...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Sunday, September 24, 2017

Pasir Cantik Klebang

Al salam alaykum

Demi memujuk hati, ku bawa diri ke Melaka. KUL-MEL jadi Melaka okeh, bkn Melbourne. 

Oleh sbb banyak perkara yg terjadi, asalnya nak keluar sesudah Subuh jadi keluar sesudah jam 10.00 pagi. Hahaahaha. 

Pasir Cantik ni dekat je dengan Muzium Kapal Selam Kelebang. Kalau Muzium kita ke kiri, ke Pasir Cantik ni kita amik jalan ke kanan lepas tu terus je sampai jumpa habis jalan tar. 

 
Sampai jumpa papan tanda ni. Kemudian parking le. Sbb kami sampai jam 11.00 pagi, tak la ramai orang. Tapi mencanak la panasnya kan. 


 
Tak bawak payung, ada van jual payung dan topi. Sebab apa? Sebab panas sangat. 


Jalan ditutup sbb banyak kes tayar sangkut. Maka kena jalan kaki la ke bukit pasir sana. Adalah dalam 1km berjalan dalam kepanasan. Penting sunblock, payung, topi atau air sejuk sebagai bekalan. 


Walaupun panas ramai juga orang. 

Dekat dengan mata, masih jauh dgn kaki. Mana tak jauh, matahari sedang meninggi. 

Bila dah panas macam ni, hilang mood nak amik gambar. Ekeekeke. 

Di sebalik bukit pasir putih ni, ada laut. 

Tapi pasir-pasir ni tak la sehalus pasir pantai ataupun pasir di Lancelin Sand Dune, Perth tu. Dan, berbau jugak. Kompius nak golek-golek cite hindustan. Nak menggelongsor pun kena tolak diri sendiri. Tak meluncur pun. Ekeekeke. 

Bukit paling tinggi. Aku tak naik sebab Syah dan Yan takmoh ikut. Panas dah satu hal. 


Maka ini la yg kami mampu. Dalam gambar cantik nampak halus. Tapi pasirnya kasar. Macam pasir tambak laut. 

Panas berebut payung. 

Kami sekejap je kat sini sbb panas sangat. Tak padan la dgn berjalan kaki jauh-jauh. Tapi tak lalu dah. Kalau panas dgn hembusan bayu sejuk kena muka takpe, ni macam kena bakar kulit muka. Moh kita pulang. 

Masa beli air dengan adik foodtruck tu, aku tanya, sunrise cantik tak? Dia cakap cantik pagi-pagi. Tapi sunset lagi cantik. Hahaahaha. Aku gelak. Sbb aku ajak diorang pergi petang, boleh sunset sekali. Tapi petang semalam macam rasa tak sempat katanya. 

Cuma adik tu cakap pagi dan petang, memang sangat ramai la umat manusia. Sebab teduh sikit, pastu ada la sunrise dan sunset. Petang pula, ada shuttle car bawak masuk sampai ke bukit pasir tu. Harga RM 5.00 pergi balik seorang. Agak mahal jgk la. Tapi ok la, takyah la jenjalan tengah panas. 

Idea bisnes lain, jom kita bagi sewa sledge! Best jugak senang buat duit. Ekekeeke. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, May 03, 2016

Makan-makan di Melaka

Al salam alaykum

Tak sempat berjalan mana pun, sibuk dgn urusan majlis makan malam dan perjumpaan sahabat-sahabat di Melaka.

1. Restoran Barkat Roti John Asli Melaka

Restoran ni pernah masuk JJCM TV3.

Selain jual roti john, ada ayam golek jugak. Bagi aku, ayam golek dia kalau makan dgn nasi ok la. Kalau makan sesaja gitu, masin sangat!


Tapi, roti john dia mmg best! Sangat ringkas, sangat sedap tanpa tambahan cheese dan sos sebagainya. Kosong macam tu je. Harga pun murah, RM 5.00. Campuran sardin dan telur. Eh sedap la kering macam tu je!

Teringat-ingat lagi ni

Nak ke Restoran ni, dalam apps JJCM ada direction. Restoran ni berdekatan dgn Giant Bachang, dekat dengan Melaka Sentral.

Tapi, kalau jalan kaki dari Melaka Sentral aku tak cek plak berapa minit.

2. Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka


Memang sangat terkenal. Bila sampai sini, aku tak teringat samada ni kali kedua ke aku sampai.

Senarai Menu


Kami amik sekor ikan siakap, sebelah bakar kosong, sebelah lagi bakar sambal. 

