...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Lasik. Show all posts
Showing posts with label Lasik. Show all posts

Friday, November 07, 2014

Lasik - Untuk yg terakhirnya

Al salam alaykum

Pagi ni check up kali terakhir selepas setahun Lasik procedure. 


Dan, seperti biasa mata kiri aku problem. Sedih!

Prof cakap itu adalah biasa utk yg bekerja di depan komputer. Mata kiri aku pasif. Tak perlukan pembetulan, tapi boleh dibetulkan. Adalah nanti risiko lain plak. 


Apa-apa hal pun, alhamdulillah utk nikmat yg Allah pinjamkan ni. Harap dapat bertahan hingga hari tuaku. Aamiin. 

Aku telah didiscajkan. Tak perlu lagi berkunjung ke UIAM. Tapi kalau ada apa hal, boleh telefon utk temujanji. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, May 11, 2014

LASIK - Selepas 6 bulan

al salam alaykum

selepas beberapa kali menukar temujanji, akhirnya follow up aku kembali kpd asal, 9/5/2014... katanya kali ni tak perlu jumpa Prof KMK... kali ni hanya berjumpa dengan Optometris je...

dan selain daripada pemeriksaan biasa, aku juga dipilih utk menjadi sukarelawan dalam projek yg optometris tu buat... projek apa nama pun aku tak ingt... kena pakai semi hard contact lens, dia nak tau kesan lens tu kat org yg buat LASIK...

so far, mata kanan aku la ok... mata kiri aku tak ok lg... dan mata kiri mengalami kekeringan yg keteramatsangatan... bacaan silau mata kiri ialah 50...

follow up seterusnya ialah 31.10.2014, selepas setahun menjalani LASIK...

sangat berharap mata aku ok...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 31, 2014

Budak Kacamata

Al salam alaykum

Pada petang semalam dalam hujan turun yg mencurah-curah. 

Nir: Eh Kay! Ko boleh drive ke gelap-gelap dalam hujan ni?
Kay: sorry sorry! Aku lupa nak cabut sunglasses! 

Almaklumlah, pakai spek dah 20 tahun. Lepas Lasik baru 6 bulan, bila pakai sunglasses terlupa la hari gelap ke malam ke, sbb dah terbiasa ada sesuatu atas hidung. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, March 22, 2014

LASIK - Follow up di Klinik Mesra

Al salam Alaykum

Balik dari Padang, aku ke Klinik Mesra pada 12/03/2014... ada follow up lagi sekali selepas 2 minggu... 

Doktor cakap perkembangan mmg ok, cuma mata mmg kering lg...

so, sila rajin ye Cik Kay utk pakai eye drop tu!

penglihatan mata kanan, 6/6, mata kiri 6/9...

aku tanya Doktor Joe tu, bila mata kiri saya nak dapat 6/6... dia cakap biasanya takde la nak dapat 6/6... tapi asal jelas tak guna cermin mata tu dah bagus sangat, Doktor cakap...

dan dapat lagi ubat lain... dan seterusnya kena jumpa doktor pada 30/04/2014... 

tapi aku pikir dah tanak pergi la... sbb aku kena follow up kat UIAM pada 09/05/2014... dan setakat ni kos terkumpul utk di Klinik Mesra ni ialah RM 350.00... 

pengsan adik! nama pun ko pergi jumpa Pakar Mata Kay!

alhamdulillah, UIAM kosnya percuma... mungkin utk org lain nak pergi ulang alik ke Kuantan tu kos jugak, tp aku berunutung di situ...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 27, 2014

Lasik: Radang Mata

al salam alaykum

kalau namanya pompuan, gothic ke, solehah ke, tomboi ke, ganas ke, apatah lagi yg ayu... hobi dia mmg belek muka kat cermin kan?

sejak buat lasik, aku suka belek mata kat cermin... dan tiba-tiba pada pagi Sabtu itu hari, aku merasakan ada kelainan pada mata aku...

mungkin sbb kering, aku tambah lg eye drop sekerap yg mungkin...

tengok balik pagi Ahad, masih lg perkara yg sama, tambah lagi eye drop... 

pagi Isnin pun begitu jugak... terus aku call hotline Lasik UIAM... bercakap dgn nurse yg incharge Lasik ni... aku pun ceritakan keadaan mata aku, dia ckp first time dengar masalah aku ni... takde lagi org mengadu perkara semacam aku ni... dia mintak aku datang UIAM hari Jumaat, sbb Prof Khairidzan ada Jumaat je... aku plak tak boleh, Jumaat esok tengahari dah nak ucap selamat tinggal...

