 2.30 pm. 

Untuk balik ke Myeong dong, naik tren dr Gabyeon, naik tren ke Dongdaemun History and Culture Park, tukar train dr Dongdaemun nak ke Myeongdong.

Selepas solat, kami berpecah kpd tiga. Fida adik beradik keluar dulu. Kemudian aku bawak Hani ke Namdaemun, sbb Hani nak ikut Fida pagi esok ke airport. Dan, Nurul berempat ke Itaewon. 

Di Namdaemun aku beli seluar utk misi ABC. Dan tambah t-shirt utk adik beradik.


Kemudian balik Myeongdong semula simpan barang. Dan gerak ke Itaewon. Nak ke Itaewon, naik Line 4, myeingdong - Samgakji, kemudian tukar line 6, naik tren sampai Itaewon. 


Kami makan di Murree Restaurant. Nak tau cemana nak pergi, boleh Google. Tapi mmg dekat dengan masjid. 


Sila makan dengan pejam mata tanpa convert harga. Hehehehe. 

Kemudian kami ke masjid Itaewon. Niatnya nak solat kat sini. Tapi hampanya bila masjid dah ditutup. Sbbnya ramai gelandangan yg mabuk-mabuk datang tido. Jadinya masjid ditutup dlm setengah jam selepas waktu solat. 


Dan, aku ke Dangdaemun. Nak cari sutera dan pandora. Hampa hati bila kedai banyak dah tutup. Wifi plak takde nak google. 

Balik bilik tengok kertas yg aku buat note tu, rupanya salah exit. Padanlah tak jumpa. 

Tgk la nanti cemana nak ikut Nurul pergi Namdaemun atau pergi Dongdaemun. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, October 21, 2014

Autumn in my heart - 21/10/2014

Al salam alaykum

Hari ni plannya nak naik Gunung Sorak dgn trekking. Keluar je dari Hotel, hujan rupanya. 

Sedih!


Kami tunggu bas depan hotel je. Boleh naik bas nombor 1 dan nombor 7. Stesen terakhir ialah Mount Sorak. Tambang sehala 1,200 won. Perjalanan dari Hangang Park Hotel lebih kurang 15 minit. 


Bayaran masuk ialah 3,500 won utk seorang. Hujan masih belum berhenti. Macam takde tanda-tanda pun. 7.30 pagi, kaunter pertanyaan dibuka. 



Kami tidak digalakkan utk menaiki kereta kabel kerana hujan dan tambahan pula pemandangan pun takde. Dan utk trekking, hanya sampai ke gua je. 



Makanya, kami bercadang utk mencuba pada esok hari, sbb kami tgk weather forecast, esok insyaAllah tak hujan. 


Alang-alang dah sampai, baiklah kita pusing sikit-sikit kat bawah tu. Adalah jugak kenangan hendaknya. 



Sedang sibuk bergambar, aku ternampak kereta kabel lalu. Ada jugak rupanya yg naik. Maknanya ok la kot. Tapi sbb takde sapa yg bersuara nak naik, dan Hani pun cakap gayat, senyap aje lah. 


Walaupun dengan berbaju hujan dan berpayung, kami masih gigih utk bergambar kenangan. 


Kami sekejap je mengejar masa. Bimbang Nurul, Fad, Adeq dan Bai menunggu kami. Sbb aku tak nampak diorg masa sibuk bergambar tu. 

Rupanya diorang dah balik hotel. Takpe lah. 

Aku Fida adik beradik dan Hani naik bas ke Sokcho. Dari Mount Sorak ke Sokcho, tambangnya 1,200 won, selama 30 minit perjalanan. Hani nak cari kasut. Dapat brand Westwood harga 49,000 won. Uk hiking dan waterproof. 


Kami kat Korea ni mcm bercakap ayam dan itik. Mereka tak faham inggeris, kami tak faham Korea. Tp sbb selalu tgk Korea, ada la 2-3 patah yg kami dpt tangkap. 

Tapi, walau apa pun, orang Korea ni semua baik-baik. Sifat nak menolong tu ada walaupun ada kekangan bahasa. Seronok!


Bandar Sokcho ni bagi aku ok jugak. Takde la sibuk mana. Bas pun ada je mana-mana. 

Balik ke hotel, Nurul Fad Adeq dan Bai dah nak keluar ke Sokcho. Aku pun plan nak pergi lg sekali, samada ke Sokcho ataupun ke Mount Sorak. 


Tapi hujan terus lebat. Sungai depan hotel makin deras alirannya. Kabus pun dah menutupi puncak gunung. 


Maka kami bertapa dalam bilik je la. Tengok tv Running Man. Sedih betul bercuti bila hujan. Dugaan utk kami semua. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::