...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

Puding Raja - Royal Pudding

Al salam alaykum

Aku tak perasan pun kedai ni kat situ walaupun selalu lalu situ hantar adik aku ke asrama.

Sampai la Kak Zack msg aku nak kirim beli Puding Raja Pahang. Biasa aku beli kat Tok Mak je.


bekas kecik RM 6.50

Harga agak ok jugak.

Rasa, aku tak rasa sbb aku beli dua je, lepas tu adik-adik datang bagi diorang la makan dulu. Mak aku cakap rasa sedap, sama macam Puding Raja Pahang Tok Mak, cumanya kuah agak cair sedikit.



Kalau korang ke Kuantan, boleh la mencuba. Tak pun boleh beli di Lembah Keramat dan jugak di Beserah House, Alam Damai, Cheras.

IG: @puding_raja

Aku pun nak rasa jugak. Kalau rajin, ke Lembah Keramat la kita, dekat je.

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, May 11, 2016

JJCM: D' Selera Pantaa

Al salam alaykum

Adik aku forward gambar


Mak aku ajak la pergi cari

Terletak di Pantai Kempadang.

Pantai Kempadang ni pun baru kali kedua sampai la kot. Kalau kali pertama tu mak aku cakap masa lama dulu pergi tengok adik aku berkhemah.


Orang agak ramai jugak.


ICT, RM 5.00 seekor

UCT, ikut saiz, panas-panas ni

UCT, yg ni saiz besar, RM 7.00 seekor

SCT, RM 4.00 seekor

Ada juga pelbagai jenis nasi dan mee. Aku order mee kari, dah habis. Mak aku nak makan nasi dagang, pun habis.

Ada juga keropok lekor, dan jugak pisang goreng. Keropok dia bagi aku, gatal lidah. Goreng pisang, biasalah, dapat yg lembek-lembek, mmg sedap sangat! Lupakan segala kalori la jawabnyaaaaa

Ada air kelapa jugak, tapi dalam gelas besar, harga RM 2.00

Bagi aku, sedap dan segar. Harga pulak, biasa la mana-mana pun sama je.


Lepas makan, boleh la bercanda di tepian pantai. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, February 07, 2016

Bukit Panorama

Al salam alaykum

Sepatutnya plan kami nak ke tingkat atas sekali Air Terjun Berkelah. Tapi hujan skrg ni kat sini, mmg tak boleh la. Nak pergi Bukit Panorama ni pun kena tanya banyak kali. Heheeh. 


Tinggi Bukit Panorama ni dalam 400 meter je. Tapi sbb banyak tangga, seksa lutut. 


Kami berdua je naik masa ni. Mula jam 11.25 pagi. 


Hujan agak lebat la jugak. Aku mmg tak bawak balik pun baju hujan. 


Pakai payung je naik tangga. 

Sungai Lembing. 

Baru 150m!

Mendaki hujan-hujan ni lagi berbahang rasanya. 


Lepas azan tangga, adalah jalan bahagia. Dah tak jauh dah nak sampai puncak Panorama. 


Inilah puncak Bukit Panorama. Kami sampai pada jam 12.15 tengahari. Lambat jugak la aku sampai. Biasanya, kalau org terer, 15-20 minit dah sampai dah. 


Oleh sbb hujan, maka takde la dapat tengok dgn jelasnya pekan Sungai Lembing. 



Dari puncak, ada satu rentis sempit. Kita boleh merentasi bukit bukau ni sampailah ke terowong Sungai Lembing. Tapi perjalanan amik masa 2 jam. 


Ikut hati memang la teringin, tapi aku berdua je dgn Fidah. Hujan plak tu. Ada Masa lain   insyaAllah sampai la nanti. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, January 31, 2016

Sepetang di Bukit Pelindung

Al salam alaykum

Hajatnya nak naik Bukit Panorama, tapi Fidah baru je ke Sungai Lembing minggu lepas. So kami naik Bukit Pelindung, jalan atas tar sekejap pastu masuk hutan lalu trail basikal lasak.


