...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Kuala Lipis. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lipis. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Pusing-pusing Kuala Lipis

al salam alaykum

lepas beransur dr rumah Remie, singgah sebentar di Pekan Kuala Lipis...



singgah solat di Masjid Sultan Mahmud... Abg Meran cakap ni masjid baru, ada masjid tertua, tp tak singgah... aku pun tak sempat nak snap gambar, sbb Abg Meran bawak kete laju...

Mercu tanda Kuala Lipis ialah ikan kelah... ada kat bulatan kat pekan Kuala Lipis... sekali lagi, pakcik drebar tanak berhenti utk bergambar... mentanglah kampung dia...

di tengah-tengah pekan Kuala Lipis

member aku cakap kat FB, biasanya kalau ikut sistem British, tanda batu 0 ni biasanya terletak dekat dengan pejabat pos... mmg betul pun, sebelah pejabat pos je...

antara bangunan tertua di Kuala Lipis, sebelahnya jugak stesen keretapi Kuala Lipis...

ada lagi 2 sen yek!

jeti Sungai Jelai

aku mintak Abg Meran bawak kami pergi ke sekolah Siti Nurhaliza, Sek Men Clifford tuh... tp dia tunjuk dr tepi jalan je... nak gi ke rumah banglo Siti Nurhaliza pun dia cakap tak payah, jauh! nak pergi Kuala Medang, dia ckp bukan ada apa pun kat Kuala Medang tuh... kalu takde apa, takkan masuk iklan tv Cuti-cuti Malaysia?


perjalanan kami jauh lg, pukul 3 kat Kuala Lipis lagi... bila nak sampai Bukit Fraser kan?


nnt bila Abg Meran kawin, kami dtg Kuala Lipis lagi, kami explore sendiri... cepat-cepat skit kawin ye Abg Meran!!


p/s Fida: ni gambo dr kamera hp tuan tanah, so gambar tuan tanah takde... :(


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 17, 2011

Remie & Dila

al salam alaykum

16/10/2011 - alhamdulillah, perancangan nak ke Kuala Lipis meraikan perkahwinan Remie dan isterinya berjalan dgn lancar...

Remie ni aku kenal sbb dia kawan kak Roza, dulu sama geng UCM la ngn Husna & Aizah... dan aku yg mmg peramah semulajadi ni (ramah la sangat) pun jadi terbaik jgk dgn dia... sbbnya, masa bateri kereta aku kong dua tahun lepas, dia la tlg p belikan bateri baru, tlg pasang lg kat kereta aku... muda lg umurnya, tp dh pakai volvo besar... minat kereta volvo... skrg dia jadi bisnesman kat kampung dia kat Kuala Lipis...

kami sampai depan rumah Remie dlm pukul 12.30 pm lebih kurang... pertama kali aku sampai Kuala Lipis... eh, yg kedua kali la kot, yg pertama masa aku nak p Jelawang, naik keretapi pastu rosak kat Kuala Lipis...

dalam perjalanan ke Kuala Lipis tuh, kami lalu pekan Bentong, Raub dan Benta... macam2 papan tanda pelancongan yg kami nampak! tensen je... byknya mmg sungai la kan? rugi tak bawak baju salin! ada jugak nmpk Homestay Kuala Medang... drebar kami, Abg Meran, kampung dia kat Kuala Medang... bila tny apa yg best, dia jawab takde apa yg best pun... geram je!

tp, abg Meran janji nak bawak kami ke Bukit Fraser, memandangkan jarak dr pekan Raub ke Bukit Fraser hanya 34 km je... tp tu cerita lepas kenduri laa... kita kena tunaikan dulu niat yg pertama, berkunjung ke rumah Remie...

rumah Remie tepi sungai! geram je nak terjun! air cantik je... gambar semua dalam kamera Abg Meran...

kami sampai ke rumah Remie, Remie tak sampai lg... katanya kul 1 baru sampai... mak dan adik Remie pelawa kami makan dulu... tp, kami tgk semua org tak makan lagi... semua duduk bawah khemah lepak-lepak...

perut lapar ni, tp nak amik makanan malu! ekekeke... tanya adik Remie, dia ckp, kita akan mula makan bila pengantin dh sampai... ooo gitu rupanya! lain tempat, lain la adatnya kan?

 pengantin dh sampai... yea yea, dh bulih makan!

bila pengantin dh duduk elok kat tempat makan, kami pun serbu la jgk utk makan... panjang org beratur... tp bila tgk lauk, sedapnya!! lauk org Pahang betul!

ada ikan patin masak tempoyak, ayam masak cili api, kerabu pucuk paku & tauge, acar timun, sambal hitam (feberet aku, arwah tok sedara aku selalu buat dulu), dan sambal ikan bilis tempoyak petai... makan menjilat jari... aku aku tak makan ikan patin, tatau la kenapa, mungkin sbb ngikut mak aku kot...

lepas makan, duduk2 sekejap, amik gambar tepi sungai... kami balik la dulu... pengantin pun busy nak layan tetamu... 

ada sesuatu yg menarik di pokok itu.... senarai nama dgn tugas masing-masing!

 muafakat membawa berkat! 

 Selamat Pengantin Baru Remie & Dila... kita jumpa lagi 2 bulan akan datang ye!

Baim, Aizah, Husna, Pengantin Baru, Dila & Remi, Kak Roza... yg belakang, Fendi & Abg Meran



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::