...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Mulu. Show all posts
Showing posts with label Mulu. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

JJKM - Hari Terakhir

Al Salam Alaykum

arinih pakai baju bunga-bunga... ada org putih tego dlm lif, "Nice Baju"... aku saja pakai warna ceria supaya org nmpk aku ceria, walopun muka mmg takde mood gila...

marilah kita menyambung cerita...

16 Jan 2011 - Jambatan Gantung - Mulu Airport - Miri - LCCT

 hari terakhir di Taman Negara Gunung Mulu, aktiviti terakhir ialah Canopy Walkway yg akan mengambil masa selama 2 jam lebih... selepas "bergaduh" sewaktu sarapan pagi kat Kafe, kami berkumpul di depan ofis menunggu guider kami yg seterusnya... Sierra... kat sini ada 3 guider perempuan, Sierra ni salah seorg yg senior di sini...

 sambil berjalan ke Canopy Walkway, banyak ilmu tentang hutan, batuan, flora dan fauna dan jugak pengetahuan am yg telah dikongsi bersama dengan Sierra... mmg best sangat-sangat... dia dh berkecimpung dengan Taman Negara Gunung Mulu nih sejak tahun 1992... dah macam2 menda dia belajar... selok belok Taman Negara ni pun dh dalam genggaman...

 pokok bunga white coaster... sbb daun dia mcm roller coaster... tp bunga warna merah

 yg warna kuning tuh namanya ialah yellow hat hammer... kalu tgk besar2, mcm ular pun ada...

 soalan cepumas dari Sieraa... saya hairan kamu semua ini tidak banyak bertanya yek? baiklah, mari saya tanya kamu, kenapa daun ini berlubang? jawab jangan tak jawab...

 kenapa pokok ini banirnya besar? jawabbb....

dah jumpa pokok ni, maknanya kami dh dekat dengan pintu masuk ke jambatan gantung... jambatan gantung di sini antara yg terpanjang di dunia... tetapi ketinggiannya hanya 30 m dr tanah... jambatan gantung kat Taman Negara Pahang tinggi lagi, tp pendek je...

 papan informasi...

 gambar posing mesti ada...

 pemandangan dari atas jambatan gantung...

 nama-nama pokok di jambatan gantung...

 lagi pemandangan...

kami mendaftar keluar dari Taman Negara Gunung Mulu jam 11.30 am... dan bergambar lagi dengan sijil aktiviti kami...

 kami bergegas ke Mulu Airport utk penerbangan ke Miri... sampai di Miri pukul 2 lebih... dan hari pun hujan lebat... katanya Miri banjir pada hari itu... 

kawan Nurul, Wahida dan kembar Yatt, Hairani membawa kami ke Kedai Makan Cahaya Taufik Hidayat utk makan tengahari...

lepas makan, ingtkan boleh la nak berjalan sekejap nak beli souvenir, tp kedai semua tutup... Pasar Tamu di Miri pun dh tutup... tak dapat beli ikan terubuk masin dan jugak udang kering kiriman Kak Gee... kami ke kedai kek lapis Siti Payung... merasa la jugak kek lapis buatan org Miri... kemudian ke satu kedai souvenir lagi, mujur buka, aku beli alas periuk... sekejap je singgah... dalam sejarah la nih, pergi berjalan takdan nak beli souvenir...

kemudian kembali ke Miri Airport, utk daftar masuk penerbangan Miri - LCCT... 

sekian sahaja catatan perjalanan kami ke Taman Negara Gunung Mulu...

syukur alhamdulillah, kami dapat ilmu yg bermanfaat sepanjang berada di Taman Negara Gunung Mulu... knp diciptakan haiwan itu begitu, pokok ini begini? semuanya ada sebabnya tersendiri... dan dirahsiakan segala kejadian, supaya kita sbg hambaNya dapat mengkaji, menyelidik dan berfikir... moga-moga ketaqwaan kita juga bertambah...

terima kasih yg tak terhingga kpd sahabat-sahabat sekalian, Nurul, Huzz, Athirah, Julie, Fadd, Adeq, Yatt dan tak lupa Intan...

ada sesiapa berminat utk bekerja di Taman Negara Gunung Mulu?

boleh mohon sekarang!