Tapi masuk hutan pun sekejap je, masa tu dah 6.30 petang. Jadi lambat sampai sbb Kuantan jem sangat. 



Kalau trekking kat Bukit Pelindung ni, trail akan menghala ke Pantai Teluk Chempedak. Tapi kami tak buat la, nak kena ada orang tunggu kat pantai la. Kalau tak kena mendaki patah balik ke Bukit Pelindung. 


Dalam hutan simpan ni banyak lg pokok-pokok sebesar pemeluk. Tak sempat nak explore. Lain kali datang lagi kena bawak kete tunggu sebelah pantai baru la best. 


Dah maghrib, ramai lagi kat atas. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, October 25, 2015

Kuantan, bandar Lestari ?

Al salam alaykum

Tasik ni terletak kat Aspa Cottage... dekat dgn rumah Long Ana...

kalau setahun dua lepas, suka sangat tengok, cantik dan jernih...


Ini pemandangan pada 24/10/2015, sempena hari keputeraan Sultan Pahang dan juga kenduri anak Long Ana...

Tuanku. lihatlah apa yg terjadi kepada bandar kami, bandar yg telah hilang kelestariannya!

Berapa lama ia akan kekal merah begini?
Berapa lama masa diambil utk pulih kembali sediakala?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, September 27, 2015

Terhad

Al salam alaykum


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, May 07, 2015

Memburu Pelangi - Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing

Al salam alaykum


Dah lama nak pergi, tapi takde kesempatan. 

Kemudian plan nak camping dgn GS, pun tak jadi jgk. 

Jadinya, balik kali ni cuti lama, cakap kat pa dgn ma, nak p Sungai Lembing dgn Fidah hari Ahad 3/5/2015. 



Segalanya Fidah yg uruskan. Book 4x4, kemudian dia amik aku kat rumah, thanx Fidah. 

Kalau korang nak book, banyak sebenarnya operator yg bawak pergi ke Air Terjun Pelangi. Harga la berbeza. Ada RM 40.00 sorang, ada RM 45.00 sorang, ada katanya lagi mahal. Ikut bekal makan apa yg akan disediakan nanti di sana. 

Dan 4x4 ni boleh muat minimum 10 org, maksimum aku tengok 20 orang. Bergantung cemana cara operator susun bangku dalam belakang 4x4 tu. 

Aku amik yg RM 40.00, dapat la nasi lemak dan air mineral sebotol. Kalau korang berminat, boleh la tepon nombor di banner gambar di atas. 


Kami gerak dari depan Balai Polis Sungai Lembing jam 6.45 pagi. Layan offroad selama 1 jam 30 minit. Jarak dari jalan besar ke Lubuk Beruk, 13 km je sebenarnya. Tapi layan je la. 


Tapi, hari tu, macam pesta! Ramai betul orang! Dan yg ramai orang Cina! Memang betul-betul. Kebanyakannya datang dari KL, Negeri Sembilan pun ada. Yg datang dari Kuantan? Aku dgn Fidah je kot. Kih kih kih. Sweet escape la sangat!


Dalam jam 8.30 pagi, kami harung Lubuk Beruk. Dalamnya dekat dgn pinggul aku. Oh ya, simpan je kasut hiking tu dalam beg. Pakai je selipar bongek, sandal hiking pun boleh, dan yg paling best kasut getah ataupun adidas kampung. 


Selepas harung sungai, mulalah kita jungle trekking. Kalau tak jam dgn barisan manusia, mungkin boleh sampai dalam 20-30 minit. Tapi ramai sangat yg berbaris, maka kami amik masa 40 minit. Manakan tidak, 5 langkah menapak, setengah minit menunggu. 


Dari jauh dah nampak air terjun. Tapi mmg air yg terjun takde la banyak. Macam air pancut automatik siram pokok  kat kebun sayur besar. 

