...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Thursday, September 21, 2017

Cipta pengalaman manis bercuti di Kuala Lumpur!

Al salam alaykum
 
Aku datang dari desa hanya sebatang kara
Meninggalkan kampung tercinta dan sanak saudara
Setiba di kota raya ku giat berkerja
Berlumba lumba mengejarkan apa yang dicita
 
 
Lagu apa tu? Tajuknya ialah Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur, oleh Hujan Band.
 
Tak pernah terbayang aku bekerja di ibukota Malaysia, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Lembah Klang, mempunyai 7.25 juta penduduk pada tahun 2017, dan merupakan bandaraya metropolitan yang pesat membangun dan berkembang di Asia Tenggara.
 
Nak sampai ke Kuala Lumpur pun amat mudah sekarang. Banyak perkhidmatan pengangkutan awam disediakan. Dari Kuala Lumpur, jika kita mahu ke Butterworth ataupun Padang Besar, kita boleh menggunakan perkhidmatan ETS yang hanya mengambil masa 3 – 5 jam perjalanan. Jimat masa dan wang kan?
 
 
 
Tiba-tiba teringat kat Firuz, bila nak datang Kuala Lumpur dari utara tu? Naik ETS je, pastu kita teroka Kuala Lumpur sama-sama. Cakap saja nak ke mana, kita pergi bersama-sama. Naik LRT je! Diri sendiri pun tak habis lagi meneroka dan mencipta memori di Kuala Lumpur.
 
Tapi, di mana kita nak menginap utk mendapat rehat yg cukup selesa? Kemudahan yg baik, dekat dengan pusat bandaraya, makanan halal yg sedap-sedap? Hmmmm di mana ye? Di mana?

Tingggg! Ada satu hotel yg best di Kuala Lumpur! Premiera Hotel Kuala Lumpur! Kita boleh menginap di sini! Ada segalanya!
 
 
Hotel ni berdekatan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Hanya 10 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Masjid Jamek, 5 minit dari Stesen LRT Bandaraya, 10 minit dari Stesen Komuter Bank Negara, maka mudahlah kita untuk merancang perjalanan kita di ibukota.
 
Lokasi Premiera Hotel, Kuala Lumpur
 
Nak ukur jalan di Kuala Lumpur boleh, nak shopping pun boleh, dekat je dengan SOGO, ataupun nak mencari aksesori gadget terkini, MARA Digital Mall pun dekat je. Ataupun, kita berjalan-jalan bersama wargakota di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ataupun kita ke Dataran Merdeka, ada pelbagai aktiviti menarik di sana, seperti meneroka Kuala Lumpur Time Tunnel, ataupun ke Galeri Kuala Lumpur. Pengalaman menarik kan?
 
Dataran Merdeka
 
I Love KL!
 
 
Maka, jadikan Premiera Hotel Kuala Lumpur pilihan utama anda!
 
Hotel ini menyediakan empat jenis bilik mengikut kesesuaian kita iaitu superior twin room, superior twin room with breakfast, executive suite room, executive suite room with breakfast, dengan harga yg berpatutan dan menarik.
 
 
Executive Suite Room
 
Superior Twin Room, ni untuk kita ni Firuz!
 

Hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan yg mesra Islamik. Ia mempunyai bilik mesyuarat dan keraian yg sempurna utk pelbagai acara seperti seminar, team-building malah juga utk majlis perkahwinan. Di samping itu, keperluan tempat letak kereta yg cukup dan memudahkan kita tanpa risau untuk membayar saman dan denda!
 
Dewan Majlis Perkahwinan
 
 
Juga, terdapat kemudahan akses WiFi percuma, utk  terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Penting ni!
 
The Coffee House
 
 
Kita boleh menikmati hidangan kegemaran dengan makanan istimewa dari Premiera Hotel Kuala Lumpur eksklusif untuk anda. Jangan risau! Makanan pasti sedap hingga menjilat jari! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
 
Maka, apa lagi yg kita mahu? Semuanya tersedia di sini. Rasai pengalaman penginapan eksklusif yang tidak dapat dilupakan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan. Dengan rating yg tinggi diberikan oleh mereka yg pernah menginap di hotel ini, kita cipta memori berharga sepanjang berada di Kuala Lumpur.
 
 
 
Jangan lepaskan peluang anda!
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 21, 2016

Bukit Batu Chondong, Kemensah

Al salam alaykum

Setelah sekian lama viral, akhirnya jejak jugak aku dan Athirah ke Bukit Batu Chondong, Kemensah. Bukit ni tak tinggi sangat, dalam 280m, ambil masa setengah jam utk aku yg pancit ni. Utk yg tak pancit, mungkin berdesup peginya kot.

Sememangnya, mudah je BBC ni, insyaAllah. Tapi jagalah keselamatan diri masing-masing bila berada di puncak.

Tapi, nak panjat batu tu, ambil masa la jugak nak beratur. Ramai! Kena sabar.

Aku banyak google nak mencari tempat mula mendaki ni, ada yg kata waze je Bukit Batu Chondong ataupun ATV Kemensah, tapi membawa kami ke jalan yg salah.

Selepas bertanya dengan penduduk setempat, alhamdulillah sampai juga ke tempat dituju.

Korang boleh waze/google map ATV Adventure Park, Kuala Lumpur. Agak jauh jugaklah dari parking kat Zoo Negara tu. Memula mmg akan jumpa ATV Kemensah dulu, kemudian lalu kolam pancing dan atas lagi jumpa kawasan sungai, Maahad Tahfiz, chalet-chalet peranginan, sampai la jumpa ATV Adventure Park ataupun kereta yg banyak parking di tepi jalan.

