...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Monday, February 02, 2015

Ke Kuching lagi - 26/01/2015

Al salam alaykum

Hari ni kami keluar hotel jam 10.00 pagi. Takde aktiviti apa pun. Pergi waterfront nak cari sarapan. Tapi takde kedai yg bukak. Agak susah jugak nak cari makan kat sini pagi-pagi. 

Sambil tu singgah kedai kek lapis Mira. Sedap gak kek lapis Mira ni. 


Memborong kek lapis lagi la kita. Kendian pergi ke Kopi O Corner utk sarapan dan makan tengahari terus. 

Dan pukul 2 sampai airport utk flight ke KL jam 4.15 petang. Kesimpulannya, berjalan yg betul berjalan hari Ahad je la. 

Kuching, ok jgk pakai aci redah je time banjir dan hujan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, January 30, 2015

Ke Kuching lagi - 25/01/2015

Al salam alaykum

Pagi ni mak aku plak tak sehat. Muntah-muntah. Pagi-pagi dah makan pisang katanya. 

Lepas kami bersarapan di Kopi o Corner, kami cuba utk ke Pasar Serikin. Aku riki-riki, jalan ke Pasar Serikin banjir dah banyak hari. Tapi cuba je la, mana tau rezeki. 

Alhamdulillah, banjir dah surut sepanjang perjalanan. Sampai di Pasar Serikin pun teduh je. Tapi mood shopping mak aku tak sampai. Sbb masih lagi perut meragam dan muntah-muntah. 


Aku borak-borak dgn peniaga di situ, hari ni baru betul-betul berbisnes. Semalam hari Sabtu, pasar still bukak, tapi takde pengunjung sbb banjir. Ada pun petang, pun tak ramai. Yg berani redah banjir dgn kereta tinggi-tinggi sampai la ke pasar. 

Barang-barang bisnes diorang pun lembab sbb hujan. Mmg rezeki la kami pada hari Ahad, cuaca ok tak hujan, banjir surut. Cuma mak aku je yg tak sehat. Dan, aku kena pow dgn Ammar dan Adam dgn mainan yg hebat. Nangis!!!

Kemudian, kami bergerak ke Taman Buaya Jong. Sejam jugak perjalanan.  Kemudian, aku ternampak papan tanda Semenggoh Wildlife Centre, tengok jam dah 2.30 pm. Aku ada baca waktu makan orang utan jam 3.00 pm. Kita p singgah Semenggoh dulu la. 


Bayaran masuk RM 5.00 utk dewasa, RM 3.00 utk kanak-kanak. Tapi, kami teah diingatkan utk melihat orang utan keluar makan amat tipis sbb skrg musim buah-buahan. Tapi oleh sbb, penjaga kaunter cakap pg td ada 2 ekor orang utan keluar, jadinya doa banyak-banyak la harap ada rezeki utk kami. 


Sebelum masuk ke feeding port, kami kena dengar taklimat dulu. Masa tu Adam bising, terus renjer hutan cakap kanak-kanak tidak digalakkan masuk. Ramai jgk yg pandang kami. Tapi apalah yg budak-budak paham. Aku je buat tak paham. Heheheehe. 


Nak berjalan masuk ke feeding port tu dlm 500 meter. Renjer hutan pun telah menjalankan tugasnya utk memanggil orang utan keluar. Bunyinya lebih kurang mcm cerita tarzan. 


Tapi selepas 15 minit takde tanda pun orang utan nak keluar. Kemudian, ada seorang renjer lain cakap org utan ada kat jalan masuk tadi. Berkejar kami keluar. Aza pun tepon aku cakap menda yg sama. 


Alhamdulillah, adalah rezeki utk kami tengok orang utan. Daripada 27 ekor yg ada, sekor je yg keluar. Ok la tu kan. Adalah dlm 15 minit jgk. Oh ya, ini adalah anak orang utan ye. Besar! 

Kemudian, kami bergerak ke Pantai Santubong. Hajat hati nak tengok matahari jatuh. Tapi aku salah tunjuk jalan, terus ke Damai Beach Resort. 


Ammar cakap, "ni bukan pantai ni Ciklong". Hahaahaha. 


