...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Monday, December 31, 2012

31.12.2012

al salam alaykum

ramai org buat sorotan 2012 yek!

dengan pertambahan tahun, umur utk mengadap Ilahi juga semakin berkurang...

dan bagi aku, setiap tahun yg berlalu, memberikan impak dan kenangan yg berbeza...

tahun 2012:

Januari - aku masuk kelas Talaqi Al-Quran di Masjid Shah Alam... dan pertama kali menjadi pengapit pengantin... hmmm!! lain kali takmoh dah...

Februari - pergi Medan... best! 

Mac - aku hantar notis 3 bulan... mmg dah nekad!

April - dapat anak saudara baru, Khalis Adam Faiz yg dilahirkan pada 04/04/2012

Mei - bulan terakhir aku di Tambatan Pelampung Tunggal Sdn Bhd, aku jatuh masa main paintball hingga seliuh kaki dan sakitnya masih terasa hingga ke hari ini, dengan kaki yg masih sakit aku berjalan-jalan ke Krabi, dan penghijrahan aku dari Shah Alam ke Kuala Lumpur

Jun - aku amik cuti 2 minggu, berehat di Kuantan, pada masa tu malasnya nak balik KL semula... famili Paklang dan Pak Anjang datang bercuti ke Kuantan, kemudian kami sekeluarga pun ikut sama bercuti di Awana Kijal... mula kerja di tempat baru, sebuah syarikat bumiputra tempatan, mcm-mcm ragam org kat sini, kadang-kadang terimbau jugak kenangan masa kerja kat AMB Kuantan dulu...

Julai - pengalaman ditemuramah oleh NTV7 berkenaan Help Call Button, dan siarannya aku tunggu-tunggu, aku warwarkan kpd famili aku, tapi kami sendiri tak dapat tengok... alih2 ada jiran called mak aku cakap, muka aku kuar tv... ehehehe... bayangkan aku yg sememeh itu!

Ogos - selamat hari lahir utk aku sebanyak 2x... 2 Ogos tahun masehi, dan 1 Syawal tahun Hijrah... aku dah kira, mmg takkan dapat tarikh 2 Ogos bersamaan 1 Syawal utk kali kedua... tapi kira rezeki la dapat sambut  dalam bulan yg sama...

September - biasa-biasa saja mungkin, cuma berpeluang utk mengalami suasana membida rumah di Bilik Lelong, Kompleks Mahkamah Kuantan... alhamdulillah, semua urusan dah selesai, dah jadi milik kami yg sementara di dunia ini... dan jugak, pengalaman bersama dgn Lynas... sbb masa amik gambar tu, aku dan adik ipar duduk depan sekali, mmg nampak la 2 org wanita bertudung di samping majoriti besarnya ialah kaum Cina, dalam akhbar harian tempatan utama... sampai skrg isu Lynas masih tidak berkesudahan...

Oktober - menjalani kehidupan spt biasa

November - bulan terakhir utk Talaqi Al-Quran di Shah Alam... alhamdulillah... mula-mula pindah ke Kuala Lumpur, aku ingt aku akan syahid di pertengahan jalan... ye laa, jauh jugak nak ulang alik... harap2 aku akan bertahan jugak utk Talaqi Al-Quran lanjutan tahun depan, insyaAllah... dan, pertama kali dalam erti kata yg sebenar, aku bawak mak ayah aku bercuti jauh skit... pergi Langkawi! ada rezeki lagi, nak bawak jalan-jalan lagi...

Disember - Abang Ammar dapat adik, lahir pada 06/12/2012, nama diberi Areeq Zayyan... dan, yg tak disangka-sangka, bandar aku membesar, banjir kilat yg telah menyebabkan bandar Kuantan lumpuh sepenuhnya! 

itu je rangkuman tahun 2012 yg telah berlaku dalam hidup aku... 

dan ramai kawan-kawan aku yg update di FB, kisah hantar anak-anak masuk darjah 1...

aku macam "haaaa???' dah darjah satu anak korg tahun depan!