Dah ramai sangat orang, tatau nak lepak mana. Kami panjat ke bukit tinggi skit, duduk diam-diam kat situ layan nasi lemak. Sambil terliur dgn maggi cup dan air milo jiran. Hahaahaha. 


Sebenarnya kami terpisah dgn group 4x4 kami. Mereka 2 keluarga dari Negeri Sembilan yg bawak baby 6 bulan. So lambat la skit. Kami jalan depan. 


Kami menunggu pelangi muncul dengan doa dan harapan. Mmg harap sangat muncul. Sbb cuaca agak mendung. Nak terjun dalam air mmg tak selera langsung! Ramai sangat. 


Waktu yg pelangi cantik keluar dalam lingkungan masa 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. 

Alhamdulillah rezeki. Dapat tengok pelangi pertama selepas 10 minit menunggu. Kemudian selang setiap 5-10 minit. 

Ada yg jelas nampak warnanya. Ada yg samar-samar, amik gambar pun tak nampak sangat. Tapi bentuknya mmg tak penuh. Tak dapat tengok dari hujung ke hujung. Tapi ni pun rasa dah puas sangat-sangat. Syukur dgn rezeki Allah bagi. 


Dalam jam 10.30 pagi, lepas 15 minit tunggu pelangi tak muncul, cuaca pun dah mendung, kami gerak balik. 


Sapa nak ke tandas, ada selepas harung Lubuk Beruk. 

Harap selepas ni aku dapat lagi sampai ke Air Terjun Pelangi ataupun panjat Bukit Panorama. Bila la lagi cuti panjang ni?

Kalau korang nak join aktiviti memburu pelangi di Air Terjun Pelangi Sungai Lembing, ataupun lain-lain aktiviti, boleh la hubungi kak Melati Hamid. InsyaAllah, harga berpatutan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 30, 2014

Banjir: Jalan pulang ke KL

Al salam alaykum

Dapat balik ke Kuantan, 2 hari 1 malam berada di pusat pemindahan, dapat balik ke rumah. 

Hari Sabtu, dah dapat khabar Temerloh banjir. KM 126 di LPT mula-mula ditutup utk kenderaan ringan. Kemudian, terus ditutup utk semua. 

Tapi tak mengapa, jalan lama ada lagi. Kak Anor bg update. Dia lalu jalan lama. Sampai Paya Pulai, air dah naik sampai betis. Tapi kereta dia besar, boleh redah la. Lepas je Kak Anor sampai KL, jalan lama pun ditutup utk semua lalu lintas. 

Aku tatau nak sedih atau gembira kalau tak dapat balik KL. Sedih sbb cuti sebenarnya takde, gembira sbb boleh 
duduk Kuantan lagi. 

Tak keruan aku malam tu. Isnin dah kena masuk kerja. As, sentiasa update aku. Jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh. Tapi jalan yg boleh dilalui itu jauh dan berliku-liku. Aku mmg tak berani nak balik sengsorang. 

Ada tiga cara:
1. Telefon bos mintak compassionate leave, sbb takde jalan pulang. Bab tepon bos tak berapa nak sanggup sangat, kan tgh perang saraf. 
2. Mengikut kereta kawan-kawan yg nak pulang ke KL. Kalau takde, aku kena buat nombor 1. 
3. Mak aku cadangkan, ayah aku teman balik ke KL pastu ayah aku balik naik bas. Eh, ok jgk. Pastu baru teringt, mana ada bas! LPT kan tutup! Hahahaaha. 

Oh ya, smpi hari ni LPT masih lg ditutup dan jalan lama pun tutup lagi. Tengku Mahkota Pahang siap landing helikopter kat R & R Temerloh lagi!

Alhamdulillah. Urusan dipermudahkan. Gigih mencari jalan pulang ke KL demi mencari rezeki utk keluarga. Chewaah!

Aku ikut Hafiz dan Raz yg mmg kena balik KL jgk sbb Raz ada meeting sekolah hari Isnin. Kami bertolak lebih kurang jam 9.20 pagi di Caltex Gambang, dan sampai ke KL jam 3.00 petang. 