Bukan pantai pun, boleh je diorang ni main pasir pantai kononnya. 


Sempat jugak kami makan durian Sarawak kat Santubong. Tapi aku tak sempat nak tengok matahari terbenam. Tengok dari dalam kereta takleh berenti. Takpe la, simpan pahat dalam ingatan saat matahari cantik itu. 

Dan, balik semula ke Kuching, dinner di Waterfront, dan bergambar di replika Kuching. Org kata, apa barang datang Kuching takde gambar kat replika Kuching. Hehehehe. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, January 29, 2015

Ke Kuching lagi - 24/01/2015

Al salam alaykum

Beli tiket ke Kuching lebih setahun yg lalu. Nak beli tiket p KK tak dapat harga yg betul-betul murah. 

Dan, selepas beberapa tahun asyik dok dengar janji palsu Ciklong nak bawak Ammar naik kapal terbang, kali ni hasrat tercapai. 


Harga tiket Ammar sorang RM 270.00. Hahahaaha! Boleh bawak 4 org lain lagi! Demi Ammar, apa-apa je la. Ayohde support skit, Ciklong support skit. Yg lain ibu dan abah dia la. 




Hari pertama di Kuching, takde ke mana sangat. Kuching hujan. Musim banjir lagipun. Tapi dapat byk feedback, takde masalah, so ok je la sampai jugak ke Kuching. Tapi kami hanya ke Waterfront, tak dapat naik bot sbb hujan. Air sungai Sarawak pun mcm teh tarik terlebih susu dah warnanya. 

Kami ke seberang bayar tol kat jambatan. Tol 1.60 sehala. Tapi ok la, dapat berenti bebetul depan Kek Lapis Dayang Salhah. 


Beli kek lapis awal-awal, kot kang nanti tak sempat nak datang dah. 

Kemudian, kami ke Pasar Satok di Kubah Ria. Dekat la jugak dengan Pasar Satok lama. Cuma kali ni dalam bangunan. Aku cari jugak Kek Lapis Yudi yg sedap tu, jumpa, tapi sbb dah banyak beli kat Dayang Salhah, tak membeli la aku kat Pasar Satok. 


Datang Pasar Satok mau beli Ikan Terubuk masin dengan belacan. Tu je. Berjalan dgn mak ayah dan baby kecik kena kira jugak tahap kesihatan dan stamina masing-masing. Kalau ikutkan aku, mmg habis nak round satu Kubah Ria tu. Tapi tak boleh la pentingkan diri sendiri. 

Dan kemudian, kami makan malam kat RJ Ayam Penyet di bandar Kuching. Hujan masih lg mencurah, baiklah balik ke bilik utk aktiviti esok harinya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, May 11, 2011

Kuching - 03/04/2011

al salam alaykum

03/04/2011 - Waterfront - Kuching Airport

hari terakhir, pukul 8 kami daftar keluar dr Laila Inn... jalan-jalan di kedai-kedai berhadapan Waterfront... jalan-jalan cuci mata dan bershopping lg, kalu ada duit lg laa... Husna, kalau ikut hati dia, dia nak pi lg sekali Pasar Serikin... haippp!! mana bulih...

Kg Budaya pun tak dapat pergi... bila lg la nak sampai Kuching ni...


aku lupa nama tugu ni...


kedai-kedai di Waterfront, ada jugak yg dh bukak awal... kalu korg nak beli ikan bilis atau udang kering, kat sini la tempatnya... tp harga mahal la jugak skit... kat Pasar Satok ok skit harga... tp, udang kering kat Pasar Serikin lg murah...

antara kedai cenderahati

Jalan India


Lepas sarapan + makan tengahari kat restoran mamak kat India Street, kami ke replika burung enggang tu lagi sekali... utk sesi penggambaran di waktu siang pulak

gelap

pemandangan waktu pagi


kemudian, ke replika kucing tu lg sekali... nak tgk sangat perbezaan kucing pada waktu siang dan malam...


jam baru pukul 11 pagi... tatau mana dh nak pusing... flight pukul 4 ptg karang... nmpk ada shopping complex baru bukak, terjah je laa...