Kalau jumpa kereta banyak parking ni, insyaAllah betul la...

Jumpa ni betul dah, cari parking dulu

Akan ada abang bermotor yg menjaga parking. Semalam kami masuk parking kat kawasan lapang, kena caj RM 3.00. Kalau tepi jalan tu kena bayar RM 1.00

Update 04/12/2016: Kalau tepi jalan kena bayar RM 1.00 seorang, bukan RM 1.00/kereta. Aku tanya jugak kenapa macam tu bayarnya, abang tu cakap dia nak beli tali ke apa ke... so OK la tu kot.

 
Parking RM 3.00

Dari parking tu plak, kena turun balik jalan bukit skit, abang parking akan tunjukkan jalan. Petunjuk, sepohon pokok manggis. Kenal tak pokok manggis? Aku pun tak kenal, kih kih kih


Rentis perjalanan bermula di sini. Kiri tu pokok manggis.



Mulalah mendaki, pancit aku ni yg dah membadak dgn jayanya.


dari sini kita dah nak masuk hutan pokok buluh.


Semalam agak lecah dan lecak. Licin skit. Menyesal mintak Athirah tinggalkan tongkat sakti dalam kereta. hehehehe... Sakit lutut jatuh bergolek.

Inilah satu-satunya papan tanda ke BBC.


Rehat jap

Tinggalkan tapak, bukan sampah

Sekejap je jumpa dah laluan bertali

Update 04/12/2016: Tali kat sini dah putus. Hati-hati memanjat ye. Aku dah buat aduan kat abang kutip duit parking tu, dia cakap nanti dia ganti. Harap kali ketiga aku pergi nanti dah ada tali semula  la kat sini.

Ramai di puncak sana


Beratur utk naik ke puncak, yg ini mmg kena hati-hati skit. Panjat pokok dan batu guna tali.

Dah selamat dah berpaut di dahan cinta.




Ramai sangat di pondok beirut. Maka kami ke puncak kedua kot. Pun takde tanda org nak bergerak. Masih lagi bergambar-gambar dengan gembiranya.



Kita ke puncak yg ketiga la plak. Macam situ cantik je nak bergambar.


Saujana mata memandang


Gaya nombor satu!

Mana satu Bukit Tabur?

Aku nak turun batu hujung tu, tak dapat kebenaran :-)

Keselamatan wajib diutamakan


Kami kembali ke puncak yg kedua, nak bergambar dgn papan tanda, tapi ini je yg ada. Yg besi punya dah ilang katanya.

Dan kami ke puncak batu lagi satu, selepas yg ketiga tadi, katanya pemandangan lagi cantik. Ikut je tali warna ungu.

Naik turun skit

Sama je, tapi jelas la lagi pemandangannya

Dah gayat ke? Ni kat puncak BBC yg keempat.

Kami kembali ke beirut, duduk sekejap, mengudap bekalan.

Beratur plak nak turun

Terima kasih adik pinjamkan peha itu utk kami turun dgn jayanya



Kami singgah kat gerai makcik ni, nama takde, tapi roti canai dan nasi lemak memang sedappp! Alhamdulillah. Memang nampak cam tak bermakna je kan p panjat bukit bakar kalori tak seberapa, pastu masuk lagi banyak? Takpe la, yg penting, saya gembira semalam utk mengharung hari-hari yg mendatang.

Jom kita tengok gambar hasil Gopro Athirah.

Gayat tak?

Menikmati indahnya alam, melupakan sebentar masalah diri


Kaki sampai situ je hehehe

Jangan pandang bawah

Di beirut

Aku mmg berangan nak bergambar macam diorang ni, tapi keselamatan wajiblah diutamakan.




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Wednesday, June 01, 2016

Kopi berdekatan? The Nearby Coffee

Al salam alaykum


Dah kenapa ada update pasal tempat makan byk sgt ni?

Sbb sedap la wehhh

Aku bukan minat kopi pun, tapi Jumaat hari tu Sumih culik aku ke rumah dia langsung keluar amik Hana kat taska dan terus ke kedai copi berdekatan


Alamat: No 22, Jalan Rampai Niaga 2, Sri Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Bertabahlah jugak mencari parking sbb petang Jumaat sengsara jugak parkingnya.

Sumih cakap biasanya mmg dia sorg-sorg je lepak situ minum kopi sambil baca buku, sebelum amik Hana kat Taska. Selalu je dia pergi. Kalau dah selalu mengulang, mmg sedap la tu kan?



Jom tengok menu!

Kopi yg ada

Makanan yg ada

Hana nak order apa tu?



Suka aku tengok deko kedai kopi ni. Kreatif. Hispter. dan apa-apa lagi la.


Kita makan apa ni?

Bola-bola api daging. Sedap sosnya

Iced caramello utk aku. AKu bukan penggemar kopi, tapi sungguh sedap.

Ni plak ntah apa nama, utk Sumih

Waffle aiskrim utk sapa ni? Untuk aku laaa... Sumih yg orderkan, dia sedia maklum aku gemar makan aiskrim

Pancake utk Hanaaaa! Ya Hananaaa!

Sahabat ibunya utk berjimba-jimba suatu hari nanti

Kesimpulannya menu yg aku cuba sedap. Alhamdulillah.

Penggemar kopi sekalian, cubalah try rasa!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::