...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Kuala Gandah. Show all posts
Showing posts with label Kuala Gandah. Show all posts

Thursday, December 08, 2011

Kuala Gandah - Deerland

 al salam alaykum

dah hampir terlupa plak nak bercerita pasal Deerland...

sebelum kami tgk gajah, kami ke Deerland dulu, nak habiskan waktu menunggu detik 2 petang utk main-main dgn gajah...


jaraknya lebih kurang 3km dari Pusat Konservasi Gajah

bayaran masuk RM 6 seorang...

pintu masuk...


harapannya dapatlah nak tgk beruang... tp beruang dah dipulangkan kepada PERHILITAN 3 bulan yg lalu... ada lagi 2 jenis haiwan yg akan dipulangkan ke PERHILITAN jugak, iaitu Rusa Malaysia dan Ular Sawa Albino...

dah namanya Deerland, mestilah tgk rusa kan?


bila beli tiket, dapat satu kupon, utk bagu rusa makan... comel sgt rusa-rusa ni! oh ya, ni rusa semua datang dari Indonesia... rusa Indonesia jinak-jinak... rusa Malaysia garang-garang, sbb tu terkurung je, kami nak p dekat pun tak dapat...

bagi makan kat luar pagar

lepas bagi makan kat luar pagar, boleh la masuk ke dalam nak beramah mesra... tp rusa ni layan korang kalau ada makanan je... terpaksa la kecek skit makanan dr penjaga dia... best ooo!! berlari-lari dgn rusa...

anak rusa nak melepas jap...

muka kesian


selain daripada rusa, ada berjenis-jenis spesies burung kat sini... ada ostrich (tp takleh tunggang ye), burung kakak tua, burung puyuh, ayam serama, burung kuang etc...

spesis kuang, nama dia Hijau...

ni pun Kuang juga

bagi makan kat Puyuh, aku baru tau ada puyuh kaler putih...

muka penakut! first time pegang ular...

ada lagi satu gambar dgn ular sawa Albino, aku jugak la tukang pikulnya... takde la geli sgt... tp ngeri tu banyak laa!

tgh qadha hajat jugak

 kendian, bg makan arnab plak... arnab ni dah kekenyangan sgt agaknya!

masa kami datang hari tu, pihak Deerland sdg buat landskap Orked/Anggerik... tp tak siap lg... katanya akan dibuka pada tahun depan...

 sila lah menderma!

kpd peminat kucing, jika berminat, boleh la hubungi pihak Deerland...

sekian saja coretan kami di Deerland...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 05, 2011

03/12/2011 - Kuala Gandah

 al salam alaykum

hari Sabtu, 03/12/2011, kami ke Kuala Gandah, Pahang... nak tengok gajah katanya... plan dah lama, tp sbb masing-masing jadual penuh, akhir tahun baru dapat pergi...

kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 8.30 pagi... perjalanan ke Kuala Gandah mengambil masa lebih kurang satu jam setengah je... kalau korg tak banyak berhenti laa... nak ke Kuala Gandah, korang lalu LPT, keluar ikut Tol Lanchang, nnt terus nampak signboard ke Kuala Gandah...


nak sampai dah!


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan



kami sampai ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan lebih kurang pukul 10.30 pagi... terus pergi pejabat utk mendaftar... utk memudahkan urusan, korang boleh telefon dulu Perhilitan seminggu sebelum tarikh lawatan korang... sbb tiket adalah terhad... sehari dia bagi 100 tiket je... oleh sbb byk perkara, aku terlupa nak telefon dulu nak book tiket... jadinya, kena sampai awal-awal laa nak dapatkan tiket walk-in... utk walk-in dia sediakan 50 tiket sahaja...


utk orang awam, ada dua jenis tiket, Tiket A - merah, utk tgk pertunjukan, lawatan tengok-tengok bagi makan kat gajah je... kalau Tiket B - Kuning, yg ini utk tgk pertunjukan, lawatan tengok-tengok bagi makan kat gajah, utk aktiviti menunggang gajah dan mandi bersama gajah... Tiket B, terhad... kalau pergi 4 org, dia bagi tiket A dua, tiket B dua... tiada bayaran yg dikenakan... cuma, silalah bermurah hati utk menderma demi kelangsungan hidup gajah-gajah tersebut...

replika

Aktiviti yg disediakan...