dan, sahabat aku di zaman U dulu, "Kay, cuba ko scan gmbo kita masa zaman anak2 dara comel lote dulu"
aku jawab, "Eh Eagy, aku sampai skrg masih lg seorang anak dara yg comel lote ye... ahaks"
Eagy "hampeh ko kay" ekekeke


mudah-mudahan tahun 2013 beroleh lebih keberkatan, kerahmatan, dan limpahan kasih sayang dari Allah swt..


apa azam? azam tahun 2012 diperbaharui dan dibawa ke tahun hadapan...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, March 09, 2012

Horas - Medan Akhir

al salam alaykum

09/02/2012 - Hotel Grand Antares - Pasar Ikan - Bandara Polonia - LCCT

Hotel Grand Antares ni hotel 4 bintang tak silap aku... time kami kat sini, ramai sangat orang... warga-warga Medan ada seminar agaknya kat hotel ni... berbondong-bondong!

sebab hari ni dah hari terakhir di Medan, kami bermalas-malasan la jugak... turun sarapan pun lambat...

kami nak sarap dulu


menu sarapan pagi bagi aku sedap la jugak... tapi dewan makan penuh! lama jugak la menunggu nak dapatkan meja kosong utk kami bertujuh...

walaupun dewan makan tu dah ditulis "Dilarang Merokok", ramai sangat yg hisap rokok dengan gembiranya... mmg tak peduli langsung la dengan tanda amaran tu... staff pun takde plak yg menegur... dh kebiasaan mereka agaknya...

sambil makan, sambil ber-wifi


pancong, sedap!!!

lepas sarapan, lepak semula dalam bilik, sambung mengemas... nak daftar keluar pukul 12... hari ni takde agenda dengan Chandra, jadi kami amik keputusan utk ke Pasar Ikan semula, tambahan plak flight balik LCCT Sepang pukul 5.55 pm nanti... aku ikut aje... duit rupiah cukup-cukup nak bayar Bika Ambon utk Huzz, dan airport tax, dan beli makanan ringan-ringan...sungguh berjimat aku pada hari ini!

kami ke Pasar Ikan naik Toyota Avanza, kira mcm teksi laa... harga tak silap aku IDR 50,000.00 utk sebuah teksi... siap pakcik tu nak tunggu kami kat Pasar Ikan, tunggu siap shopping... tp kami tolak laa... sbb tatau berapa lama nak berjalan kat situ... amik no telefon je, kot-kot la nanti nak panggil dia datang amik kami...

sebelum tu singgah kat pengurup wang, ada org nak tukar duit lagi... aku tak tukar... aku simpan duit RM, azam tanak belanja dah... ye la tu kan?


Pasar Ikan

Pasar Ikan ni kiranya macam Pasar Filipina kat Sabah kot gambaran dia... tp aku tak nampak plak org jual ikan...

antara jualan mereka

dan lagi

batik

kain lace, murah!

dan lagi



selain orang-orang berjualan dalam kedai, ada jugak yg berjual-jual di kaki lima, di sepanjang jalan... nampak je kami, terus kena kerumun... ada kain pelekat rendam dalam minyak ke air ntah, mula-mula kata harga IDR 80,000.00... tiba-tiba dapat IDR 10,000.00... ish ish ish...


nampak orang menjual cendol, Fadd terus selidik dengan mbak dalam kedai kain, sambil nak tunggu Thirah shopping... dia ckp cendol tu sedap, dan penjualnya Islam... aku kongsi dengan Thirah, harganya aku tak ingat, aku tak tulis rupanya dalam nota aku... tapi rasanya IDR 5,000.00 kot...



kat sini, ada jugak jualan borong... yg jual borong ni, kalu nak beli sehelai, ada yg boleh, ada yang tak... kalau nak beli selai je, harga memang takleh tawar dah... mati je kat situ...


kembar terpisah jauh, sorg di KL, sorg di Johor

kata tanak shopping dh ye?? aku beli jugak lagi 3 helai kain pelekat yg kompem takde kat Malaysia katanya... utk 2 org adik aku dan adik ipar aku... aku bayar dalam RM, hehehehe... kalu namanya Kay, selagi duit dalam purse dia ada, selagi tu la dia belanja... bkn nak pikir apa dah...

kami balik semula ke hotel, naik Teksi Avanza pakcik tadi... kemas balik beg-beg... kemudian solat jamak dulu... Chandra pun dh sampai nak bawak kami ke Airport... sampai Airport, bila tanya Bika Ambon yg kami tempah dengan Chandra, dia ckp tertinggal di Hotel.. pulak! dia balik semula ke hotel nak amik Bika Ambon... tp takde pun... mujur ada kat airport... tak la Huzz  kempunan...