Perjalanan kami sejauh 340 km, meliputi Kuantan, Pekan, masuk Muadzam Shah, kemudian simpang Bahau, ke Jempol, terus menuju ke Manchis, Karak, keluar di tol Bentong seterusnya Gombak dan sampai ke KL. 

Jalan sungguh berlopak-lopak dan berliku-liku. Agak sunyi pagi tu tapi lama kelamaan banyak dah kereta. Sbb tu la satu-satunya jalan utk menghubungkan Kuala Lumpur dan Pantai Timur buat masa ini. 

Shuhada tepon aku jam 3.00 ckp dia dah stuck dlm jam kat Paloh Hinai. Zuhdi balik semalam amik masa selama 20 jam dari Kuala Terengganu utk sampai ke Klang. Alhamdulillah, kami bertolak awal dan aku rasa pelik sbb jam 3.00 ptg Ahad aku dh ada kat KL. 

Walau apapun, mmg sangat berterima kasih kpd sahabat-sahabat yg sentiasa saling update mengupdate situasi banjir. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, December 29, 2014

Kenapa pindah?

Al salam alaykum

Ada org tny jgk, rumah tak banjir kenapa pergi duduk pusat pemindahan?

1. Mmg dapat arahan utk pindah, sbb minggu lepas selama beberapa hari dijangka air pasang besar. Paling tinggi 3.6 meter. Kalau beserta dgn hujan, banjir akan berlaku tambahan pula longkang besar sekitar kawasan kami airnya penuh dan ada yg melimpah keluar. 

2. Tapi bg aku sbb utama ialah, tak sanggup utk melihat rumah dimasuki air. Tahun 2001, rumah kami mula dimasuki sekitar jam 12 tgh malam, air tu tenang je, tp setenang-tenang air tu, jam 4.00 pg air dah separas pinggang. Dan, kami mengharung air dari rumah hingga ke jalan besar dekat pencawang TNB utk mendapatkan bantuan. 

3. Tahun lepas, 2013, mak dan ayah pun berkemas, walaupun perasaannya banjir tak jadi, tapi dapat arahan berpindah, dan masih berharap tak banjir. Tapi mmg dah takdir, lagi sekali kami merasa banjir. Banjir yg tak dijangka langsung. Alhamdulillah mmg dah keluar dari rumah awal-awal, tapi adik aku sorang terperangkap. Sbb tak sangka banjir. 

4. Dan oleh sbb itu, apabila dapat arahan utk pindah, cepat-cepat mengemas rumah, dan terus keluar mencari tempat perlindungan. Tak sanggup lg nak dengar famili terperangkap dalam banjir. Biarlah sampai ke pusat pemindahan, tidur tak selesa, tapi semua ahli keluarga ada, jiran-jiran ada. Sayangkan rumah memang sangat sayang, tapi demi keselamatan, tinggalkanlah. 

Cuma, lain kali, kalau terdapat lg jangkaan banjir (na'uzubillahi min zaalik),  kalau ada lagi arahan utk pindah, sebelum air naik ke paras buku lali atau paras betis, selain dari barang berharga dan dokumen penting, keperluan diri spt pakaian dan pakaian solat, yg penting jugak siapkan sekali bekalan makanan sedikit, dan tikar bantal dan toto selimut, dan khemah bawak sekali ke pusat pemindahan. 

Jadinya, takdelah sukarelawan dan petugas banjir dan jugak mangsa-mangsa banjir bertekak dan berkecil hati dgn perangai masing-masing. 



Salam takziah utk sahabat-sahabat saya di seluruh Malaysia yg terlibat dgn banjir pada kali ini, terutama sekali di Kelantan. 

Bila Allah menduga, itu tanda kasih sayang dan rahmatNya kpd kita. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, December 27, 2014

Banjir - Pusat pemindahan

Al salam alaykum

Kami dah balik rumah. Dah tak larat nak tido kat pusat pemindahan. Katanya air pasang lagi. Harap tak banjir. 