Prof Khairidzan takde kat Prince Court minggu ni... jadinya nurse mintak aku pergi Klinik Mesra Bangi... Doktor Johari pernah bertugas di UIAM katanya...

jadinya semalam aku ke Klinik Mesra Bangi, di Seksyen 4, Bangi... utk menceritakan masalah aku ni...

apa yg terjadi sebenarnya? aku mmg bimbang sesangat...

lupa cerita masalah aku...

masalah yg terjadi pada mata aku ni, flap kornea mata aku ni, bila aku gerakkan mata, terkena kelopak mata, dia mcm korg pakai contact lens yg dh kering, dan melengkung ke atas... gitu lah jadinya dgn flap kornea aku ni... kenapa aku bimbang? kot flap kornea ni tercabut, tak ke aku ni takde penglihatan? naya je... gitu sekali kebimbangan aku...

dlm bulatan tu, nmpk tak mcm melengkung ke luar?

Dato Doktor Johari ni baik sangat, macam Prof Khairidzan... dia cakap mata aku takde apa-apa... healing process pun ok, progress pun ok... cuma tersangat kering sehingga menimbulkan radang pada mata... uwwaaa! awak marah saya ke cik mata?

jadinya, aku kena pakai eye drop sekerap yg mungkin lg, dan tambah lagi eye drop utk radang mata... dan jugak vitamin C, dan jugak ginko lobaloba... bila dapat vitamin C tu, aku baru teringt mmg aku stop makan vitamin C sbb muka aku naik jerawat tatau punca... jadinya aku stop mana yg aku rasa mendatangkan kesan pada muka... mungkin sbb aku stop vitamin C tu la mata aku pun jadi cenggitu...

dan, aku kena pergi lagi klinik dia pada 12/03/2014 utk pemeriksaan selanjutnya selepas guna ubat yg dia bagi selama 2 minggu ni... bertabahlah Cik Kay dengan segala ubat yg ada... 

dan, bagi sesiapa yg ada masalah mata, seperti rabun (power mata bawah 200 la), boleh pergi klinik ni, sbb ada disediakan rawatan utk rabun, tak perlu Lasik... dan jugak masalah-masalah mata yg lain... 

Doktor Johari ni dulu yg mula-mula buka ophthalmology department kat UIAM... so dia tau la aku jalani prosedur apa... dan sekali lagi Doktor tekankan, prosedur PRK yg aku buat tu mmg sangat bagus, dan takde hospital atau pusat mata lain yg offer kecuali UIAM... 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, January 24, 2014

Lasik: Pemeriksaan 24/01/2014

Al salam alaykum

Hari ni, student yg bernama Doktor Ikhwan plak yg cek aku. 

Boleh tahan lawak, mesra dan sebagainya. 

"OK, lepas ni kita cek guna pinhole plak"

Mata kiri ke kanan doktor?

"Mana-mana pun boleh. Tapi yg sunnah kanannnn"

Pastu doktor Ikhwan senyummm. Heheehe

Kemudian, spt biasa, jumpa Prof Khairidzan. 


Alhamdulillah, mata aku takde masalah mcm bulan lepas. So tak perlu pakai forte tu dah. 

Cuma, mata aku kering la plak. 

Selain tu, aku cakap dgn Prof, mata kiri masih tak dapat vision spt yg aku harapkan. Prof cakap kena sabar. Nanti akan dapat jelas. Jangan tinggalkan eye drop. 

Dan, aku pun mengadu, aku masih terasa silau lagi pada waktu malam. Amy dh ok. Kalau pemeriksaan selanjutnya nanti masih silau, mungkin aku kena guna anti glare. Tp aku tak tanya lanjut la. 

