...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label MH 370. Show all posts
Showing posts with label MH 370. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Selamat Jalan

Al salam alaykum

Semasa aku amik master kat UiTM, lecturer kami telah bertanya, "Saya percaya kamu semua pernah naik kapal terbang kan?"  Pada tahun 2007. Perlahan aku angkat tangan, "saya belum pernah naik kapal terbang." Rakan sekelas terkejut. Air Asia pun takkan tak pernah? Tak pernah. 

Kak Gee, ajak aku ke Bandung. Tahun 2010. Gembira dapat naik kapal terbang. Selama ni dengar kakngah je bercerita. Ye la, dia kan belajar kat seberang Laut China Selatan. Air Asia, MAS semua dia tapau sorg. 

Tp naik kapal terbang Air Asia, bak kata mak aku, macam naik bas je. Hehehe. Walaupun sama perasaan mcm naik bas, tapi aku gembira je, dapat pergi tempat yg jauh. 

Pertama kali naik kapal terbang, bersungguh-sungguh mendengar taklimat keselamatan. Walaupun aku pikir tak praktikal langsung cara Air Asia tu. Ye la, masa tu diorg buat taklimat live dlm flight, takde rakaman. Suara tak jelas. Speaking English tatau slang mana. Dah la aku kurang paham English, dapat plak slang ntah apa-apa. Lepas tu, mcm dh biasa naik kapal terbang, langsung buat tak hirau taklimat keselamatan tu. 

Sampailah pada 08/03/2014, sebelum bertolak ke LCCT, aku mendengar berita pesawat MH370 hilang. Hari itu, pertama kali selepas beberapa tahun, aku mendengar semula dgn teliti taklimat keselamatan tu. Dan rajin jugak aku membelek risalah keselamatan yg terselit pada poket kerusi. 

Dan, selepas 2 minggu, selepas beberapa penemuan objek-objek di Lautan Hindi, kita dikejutkan dengan berita "Penerbangan MH370 disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi". Pilu. Tak terbayang bagaimana kesemua kru dan penumpang pesawat tersebut mengendalikan situasi cemas itu dan berusaha utk menyelamatkan diri. 

Dan, bertambah lagi kesedihan apabila sahabat memberitahu ibu kpd salah seorang penumpang pesawat menelefon Awani utk bertanyakan apa sebenarnya intipati PC oleh Perdana Menteri. Katanya, Suhaimi Sulaiman menangis semasa menerangkan situasi kpd ibu terbabit. Menangis aku! Aku tak tengok Awani sbb aku takde Astro kat KL ni. 

Salam takziah utk semua yg terlibat dgn MH 370. 


Masih berharap ada sejalur sinar utk mereka walaupun agak mustahil. Tapi tiada yg mustahil bagi Pencipta alam ini. 

Teruskan berdoa. Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::