Sorso, teh jasmin

kami makan tengahari kat kafe kat airport, masing-masing makan mee Indomie... heheheehe... mcm takde kat Malaysia yek! eh, ada sorg makan nasi goreng rasanya...


kami berlepas pulang ke LCCT dengan macam-macam perasaan... sedih pun ada, gembira apatah lagi kan?


Mejauh-jauh Medan, jumpa lagi ntah kapan!


terim kasih yg tak terhingga utk semua GGK... dapat aku merasa berjalan-jalan dgn korang, bergembira dengan korang, berdukacita pun dgn korang...

nanti kita jalan-jalan lagi ye! insyaAllah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 08, 2012

Horas - Medan VII

 al salam alaykum

08/02/2012 - Hot Spring - Lovely Gallery - Pasar Ikan - Istana Maimon - Grand Antares Hotel

selamat turun dari Sibayak, kami ke Hot Spring Sibayak... jauhnya dari Sibayak dalam setengah jam... Pak Aman cakap, sebenarnya kami boleh je turun dari Sibayak terus ke Hot Spring... tp laluannya susah la skit... Bayaran masuk ke sini IDR 10,000 seorang tak silap aku... tp Pak Aman cakap kami tak perlu bayar...

sumber mata air panas

salah satu kolam air panas



bagi kami, kolam air panas ni ok-ok la... ada kolam yg airnya panas terketik-ketik... ada yg biasa-biasa je... aku rendam kaki kat kolam biasa-biasa je.. hehehe, penakut air panas la katakan...

kami kat sini tak lama, hajat di hati nak duduk makan-makan, tp tak jadi...

pemandangan Sibayak dari Hot Spring

pulang ke Sibayak International Hotel, utk operasi mengemas barang-barang dan berinternet percuma selagi masih ada...

kami ke bertolak ke Medan lebih kurang pukul 11 pagi melalui Sibolangit... kali ni Chandra yg bawak van, mcm free je bg nyawa hilang... Pak Amrin katanya sakit kaki, tak boleh nak drive dah... perjalanan ke Medan mengambil masa 2 jam...

ada org dh tempah dh menda alah ni utk majlis kenduri dia


Sampai di Medan, kami singgah sebentar di Lovely Gallery... walopun kami kata macam tak berminat, tp sbb dh ada dalam itinerary, singgah la jugak kan...

kraftangan diperbuat dari jati

macam-macam ada


Lovely Gallery ni terletak dalam kawasan perumahan... galeri ni ada dua tingkat... tingkat atas berpenghuni, dan ruang bawah dijadikan galeri

menjamu mata

ole-ole utk majlis perkahwinan pun ada

barang yg berjaya dibeli, sudu kayu... dia makan madu pagi-pagi

perut pun dah melapar, Chandra bawa kami ke Lubuk Idai... tgk suasana mmg best... lupa nak snap gambar... perut lapar sangat

lauk sampingan

sampingan lagi

ni dia! talapia bakar

gambar ayam bakar hilang! kat sini ada air pelangi... gabungan beberapa jenis jus, aku  lupa, tapi rasanya wallah!!! harga pun sama dgn jus oren IDR 10,000.00... murah utk air yg sesedap itu...

perut dah kenyang, kami bergerak ke bandar Medan... Chandra bawa kami singgah di sebuah kedai yg jual telekung dan kain batik... tujuan utama aku nak cari telekung... tp harga semua mahal-mahal! mcm tak percaya je kan? sempat la jugak bertekak sekejap... hahahaha... last-last, tak amik pun telekung... tokei kedai membebel kat kami ckp kami tak paham jenis kain...