Aku cakap lagi "Prof, saya tak dapat baca papan tanda kat luar tu". Memang la awak tak nampak, sbb lighting tak cukup. Cuba awak tgk yg dalam bilik saya ni, tulisan yg sama, jarak yg sama, nampak kan?

Prof, bila saya boleh mula makan collagen?

Hmmm... Biasanya selepas 6 bulan hingga setahun. 


Banyak tanya plak kali ni. 

Prof pun pesan lagi, kalau tiba-tiba aku rasa mata kabur, terus call klinik. Berdebar wehhh. Aku berdoa supaya rabun tak datang lagi. 

Temujanji seterusnya, bulan 5 nanti. InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, January 03, 2014

LASIK - Follow up 27/12/2013

al salam alaykum

lupa plak dah pasal LASIK aku ni... ada follow up pada 27/12/2013...



Mata kanan alhamdulillah... mata kiri masih lg bermasalah... mcm ada selaput lagi kat mata... Vision aku dh dapat 6/9, tapi masih lagi tak dapat baca habis la segaris tu... yg PH tu, maksudnya guna pin hole... so dapatlah 6/6...

dan perkembangan yg sama... body aku menolak power mata yg baru ni... dapat lagi ubat forte, kali ni kena pakai 4x sehari...

aku harap sangat mata aku ok... mcm Edd, macam Amy... macam orang lain... 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 03, 2013

LASIK - Post PRK 1M - masalah mata kiri

al salam alaykum

Jumaat, 29/11/2013, aku ada pemeriksaan berkala di Klinik Mata UIAM...

mula-mula jumpa doktor pelatih... mata kanan aku ok, alhamdulillah... mata kiri aku masih lagi 6/9... aku tak kisah la... sbb bertambah ok la dari sebelumnya kan?


cuba tengok form atas tu... mcm2 komplen aku buat... tu semua utk mata kiri aku...

sepanjang sebulan ni mmg aku ada masalah skit utk mata kiri... rasa mcm ada selaput la... rasa mcm ada menda masuk dalam mata... mata kiri terasa kering skit berbanding mata kanan... sakit kepala belah kiri... sakit kepala tu perasaannya sama mcm apabila mata kita tambah atau pun tak cukup power... cam tu la perasaan dia...

dan kali ni Doktor Khairidzan tak komplen mata aku kering... alhamdulillah...

tapi beliau ada satu kebimbangan... mata kiri aku ni macam nak bertambah dia punya kuasa rabun...

"penat-penat kita repair, senang-senang dia rabun nak datang ye"

aku mendengarnya rasa lelah juga... 

Doktor Khairidzan tanya aku, aku prefer utk buat pemeriksaan berkala di mana? di Prince Court ataupun di UIAM Kuantan? aku prefer di Kuantan la... Prince Court akan mengenakan caj sebanyak RM 200.00 utk sekali temujanji... itu tak mengapa, aku boleh claim... cumanya, kalau aku pilih di Kuantan, secara tak langsung aku balik Kuantan lama la skit kan, jadi 3 hari sebulan... ehehehe... itu motif sampingannya... 

dan sepatutnya next check up ialah bulan Januari 2014, tapi oleh sbb mata kiri aku ada masalah yg membimbangkan, aku kena jumpa Doktor Khairidzan kerap la skit... 

aku ada ubat tambahan... Pred Forte... mcm Naza Forte je...

pemeriksaan seterusnya ialah pada 27/12/2013... aku akan berpisah dengan Amy... Amy takde masalah apa-apa, cuma matanya sangat kering... dia plak pemeriksaan seterusnya ialah pada 24/01/2014...


dulu bergambar di sini dengan cermin mata, skrg tidak lagi... 

harap sembuh dengan baiknya kedua-dua mataku! aamiinnn


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Friday, November 15, 2013

Lasik: Kos

Al salam alaykum

Aku ada cerita pasal kos Lasik ni berapa, tapi mungkin sbb aku bercerita panjang sgt, ramai tak jumpa berapa kosnya. 

Kos Lasik: RM 3,500.00 
(RM 300.00 dibayar semasa temujanji kedua - full assessment, dan RM 3,200.00 dibayar ketika hari prosedur)
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad debit/kredit

Tempat: Pusat Pakar Mata, Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Temujanji setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Khamis adalah hari prosedur. 