Sempat berwasap dgn kengkawan lain. Dapt berita dari Keri, Kelantan makin teruk banjirnya. Rumah dia hapus. Sedih. 

Aku nak kongsi pengalaman duduk di Pusat Pemindahan. Kali ni pusat pemindahan di Kuantan jauh dari kawasan banjir. Alhamdulillah. Pengalaman dari tahun lepas. 

Famili aku dan kebanyakan jiran-jiran duduk di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Sbb dewan Sukpa dan dewan lain dah penuh. 

Alhamdulillah, makan ok. Sentiasa ada roti dan biskut. Nasi nak makan ikut jadual makan. Cuma kalau roti nak kena p mintak. 

Tapi, ada jgk kelemahan. Terutama utk warga emas yg kesejukan. Tahun ni takde masalah utk pengangkutan dan jalanraya. Tapi, bantuan seperti tikar dan bantal utk warga emas lambat sampai ataupun mungkin tak mencukupi. 

Masuk hari kedua, ada lagi jiran-jiran kami yg tak dapat tikar dan bantal.  Tido atas kotak. Warga emas plak tu. Bila ditanya, jawapan yg diterima tak pasti. Petang sikit, barulah ada toto. Dan juga selimut. Alhamdulillah.

Cuma, pelik, masalah apa yg dihadapi sehinggakan perkara asas utk mangsa banjir tidak mencukupi atau lambat sampai. Bukan tidak bersyukur, tapi seluruh Malaysia telah diwarwarkan oleh kerajaan bahawa kerajaan telah bersedia utk menghadapi bencana banjir.  

Ini masalah di Kuantan, yg mana jaringan pengangkutan masih lagi ok dan selamat. Belum lagi di Kelantan atau di tempat pedalaman yg lain yg terus terputus hubungan. 

Dan, aku dapat kontek adik ipar aku kat Kelantan. Dia kat pusat pemindahan jgk. Makan semua ok, tapi nak dapat air panas  nak simpan air panas utk susu baby susah. Maka, mungkin sahabat2 yg menguruskan bantuan kemanusiaan boleh mempertimbangkan utk memberi termos air panas utk ibu beranak kecil. 

Dan, yg paling mendukacitakan ialah, mak aku nak amik nasi utk Adam. Waktu utk makan nasi ialah jam 7.00 pm. Tp Adam dh mengamuk nak nasi, mak aku nak amik nasi skit je. Utk Adam. Dah dapat kebenaran daripada sukarelawan lain, tapi yg duduk kat nasi tu marah kat mak aku, walaupun dah cakap utk budak 2 tahun.

Meja utk agihan makanan ada dua. Petugas kat meja belah kanan baik-baik je. Senyum sentiasa. Cerita berikutnya utk meja yg di sebelah kiri. 

Masa makan tengahari, aku mmg perhatikan petugas-petugas ni. Amik gambar beraksi macam-macam dengan senyum sampai ke telinga. Tapi semasa bertugas memberikan makanan kepada mangsa banjir, muka masam mencuka. Takde terselit senyuman sikit pun. Masih bersangka baik, penat memasak mungkin. 

Dan, ada sukarelawan dari Ikatan Muslimin datang membuat program utk kanak-kanak mangsa banjir. Seronok budak-budak ni dapat mewarna dan jgk pensil warna baru. 


Pengalaman aku. Pengalaman semua. 

Teruskan bantuan utk mangsa-mangsa banjir lain yg lagi memerlukan. Teruskan berdoa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, December 25, 2014

Kisah banjir

Al salam alaykum

Kalau tahun lepas berendam air mata tengok Kuantan banjir, tahun ni berendam air mata tengok banjir di Kelantan. 

Banyak khabar disebarkan. Video budak menangis mintak tolong. Sekolah yg tenggelam. Hospital yg sampai separas pinggang. 

Sedih. 