lepas tu Chandra bawak kami ke Pasar Ikan... kat sini masuk 2 - 3 kedai jugak laa... baru la dapat harga dengan kualiti yg bagus jugak laa... kat sini, aku yg bergelar jutawan serta merta muflis... bkn amik telekung je, kain batik ngn pelekat utk ayah aku sekali... pakai duit RM... kira-kira duit yg tinggal utk keesokan harinya, ada la skit lg, cukup laa... terus aku senyap! dh kayap... uwwaaaa!!! penat wehh nak menawar harga...

harga pasnya berapa pak?

tidak mau harga umno ye?

saya nak harga pakatan rakyat, adil dan saksama...

pastu gelak-gelak... adoi laa

dh dapat apa yg kami nak, berbondong keluar dengan plastik besar masing-masing...

terus bergegas ke Istana Maimoon... Chandra cakap dia dh telepon penjaga Istana supaya tunggu kami sekejap...

waktu melawat

Sultan Pertama


Menurut panjaga istana ni, mereka juga ada darah keturunan dari Kesultanan Selangor... patut la aku tgk lebih kurang je rupanya dgn waris-waris Kesultanan Selangor... Istana Maimoon ni dibina pada tahun 1888, warisan Kesultanan Melayu Deli...

Sultan Deli sekarang, umurnya 13 tahun mungkin

Sultan Deli yg termuda sekarang tinggal bersama ibunya di Makasar, masih bersekolah... akan datang ke Istana Maimoon sebulan sekali bila berkelapangan...


penjaga Istana, waris Kesultanan melayu Deli

gambar kenangan di Singgahsana

aku tak ingt tempat apa ni


waris-waris kesultanan melayu Deli masih lagi tinggal di sini

sekitar kawasan Istana

kami tak boleh ke sana

tarikh pembinaan


selepas je lawatan kami berakhir, Istana terus ditutup... dan kami menumpang solat jamak ta'khir di istana ini... semasa kami nak menumpang solat, terdengar jugak perbualan waris-waris mereka kat situ, dok diskas pasal pembahagian harta bla bla bla...

tersergam


kami terus ke Hotel Grand Antares utk berehat dan makan malam... esok nak berjalan ke mana? dah hari terakhir dah... duit pun dh takde...

sedih sedih...

tidur dulu yek!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 06, 2012

Horas - Medan VI

al salam alaykum

Sambungan cerita Medan...

08/02/2012 - Mejuah-juah Gunung Sibayak, Berastagi

oh ya, mejuah-juah tu ucapan selamat utk penduduk di Berastagi...

kami bangun seawal 2 pagi, bersiap-siap utk menuju puncak Sibayak... pagi tuh, aku dok membising, sbbnya aku nak mandi, takde air sejuk! apakah??? semua air panas semata-mata... pedih kulit!

kami berkumpul di lobi hotel utk mengambil bekalan makanan...

mewah jugak, ada nasi, ayam, roti, telur... semangat sekejap nak panjat Sibayak!

aku sebenarnya cuak... sbb kami tak dapat gambaran sebenar tentang Sibayak ni... cuma yg kami tahu, perjalanan utk mendaki dan jugak turun dari Sibayak mengambil masa 4 jam... tambahan plak, ni adalah salah sebuah gunung berapi yg aktif, cuma tak lagi meletus, kali terakhir meletus tahun 1881 (sumber: Wiki)... tinggi gunung ni lebih kurang 2,200 meter... 

tak dapat aku bayangkan bagaimana la agaknya... cuma, ada jugak cerita yg katanya nak daki Sibayak ni, cuma macam daki Broga je... lega jgk skit mendengarnya, tp tak boleh la nak amik mudah kan? walopun sebenarnya, mmg aku amik mudah pun, mana ada aku praktis mendaki sblm datang Sibayak ni...



kami berjumpa dengan guider kami, Pak Aman... kemudian di bawa dengan van kami ke tempat mula... sudah tentu la mula-mula, kami diberi penerangan keselamatan sebelum mendaki...

lebih kurang jam 4 pagi, kami memulakan pendakian... mula-mula kami melalui jalan tar... sambil berjalan, aku tanya Pak Aman, sebenarnya berapa jauh kami kena mendaki... dia cakap, dari tempat kami mula berjalan, sampai ke puncak, hanya 300 meter je... hah??? ok, kami sebenarnya dah berada di ketinggian lebih kurang 1900 meter rupanya...