Kos-kos berkaitan: ubat-ubatan (eye lubricant je biasanya) sepanjang tempoh temujanji sehingga didiscaj sepenuhnya selepas setahun. 

Utk maklumat lanjut, boleh hubungi no telefon berikut:

Waktu pejabat: +60 9 570 4550
Hotline: +60 19 911 2642

Harap sedikit sebanyak dapat membantu pengunjung blog ni. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, November 08, 2013

Lasik: Catatan Seminggu

Al salam alaykum

1/11/2013: 
Aku tak boleh buka mata langsung. Pedih macam kena bawang. Pakai sunglass siang malam. Nak duduk sentiasa dalam gelap. Sensitif kpd cahaya lampu matahari etc. 

Follow up pertama selepas lasik. Bacaan mata kanan 6/6, mata kiri 6/9. Alhamdulillah. 

2/11/2013:
Masih lagi tak boleh bukak mata. Penglihatan makin kabur. Stress la jugak. 

3/11/2013:
Aku sedar jam 1.30 pagi Iman tepon cakap dia eksiden dan kereta aku hancur. Dan masa tu aku perasan mata aku dah tak memerlukan sunglass sepanjang masa. Tapi aku kompius aku boleh menangis ke tidak, tahan je la tak bagi air mata keluar. Kan kata, mata takleh kena air seminggu. 

Siangnya pun dah ok. Cuma mata kiri aku terasa sangat kering dan rasa tak selesa. Macam nak tercabut je contact lens tu. 

Tapi penglihatan aku tetap kabur. 

4/11/2013:
Ada temujanji di Klinik Mata UIAM. Hari ni Prof akan cabut contact lens sementara tu. Sebelum tu, amik bacaan mata. Seperti dijangka, bacaan merosot, 6/18. 

Kemudian, Prof cabut contact lens lepas titik ubat bius. Cabut dengan penyepit. Dan mata kiri aku rasa sakit skit. Sensitif sangat mata kiri. 

Lepas tu, rehat selama setengah jam. Dan ambil bacaan mata semula. Bacaan masih sama, 6/18. 

Prof cakap ni adalah perkara biasa. Dalam masa sebulan insyaAllah akan dapat 6/6 macam hari pertama. Mudah-mudahan Allah perkenankan dan makbulkan. Aamiin. 

5/11/2013:
Aku tak memerlukan sangat sunglass. Cuma guna masa tengok tv. Dan tidaklah  berapa jelas lagi. Kadang aku boleh baca subtitle, kadang kabur. 

Mata kiri pun rasa cam pelik skit. 

6/11/2013:
Pun sama macam 5/11/2013. Bila aku fokus ke tulisan yg ada kat dinding, aku nampak jelas tulisan tu. Lepas sejam cuba lagi, dah kabur. 

Dah dua hari aku tak guna eye lubricant. Tatau la nanti kena marah ke tidak. Sbb aku tak rasa pun mata aku kering. 

7/11/2013:
Alhamdulillah, aku dah boleh baca subtitle kat tv. Tapi mata aku rasa macam berpasir. So pakai balik eye lubricant tu. 

Malam plak lepas baca nota, mata jadi kabur semula. 

8/11/2013:
Ada appointment utk PRK 1/52. Ni yg pertama utk follow up selama setahun. Mata aku kabur jugak skit. Tak macam semalam. 

Mula-mula amik bacaan mata. Mata kanan dapat 6/6, mata kiri 6/12. 

Kemudian masuk ke Microsurgical Lab. Amik gambar anak mata. Prof cakap, mata ok. Cuma sangat kering. Sepatutnya aku dapat results yg lagi bagus. So, kena amik eye drop berterusan utk 3 bulan. 

Prof cakap masalah utama selepas Lasik, pesakit tak rasa mata dia kering. Tetapi sebenarnya mata sangat kering. Mmg kena guna sepanjang masa utk 3 bulan pertama. 

Doa banyak-banyak utk penglihatan yg lebih baik. 

Appointment seterusnya 29/11/2013. 