4 ekor sotong, celup tepung



6 ekor udang digoreng mentega. Dan kami makan berdua.

Syah tak habis nasi, aku habiskan nasi dia. Jadinya, ikan aku tak habis makan.

Utk makan berdua ni, kosnya RM 70.00.

Tapi, sedih jugak la tengok ikan bakar kat bahagian depan sebelum Parameswara, kosong sekosongnya. Syah cakap dia pun tak pernah cuba. Kalau camtu lenkali ke Melaka, kita cuba Ikan Bakar Umbai di kedai yg kosong pula.

3. Kek Coklat Herda Omar

Sahabat kami ni selain mengajar tuisyen, dia juga membakar dan mengukus kek.

Dan sungguh la kek dia sedap!

Kalau korang ada keraian, majlis dan parti dan memerlukan sebarang kek, boleh la tempah dgn sahabat kami ni.

Sedap sungguh!

utk maklumat lanjut, seperti pelekat di atas


4. Coconut Shake, Batu Berendam, Melaka

Dah lama katanya kesedapan Coconut Shake Batu Berendam ni mengalahkan Coconut Shake Klebang, Melaka.

Maka, marilah kita mencuba.

Tepi jalan je, masa ni tak ramai org lagi, pastu lepas aku beratur, panjang plak barisannya :-)

Harga seperti tertera

Waktu urusniaga

Selain Kelapa GOyang, ada jugak kudap-kudapan lain macam masakan panas, goreng pisang dan sebagainya. Tapi oleh sbb Melaka sgt panas minggu lepas. kami tapau je bawak balik.

Menyesal beli satu je!

Alhamdulillah, maka benarlah bagai dikata. Yg ni mmg sedap berkrim, diakui ramai.

Banyak lg tempat makan kat Melaka yg aku nak pergi. Tapi apakan daya, agenda dgn sahabat-sahabat wajib dipenuhi.

Syah pun memang dah menetap kat Melaka, selagi dia bujang, aku bujang, boleh berjimba-jimba ke sama. Tiket Metrobus dr TBS ke Melaka pun RM 10.00 je. Hehehehe

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, May 01, 2016

Makan malam Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

Al salam alaykum

Plan berbulan-bulan, tapi yg join hanyalah 16 orang alumni. 


Rezeki masing-masing. Aku pun menolong Mek Syah je la. 


Tempahan di Hotel Seri Malaysia. Makanan sedap. Tapi kami takde aktiviti sangat. Lebih kepada makan-makan dan sesi berborak. 

           Antara yg rapat dengan aku masa zaman belajar dulu. 

       Kami dan famili masing-masing. 

Harapannya moga suatu hari nanti, kami dapat berkumpul kesemuanya 160 pelajar alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 29, 2016

#AADC2

Al salam alaykum

Sampai ke Melaka menonton Ada Apa Dengan Cinta 2. Tak menyabo namanya. Berdua dengan Syahriza Ismail. 

Rangga dah macam bapak orang. Tak hensem. Teori dulu kala, yg hensem-hensem masa belajar dulu mesti jadi tak hensem. Heheehehe. 

Cinta, dewasa macam kami. 

Takleh cite panjang. Nanti spoil orang yg belum nonton. 

Tiada frasa yg sangat sangat sangat best utk dikenang dan menyengat di hati. 

Tapi, runut bunyi best, walaupun aku pikir AADC lg best. 

Jalan cerita selepas ratusan purnama terjawab. 


Ada juga part yg rasa nak tido. Orang belakang aku mmg tido. 

Puisi, masih lg terngiang-ngiang puisi Perempuan di AADC.

Puisi baru, Batas, aku masih nak mencari rentaknya. 

Jogjakarta, terasa mahu membeli tiket kapal terbang, nak mengembara bersama Rangga di sana!

Rangga berfalsafah tentang beda antara liburan dan travelling. Asyik gitu!

Terasa nak menonton lg sekali?




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, November 26, 2015

Bas banyak-banyak ni ada apa?

Al salam alaykum

Semasa lalu kat Dataran Pahlawan 1 Malaysia, Pantai Klebang tu, nampak bas banyak-banyak...

Ayah aku pun cakap, ni lah yg hotel bas tu... Ada kuor tv... Pengetahuan am ayah aku mmg superb... hhehehe

Aku mmg tatau langsung pasal Bustel ni...

Selain daripada hotel budget, ada juga tandas dan tempat makan...