so, aku relax-relax je laa, tp gerun jugak beb! seperti biasa, kedudukan aku mesti di tengah-tengah... aku tanak lambat sangat, dan aku mmg takkan cepat... kemampuan aku setakat tu je... 

lepas jalan tar, kami mula masuk ke hutan tropika... Pak Aman menyalakan jamung... sudah tentu utk menakutkan binatang-binatang buas (jika ada)... kata Pak Aman, bimbang juga kot ada ular atas pokok kan?

trek mendaki takde la susah sgt... cuma kena hati-hati sbb licin, dan sekitaran pun gelap gelita lagi... takde gambar ye suasana gelap gelita... kamera tak berapa nak canggih... tumpang kamera Thirah jap... masa ni rindu kat Huzz!! erk...

 sengih la sbb senang


Pak Aman bagi kami berehat sebentar utk menunaikan solat Subuh... aku dah siap berwuduk dari hotel lagi... Ada kolam kecik utk amik wuduk... Pak Aman tunjukkan arah kiblat, dan kami solat berjemaah, diimamkan oleh Cik Nurul kita...

Bulan terang di balik Sinabung

kami meneruskan pendakian ke puncak... Pak Aman cakap sikit je lagi dah nak sampai...


matahari dah nak terbit....

skit lagi dah nak sampai

alhamdulillah, kami sampai ke puncak lebih kurang pukul 6 pagi... sampai puncak, mmg syahdu sangat! pemandangan yg indah... tak sabar nak tengok matahari yg bakal terbit...


dari puncak Sibayak, kita dapat lihat pemandangan Berastagi dan jugak Gunung Sinabung... oh ya, nak daki Gunung Sinabung, mengambil masa 8 jam naik dan turun... dan Gunung Sinabung pun masih lg sebuah gunung berapi yg aktif...

gembira la...

spektrum warna yg indah...

Berastagi di bawah sana

tak dpt tgk kat Jelawang, dapat tgk kat Sibayak, si permaidani awan...

kami bersama Pak Aman

Puncak Sinabung, mungkin nak ke sana jua suatu hari nanti...

Subhanallah! matahari memancar dengan riang...


bawah tu kawah...

matahari terik!

permaidani awan lagi


lama tak lama kat puncak, lama la jugak... sbb Pak Aman dah mintak kami turun... katanya, Chandra dah akan sampai nak amik kami dalam sejam lagi...

dalam perjalanan turun, barulah kami nampak keadaan sebenar trek yg kami daki...

sulfur yg mengering

letusan-letusan kecil

Gunung Sibayak ni dah tak meletus lagi, sbb setiap hari akan ada letusan-letusan baru yg kecil, dan tidak berbahaya kepada manusia... sbb tu la kita boleh daki Sibayak ni dgn selamatnya, insyaAllah
ada tanda kunjungan di dalam kawah

batu-batu tanda dalam kawah tu, menurut Pak Aman, dibuat semasa kawah tu kering... teringin nak buat jugak laa... ehehehe...

letusan-letusan baru

Pak Aman membuat demonstrasi

lubang air panas, kalu korg tinggalkan telur sekejap, sempat la masak...

Pak Aman cakap, cepat, nnt lambat!

tunggu kami!

di sinilah mereka mengambil wuduk Subuh tadi, sejuk!!

inilah tangga yg perlu kami daki dan turuni...

hati-hati

tangga yg mula-mula kami jumpa di dalam hutan awal pagi tadi

 bergambar itu wajib kan?

jagalah alam sekitar kita, ada dalam beberapa bahasa utama dunia...

GGK yg tak cukup ahli

tanah runtuh... jika takde tanah runtuh ni, kami mungkin hanya perlu mendaki 200 meter je... keekekeke

jalan menuju ke puncak

pakai ini je boleh sampai puncak ye!


kami sampai ke bawah lebih kurang jam 9 pagi... dan kami terus ke Kolam Air Panas utk merehatkan diri...

bersambung la yek!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::