Selamat Tinggal... ada rezeki, insyaAllah kita jumpa lagi...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 25, 2011

JJKM - Hari Kelima

 al salam alaykum

15 Jan 2011 - Kem 5 - Kuala Litut - Gua Lang - Gua Rusa

kebanyakan gambar hari kelima ini adalah sumbangan Athirah... Thirah, update cepat!

gambar di atas nih pemandangan di Kem 5... baru ada masa nak snap gambar pada hari kelima... agambar2 nih aku yg snap guna kamera Thirah... 

hari ni agendanya, kena berjalan kaki lebih kurang 9 km lagi ke Kuala Litut, utk kembali ke Taman Negara Gunung Mulu... tp perjalanan hari ni tidak akan ditemani oleh guider kami, En. Bugly... dia kena tunggu di Kem 5 sbb nak bawak orang lain plak ke Pinnacles pada hari Ahad... 

ada guider atau tidak, sama saja bg kami... cuma, atas faktor tanggungjawab dan keselamatan, sepatutnya guider menemani kami ke Kuala Litut... kena isi borang komplen ni utk perhatian pihak pengurusan Taman Negara Gunung Mulu...


sarapan terakhir kami di Kem 5 ialah cekodok pelbagai rasa, nasi goreng dan jugak roti cicah sardin... ada tambahan air, air milo dan jugak air teh o... terima kasih Thirah!

kami memulakan perjalanan jam 8.30 pagi... dan kami juga berpecah lagi... hehehehe... Nurul, Julie dan Adeq di depan sekali bersama dengan geng Richard Burong... dan aku, Thirah, Huzz, Fadd dan Yatt di belakang... 

kami berjalan santai sesantainya... sambil bercerita kisah-kisah zaman remaja bersyair pujangga, aku nak tergelak bila dengar Fadd bercerita tentang zaman sekolah dia... boleh tahan nakalnya... hehehehehe...  dan lagi, turut menyanyi ria bersama kicauan burung... 

oh ya, Nurul, Julie, Adeq... lagu "Masih Terserlah Ayumu" khas buat korang bertiga...

mujur lagi perjalanan hanya menempuh kawasan yg rata... tp ada sekali sekala tuh, mmg sakit la kaki nak turun naik bukit yg kecik tuh... bak kata Huzz, kena lawan sakit tu!

 bunga kuning tu tatau apa nama, tp mcm wangi je bau dia... di pertengahan jalan, ada pokok tumbang... mungkin hujan turun lebat sangat semalam... pokok pun dh tua, dh rapuh, maka tumbang la ia... masa nih mmg seksa, takde jalan pintas, kena menunduk jugak nak lalu... aduh, sakit kakiku!

kami sampai ke Kuala Litut pukul 11.30 pagi... dh nampak dh porter dan boatman menunggu kami... sorry, saja lambat!

 gambar aku dalam bot tuh, mmg saja jek berlakon cam tuh... dh lama nak buat aksi macam dalam iklan Cuti-cuti Malaysia... alhamdulillah, tercapai jua!

sampai di Taman Negara Gunung Mulu, kena daftar masuk chalet lg sekali... kali nih dapat Chalet Melinau Gorge... takde org amik gambar yek? sama jek mcm Garden of Eden, cuma bilik air ada dalam kedua2 bilik... makan tengahari dengan nasi goreng pagi tadi, rehat-rehat dan mandi manda sapa yg tak mandi lagi.. 

 pukul 2.30, agenda seterusnya ialah ke Gua Lang dan Gua Rusa... guider kami masih muda, baru tamat belajar di Australia, amik kursus pasal batuan... naam dia Harrison... suku kaum Ulu... kami hanya berjalan kaki utk ke gua-gua ini, mengambil masa lebih kurang 1 jam... sambil2 tuh borak ngn Harrison ni... dia ckp, kalu nak daki Gunung Mulu, dia ada jalan pintas... jimat 3km... nama jalan pintasnya ialah Gerila 735... pun baru turun dari Gunung Mulu...

 gua pertama yg kami lawati ialah Gua Lang... dalam gua nih ada batuan yg berbentuk ikan jeli... hahahaha... jellyfish laa ataupun obor-obor... keajaiban kuasa masa, angin dan air... segala puji hanyalah utk Allah Yg Maha Kuasa...

kemudian kami ke Gua Rusa... gua nih sangat besar, dan menjadi tempat berlindung utk berjuta-juta kelawar... nama tahi kelawar ialah Guano... guano demo? guano gamok gitu? hahahahaha.... dan tangga sangat banyak... alahai! sakit kaki bertambah la lagi...

kat sini jugak ada bentuk muka Abraham Lincoln (sapa tuh? tny pakcik google), Garden of Eden dan jugak Adam's and Eve's Shower...

 hidung mancung bak seludang...