Jadinya tak perlu risau kot kelaparan...

Kami singgah utk menikmati air kelapa goyang Klebang dan makan-makan...


Bas-bas yg ni dijadikan warung makan

unik!

Banyak jugak basnya yg jadi tempat makan


Ayah aku cakap cendol sedap!

Boleh je duduk mana warung-warung bersebelahan, dan boleh order menu kat warung sebelah yg lain... Tapi kena bayar terus la... takde hal!

Mana gambo coconut shake? Tak sempat amik gambo sbb aku sibuk berbahas dgn adik yg hantar air tu mintak bayar terus, total coconut shake RM 15.00, aku bagi duit RM 50.00, dia mintak duit kecik plak... Dia kata jauh nak ulang-alik tukar duit! Tu la dia, kecik-kecik lg dah malas! Geram je aku ni perasaannya! Sbb takde duit kecik la aku bg duit RM 50.00!

Adik, kecik-kecik jangan dibiasakan dgn malas ye!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, November 24, 2015

Muzium Kapal Selam di Klebang, kali kedua!

Al salam alaykum

Lepas kenduri anak Kak Yati, kami ke Melaka, nak ziarah mak Aza di Melaka...

Melaka dgn Muor tu dekat sgt dh, takyah naik tol kan, sampai sudah...

Mula-mula bawak nak minum Coconut Shake yg terkenal di Klebang tu, tapi penuh ya ampun!

Mak ayah aku tak suka kalau kena beratur panjang-panjang, lama-lama berjam-jam nak menunggu hanya sbb nak makan menda sedap... Ramai Chinese, so terbuktilah kesedapan Coconut Shake Klebang tu kan!

So takpe, kami ke Pantai Klebang, ada jugak Coconut Shake kat situ... alhamdulillah, sedap jugak!

Lain kali ye kita datang semula, datang hari yg tak sibuk...

Dan kami ke Dataran Pahlawan 1 Malaysia...

Edisi Kapal Selam kedua aku...


Kali ni nak masuk ke dalam perut kapal selam plak... bayaran RM 3.00 utk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun RM 1.50...

Kalau nak bergambar sekitarnya tak naik tangga masuk kapal selam, percuma! Dulu kena bayar RM 1.00...


Apa-apa hal pun bergambo la dulu...

Bagi aku apa yg berubah? Jalan pun dah ada, takyah nak rentas padang pasir macam dulu... Landskap pun cantik, toilet pun dah ada...

Dan, yg paling penting, boleh masuk dalam perut Kapal Selam la! Nak baca sejarah, ada papan tanda kat bawah kapal selam, aku tak amik gambo, sbb sama je macam dulu... dan ada tayangan video Majalah 3 pasal kapal selam ni...

Moh masuk ke dalam! Tunjukkan tiket anda dulu ye!


Keadaan dalam kapal selam

Ayah aku mmg minat menda gini




Ni kat bahagian dapur tak silap aku, pastu mak aku cakap "dah habis la"

Mak aku ckp, nak gmbo kat tangga!


Jadilah utk kali ini... gambar dalam kapal selam tak banyak sbb berlaga-laga dgn pengunjung lain... Ada pengunjung yg naik ikut tangga keluar, dan nak keluar ikut tangga masuk! 

Dalam tu sempit, laluan sehala utk sorang je... Kagum la dgn sesapa yg bertugas dalam kapal selam ni... 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 03, 2012

Timbulnya Kapal Selam di Klebang

al salam alaykum

lepas minum Kelapa Goyang Istimewa Klebang, aku mintak ngn Fadd bawak kami ke Muzium Kapal Selam... search kat internet, dekat Dataran Pahlawan 1Malaysia Klebang...

diorg macam terpinga-pinga la jugak bila aku cakap pasal Kapal Selam ni...

papan tanda tunjuk arah ke Muzium Kapal Selam ada... tp jalannya tak siap... macam nak merentas padang pasir pun ada...

mujur la ada satu keter besor mengikut jugak di belakang, takde la rasa ralat sgt...


elok sampai, kena bayar RM 1, utk bayaran masuk...


murah la lagi, sbb takde menda siap kan... just tgk kapal selam tu je...


kalau nak tau info pasal kapal selam ni, boleh tgk kat blog kawan aku ni, dia dh updated sedetail-detailnya...