Allah menguji hambaNya yg sedia diuji. Harap semua tabah. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah! 

Malam ni, aku tidur di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Penduduk Sungai Isap diarahkan berpindah. Malam ni hujan. Kemungkinan air pasang besar lagi. Harap kami tak banjir. Semalam 3 buah rumah di hujung lorong dinaiki air. 

Harap malam ni takde apa-apa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Tuesday, December 23, 2014

23/12/2014

Al salam alaykum

Hari ni hari lahir lelaki kesayangan saya, iaitu En. Kamaruddin bin Md. Taib. Selamat hari lahir Pa! Semoga sehat sejahtera sokmo. 

Dan hari ni juga, warga Kuantan sedang berjaga-jaga. Air pasang tinggi malam ni. Hujan dah seminggu tak berhenti. Berdoa, hujan yg turun ialah hujan rahmat, hujan manfaat, tidak membawa mudarat.

Pray for Pantai Timur. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 29, 2013

Makan di Kuantan: Lila Wadi

Al salam alaykum

Org selalu tanya aku kalau makan kat Kuantan kat mana yg best. Aku sukar utk menjawab. Sbb aku kalau balik mmg makan kat rumah yg mak ayah dan kadang-kadang adik aku masak je laa. 

Kemudian, ada kawan-kawan aku kat FB cakap makan kat Lila Wadi sedap. Aku pun teringin nak cuba. 

Jadinya semalam, bawak la famili pergi ke Lila Wadi. Lila Wadi letaknya di Jalan Teluk Sisek, sebelah Annexe Rest House. Dulu kat belakang Pejabat Kastam Jalan Besar. 

Kat Lila Wadi ada masakan panas dan juga BBQ. Oleh sbb x cukup korum, kita cuba masakan panas je la. Niat di hati, kakngah balik sefamili nnt kita cuba BBQ la plak. 

Sebelum tu, suka aku mengingatkan aku bercerita ni tanpa gambar. Heheehe. 

Kami semua order nasi goreng. Ada nasi goreng ayam, seafood, mushroom, beef, lamb. Kemudian order udang dan sotong tempura, fries utk Adam. 

Kami suka udang dan sotong tempura. Mmg sedap. 

Tapi bila tiba nasi goreng, muka masing-masing dh sedih. Hahaahaha. Serius! Nasi goreng semuanya sama warna dan jenis. Iaitu nasi goreng asas, nasi goreng cina. Cuma yg berbeza, kalau order nasi goreng ayam, adalah ayam dlm nasi goreng tu. Order lamb fried rice, ada la lamb dlm tu. Tu je la. 

Aku pandang sekeliling. Mmg ramai Chinese yg datang ke situ. Tapi takde la order macam kami ni. Diorg minum air dan makan kek je. Rata-rata kesemuanya macam tu. 

Aku pun tambah order. Amik mango cake dan chocolate cake. Dan ternyata, memang sedap. Habis diet aku! Sbb tu la ramai Chinese kot. 

Baiklah, kesimpulannya, Lila Wadi ok je. Cuma mungkin pilihan nasi yg ada tidak memikat selera kami. Lain kali, pergi utk lepak minum air dan makan kek dan makan tempura je la. 

Dari segi harga, mmg ikut standard Kuala Lumpur. Tidaklah mahal, tidaklah murah. Tiada service tax jugak. Ada RM 10, boleh dah nak makan dan minum. 

Ok, tu je cerita makan kami di Lila Wadi. 


Oh ya! Ini hanyalah mengikut selera kami sekeluarga ye! Kalau korang baca blog org lain, mungkin diorang cakap best. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Al salam alaykum

Sebelum tahun 2001, aku tak pernah merasa banjir. Kalau ada pun, di kg aku, Alor Tembesu Dungun. Takde la boleh dikatakan banjir pun. Sbb naik air skit je. Tu pun bukan kawasan rumah arwah nenek aku. Takde aktiviti pindah memindah ke pusat pemindahan banjir. 