kemudian, bosan dok dalam tu, kami pusing-pusing bandar Kuching dgn kereta, dan singgah di Muzium Islam sekejap... dapat la masuk utk melawat... tp masa kami melawat tuh, Muzium Islam sangat panas... aircond tak berfungsi... rupa-rupanya, masih dalam pembaikan... sbb nnt bulan Rejab nnt, ada tilawah Al-quran peringkat kebangsaan... jadinya, semua menda nak diperbaiki... gambar kat Muzium tak ada, sbb tidak dibenarkan utk bergambar...

pukul 2 ptg, kami ke airport...


mungkin akan ada trip ke Kuching lg, sbb Kak Roza tak puas hati tak dpt masuk Kg Budaya, aku pun... hehehehe...

insyaAllah... ada rezeki lg, akan sampailah kami ke sana...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 09, 2011

Kuching - 02/04/2011 - Bahagian 2

 al salam alaykum

02/04/2011 - DBKU (Muzium Kuching) - Pantai Santubong - Pasar Satok - Waterfront

bersambung lagi, masih hari kedua... lepas makan Nasi Ayam Penyet yg sedap di Kafe Bunda, kami balik ke hotel, utk berehat... agenda petangnya, kawan si Farisy, aku lupa namanya sapa, akan bawak kami jalan-jalan...

dalam pukul 3, kami gerak dgn dua buah kereta...


kami ke Muzium Kuching yg terletak di Dewan Bandaraya Kuching Utara

itu SUV kawan Farisy...

DBKU

sampai di DBKU, hari pun dh mula hujan rintik-rintik dan bertukar menjadi lebat... terus masuk dalam Muzium laa...


tiada bayaran masuk utk Muzium ni... tp utk setiap kamera kena bayar... termasuklah handphone berkamera anda... jadinya, kami ni jujur belaka, bawak masuk kamera Husna... kamera lain semua kena tinggal kat kaunter...

ni jer la gamba yg ada, sbb Husna tak bg lg gambar dia kat kami semua... 

dalam muzium nih takde menda lain selain dr cerita pasal Kuching je semata-mata... muzium pun mcm dh nak kena tutup, kami pun keluar... kawan Farisy nak bawak kami ke Santubong plak...

kalu tak memanjat, mmg tak sah

dalam perjalanan ke Santubong, kami singgah sekejap kat Jabatan Kimia Sarawak... rupanya tempat kerja kawan si Farisy...

sambil menunggu kawan Farisy, ni kerjanya...

Gunung Santubong dari kejauhan

kalu korang nak daki, sila telefon ini nombor...

nak daki Gunung Santubong, menurut kawan si Farisy ni, amik masa 5 jam... tak perlu bermalam katanya...

kemudian, kami ke Kg. Budaya, yg dh ditutup... plan nak ke Kg Budaya esoknya, tp kawan Farisy ckp, rugi! lain kali kena datang lg la gamaknya... kawan Farisy ckp, kalu pi Kuching tak p Kg Budaya, bknlah datang Kuching namanya... hehehehe...

amik gmbo buat penghibur hati...

 
 ada jugak muka kawan si Farisy ni...

kemudian, kami ke Pantai Santubong...


cantik! tp yg kami pergi ni cam kotor skit... mungkin sbb pantai awam... bkn yg diurus dan diselanggarakan oleh mana-mana resort...

takde keroje di ptg2 hari

ni hasil kerja Husna... org seni la katakan

dh puas lepak di Santubong, kami ke Pasar Satok... punyalah ramai org... tak larat aku nak mencelah-celah... tujuan utama, nak cari ikan terubuk masin...

aku dapat 3 ekor RM 10...

aku ralat tak beli masa tuh...


Husna sebok nak makan durian, dr semenanjung sampai ke Sarawak, tak dpt2 lg  dia nak makan durian, jadinya, layankan aje... diorg makan bertiga... ni Durian Sarawak... Husna ckp lain rasanya dr Durian Semenanjung... tp aku tak rasa pun walau seulas... hehehe

perut aku lapar menda lain sebenarnya, so takde nafsu la nak makan durian... kami ke sebelah kafe Bunda, aku tak ingt apa nama restoran tuh, tp mmg betul2 sebelah Kafe Bunda... utk mengisi perut yg telah mendendangkan lagu keroncong utk ana...

mee kolok, aku share dgn kak Roza

laksa Sarawak, Kak Roza share dengan aku...

rasa mee kolok sedap la jugak, walopun rasa cam makan maggi, tp bg aku ok dan best jek... laksa Sarawak tak berapa sgt laa... aku rasa yg aku makan kat Miri tu lg best!