Ini gambar Dr Ismadi. Masa Prof panggil dia masuk ke bilik, ternganga aku dgr nama dia. Aku snap gambar, blur. Nak upload kat IG, IG aku hang 6 kali.  Sesuatu betul. Letak kat blog je la. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, November 06, 2013

Lasik: Hari Prosedur

Al salam alaykum

Ada masa nak menaip. Mata pun ok skit. Alhamdulillah. 

Hari prosedur: 31/10/2013 jam 8.30 pagi utk temujanji. 

Aku pergi awal skit. Bukan tak sabar, tapi berdebar. 

Pada hari prosedur, kita tak dibenarkan pakai sebarang wangian, mekap, deodorant, bedak dan sewaktu dgnnya. 

Sampai je, terus ke kaunter pembayaran. 

Tapi aku dipanggil utk cek lagi sekali correction power mata aku. Dan pagi tu, mata kiri aku dapat bacaan 525. Sama macam bulan 7 dulu. 

Kemudian, ke kaunter pembayaran lagi sekali. Kali ni bayar RM 3,200.00. Dulu dah bayar kan RM 300.00 semasa buat full assessment. 

Kami dapat MC sampai 8/11/2013. 

Kami diberi pek ubat. Pek ubat adalah berlainan utk setiap prosedur. 



Ini utk aku. PRK. Utk Amy, takde ubat titis 3x sehari. Aku tak sempat lagi nak baca fungsi segala ubat tu. Tulisan kecik sangat. Optive tu aku tau la utk pelincir mata. 

Lepas tu, kami masuk ke bilik pembedahan. Hari tu ada 7 org yg menjalani prosedur. 

Aku sempat tanya kat staff nurse tu, kenapa aku tak dapat buat Custom Lasik. Dia cakap kornea aku nipis. Tapi Prof cakap kornea saya tebal. Kornea awak mmg tebal, tapi masih tak cukup utk menampung correction power. 

Staff nurse tu cakap, kat UIAM ni mmg kebanyakannya akan menjalani PRK. Jarang buat custom Lasik. Jadinya, kes Amy ialah kes istimewa, kes aku kes biasa. Hahaaha. 

Masuk ke OT, kami kena salin baju bedah dulu. Kemudian, kat mata kami disapu iodin dan jugak dititis ubat bius mata. 


Lepas tu sila la tunggu giliran. Aku yg ketiga. Berdebar wehhh. Sambil-sambil tu, borak la dgn kakak baju pink tu. Kata peramah kan? Hehehe

Bila Prof panggil masuk, dia titiskan lagi sekali ubat titis mata. Dan rehat 5 minit. Dan lepas tu aku dibaringkan ke katil pembedahan. 

Mata mmg kena straight je pandang cahaya hijau dan merah kat siling. Kena dengar apa yg prof cakap dan arahkan. 

Mula-mula buat mata kanan. Mata aku disembur dengan air suling. Kemudian aku rasa mcm disembur dengan cairan lain. Ni aku rasa alkohol la. Aku tak tanya sbb takut. Dalam hati selawat banyak-banyak. Bibir senyum je. Senyum bimbang tu. 

Lepas alkohol tu, rest sekejap. Pastu aku rasa prof mcm kikis/buang kornea aku yg dh cair tu. Kemudian dia cakap dia akan pancarkan laser ke anak mata aku. Laser tu selama lebih kurang 12 saat. Masa tu mmg bau hangit. Tapi bukan hangit mata terbakar yg aku dok pikir-pikir. Hangit laser tu la. Lepas tu, rest utk 60 saat. Kemudian Prof masukkan lens sementara utk pertumbuhan kornea baru. 

Lepas mata kanan, prosedur yg sama jugak utk mata kiri. Utk mata kiri ni, Prof ada tego, mata aku ada kesan penggunaan contact lens lama. Seingt aku, last aku guna contact lens pun masa majlis kahwin kak Zack. Guna yg pakai sehari terus buang je pun. Aku mmg malas nak pakai contact lens, renyah!

Eh, dan dan aku teringt mata kiri aku mmg selalu masalah kalau pakai contact lens.