Hujung tahun 2001, selepas beberapa hari raya aidilfitri. Hujan turun tak berhenti di Kuantan. Juga malam itu diramalkan air pasang tinggi dan juga kunci air Kobat akan dibuka. Kawasan berdekatan mula dinaiki air. Siang hari tu, jiran aku berkata "marilah kita rasa banjir sekali. Nok gok rasa banjir cemana". 

Adik-adik aku yg lelaki, sibuk main air hujan. Aku dan mak dan adik-adik perempuan aku, sibuk bergambar dalam rumah. Mengabiskan kodak (filem) hari raya. Ayah aku, keluar rumah meninjau hujan. Sbb Sg Isap Damai dh naik air. 

Ayah aku balik, cakap rumah dihujung lorong kami, mula dinaiki air. Ayah aku pergi menolong mengemas barang di rumah hujung tu. Kami plak, duduk-duduk tgk tv lg. Sambil tgk air longkang. "Tak banjir kot"

Jam 12 tgh malam, jiran kami datang mengetuk pintu. Air longkang melimpah. Kebanyakan rumah di lorong kami mula dinaiki air. Sudah!!! Ayah aku masih lg menolong mengemas rumah jiran. Kami bergegas mengemas rumah. Tatau mana nak mula. Mana pernah rasa banjir wehh!!

Baju-baju masuk dlm karung bawak naik atas siling rumah. Barang-barang letrik letak atas almari tinggi. Aku tak ingt cemana kami simpan tilam kami. Yg aku paling ingt, ayah aku letak tv atas meja jepun. Meja jepun tu plak ayah aku ikat dekat pelampung tayar besar. 

Jam 4 pagi, air makin naik. Sampai paras lutut kami. Kemudian naik lagi, sampai pinggang aku. Kami tak berlengah. Kami harung banjir ke Sg Isap 2. Berlindung sekejap di pusat KRT. Kemudian situ pun naik air. Jiran kami yg nak merasa banjir, sempat telefon anak dia di Inderapura mengabarkan keadaan kami. Dan, menantunya datang dengan lori pasir. 

Kami keluar ke jalan masuk Sg Isap 2, dekat pencawang tu. Lori Abg Mi dah menunggu kami. Tp bukan kami je yg panjat naik, mangsa banjir yg lain juga. Semua yg menumpang naik, Abg Mi tlg hantarkan ke pusat pemindahan Sek Men Paya Besar. Dan kami 2 keluarga terus dibawa ke Inderapura, menumpang teduh di rumah Abg Mi dan Kak Yah selama 2 hari. 

Akibat dari banjir tersebut, van ayah aku rosak. Tikar getah kena buang. Ada sebiji 2 almari dh kembang, kena buang. Kerusi rotan rosak. Barang letrik alhamdulillah kebanyakannya ok. Barang-barang aku yg bernilai sentimental pun habis kena banjir, tp aku simpan lg smpi skrg. 

Operasi membasuh dan mengemas mmg memenatkan. Aku balik lambat ke kampus, utk menolong famili aku mengemas. 

Sedih pedih mengenangkan kerosakan dan kemusnahan. Dan, aku berdoa semoga tahun-tahun mendatang kami tidak akan terlibat dgn banjir. Setiap tahun sebelum benteng banjir dibina di kawasan perumahan kami, tiba je hujung tahun, kami berjaga2. Mengemas cepat2. Dan berpindah cepat2, takut bah melanda. Alhamdulillah, selepas benteng banjir dibina, kami rasa tenteram skit apabila hujung tahun tiba. 

Dan, siapa sangka, tahun 2013, kami akan mengalami banjir lagi sekali! Malah lebih teruk! Salah satu punca selain hujan yg lebat dan air pasang tinggi, ialah benteng banjir tu pecah!

Banjir melanda setinggi paras dada aku di lorong rumah kami. Siapalah kita utk menidakkan kuasa Tuhan. 