 Garden of Eden

aku berangan nak berkelah kat Garden of Eden tuh... tp amik masa 1 hari... sedangkan kami hanya tinggal lagi setengah hari di sini... tak sempat... mungkin di lain masa, insyaAllah...


sepanjang masa kami di gua-gua ni, ada segerombolan pelawat dari Korea... (kebanyakan pelawat ialah bangsa asing, ssuah nak jumpa org Malaysia, sepanjang kat sini, yg aku jumpa 3 org Chinese tu je laa) spt yg aku tonton dalam tv, orang Korea nih mmg bising btul mulut dia... kadang2 aku ok jek, kadang2 meluat jugak... tp aku suka jek... asal nmpk diorg lintas depan aku jek, aku pun ckp, please send my regards to Jang Geun Seuk! hihihihihhi....

sedang kami berehat nak lihat kelawar keluar cari makan, tiba2 ada 2 - 3 org budak perempuan Korea nih datang menego Yatt... berkenan dgn tudung Syria yg Yatt pakai... kat mana nak beli? Thirah pun apalagi, amik kesempatan laa menemuramah diorg... aku pun join sekaki... bila sebut jek nama pelakon diorg yg glamer tuh, diorg pun gelak2 kuat, sebijik la dalam drama Korea... hihihihihi... 

 aku ada tanya nama diorg, tp aku tak catat, sbb macam susah je nak sebut... diorg baru je sampai dr KL dan akan berada di Mulu selama seminggu... budak-sekolah menengah di Korea...

tgh berborak dgn diorg, tiba-tiba terdengar suara org berteriak kagum... kelawar2 semua dh keluar dari tempat persembunyian utk mencari makan.... sangat cantik pemandangan di langit tinggi!

 mereka keluar dalam pukul 6.00 petang... dan rasanya semua habis keluar setengah jam kemudian... mmg mengasyikkan... tp sakit kepala dok mendongak ke atas... 

masa utk pulang ke chalet... dan spt pg td, Harrison pun tak menemani kami utk pulang... dia suruh kami jalan dulu sendiri... takut la jugak! ada la jugak jumpa ular, ada guider lain tangkap dan bawak balik dulu ke kawasan pejabat sebelum dilepaskan semula ke hutan...

masa utk berkemas dan berehat...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 24, 2011

JJKM - Hari Keempat

 al salam alaykum

14 Jan 2011 - Kem 5 ke Pinnacles ke Kem 5

Paling awal utk bergerak ialah pukul 6, paling lewat pukul 7... kalu nak sampai kat mini Pinnacles je, pukul 8 pun boleh jugak... hari ini kena mendaki sebanyak 2400m dr aras laut... dan kami juga akan mendaki sebahagian daripada Gunung Api utk sampai ke Pinnacles...

Bekalan kami utk pendakian ini ialah, lampu suluh, baju hujan, air masak 2 botol (1.5 liter sebotol), nasi impit, serunding, roti, coklat2, ubat-ubatan dan yg penting ialah, kamera dan bateri... hehehehe... penting tuh, kalu tak, cemana nak buat acara wajib...