Lepas prosedur siap, aku gembira sgt. Sbb mata terang! Syukurnya ya Rabbi! Tapi lepas tu, mata aku pedih! Macam kena bawang!!! Takleh bukak mata langsung. Mmg terus pakai sunglass. 

Selepas tu, kami kena rehat sekejap dalam setengah jam sambil berbaring. Masa tu mmg selalu pakai eye drop. Mata cepat sgt rasa kering. Sebelum balik, kena jumpa doktor utk cek mata. Takut ada sebarang complication. 

Balik rumah, lepas makan, Amy dapat tido dengan tenang. Aku tak dapat tido. Amy bangun, mata dah terang boleh bukak. Aku belum lagi. Tensen ooo! Tak boleh tgk tv, tak boleh tengok tepon, kena sentiasa pakai sunglass. Nak nangis!!! 

Utk seminggu, mata tak boleh masuk air ye! Tak boleh berenang utk sebulan. Nak basuh rambut, sila pergi saloon. Nak goreng ikan? Nak tumis sambal? Nak potong bawang? Nak main dgn Adam? Nak drive en Hitam Legam? Lupakan dulu. 

Ok, nanti aku sambung lg pasca Lasik. InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, October 30, 2013

Lasik: Temujanji Ketiga

Al salam alaykum

Hari ni aku ada temujanji ketiga utk sebelum masuk bilik pembedahan. 

Mula-mula aku kena buat beberapa ujian mata lagi sekali. Hanya dua tiga jenis ujian. Tapi, aku kena tego dengan pegawai sains tu, sbb aku tak pakai eye drop seperti yg disarankan. Aku lupa, bukan tanak pakai. 

Lepas tu, ada tayangan video. Ni penerangan pasal lasik la. Ada custom lasik (flap kornea menggunakan blade). Kemudian epi-lasik, lepas buat flap, lens sementara akan dimasukkan menggantikan kornea utk kornea tumbuh sempurna. Kawan sekolah aku, Aikin guna teknik epi-lasik. Dan yg ketiga, PRK, yg ni utk kes tertentu cthnya kornea mata nipis. Ni tak guna blade utk buat cornea flap, tapi guna alkohol. Ni plak kes Edd, kawan aku kat USM. 

Aku yakin je aku akan jalani yg pertama. 

Kemudian, aku kena jumpa Optometris lg sekali, utk dapatkan correction power utk mata aku. Optometris garang la jugak. Mmg sentap la jugak. Ayat perli-perli je. 

Lepas pemeriksaan, dia cakap dia dia tak puas hati aku dgn keputusan mata aku. Mata kiri aku. Dia takkan syorkan aku kat Prof utk jalani prosedur esok. Aku dok heran-heran kenapa sbb dia tak terangkan. Dia tanya mata kiri aku ada masalah ke? Aku cakap takde. Pastu aku tanya balik, masalah yg macamana? Apa-apa aje, dia jawab. Mmg tak membantu langsung utk aku berpikir cth-cth masalah yg mungkin aku hadapi tapi aku tak sedar. 

Lepas tu jumpa Prof. Sblm Prof masuk, aku intai-intai dulu apa Optometris tulis sampai dia tak puas hati benor dgn mata kiri aku. Mata kiri aku powernya meningkat rupanya. Dari 400 lebih jadi 625. Agaknya pasal tu la kot. 

Prof kata mata aku ok, so aku boleh jalani prosedur esok. Mungkin dia akan buat bladeless procedure. Aku dh hepi-hepi. Dlm hati aku, ni mcm Prof Muhaya punya la kot. Hahahahaaha. 

Pastu aku tanya Prof, kenapa Optometris cakap dia tak puas hati dengan mata kiri aku. Dia ckp sbb power mata aku fluctuating. So pagi esok aku akan buat lagi sekali, cek power mata lg sekali. Dan dia cakap tengahari nnt diorg akan meeting utk tentukan procedure yg mana satu sesuai utk pesakit. 

Prof Madya Dr Khairidzan ni baik. Beliau bercakap dengan kita lembut je. Sesuai la kot dengan kerjanya yg berjumpa dgn ramai orang dan nama universiti tempat beliau bertugas. 