Lepas dh dapat tiket, perut kena isi dulu... kat sini byk tempat rehat disediakan...


dah makan kenyang-kenyang, kami ke Deerland dulu, adalah 2km dari Pusat Konservasi ni... tu cerita dalam entry berikutnya laa...

ofis

tak sabarnya!

gading gajah la plak


banyak papan informasi berkenaan gajah ni... kena rajin membaca je...

aktiviti bersama gajah bermula pada pukul 2 petang... lepas ke Deerland, kami bergegas salin baju utk bermain dengan gajah! tak sabarnya!

pakcik yg pakai baju biru tu, dok ulang ayat yg sama berpuluh-puluh kali... pasal gajah-gajah yg ada di sana laa... mula-mula aku ingtkan pasang tape, tp tak, mmg siaran langsung... mmg gigih!

oleh sbb gajah aktiviti tak sampai lagi, kami beli dulu kacang, RM 3 sebungkus, utk diberi makan kpd gajah-gajah yg ada kat situ...


nama gajah di Jeli, sbb dijumpai di hutan Jeli, Kelantan... dia takde ekor, kena baham dek rimau... aku cuba nak tepuk belalai dia... dia sedut cepat sangat kacang yg ada kat tangan aku...

nama dia sama ada langsat @ Pandan... ni anak gajah je...

sabar menanti

tempat gajah beraktiviti


dah lepas bagi makan Jeli makan, kacang sebungkus pun dh habis, kami pusing-pusing kawasan... bergambar dulu kat tempat gajah nak mandi, tp hari Sabtu tu pras air sungai naik, so takde la aktiviti nak mandi dengan gajah... bahaya utk kanak-kanak... utk gajah-gajah tu takde masalah...

pukul 2 lebih, gajah aktiviti pun sampai...

Kala, Timur, Pian, Abot & Mawar...

aku suka tgk aksi Abot & Mawar, asyik dok menari je, bergoyang-goyang kiri ke kanan... seronok sangat agaknya... utk pertunjukan gajah, diorg (???) menunjukkan bagaimana gajah bekerja, tidur, makan, angkat manusia dan lain-lain... mmg comel la aksi diorg (???)

lepas pertunjukan gajah, kami berpeluang memberi makan kpd 5 ekor gajah ni... berebut-rebut masing-masing... yg tua pun sama naik mcm kanak-kanak riang...

kemudian, beratur utk menunggang gajah... sekejap je pun... tp best!

cuma yg terkilannya, tak dapat nak mandi dgn gajah, sbb paras air sungai  tinggi... kena datang lg sekali ni!

menunggang gajah, takde bakul tempat duduk ye mcm kat Phuket...

utk menunggang gajah ni, yg dibenarkan cuma 2 org je... Kak Roza & Husna ckp tanak naik, so aku ngn Aizah je la kan... kemudiannya, Aizah nampak ada kakak tu mcm tanak tunggang gajah, tp dia pakai tiket kuning... aku pun p la kecek kat dia, dpt laa tiket Kuning tu satu, aku bg la kat Husna... Kak Roza tanak naik, dia  ckp mcm ngeri je...

bagi gajah makan

tak dpt mandi dgn gajah, amik gambar dgn anak gajah, Pandan & Langsat

dekat pukul 4, kami pun beransur utk pulang... 
pasal makan-makan, jgn risau, byk gerai makanan kat luar pagar Pusat Konservasi Gajah ni... kami pun singgah sekejap utk minum-minum... makan mee goreng sepinggan... mee goreng sepinggan ialah RM 3.50 ye kawan-kawan! murah lg laa nak banding tempat lain mee goreng kosong RM 4.00 sepinggan... 

masing-masing mmg bau gajah... singgah di Hutan Lipur Lentang utk mandi manda di sungai Lentang dan menunaikan kewajipan...

lapar, kena makan jap!


next entry... pasal Deerland plok...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::