Pisang berkeju

kemudian, kami ke Waterfront lg sekali... nak amik gmbo dengan replika Kuching tu...

jumpa burung kenyalang...


ramai jugak org kat sini... lama jugak la nak menunggu giliran... sambil2 tuh aku usha sekeliling, aku ternampak Izwan Azir Saleh kat depan hotel apa ntah... dia kan kat Sarawak sbb ada rancangan Sayang Sarawak, kempen pilihanraya la tu...

penat, balik hotel utk mengemas dan tidur...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, May 05, 2011

Kuching - 02/04/2011 - bahagian 1

 al salam alaykum

 02/04/2011 - Pasar Serikin - Gua Angin - Tasik Biru

sepatutnya, plan kami pada hari kedua, kami akan ke Kg Budaya... tapi, oleh sbb beberapa hal dan keadaan, rancangan diubah, kami ke Pasar Serikin... kami sampai di Pasar Serikin jam lebih kurang pukul 8.30 pagi... awal kan? kedai pun baru nak bukak... pi awal sbb malas nak berpanas nnt...

aku tau pasal Pasar Serikin ni dalam satu novel terbitan Jemari Seni, tajuknya aku lupa... pergi pun saja nak tgk-tgk, bkn nak memborong pun...

mula-mula sampai, macam "waaaahhhhhh bestnya!!" siap pasang niat nak bawak mak dtg jalan-jalan ke Serikin tu... tp bila jalan-jalan, biasa je...

harganya tak la semurah yg dikata... dan ada lg mahal dr Semenanjung... cuma, aku dapat la beli baju 2 helai RM 50... kat semenanjung, harga baju tuh mau 80 inggit selai! kalu kain batik ke apa ke, harga sama mcm kat Mydin... telekung pun, utk cotton paris, mahal jugak dia letak harga, bila tawar pun masih lg mahal... 

kawan aku, Cik Fatimah pesan, kalu ke Serikin kena ada org tempatan, takut ditipu je... mcm terkena jugak! hehehehe

perniagaan baru bermula...

key chain

tabung

tergugat iman tgk baju2 nih

tembaga pun ada...

kraftangan

LV murah-murah!

perhiasan diri

kereta pun dh mula banyak...

pengsan? JPA 3 ada...

aku berjalan dgn Kak Roza... kami round-round, dua kali pusing, dh bosan... hahahaha... mcm tak caya je... last-last, lepak kat kedai makan kat mula-mula masuk Pasar Serikin, sambil menunggu si Husna & Farisy... dalam hati, mungkin tidak aku datang utk kali keduanya...


kemudian, kami ke Gua Angin... alang-alang dh sehala tu, singgah je la kan!



nak masuk Gua Angin kena bayar RM 3 sorg... dan, sbb aku ada kad pelajar lg, dpt la separuh harga... hehehehe...


tahun nih aku pikir mcm byk sgt dh gua aku masuk... jadinya Gua Angin ni biasa-biasa je la bg aku... kemudian plak. takde guider yg mengikut... 

apa yg ko suluh tu Husna?

kami terlepas jalan dh nak ke Gua Pari-pari... jadinya, plan nak balik semula ke Kuching laa...


kemudian, aku nmpk papan tanda ke Tasik Biru... aku suh je Husna masuk ke jalan tuh... hehehe... ni adalah agenda yg mengejut laa... cantik Tasik Biru ni... tgk dgn mata sendiri, nmpk la jugak kebiru-biruan... dalam kamera, jadi hijau la plak...

tinggi arsenik

budak-budak nih mandi dengan selambanya...

kemudian, aku nmpk lg papan tanda tentang Kolam Air Panas... cari punya cari, tak jumpa pun simpang masuk... terus kami balik ke Kuching... perut pun dh lapar...


kami makan nasi ayam penyet kat Kafe Bunda... bg aku terbaek laa di Kuching... cubalah!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::