Lepas jumpa Prof, pegawai sains tu cakap nnt ptg dia akan tepon utk beritahu keputusan meeting. 

Dan, 6.30 ptg tadi, petugas Klinik Mata UIAM telepon kami. Mula-mula tepon Amy kendian aku. Dan Amy akan jalani prosedur custom-lasik. Dan aku, PRK!!! Uwwaaaa! Ngeri aku rasa. Patutlah Prof cakap bladeless. Pakai alkohol. 

Esok pukul 8.30 pagi dah kena ada di klinik. 

Doakan kami ye! 

InsyaAllah bila aku dah boleh mengadap telepon, aku akan update pasal pasca-Lasik plak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 18, 2013

Pre Ops Lasik

al salam alaykum 

 Isnin, 15/07/2013 aku ada pemeriksaan Pre Ops Lasik di Klinik Mata, Kuliah Perubatan UIAM Kuantan... temujanji jam 8.30 pagi... tapi, aku habis jam 4 petang... lama! sepatutnya dalam 4 jam je boleh habis... 

tapi bila tiba turn aku, pegawai yg nak buat ujian terakhir tu dah pergi ke masjid utk solat berjemaah... kena tunggu la jam 2 pulak...


antara yg ujian yg dilakukan ialah:

1. Daya penglihatan
2. Tekanan mata
3. Ketebalan kornea
4. Power cermin mata
5. Power mata
6. Titik bulat -  mata mana yg lebih dominan
7. Mata mana yg beri reaksi
8. Ujian 3D
9. Ujiana anak mata - normal atau tak
10. Ujian kontras
11. Ujian permukaan mata
12. Cek vision mata
13. Ujian lengkung mata
14.
15. Ujian kecerunan mata
16.
17.
18.
19. Ujian kekeringan mata
20. Sesi Kaunseling

yg takde nama tu, aku tak sempat nak tanya... semasa sesi kaunseling, aku diterangkan risiko Lasik ni... kenapa nak buat lasik? bla bla bla...

masalah mata aku ni, mata tak statik... suka sangat melilau... jadinya lama la aku amik masa utk ujian no 1 sampai 19 tuh... mintak maaf ye!

oh ya... sebelum ni aku ada tanya Edd, ujian apa yg kena buat sampai cakap kita tak boleh pandu kereta selepas ujian tu... Edd cakap, dia letak satu jenis ubat yg bg mata pedih, kemudian penglihatan kita akan kabur utk jarak dekat... tapi kesan dia sekejap je... Edd cakap utk dia, kesannya tak sampai pun semalaman... aku pun tnaya jugak kat adik pegawai tuh, dia cakap bergantung kepada seseorang... ada yg sampai 2 3 hari... sbb tu tak digalakkan utk pandu kereta selepas ujian...

ujian no 21 tu namanya "refraction" kalu tak silap aku... mata akan dititiskan sejenis ubat yg akan membesarkan anak mata... kemudian mata akan diuji utk menentukan kuasa penglihatan 100% semasa pembedahan dibuat nanti... gitu lah sikit sebanyak En. Hafiz yg ramah tamah tu cakap... 

lepas je ubat tu dititiskan dalam mata... pedih pun hilang... aku mmg tak dapat membaca dalam jarak dekat... kabur sekaburnya... macam org rabun dekat la... penglihatan lebih jelas tanpa cermin mata (untuk jarak dekat la), kalu utk jarak jauh, kena pakai spek la...

aku dah risau, cemana nak balik KL ni... mata mmg kabur utk jarak dekat... tunggu 4.30 pagi Selasa, kalau rabun/kabur lagi, aku amik EL la... terpaksa, bimbang jugak... tapi Amy, penglihatan dia makin baik... so balik jugak la pagi selasa tu selepas sahur... 

alhamdulillah selamat sampai KL dan terus masuk kerja...

dan, kesan ubat tu berakhir lebih kurang jam 3.30 petang... maknanya utk aku, amik masa sehari jugak la utk pulih...

temujanji seterusnya, bulan Oktober nanti... insyaAllah...