Muzium Kapal Selam

pandangan belakang


depan-depan


sisi


korang boleh dapat maklumat dari papan kenyataan yg ada kat situ


sebenarnya, yg jadi teruja nak menengok sblm jadi muzium yg sebenarnya, aku tengok Majalah 3, proses pengangkutan kapal selam ni ke Malaysia dilakukan dgn usahasama Felda Transport Services Sdn Bhd (FTSSB)... ayah aku, sebelum ni bekerja bawak lori FTSSB laa... dan, adik aku skrg pun bekerja kat pejabat FTSSB Gebeng, Kuantan...


bila Muzium Kapal Selam ni siap sepenuhnya, bayaran masuknya tak mungkin RM 1 dah...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, February 02, 2012

Kelapa Goyang Istimewa Klebang

al salam alaykum

turun dari Broga, persetujuan telah dicapai, jom kita ke Klebang minum Kelapa Goyang...

gila kan? dari Broga dgn peluh-peluh terus ke Melaka...


aku pertama kali la sampai Klebang walaupun banyak kali jugak la sampai Melaka...



nasi lemak sedap!!! ada jgk mihun, mee goreng, kuih muih, layan diri ye!


boleh bungkus jugak, gerai kat tepi jalan je.... nak duduk lepak, sila ke dalam...


selalu dengar org bercerita, ni rasa sendiri! sedapp!! 2 gelas aku minum...


bukak setiap hari, akan ditutup jika perlu... so, telepon la dulu...


terima kasih kat Kak Suzilawati sbb belanja kami semalam...

lain kali, kami nak datang lg...

alang-alang dh sampai Klebang, jom kita gi tgk kapal!!



Monday, September 05, 2011

Temasik - Hari Pertama

al salam alaykum 

terperam cerita lawatan ke Temasik selama 2 bulan lebih... hehehehehe... ok, aku cerita skit skrg...

ni adalah agenda si Ateh dan Syah, course-mates aku di Sekolah Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, USM... rancangannya mula-mula si Syah ada conference kat Singapore, so dia ajak aku stay ngn dia kat sana sambil pusing pulau... tp conference tak jadi, dan dia nak jugak p Singapore, kami pun merealisasikanlah hasratnya...

dan, sbb kami bertiga je, habis semua org aku kontek utk ikut kami... aku tak kontek GGK je, sbb GGK ada plan nak berjalan ke Singapore bulan 9 nnt... dalam habis kontek semua org tuh, tersangkutlah sorg, Cik Adnin yg dh lama aku tak jumpa... sejak tamat SPM 1998 dulu lagi... semasa amik result SPM pun kami tak berjumpa... alhamdulillah, ada jodoh jgk berjumpa lagi sekali...

17/06/2011

lepas interview kat Shah Alam, dan bermacam-macam masalah dan dugaan yg kami hadapi, alhamdulillah, kami bertolak ke Melaka, ke rumah Ateh... sampai pun dh pukul 12.00 tengah malam... supper sekejap, dan terus tidur...

18/06/2011

pagi-pagi lagi dh bangun... mandi dan sarapan ala kadar... ibu Ateh hantar kami ke Melaka Sentral... bas ke Singapore pukul 7.30 pagi tajam...

perasaan aku berkobar-kobar, maklumlah pertama kali nak masuk pulau Temasik ni... selalunya tgk tv je kan... 

inilah basnya, 707

aku, Ateh & Syah

namanya backpacking, tp beg sorg tu cam nak dok lama je kat Singapore...

harga tiket RM 22.00 dr Melaka... kalau dr Singapore ke Melaka SGD 22.00 ye kawan-kawan!

pemeriksaan imigresen...

kami borak-borak dgn bus driver, dia cakap kalu nak ke Universal Studio, boleh naik bas yg selalu berhenti kat Woodlands... bas tu direct terus masuk Pulau Sentosa... bas tu dr Kotaraya, JB terus ke Pulau Sentosa, tambang dr JB ialah RM 5.00... tambang utk kami dr Woodlands ke Sentosa Island ialah SGD 5.00... apakah? untung betul uncle tuh...

 dalam bas uncle pasang radio ke kaset ntah, zaman opera Cina... tp, aku rasa aku boleh ngikut je lagu tuh... hihihihihihi... 1 Malaysia la katakan... aku menikmati pemandangan kota Singapura... boleh aku katakan, bersih, tersusun dan yg penting, hijau...

MRT

kami dh sampai ke Pulau Sentosa!

"mau pergi lawan ka??" tanya seorg Uncle Teksi kpd kami...

alhamdulillah, sampai jugak kami di sini!

ok, bersambung la... entri seterusnya gambar je yg byk!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::