Pendakian kami menuju ke Pinnacles bermula jam 6.30 pagi... subuh2 hari masuk dalam hutan, diketuai oleh En Bugly... pada hari nih ada 3 kumpulan yg akan ke Pinnacles... berjumlah 17 org termasuk la guider... paling awal bertolak kami la kot... lepas tuh geng org putih tu, kemudian 3 org budak Cina...
 

semasa pendakian, kami berjaya dipintas oleh geng orang putih tuh... deme kaki panjang, jalan pun laju, lelaki plak tuh... takper2, sila la dulu... seperti yg digembar-gemburkan oleh mereka yg meragui akan kemampuan kami, pendakian ini mmg mencabar... takkan jumpa tempat  landai... adapun, skit jek kat Mini Pinnacles... kami sampai ke Mini Pinnacles pada ketinggian 900m pada pukul 7.30 pagi... 

 berehat sebentar melepaskan lelah dan makan2 skit... sambil tuh acara wajib laa... bergambar! En. Bugly tu tlg tgk jek kami sedang bergambar... kadang2 dia tgk jam... pastu tgk kami, senyum pun dh ilang... yg tukang tlg amikkan gambar kami ialah 3 org Cina tu td (mmg aku lupa btul nama diorg) dan guider diorg, Richard Burong... sgt friendly laa En. Richard Burong... kat Mini Pinnacles ni jugak kami meninggalkan sebotol air utk bekalan turun nanti... dan itu merupakan satu kesilapan rupanya!

 selepas makan, kami pun meneruskan pendakian utk ke Pinnacles... ada satu tempat tu, En Bugly menunjukkan satu pokok yg btknya macam zirafah... gambar kat atas ni... ni pada ketinggian berapa pun aku tak ingt dh...

 sanggup tak kalu tgk trek yg kami lalu nih? dalam hati aku, cemana la nak turun nnt... siap pesan kat Thirah, jgn pikir lagi cemana nak turun, yg penting sampai atas dulu...

 seperti biasa, jalan2 skit, bergambar... jalan skit bergambar... aku kira lmbt la jugak, no 3 dr belakang... aku tunggu Fadd dan Yatt... pesanan, bila mendaki berkumpulan, kalu bleh, jgn terlalu jauh dgn org depan dan jugak dgn org belakang... aku akan laju bila diorg snap gambar... pastu aku lmbt semula, sambil jerit, Yatt, Fadd, korang ok tak?

tiba-tiba, Adeq jerit kat aku, Kay pesan kat org belakang, kita kena sampai kat tangga pertama sebelum pukul 11 pagi, kalu tak, kita kena turun balik, takleh naik... masa tuh jam baru nak masuk pukul 10 pagi... aku pun jerit balik kat Yatt & Fadd... aku mcm hangin jugak laa... tak sampai setengah jam pun, dh sampai kat tangga pertama....

ada papan tanda berbaur amaran keras... bila membacanya ok jek, cuma panas hati bila dapat amaran lisan dr En. Bugly...


masa nih serius aku rasa nak marah kat En Bugly... kesian dkt Yatt dan Fadd... bknnya jauh pun... mmg kompem kami boleh sampai sblm pukul 10.30 pun... tp, masa tuh aku pikir positif laa... dia nak bg semangat kat kami... hahahaha... sebenarnya mood En. Bugly nih berubah bila bawak kami nak daki ke Pinnacles... dia yg mmg pendiam bertambah pendiam... sampaikan asal usul Pinnacles tu pun kami tatau... tak cerita langsung, mmg berbeza la masa dia bawak kami ke Fast Lane, Gua Lagang tuh... mujur ada baca skit2 pasal Pinnacles ni... yg lain2nya En. Richard Burong yg ceritakan kat kami masa makan malam...

 ada 15 tangga yg nak kena kami panjat utk menuju ke Pinnacles... tp aku ok jek, sbbnya tangga nih takde la mcm tangga biasa, aku suka tangga ni! tp hati kena kuat laaa...

 lepas penat lelah panjat tangga yg mmg menggerunkan tuh, alhamdulillah, kami sampai jugak ke Pinnacles... lebih kurang pukul 11.30 pagi rasanya... tp kami takleh nak turun nak sentuh Pinnacles tuh... sangat berbahaya... kat dunia nih ada 2 Pinnacles, satu kat Malaysia, satu lg kat China... kat Malaysia yg susah skit nak tgk, sebab kena panjat memanjat...