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::


Saturday, February 09, 2013

Saringan

Al salam alaykum

Aku tahu pasal Lasik ni dalam tahun 2007 2008 dulu. Banyak artikel pasal Lasik ni. Tapi masa tu membayangkan, kos mesti mahal dan prosedur pun mcm menakutkan.

Dan, mmg mahal pun Lasik ni. Tahun lepas, heboh lagi pasal Lasik, kat Prince Court, Prof Muhaya. Harga RM 6999.00. Telan air liur!

Dan, aku pun mula buat survey, saja-saja la kan. Kawan aku pernah buat tahun 2008, harga masa tu RM 3500 utk sepasang mata. Aku cuba call pusat rawatan mata yg ada kat KL, rata-ratanya paling murah RM 2000 utk sebelah mata.

Dan kawan aku Aikin, up status tahun lepas, betapa jelasnya penglihatannya lepas buat epi-lasik. Aku tanya dia, dia ckp buat kat UIAM, harga RM 3500. Masih lagi murah la kan?

Tapi, hati aku tak berapa betul-betul kuat nak p screening. Penakut! Baca kat internet, tanya pengalaman orang, pastu mak aku pun tak berapa nak bagi, so takde la tindakan selanjutnya.

Tiba-tiba Edd p buat screening kat Damansara tak silap aku. Kalu dia proceed Lasik, dia kena bayar RM 10k. Sbb mata dia ada prob. Buat aku down jgk la sekejap.

Kemudian, Edd proceed kat UIAM, utk peringkat kedua, full assessment. Ini akan amik masa 5 jam. Lepas assessment tu, Edd ckp dia kena tunggu dulu, sbb mata dia tak sesuai utk custom Lasik. Last-last, Edd msg aku cakap dia akan buat Lasik pada 31.01.13. Waaahhhh!!!

Hari Thaipusam bulan lepas, aku balik Kuantan, aku p jumpa Aikin. Tanya dia macam-macam, dia cakap lepas setahun, mata dia dah ok. Cuma malam-malam la silau waktu drive. Tapi still takde masalah. Aku rasa macam dapat suntikan baru. Balik cite kat mak, mak aku bagi kebenaran buat saringan dulu. Seronok-seronok.

Tepon UIAM, buat appointment, 08.02.2013. Edd plak, lepas je siap Lasik dia tu, terus sms aku, pertama kali bangun selepas berbelas-belas tahun, tak perlu sebok nak cari cermin mata. Aku nak jugak situasi mcm tu!

Ujian saringan takde la perkara yg menyakitkan mata. Dia cek power mata, ketebalan kornea mata etc. Guna mesin Specular Microscope. Kemudian baru jumpa doktor.

Alhamdulillah semalam, lepas ujian saringan, Prof Madya Dr Khairidzan Mohd Kamal cakap aku boleh buat full assessment, mata aku takde masalah, mata aku sihat. Macam-macam aku tanya pasal Lasik, tp tak sempat aku tanya kenapa beliau masih lg bercermin mata, beliau dah bercerita yg matanya ada parut. Macamana boleh berparut? Masa muda-muda mata memerah so tinggal kesan parut.

Appointment kedua utk full assessment, pada 15.07.2013. Lama lagi! Tapi nak buat cemana, ramai menunggu! Sementara nak tunggu Amy siap, aku borak dgn sorg pesakit. Dia pun baru lepas Lasik minggu lepas. Dia cakap, "menyesal tak buat awal-awal"

Tapi, walau apa pun, bak kata adik misi tu, bila dah meningkat usia, cthnya dah usia 40 tahun, kalau rabun dekat tu datang, tetap pakai cermin mata jugak. Betul la tu, semuanya hanyalah pinjaman utk kita kan?

Kenapa Lasik UIAM ni masuh lg murah? Sbbnya masih lg dapat subsidi kerajaan. Ramai yg datang dari pelosok semenanjung Malaysia. Harga RM 3500 tu termasuk sekali dgn follow up treatment dan check up selama setahun.

Ada beberapa jenis Lasik yg digunakan di UIAM mengikut kesesuaian mata. Selepas full assessment baru tau. Ada epi-lasik, macam Aikin buat dan custom PRK, macam Edd. Kalau nak tahu maklumat lanjut, boleh kontek UIAM Kuantan.