Sebenarnya, kami tak menjangka banjir akan berlaku. Jadinya, acara kemas mengemas tidaklah beriya. Mengikut pengalaman kami bertahun-tahun, air akan naik paras buku lali di rumah paling hujung di lorong kami, kemudian terus surut. 

Cuma, bila bekalan elektrik terputus, mak ayah aku rasa macam tak sedap hati. Teruskan mengemas apa yg patut, dan tinggalkan rumah menuju ke pusat pemindahan banjir walaupun air taknaik pun lg di kawasan rumah kami.  Aku pun di KL ni sempat berdoa. Air yg naik tu banjir acah-acah je, mcm tahun sudah. Ternyata, doa tidak makbul. 

Banjir yg amat dahsyat melanda Kuantan. Oleh sbb skrg ni canggih dgn teknologi di hujung jari, kami dapat update dan informasi dgn cepatnya. 

Adik aku Iman, sblm dia hilang tidak dapat dikesan, sempat telefon aku cakap "rumah kita tenggelam kaklong". Duduk kat KL ni tak senang hati langsung!

Banjir yg dahsyat. Kami memohon keampunanMu Ya Allah! Kami berharap semoga kami tidak diuji dgn bencana ini lagi Ya Allah! Aamiin. 

Di kesempatan ini, ribuan terima kasih kpd kerajaan negeri dan pusat, ahli parlimen Kuantan, ADUN Tg Lumpur, keluarga sanak saudara yg disayangi, sahabat-sahabat saya yg dikasihi, badan-badan berkanun, NGO-NGO, syarikat2, dan orang perseorangan yg menyumbang secara langsung dan tidak langsung kpd kami dan semua mangsa banjir kali ni. Hanya Allah yg mampu membalas budi baik anda semua. Spt yg kita percaya, "hari ni kita tlg org lain dlm susah, bila kita susah, Allah akan hantar org lain utk bantu kita"

Dan, doakan Kuantan terus bangkit menjadi bandar lestari di Pantai Timur. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, December 07, 2013

Banjir: Rumah Kami

Al salam alaykum

Banjir kali ni tinggi skit daripada tahun 2001. Kalau 2001 betul-betul paras tingkap rumah kami, kali ni lebih dalam 5". 

Sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk, sahabat-sahabat menyampaikan pesan, mungkin malam ni banjir lagi sekali. 

Mmg hujan agak lebat siang tadi. Kunci air Sg Kobat katanya dibuka. Dan malam ni air pasang besar dijangka setinggi 3.5 meter. 

Jadinya, katil-katil, almari-almari kami tak usik lagi. Lagipun, gelap nak buat kerja. 

Buang air lumpur, dengan harapan malam ni tak banjir dan esok dpt memudahkan kerja kami. 

Dan kami mengikut nasihat isteri Perdana Menteri kita yg muncul kat Buletin Utama. Beliau tak bagi kami terburu-buru utk mencuci dan mengemas rumah. Kang banjir lagi, susah hati plak pemimpin negara kami. 






::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Friday, December 06, 2013

Banjir: bantuan diperlukan

al salam alaykum

aku share kat blog plak... 

malam ni lori akan bergerak ke Kemaman utk menghantar bantuan...

sekiranya pembaca-pembaca blog saya yg ingin menghulurkan bantuan, boleh la menghubungi nombor di bawah...




terima kasih utk segala doa dan bantuan utk mangsa-mangsa banjir di Malaysia



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::




Thursday, December 05, 2013

Banjir: 03/12/2013 & 04/12/2013

Al salam alaykum


Bertabahlah hati. Allah akan menolongmu!

P/S: Iman kat mana??

Update: 3.50 pm: air makin surut. Ayah aku pergi tgk, tapi x dapat masuk ke kawasan. Cuba utk masuk dari Sungai Isap Jaya. Tapi air takat pinggang lagi. 

Alhamdulillah, Iman telefon nak balik ke Balok. Dia kat bandar tadi. Lega dengar suara. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::