 Subhanallah... itu je yg terucap dr bibir apabila melihat pemandangan ini

 terima kasih kat En Richard Burong utk gambar kami berlapan ni...

kami dibenarkan utk berada di sini sampai jam 12 tengahari je... En. Bugly tak bagi dok lama2 takut tak sempat nak turun... hari pun dh nak hujan katanya... aku makan pun ala kadar je... sbb tanak melepaskan peluang menikmati pemandangan ni... mungkin pandangan terakhir... walopun Nurul cakap dia nak datang lagi...
En. Bugly pun berseloroh jugak, esok sapa nak naik lagi, dia boleh bawak, percuma saja, takyah bayar! kalu yg bayar pun, dia tak tlg kami, ni kan plak yg percuma kan?


perjalanan utk turun mmg sangat mencabar... mula2 Thirah ngn Huzz dibantu oleh En. Bugly utk turun... habis semua 15 tangga, aku pun dh mula sakit kaki... air plak tak cukup... kenapalah kami tinggalkan air kat mini Pinnacles tadi? dan kami telah berpecah jauh... Nurul, Huzz dan Adeq dh ke depan... Aku dengan Thirah dah Julie... Fadd dan Adeq di belakang, dengan En. Bugly...

sampai ke Mini Pinnacles, perut dh berkeroncong... kita makan dulu... sedap sungguh melayan nasi impit dan serunding dalam hutan ni... lepas kenyang makan, kami bertolak turun... perjalanan sejauh 900 meter tu macam 9000 meter aku rasa... lutut dh menggeletar... aku tinggalkan Athirah, mintak2 dia tunggu Fadd dan Yatt... hujan pun dh turun... mula2 aku follow Adeq, pastu tak tahan, aku pintas dia... bersaing dgn Nurul dan Huzz... 

akhirnya, pukul 5.30 pm kami sampai ke Kem 5....  alhamdulillah! alang dh basah dgn hujan, air jernih di sungai memanggil2 kami utk terjun... apalagi, kami berlima terjun dulu laa masuk sungai! sedap nyamannya dapat berendam... tp berendam tak lama, kul 6 dh naik...

malamnya, kami makan maggi rebus utk makan malam terakhir di Kem 5... sambil2 tuh berborak dgn En. Richard Burong dan ahli kumpulannya... Richard Burong ni tgh sambung PHD dalam bidang ekologi dan perhutanan... sambil2 tuh dia kerja jadi guider... dan jugak seorang pensyarah sambilan di UNIMAS... borak dgn dia, mcm aku plak nak sambung PHD dalam bidang batu-batuan dan hutan2 ni... hehehehe...

ok bersambung lagi...

**** terima kasih Nadia utk watermark yg cantik...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, January 22, 2011

JJKM - Hari Ketiga

 Al Salam Alaykum

13 Jan 2011 - Batu Bungan, Gua Angin, Gua Air Jernih, Kuala Litut, Kem 5

selepas bersarapan pagi, kami bersiap2 utk ke penempatan kaum Penan di Batu Bungan dan lawatan ke Gua Angin dan Gua Air Jernih...

 aku dan Fad yg menjadi porter sebentar... porter sebenar akan diambil di kampung Batu Bungan...

kami diberi masa 10 minit utk melawat penempatan org Penan ni... mana cukup! nak shopping lg... hehehe... dahulunya kaum Penan ini tinggal di rumah panjang, tp telah musnah dalam satu kebakaran... jangan tatau, rata-rata rumah kat sini ada siaran Astro...

antara punca pendapatan sampingan mereka ialah hasil jualan kraftangan... masa nih aku tak bawak duit, pinjam duit Huzz RM 3 utk beli keychain manik... 

 kemudian kami membuat lawatan ke Gua Angin dan Gua Air Jernih... Gambar no 2 tuh, macam kepala unta kan?

 pemandangan dalam Gua Air Jernih...

di luar gua ni, di kawasan rehat, ada penduduk tempatan yg menunggu pelawat dengan air minuman... diingatkan, tlg jangan minum dengan sengaja ataupun tidak! nnt kena bayar RM 15 secawan... paling murah la tuh...

 ni plak pemandangan dalam "Lady Cave"

antara kemudahan lain yg ada kat sini, ialah tandas awam! aku terkejut... tandas dalam hutan, tp lg cantik dr kat bandar! kalah la tandas awam kat KL ni... bersih, suci dan selesa... takde masalah la nak melepaskan hajat, kalu tak, mesti asyik simpan jek kan? 

satu je terlintas dalam fikiran aku, Taman Negara Gunung Mulu ni ditadbir oleh org putih, jadinya setandard kebersihan tu mmg tinggi laa... cuba kalau rakyat tempatan, agak-agaknya, cantik dan bersih tak?

kami sepatutnya makan tengahari kat Sungai Air Jernih ni, tp sbb masa yg suntuk, guider kami mintak kami bertolak cepat ke Kuala Litut... jadinya, sempat la celup kaki jugak dalam Sungai Air Jernih tu... sedih tak dapat berpiknik dan mandi manda...

 gambar atas: Sungai Air Jernih, gambar bawah: Jeti Kuala Litut...


selepas makan tengahari di Kuala Litut dengan bekalan yg dibawa khas dari Kafe mahal tuh, kami memulakan perjalanan ke Kem 5... perjalanan dari Kuala Litut ke Kuala Berar kira-kira 1 km... dan perjalanan dari Kuala Berar ke Kem 5 ialah 8km... jalan sahaja laaa... kalu ikut panduan, akan mengambil masa 3 jam perjalanan... kami plak amik masa 4 jam perjalanan... ok la tuh, jalan skit amik gambar... jalan skit, posing... jalan skit, jumpa pokok menarik... jalan skit, jumpa serangga comel... lama la jadinya... sampaikan terserempak dgn org yg nak ke Kuala Litut, dia siap pesan, laju skit berjalan yek!

 aku adalah antara org yg tertinggal di belakang, sampai ke Kem 5 pukul 5.30 petang kalu tak silap... tak kisah pun, sampai jugak... kami diberikan satu dorm, ada tilam nipis... dan, berkongsi dengan 4 mamat mat saleh... diorg kat muka pintu, selang 4 tilam nipis, geng kami laaa... terpaksa, takleh nak memilih!


di Kem 5 nih, peralatan memasak disediakan, lengkap semua ada... tong sampah pun ikut kategori, macam tong kitar semula tu laa... makan malam pertama kami ialah, nasi putih berlaukkan ikan sardin dan telur dadar... kami pun rebus ketupat nasi siap2 utk bekalan ke Pinnacles esok paginya... roti pun dh sapu siap2 dengan marjerin dan kaya...

lepas makan, guider kami, Bugly pun bagi taklimat ringkas utk perjalanan esok pagi... malam tuh hujan agak lebat, kalu berterusan hingga pukul 7 pagi esoknya, takde rezeki laa kami utk ke Pinnacles...

 tgk carta perjalanan ni membuatkan kami gerun... 

masa utk mengemas dan tidur!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, January 21, 2011

JJKM - Hari Kedua

al salam alaykum

ini adalah post yg ke 1000, sejak mula berblogging tahun 2004...

dan banyak gambar...

12 Jan 2011 - dari Miri ke Mulu

pagi-pagi dh bangun utk bersiap2 ke Miri Airport utk terbang ke Mulu...

masing2 bawak beg macam nak pergi dok sana sebulan... ada ke org masuk hutan bawak beg troli? ada... kami laa orgnya! tp yg aku suka kat Miri Airport ialah, kita akan nmpk org2 minyak yg nak ke offshore mmg dh ready pakai coverall... siap ada lane khas utk kampeni mereka lagi... 

yg buat aku jeles, bila nmpk kelibat wanita2 di situ... mmg aku jeles! impian aku nak ke offshore mmg takkan tercapai laa, sbb aku dh memilih utk tidak menjadi jurutera... hmmmm! tp terus berdoa, mana tahu akan ada 1 peluang itu utk aku! buat lawatan ke offshore! berangan jek kerjanya!

nampak penimbang tuh? aku tny kat kaunter MASwing, dia jawab, khas utk timbang org yg naik pesawat twin otter... aku tak tanya plak berapa maksimum berat utk menaiki twin otter tu... utk penerbangan ke Mulu, tak naik Fokker yer kawan-kawan... dia ckp dh lama tak digunakan! kita naik ATR 72... canggih!

 briefing utk safety pun pakai video... AirAsia patut mencontohi MASwing laa... sbbnya sepanjang aku naik AirAsia, aku tatau butir apa yg dorg terangkan... hahahahaha... naik MASwing mcm naik bas jugak... tak ramai, bleh pindah2 tempat duduk kalu nak... penerbangan dr Miri ke Mulu hanya 30 minit je... tak sempat nak lelap pun... tp pemandangan di luar sangat cantik! dengan kehijauan, sungai yg berliku, kawasan yg berbukit bukau, bergunung ganang, kawasan penempatan... masa ni laa teringat pelajaran Geografi yek!

dh sampai ke Mulu Airport, sementara nak amik bagasi kami, bergambar itu adalah wajib! mmg byk masa habis kat bergambar je... masing2 plak bawak kamera canggih2... masa bila lg nak tlg jadikan model, inilah masanya... pengangkutan ke Taman Negara Gunung Mulu disediakan oleh Syarikat Melinau Transportation... seorang RM 5 sehala... tp sebenarnya, dekat je pun, bak kata Julie, jogging pun sampai... tp sapa nak mengangkut semua beg korang tu?

penginapan kami utk hari pertama di Mulu ialah Garden of Eden... lengkap laa utk sebuah keluarga bahagia... ada 2 buah bilik, aku, Huzz, Thirah dan Nurul sebilik, dapat bilik ada bilik air dalam bilik, jgn marah aaaa! ada jugak ruang bergossip, dan meja makan...

 ruang tamu (ruang bergossip) ni kami bincang utk trip ke Singapore... harap2 jadi laa yek Fadd...

 selepas melepaskan lelah lebih kurang, aktiviti pertama kami di Taman Negara Gunung Mulu, kami ke Fast Lane, Gua Lagang... perjalanan dengan boat panjang melalui Sungai Melinau mengambil masa lebih kurang 15 minit...

 aku suka pemandangan sepanjang sungai ni... ada sekolah rendah, ada perkampungan Penan, ada budak2 tgh mandi... diorg cakap, budak2 pergi sekolah naik bot... 

 utk ke Gua Lagang, kena menapak la jugak... sepanjang perjalanan, macam flora dan fauna yg menarik kita akan jumpa... mmg tak sama la dgn hutan di Semenanjung...

 kalau org Penan sesat dalam hutan, diorg akan pukul banir pokok nih sebagai isyarat utk meminta pertolongan... dan aku lemah betul bila jumpa tangga... isk...

dan, explorasi gua kami pun bermula.... eh lupa plak nak menyebut, Guider kami utk ke Fast Lane, Gua Lagang ini ialah Encik Bugly yg pada mulanya friendly, kemudian... kita cerita nanti la yek...

bila aku tengok balik gambar gua-gua ni, aku teringat kat Pak Tuan semasa belajar Geologi Kejuruteraan... kenapalah Pak Tuan tak bawak kami melawat gua-gua ni yek satu masa dulu?

 membuat kita kagum dan terpegun... segala puji bagi Allah...

 gambar kiri atas dan bawah: shower dan kolam...

habis aktiviti di Gua Lagang, kami pulang ke Taman Negara utk mengisi perut yg lapar... kami tidak dibenarkan utk makan dan minum di kawasan gua... knp? kena pikir secara logik dan saintifik... pikir2kanlah...

harga makanan kat Cafe Taman Negara Gunung Mulu ni sangatlah boleh tahan... pilihan yg pelbagai, tapi kami memilih nasi lemak dan jugak nasi goreng... nasi lemak RM 12 sepinggan, nasi goreng RM 10 sepinggan... 

nasi lemak dia menarik, ada kari ayam, sambal sikit sangat... nak mintak sambal lebih, Nurul tak kasi... nnt hilang stamina... baek cikgu! tp kalu nak mintak lebih, sediakanlah duit lebih yek! heheheheh...

 terima kasih Huzz utk gambar2 ini...

malamnya, aku, Huzz, Nurul dan Thirah joined Night Walk... mula pukul 7... kami sampai kat depan ofis 7.05 minit malam... kami telah ditinggalkan! kami kejar diorg, jumpa! tp sangat menyakitkan hati... guider tu bg penerangan kat org putih 2 org tu jek... aku tny soalan, dia buat tatau! aku ingt dia tak dengar, aku kuatkan suara, pun dia buat tatau! sesuatu betul... nama encik Guider itu ialah Suntor...

aktiviti seterusnya, bersambung lagi insyaAllah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::